Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya berasa terima kasih dan bersyukur kepada semua
jurulatih yang terlibat dalam perkhemahan unit beruniform kerana telah membantu
kami untuk menlancarkan perkhemahan ini walaupun menghadapi masalah jerebu.
Bagi program ini, kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3 malam di
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada 10 hingga 13 September 2019.
Saya telah ternampak beberapa kekuatan dan kelemahan melalui aktiviti
perkhemahan tersebut.

Antara kekuatan yang saya dapat dilihat dalam aktiviti yang dijalankan adalah
semangat tolong-menolong yang tinggi dalam diri semua rakan – rakan yang terlibat
dalam perkhemahan ini. Pada permulaan aktiviti, kami mengangkat barang,
membina gajet, membuat aktiviti ikhtiar hidup, menjalan ujian bersama-sama .
Semua ahli kadet saling menghulurkan bantuan jika terdapat masalah yang timbul.
Semasa mengamali masalah, kami bersanggup berkongsi ilmu dan idea untuk
menyelesaikannya. Semangat saling bantu-membantu dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian oleh kita semua supaya dapat memudahkan menyelesaikan
masalah lebih mudah dan mengeratkan hubungan yang baik dengan orang lain.

Melalui aktiviti perkhemahan ini, saya juga dapat didedahkan dengan


pelbagai ilmu pengetahuan tentang perkhemahan seperti cara mendirikan khemah
dengan betul, membina gajat, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan dalam
pembinaan gajet, ikhtiar hidup, pengembaraan dan pertolongan cemas. Sebelum ini,
saya hanya belajar teori-teori dan tidak pernah mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Dengan perkhemahan tersebut, saya telah berjaya
mengaplikasikan ikatan dan simpulan dalam pembinaan gajet. Selain itu, saya juga
belajar membaca kompas dan menjalankan masakan rimba dengan peralatan yang
sangat terhad. Perkara ini telah memberi keyakinan tinggi kepada saya dalam
menyesuaikan diri dalam hidup di hutan.

Di samping itu, saya juga telah berjaya mengeratkan hubungan dengan rakan
lain. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum pun telah menjadi
rapat pada akhirnya. Saya dapat membina gajet, makan, kawad, membuat
persembahan bersama rakan-rakan dalam KRS. Kami telah saling membantu dalam
perkhemahan tanpa mengira kaum, bangsa, latar belakang. Saya juga berani untuk
bergaul dengan bangsa lain dalam perkhemahan tersebut. Walaupun saya tidak
dapat meluahkan perasaan saya dengan Bahasa Melayu yang tepat. Namun, rakan-
rakan saya juga menerima kelemahan saya dalam pergaulan dan bersabar untuk
menjelaskan perkara yang saya geliru supaya saya memahami arahan. Perkara
tersebut telah membina semangat setiakawan di anatra satu sama lain. Saya berasa
berpuas hati dengan rakan-rakan KRS saya yang mengamalkan sikap penyayang
dan bersabar.

Selain itu, saya juga bersyukur dengan KRS yang mempunyai pembahagian
kumpulan untuk menjalankan pelbagai tugasan. Sebagai contoh, pembahagian
membina gajet, jadual memasak, jadual sentri. Pembahagian- pembahagian tersebut
menjadikan ahli KRS boleh berehat sementara pada masa perkhemahan yang amat
letih dan sibuk. Semua kumpulan telah bersemangat untuk menjalankan tugasan
yang ditetapkan masing- masing. Hal ini menjadikan setiap gerak kerja dapat
dilaksanakan dengan lebih cepat dan sistematik. Semua ahli KRS dapat menikmati
makanan pada masa yang tetap, pembinaan gajet juga disiapkan pada masa yang
tetap. Tambahan pula, melalui pembahagian tugasan juga, sikap kerjasama dan
kesatuan dalam melaksanakan kerja juga dapat diterapkan dalam diri indvidu ahli
KRS. Hal ini akan menjadi punca kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti dengan jayanya.

Selain itu, saya berasa amat risau dengan makanan yang akan disediakan
dalam perkheman. Namun, makanan yang disediakan pada setiap hari adalah sedap
dan bersih. Saya amat berterima kasih atas bimbingan Cikgu Aznan dalam
persediaan menu yang pelbagai dan sedap. Menu KRS berbanding dengan unit
berunitform lain adalah lebih pelbagai dan sedap. Setiap ahli KRS adalah berpuas
hati dan bersyukur dengan makanan yang disediakan.

Antara kelemahan yang saya menemui dalam perkhemahan adalah


pengalaman perkhemahan yang kurang seronok. Perkhemahan yang dijalankan
dalam kawasan sekolah telah mengehadkan aktiviti yang dapat dijalankan. Banyak
aktiviti dijalankan di “indoor” dan bukan “outdoot”. Sebagai contoh, tinggal di khemah,
pengembaraan di hutan, bermandi di tepi sungai dan sebagainya. Setiap pelajar
yang terlibat dalam perkhemahan ini dipaksa balik asrama kerana masalah jerebu
yang agar serius. Maka, pengalaman perkhemahan di hutan adalah kurang seronok.

Kesimpulannya, saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif


kepada diri saya kerana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru
dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi
saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu dan
pengalaman saya. Perkara yang paling menggembirakan adalah saya telah berjaya
belajar aktiviti ikhtiar hidup dan pengembaraan. Saya akan membawa ilmu tersebut
kepada anak-anak murid saya di sekolah pada masa depan. Saya juga bangga
menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah.

Sekian, terima kasih.

(705 patah
perkataan)

Anda mungkin juga menyukai