Anda di halaman 1dari 3

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU (SISWA PENDIDIK)

(a) Nama : Shirley Phan Wan Ting


(b) Kumpulan / Ambilan : PISMP BC (SJKC) JUN 2018
(c) Tarikh : 25 JUN 2019
(d) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


ISTANA MENANTI
1. Tajuk Buku:
Abdul Latip Talib
2. Pengarang:

3. Tahun diterbitkan:
1998
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Novel Istana Menanti menceritakan tiga orang sahabat yang amat
berminat dalam mengkaji sejarah. Mereka bersepakat untuk
menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah
Seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah yang menjadi pakar
rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan
sejarah kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air
menentang penjajahan

Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan


kedatangan orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar
menjadi pemerintah yang pertama bersemayam di istana tersebut.
Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau dan
Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak
menyiasat istana lama tersebut.

Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu
menunjukkan kegigihan mereka mengatasi halangan menawan
puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri keistimewaan Istana
Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah
bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh
Paremeswara. Mereka juga singgah sebentar di Jeram Lubuk Petai
yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan Sultan Mahmud
Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu
supaya menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung
demi menjaga keselamatan bersama-sama.

Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana


yang dikatakan berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk
bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk kerbau. Menurut Tuk
Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja
Minangkabau yang menang dalam perlawanan beradu kerbau. Tuk
Ngah tidak masuk bersama-sama dengan remaja-remaja tersebut ke
dalam istana kerana ingin berehat di luar istana.

Mereka bertiga masuk dan melihat sendiri keunikan seni bina istana
lama tersebut. Ketika memasuki sebuah bilik yang dipercayai bilik
tidur diraja, tiba-tiba mereka terkunci dari dalam. Mereka mencari-
cari jalan keluar namun tidak berjumpa. Fadhil cuba mengetuk-
ngetuk lantai lalu terjumpa pintu terowong bawah tanah yang gelap
dan berbau hapak. Mereka cuba masuk tetapi gagal kerana terlalu
gelap dan tidak tahu berapa jauhnya terowong itu. Mereka juga
khuatir kerana terdapat terlalu banyak kelawar dan tikusdi dalam
terowong tersebut.

Mereka kemudian terserempak dengan seorang pemuda bernama


Khairil, seorang penuntut dari Universiti Putra yang keletihan turut
terperangkap dalam terowong tersebut. Ketika mereka melelapkan
mata kerana keletihan. Ah Seng terasa ingin membuang air besar.
Dia masuk ke dalam terowong lalu ditangkap oleh sekumpulan
penjenayah. Penjenayah tersebut sedang menggali tanah di dalam
terowong itu kerana mencari harta yang mereka simpan semasa
mereka berjuang menentang penjajah dahulu. Mereka
menggelarkan diri mereka sebagai pejuang kebebasan. Akhirnya
Fadhil, Ramasamy dan Khairil juga berjaya ditawan ketika mereka
mencari Ah Seng di dalam terowong tersebut. Mereka juga dipaksa
menggali tanah untuk mendapatkan harta tersebut. Setelah harta
tersebut ditemui, penjenayah-penjenayah segera keluar dari
terowong tersebut meninggalkan remaja-remaja itu

Pada masa yang sama, ibu bapa remaja terbabit berasa bimbang
apabila anak-¬anak mereka tidak pulang sehingga malam. Hasil
perbincangan dengan ketua kampung, mereka telah berpakat
membuat laporan kepada pihak polis. Pihak polis telah melancarkan
gerakan mencari. Mereka beramai-ramai mendak Gunung Datuk,
namun gagal menemui remaja-remaja tersebut.

Tuk Ngah yang berjaya bersembunyi dari penglihatan kumpulan


penjenayah itu muncul lalu menceritakan perkara sebenar. Hasil
perancangan akhirnya pihak polis berjaya memerangkap
penjenayah-penjenayah yank sangat dikehendaki tersebut. Remaja
bertiga itu juga selamat ditemui. Mereka digelar sebagai wira
kampung dan diraikan dalam suatu majlis kerana keberanian serta
kegigihan mereka menempuh cabaran sehingga membantu pihak
polis menangkap penjenayah negara tersebut.

1. Kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup.


6. Manfaat/ 2. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan
pengajaran yang sesuatu tugas.
diperoleh 3. Kita hendaklah sayang-menyayangi sesama ahli keluarga.
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan: SHIRLEY PHAN WAN TING

Anda mungkin juga menyukai