Anda di halaman 1dari 5

Sesungguhnya Kesatuan Soviet telah dibubarkan 25 tahun dahulu,warga dunia

masih tidak berhenti-henti menyaksikan kekacuan politik dan konflik dunia di Eropah
dan Timur Tengah. Isu-isu dan konflik politik di Timur tengah yang berlaku telah
membawa implikasi terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut M.Riza.Sihbudi,Menyandera Timur Tengah:Kebajikan AS dan Israel


atas Negara-Negara Muslim(2007),di kawasan Timur Tengah,perang antara batasan
dan damai menjadi sangat kabur dan seterusnya mencetuskan isu politik.Hal ini
disebabkan kerajaan mereka mentadbir negara dengan autokrasi.Mereka sanggup
mengadakan pembantahan supaya mereka mendapat hak kemanusian mereka dan
mereka ingin mengaalkan pendemokrasian.Sekiranya mereka berjaya menentang
kerajaan,mereka akan mendapat peluang untuk mendrikan sebuah negara yang
bersistematik dan kesederhanaan.Mereka akan mempunyai hak asasi,hak
kebebasan bersuara,hak memilih pemerintah.Keadaan ini yang menjadikan Timur
Tengah sebagai kawasan paling strategis di dunia.

Negara-negara yang berlakunya isu politik di Timur Tengah adalah seperti yang
berikut:
i.Tunisia
ii.Mesir
Iii.Libya

Pertama sekali,pada 17 Disember 2010 di Tunisia,seorang remaja lekaki yang


bernama Mohamed Bouazazi telah membakar dirinya.Hal ini kerana Mohamed
Bouzazi tidak mampu membayar rasuah dan seterusnya polis merampas buah-
buahan dan sayur-sayurannya.Tindakan Mohamed Bouzazil telah mengakibatkan
kebangkitan masyarakat sivil dan revolusi telah berlaku.Penentangan dari rakyat
Tunusia telah mengakibatkan Presiden Tunisia,Ben Ali telah meletakkan
jawatannya.Rakyat Tunisia tidak berpuas hati dengan Tunisia kerana ketiadaan
kebebasan bersuara,inflasi makanan,rasuah,pengangguran dan sebaginya.

Pemberontakan Tunisia ini telah mengilhamkan kepada masyarakat di negara-


negara Timur Tengah supaya bangkit memberontak.Selepas 11 hari,Mohamed
Bouzazil meninggal dunia,rakyat Mesir pula mengadakan pemogokan,demontrasi
dengan membantah hebat sehingga menyebabkan Presiden Hosni Mubarak
terpaksa meletakkan jawatannya.Pembantah dari Mesir dari semua lapisan bangkit
menuntut hak dan kebebasan mereka serta menuntut rejim Mubarak turun dari
takhta pemerintahan.Pebantahan berlaku di Mesir ini disebabkan rakyat tidak senang
hati dengan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak yang tiada kebebasan
bersuara,isu politik yang merosot,inflasi dan sebgainya.Sebagai contoh,Kadar
rasuah dan penyalahgunaan kuasa amat ketara daripada ahli keluarga Mubarak
telah menyebabkan kelompok yang kecil yang mahu menyokong Mubarak.Selain
itu,Kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di Mesir iaitu,lebih daripada 70%
menyebabkan rakyat Mesir tidak berpuas-hati dengan Mubarak.

Pada awal Februari 2011,pembantahan politik yang didorong bantahan di


bahagian lain dunia Arab telah berlaku di Libya untuk menentang kerajaan
Libiya.Rakyat Libya menuntut Gaddafi meletakkan jawatannya dan menjalankan
revolusi politik kerana beliau telah mentadbir Libya dengan autokrasi selama 42
tahun.Selain itu,penentangan rakyat Libya Terhadap Pencerobohan dan
Pengeboman NATO.Dengan pembantahan ini,Gaddafi telah berikrar "mati syahid"
jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar.Beliau juga
memberi amaran kepada penentang melalui televisyen.Pada Mei 2011,Mahkamah
Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi
dan anaknya.Hal ini disebabkan tindakan jenayah yang tidak berkemanusian yang
dilakukan oleh Gaddafi.Pada 20 Oktober 2011, Gaddafi bersembunyi di kampung
asalnya dan berjaya ditembak mati.

Daripada isu konflik yang berlaku di negara-negara yang dinyatakan di atas,kita


dapat mengenal pasti bahawa rakyat negara Timur Tengah berhidup dalam keadaan
huru-hara dan menghadapi masalah ketidakstabilan politik.Keadaan ini disebabkan
pemerintahan diktator di negara Timur Tengah yang mengabaikan hak-hak
rakyatnya.Oleh itu,mereka yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini telah
mengadakan pembantahan untuk kerajaan yang zalim.

Berdasakan isu-isu konflik tersebut belaku di Timur Tengah,kerajaan Malaysia


telah merancang dan menjalankan pelbagai langkah untuk mengelakkan isu konflik
berlaku di Malaysia.Langkah yang diambil oleh kerajaan adalah seperti berikut:

i.mementingkan aktiviti kokurikulum


ii.kemunculan dasar pendidikan pelbagai budaya
iii.menjalankan pendidikan mengenai keadilan dan keamanan (PKK)
Implikasi konflik dan isu-isu di Timur Tengah memberi kesedaran kedapa
kerajaan Malaysia.Oleh hal yang demikian,kerajaan bermula mementingkan aktiviti
kokurikulum.Menurut Falsafah dan Pendidikan di Malaysia(2014),aktiviti kokurikulum
dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam semua pelajaran.Dengan melalui
kokurikulum,inidividu dapat mendapat pengetahuan daripada pengalaman sebenar.
Contoh aktiviti kokurikulum adalah Persekutuan Pengakap Malaysia,Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia dan sebagainya. Perkara ini akan memupuk
bertanggungjawab mereka ke atas diri sendiri.Murid belajar cara untuk
berkomunikasi mersa dan belajar berhomat orang lain. Secara tidak lansung,
perselisihan faham akan dielakkan dan silaturahim antara satu sama lain akan
meningkat.Oleh hal yang demikian, konflik-koflik dapat dielakkan.

Selain itu,implikasi konflik dan isu-isu di Timur Tenganh teleh menyebabkan


kemunculan dasar pendidikan pelbagai budaya di Malaysia.Menurut Azwani Ismail,
Zahara Aziz (2009),pendidikan pelbagai budaya ialah proses penddikan yang
melibatkan lebih daripada satu budaya.Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah
untuk mewujudkan kesedaran,toleransi, pemahaman,dan pengetahuan antara
pelbagai kaum.Dasar pendidikan pelbagai budaya mengandungi Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan.Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah
memperkenalkan kembali Pendidkan Sivik dan Kewarganegaraan(PSK) pada tahun
2005.Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah disatukan
dibawah satu bumbung pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.Pembelajaran
PSK dapat menanam kesedaran sivik dan semangat patriotisme,semangat toleransi
dan kefahaman yang mendalam mengenai perbezaan agama dan kaum yang wujud
di dalam masyarakat.Hal ini adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
supaya konflik dalaman negara dapat dielakkan.

Akhir sekali, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menjalankan pendidikan


mengenai keadilan dan keamanan (PKK).Pendidikan ini berperanan untuk mendidik
generasi muda yang berhidup dalam kawasan berkonflik sejak kecil lagi supaya
mereka mengelakkan diri mengatasi konflik dengan ganas tetapi menggunakan
kaedah yang adil dan mematuhi prinsip kesederhanaan.Menurut kajian oleh Pledge
For Justpeace Association di London, kanak-kanak bermula mempunyai rasa suka
dan benci pada usia selama 5 tahun yang dibukutikan di Nota Kuliah GCI
1022(2017)Manakala kanak-kanak di peringkat sekolah rendah pula berkemampuan
mempunyai rasa prejudis yang kuat dan mempunyai idea sendiri tentang mengenai
peperangan dan keamanan. Kajian ini telah memberitahu bahawa pendidikan
tentang mengenai keadilan dan keamanan harus dijalankan sejak kanak-kanak kecil
lag.Secara tidak langsung,isu konflik akan dielakkan dan dikurangkan kerana
generasi baru dapat megenai kesan negatif tentang berlakunya isu konflik.

Kesimpulannya, Pendidikan merupakan senjata yang paling penting untuk


mengelakkan berlakunya peristiwa-peristiwa yang berhuru-hara ini.Kita seharusnya
menhargai keamanan di negara kita.Kita bertanggungjawab untuk memperkukuh dan
menjamin perpaduan di Malaysia.Walaupun kita semua daripada latar
belang,budaya yang berlainan dan unik,tetapi jika kita dapat menghormati dan
memupuk sikap rasional dan bertanggungjawab dalam dir sendiri.Maka,negara kita
akan dapat mengelakkan berlakunya isu-isu tersebut.Dengan ini,Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa kemajuan
sesebuah negara sebenarnya hanya boleh diukur berdasarkan kualiti hidup rakyat
yang bertambah baik secara berterusan.
Rujukan:
Azwani Ismail, Zahara Aziz(2009)..Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Sistem Pendidikan
Di Malaysia.Muat turun pada 17 September 2017 10.57a.m.
http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2009-2/5.pdf

Marina.A.M dan rakan-rakanya(2014),Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia.


Puchong,Selangor.Penerbitan Multimedia SDN.BHD.

Mohd Yusof, HussainMohamad Shaharudin Samsurijan,Suraiya Ishak, Abd. Hair


Awang(2011).Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup
masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan Kampung
Mempelam, Alor Setar, Malaysia
http://www.ukm.my/geografia/images/upload/5.2011-3-Yusof%20dkk%20ukm-
me layu-ed-katiman%5B1%5D-edited%2030.7.pdf

M.Riza.Sihbudi,Menyandera Timur Tengah:Kebajikan AS dan Israel atas Negara-Negara


Muslim(2007)。Muat turun pada 17 September 2017 11.30a.m.
file:///C:/Users/User/Downloads/Menyandera%20Timur%20Tengah_%20Kebijakan
%20AS%20dan%20Israel%20atas%20Negara-Negara%20Muslim%20-%20M.%20Riza
%20Sihbudi%20-%20Google%20%E5%9B%BE
%E4%B9%A6.html#v=onepage&q&f=false

Nota Kuliah GCI 1022(2017)

Anda mungkin juga menyukai