Anda di halaman 1dari 4

Seseorang guru perlu mempunyai kesedaran tentang masalah perbezaan

individu dan mengetahui cara menggunakan teori pembelajaran untuk mengatasi


masalah yang dihadapi dalam kelas. Perkara ini adalah penting untuk melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Dengan bergantung kepada teori humanistik Abraham Maslow, Alin


mempunyai keperluan pencapaian intelek yang tinggi kerana dia merupakan murid
pintar cerdas di kelas. Menurut Jais Ismail, Rorlinda Yusuf, L, F.C. (2018), murid-murid
pintar dan berbakat dilayan sama seperti murid-murid normal mereka akan mudah
berasa bosan kerana mereka sudah mengetahui konsep pembelajaran dengan
dahulu. Oleh demikian murid-murid pintar memerlukan sesuatu yang mencabar intelek.
Dengan ini, Cikgu Alex hendaklah memenuhi keperluan intelek Alin dengan
bersanggup mencungkil potensi dan keupayaan Alex yang mungkin ada dalam Alin
sendiri. Kaedah belajar secara arah kendiri untuk mencungkil bakat kanak-kanak
pintar cerdas. Dengan ini, cikgu boleh memberi soalan yang kemahiran berfikir yang
beraraskan tinggi untuk memenuhi keperluan inteleknya tersebut. Kaedahnya adalah
guru memerlukan memberikan peluang untuk Alin mereka atau mencipta projek
berdasarkan soalan yang guru dikemukakan. Guru perlu mambantu Alin mencungkil
bakat sendiri.

Dengan masalah Ali dan murid yang sering menggangukan proses P&P di
dalam kelas, teori pembelajaran sosial dapat diaplikasikan untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Cikgu Alex boleh memilih satu model yang mempunyai sifat baik
dipandang tinggi untuk meenjadi teladan di dalam kelas. Sebagai contoh, model
teladan ini mengamalkan tingakah laku baik dengan menjawab soalan dengan
bersopan santun, berkomunikasi mesra dengan kawan dan menghormati guru.
Menurut Qumruin Nurul Laila (2017), model-model dapat sentiasa memberikan
rangsangan kepada individu lain yang membuat individu memberikan tindak
balas apabila terjadi hubungan antara rangsangan dengan dirinya sendiri. Ali dan
murid tersebut akan memerhatikan tingkah laku murid tersebut. Semasa murid
tersebut melakukan tingkah laku yang baik, Cikgu Alex perlu memberi pujian ataupun
hadiah kepada model teladan tersebut. Dengan perhatian tingkah laku baik akan
mendapat layanan yang baik daripada cikgu. Ali dan murid akan meniru perlakuan
model yang berbuat baik itu sehingga menjadikan perilakunya sendiri. Semasa Ali dan
murid tersebut telah meniru perlakuan model yang baik. Tambahan lagi pula, Cikgu
Alex perlu memuji mereka supaya mereka terus meniru perlakuan baik tersebut.
Masalah murid yang tidak mahu bergaul dengan orang lain di dalam kelas
adalah berkaitan tentang teori humanistik, Dia mungkin kurang dipenuhi dalam
keperluan penyempurnaan diri. Dengan kekurangan dipenuhi dengan keperluan
tersebut, murid itu akan berasa rendah diri, tidak yakin kepada diri sendiri. Cikgu Alex
dapat menggunakan strategi pengajaran main peranan untuk mendorong murid itu
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menurut Noriati A. Rashid, Boon, P.Y.
Sharifah Fakhirah Syed Ahmad (2017), kaedah main peranan dapat membantu murid
yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina
keyakinan diri mereka. Selain itu, mereka juga dapat memupuk sifat sosial dan
meningkatkan kemahiran sosial mereka dalam bergaul dengan orang lain. Murid boleh
berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-
watak lain. Sebagai contoh, Cikgu Alex dapat melantik murid tersebut sebagai
pembantu untuk mengumpul bahan kerja orang lain.

Dengan meyelesaikan masalah sesetengah murid yang bertingkah laku kurang


baik dalam kelas. Cikgu boleh mengaplikasikan teori behaviorisme untuk mengatasi
masalah tersebut. Cikgu Alex boleh memberi peneguhan negatif kepada murid yang
bertingkah laku kurang baik seperti mendenda menyapu lantai, menyalin karangan.
Manakala terhadap murid yang berkelakuan baik, Cikgu Alex dapat memberi
peneguhan positif seperti memberi hadiah ataupun pujian. Peneguhan positif
meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan
tertentu. Pujian amat penting untuk meningkatkan motivasi dan penghargaan kepada
murid. (Mohamad Khairi Haji Othman, 2017).

Dengan meningkatkan kualiti pengajaran, Cikgu Alex boleh mengaplikasikan


teori konstruktivitis untuk menggalakan penglibatan aktif murid dalam kelas. Teori
Konstruktivis telah menekankan bahawa galakan pembinaan ilmu pengetahunan
baharu berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Dengan implikasi teori tersebut,
Cikgu Alex boleh menyediakan bahan membantu belajar serta pembelajaran
kumpulan untuk meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Menurut Ahmad Khanlari
(2014), strategi pembelajaran yang paling berkesan adalah melalui proses mencari
masalah dan menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan bahan konkrit
yang dibina dalam kumpulan. Proses membina ilmu akan menjadi lebih berkesan
kerana intekrasi yang diadakan dalam pembelajaran kooperatif dapat membantu untuk
membentuk idea baru dan secara langsungnya memperkembangkan kemahiran
berfikir pelajar. ( Adi Cahya Dewi, Sugiarta, Suarsana, 2015) Sebagai contoh, Cikgu
Alex boleh membuat flash card yang mengandungi gambar yang berwarni dan
membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan untuk berbincang membina ayat
berdasarkan flash card tersebut.

Kesimpulannya, pengetahuan seseorang guru mengenai pelbagai teori


pembelajaran adalah penting untuk membantu guru semasa merancang pembelajaran
dan juga semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui
pengetahuan tersebut juga, seseorang guru dapat menjalan proses p&p yang efektif
Matlamat pendidikan Malaysia yang untuk melahirkan insan yang berilmu dan
seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi melalui pendidikan akan
menjadi kenyataan.

(790 patah perkataan)


Rujukan

Adi Cahya Dewi, Sugiarta, Suarsana. (2015). Penerapan pembelajaran kooperatif

teknik kancing gemerincing untuk meningkatkan keaktifan dan prestasi belajar


matematika siswa SD. Jurnal Pendidikan Matematika Undiksha, 3(1)

Ahmad Khanlari. (2014). Effects Of Educational Robots On Learning STEM And On

Students’ Attitude Toward STEM. In 2013 IEEE 5th International Conference


on Engineering Education: Aligning Engineering Education with Industrial
Needs for Nation Development, ICEED 2013 (pp. 62–66).

Jais Ismail, Rorlinda Yusuf, Loo, F.C. (2018). Proper Musical Activities During

Music Instructional Process For Gifted And Talented Students In Malaysia.


Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(5), 30-40.

Mohamad Khairi Haji Othman. (2017). Pembentukan Akhlak Pelajar Menerusi

Aplikasi Teknik-Teknik Penerapan Nilai Dalam Pengajaran. O-JIE: Online


Journal of Islamic Education, 4(1), 58-70.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y. , Sharifah Fakhirah Syed Ahmad. (2017). Murid Dan

Pembelajaran. Oxfard Fajar Sdn. Bhd. ISBN:9789834720476.

Qumruin Nurul Laila. (2015). Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura.

MODELING: Jurnal Program Studi PGMI, 2(1), 21-36.

Anda mungkin juga menyukai