Anda di halaman 1dari 5

1.

Pengenalan

Seperti yang telah diketahui umum, pendidikan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana, pendidikan merupakan asas atau tunjang untuk mencapai kemajuan masyarakat dan pembangunan dalam sesebuah negara. Oleh itu, pendidikan haruslah diberikan kepada seluruh masyarakat Malaysia untuk menjamin kemajuan negara ini. Perkara ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001) yang menyatakan bahawa pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Oleh yang demikian, kita haruslah mempastikan bahawa tiada mana-mana golongan yang tercicir dan terabai daripada menerima pendidikan bagi merealisasikan wawasan negara demi mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari pelbagai aspek seperti yang telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996. Hal ini juga adalah bertepatan dengan apa yang telah diperkatakan oleh Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1991), Dalam pembangunan sumber tenaga manusia, kita tidak harus mengabaikan separuh jumlah penduduk kita, yakni golongan Bumiputera. Jika golongan ini tercicir, jika perkembangan-perkembangan yang ada pada mereka tidak diperkembangkan, jika mereka dibiarkan menjadi rintangn terhadap pertumbuhan kebangsaan, maka kemajuan kita pastilah pincang (Sumber: Malaysia Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, dapatlah disimpulkan bahawa, untuk mencapai sesuatu kemajuan dalam negara, pembangunan sumber manusia tidak seharusnya diabaikan. Hal ini kerana, pembangunan sumber manusia sebahagian besarnya adalah bergantung kepada sistem pendidikan negara (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, 2013).

Maka, sistem pendidikan negara haruslah berupaya menyediakan peluang pendidikan yang secukupnya kepada semua lapisan masyarakat bagi mencapai kemajuan seperti yang diharapkan. Penyediaan peluang pendidikan kepada semua inilah yang dikatakan sebagai pendemokrasian dalam pendidikan. Justeru, tugasan ini secara ringkasnya akan cuba menyentuh, mentafsir, dan mmembicarakan mengenai pendemokrasian pendidikan. Beberapa isu lain yang bersangkut paut dengannya meliputi akan turut

dihuraikan dalam tugasan ini.

2.0

Konsep Pendemokrasian Pendidikan

Sebelum membincangkan mengenai konsep pendemokrasian pendidikan, eloklah kiranya kita membicarakan mengenai definisi atau takrifan mengenai pendemokrasian pendidikan itu sendiri. Pendemokrasian pendidikan berasal daripada perkataan demokrasi. Menurut Kamus Dewan Edisi ke???????? demokrasi bermaksud ???? manakala pendemokrasian pula bermakna peluang, tindakan, atau proses. Selain itu, menurut Hussein Ahmad Mohamed Yusoff Mohd Nor (2003), demokrasi dikenal pasti sebagai proses yang berterusan dan bukan berbentuk produk atau hasil. Menurutnya lagi, bagi mempastikan proses demokrasi wujud dalam kehidupan, setiap orang perlu diberi hak dan peluang untuk mengemukakan pandangan yang melibatkan kepentingan mereka (Hussein Ahmad Mohamed Yusoff Mohd Nor 2003). Seterusnya, pendidikan pula didefinisikan sebagai mendidik dengan ilmu pengetahuan (Kamus Dewan Edisi Ke???). Manakala menurut Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan bermaksud, Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Sumber: Choong Lean Keow. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, 2008)

Gabungan

kedua-dua

istilah

ini,

iaitu

pendemokrasian

dan

pendidikan

menghasilkan makna yang berbeza. Menurut Dewey (1966) dalam Noriati A. Rasyid dan rakan-rakan (2010), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperolehi kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai agen bagi meningkatkan kejayaan dan kuali hidup mereka. Manakala menurut Ahmad Fauzi Bin Mohamed (1997), menyatakan bahawa pendemokrasian pendidikan adalah persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara. Selain itu, menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2013), menyatakan bahawa pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira etnik, latar belakang, status sosioekonomi, dan geografi. Berdasarkan definisi-definisi yang telah

dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa pendemokrasian pendidikan adalah penyediaan peluang-peluang yang sama dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan pendidikan yang berkualiti untuk memperolehi kejayaan di samping dapat menjamin kesejahteraan hidup mereka. Asas utama dalam pendemokrasian pendidikan adalah persamaan hak kepada setiap individu dalam proses pendidikan atau dengan kata lainnya pendidikan untuk semua. Pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama semata-mata, akan tetapi merangkumi peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, tidak seharusnya wujud jurang atau perbezaan mahupun diskriminasi dalam sistem pendidikan negara dari segi penyediaan peluang dan mutu pendidikan kepada semua golongan masyarakat. Perkara ini adalah selaras dengan apa yang telah diperkatakan oleh Nor Aziah Binti Alias dan Azni Zain binti Ahmed (1995), yang menyatakan bahawa pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi.

Tuntasnya, sistem pendidikan negara perlulah mempastikan tidak terdapat mana-mana golongan dalam negara ini tercicir dari menerima peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bermutu. Hal ini kerana, jika terdapat keciciran dalam menerima pendidikan, kemajuan negara yang akan kita kecapi seperti yang diharapkan pada tahun 2020 kelak pasti menjadi pincang seperti yang telah dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kesimpulannya, konsep pendemokrasian pendidikan adalah berkait rapat dengan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara dalam menyediakan peluang kepada setiap individu untuk menerima pendidikan yang luas, adil, dan bermutu.

3.0

Anda mungkin juga menyukai