Anda di halaman 1dari 15

Sistem Pendidikan Di Malaysia Menjadi Mekanisme Penting Dalam Membentuk Modal

Insan Yang Bermoral, Beretika, Berkasih Sayang Dan Bertoleransi.


How Chun Yip
Pengajian Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
maggi_autumnleaf@hotmail.com

Abstrak
Dalam penulisan ilmiah ini akan menjelaskan sejauh manakah sistem pendidikan di Malaysia
telah menjadi mekanisme penting dalam membentuk modal insan yang bermoral, beretika,
berkasih sayang dan bertoleransi. Sebelum masuk ke isi-isi penting, maksud beberapa
perkataan yang penting dalam soalan telah dijelaskan supaya dapat melihat soalan dengan
lebih jelas. Sejarah Sistem Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan
matlamat Sistem Pendidikan Malaysia telah diperkenalkan. Selepas itu, isu-isu yang penting
dibincangkan bagaimana modal insan yang bermoral, beretika, berkasih sayang dan
bertoleransi dapat dilahirkan.

1.0 Pengenalan
Dalam era globalisasi ini, perubahan berlaku dengan begitu cepat di seluruh dunia
termasuklah Malaysia. Dunia hari ini adalah amat berbeza dengan dunia dahulu. Manusia
sekarang semakin bergantung kepada teknologi-teknologi yang baru ini. Maklumat dapat
disebar dengan begitu cepatnya tanpa halangan dengan teknologi ini. Bukan sahaja maklumat
yang bermanfaat, malah maklumat yang tidak baik dan merosakkan budaya juga akan
disebarkan dengan luas. Globalisasi kini mampu membawa kepada penyebaran budaya yang
bertentangan dengan tuntutan nilai kerohanian dan moral rakyat Malaysia. Jika arus globalisasi
ini tidak dikawal dengan bijaksana, ia boleh menyebabkan kelunturan akidah dan nilai murni
rakyat.
Sistem pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam pengawalan arus
globalisasi ini. Ia sebagai satu alat untuk memantapkan akidah dan amalan nilai murni bagi

melahirkan modal insan yang berkualiti untuk mencapai kesejahteraan dan keselesaan hidup
yang lebih sempurna. Hal ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan
insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera serta selaras juga
dengan hasrat dan semangat Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Gagasan
1Malaysia. Untuk itu, strategi memperkukuh penghayatan akidah dan nilai murni dalam Pelan
Strategik Interim KPM 2011-2020 bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang mantap
akidah, akhlak dan adab.

2.0 Definisi Pendidikan, Modal Insan dan Mekanisme


Pertama sekali, apakah itu pendidikan? Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat,
pendidikan diertikan sebagai
1. Perihal mendidik,
2. Ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik
3. Diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran.
Secara rumusan, pendidikan ialah pengajaran ilmu pengetahuan termasuklah semua
perkara yang berkaitan mendidik atau mengajar. Pendidikan tersebut bukan sahaja mendidik
perkara yang baik sahaja, malah ia juga termasuk perkara-perkara yang tidak baik. Apa-apa
yang boleh dididik adalah termasuk dalam pendidikan. Oleh itu, semua orang haruslah benarbenar memahami erti sebenar pendidikan supaya ia tidak disalahgunakan kerana ia boleh
memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa,
negara ataupun seluruh dunia.
Seterusnya, menurut Kamus Dewan edisi Empat, modal bermaksud sesuatu yang
digunakan untuk mendapatkan/mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang
dimiliki. Pengertian lain ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan
harta. Menurut tafsiran Gary S. Becker (1993), perkataan modal bukanlah semata-mata
bersandarkan kekayaan wang ringgit sahaja sebaliknya modal juga ialah pendidikan, kesihatan,
nilai murni dan kesetiaan. Insan pula bermaksud makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Oleh itu,
definisi modal insan ialah potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat pembangunan, kemajuan dan kemakmuran. Menurut Peter Husz
(1998), modal insan merupakan rangkuman beberapa komponen, antaranya masa, usia,
kebijaksanaan, semangat dan pengalaman yang dapat dimanfaatkan dalam proses
pengeluaran dan sekali gus meningkatkan ekonomi sesebuah negara.

Yang ketiga ialah mekanisme. Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, mekanisme
mempunyai empat maksud. Pertama sekali, ia bermaksud bahagian dalam sesuatu jentera
yang menggerakkannya. Kedua ialah susunan atau jalinan bahagian yang bekerjasama seperti
bahagian-bahagian dalam jentera. Yang ketiga ialah alat yang terdiri daripada mesin. Yang
terakhir ialah cara (sistem, saluran, dan sebagainya) untuk memungkinkan atau membuka jalan
kepada pelaksanaan dan sebagainya. Dalam soalan ini, perkataan mekanisme ini bermaksud
cara untuk memungkinkan atau membuka jalan kepada pelaksanaan.

3.0

Sejarah Sistem Pendidikan di Malaysia


Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman

penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun,
usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan
untuk menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan
penindasan terhadap rakyat Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan
dunia. Usaha menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula
selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas
penggubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang
memenuhi keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa
Inggeris) telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan
Penyata Razak, ... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri
ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar .... Laporan
Penyata Rahman Talib (1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia
menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara
diperkemaskan agar lebih berkesan.
Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki satu sistem
pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa sama
sebagai bahasa pengantar terbukti sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan
kaum. Kebaikan utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan,
khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan
peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar yang bertujuan merapatkan hubungan

kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang
bertujuan;

Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara bersama dan
saksama;

Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan

Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi


moden.
Kesan positif lain peristiwa 13 Mei 1969 ialah pengisytiharan Dasar Ekonomi Baru.

Dasar ini bertujuan membina perpaduan dan kemajuan rakyat melalui serampang dua mata,
iaitu;

Membasmi

kemiskinan

dengan

meninggikan

taraf

pendapatan

dan

menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa


mengira kaum; dan

Mempercepatkan proses penyusunan masyarakat Malaysia untuk membaiki


keadaan ekonomi yang tidak seimbang agar dapat mengurangkan dan akhirnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Bagi menyokong usaha-usaha kerajaan di atas, pada tahun 1974, kerajaan

menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem pelajaran negara. Laporan


Jawatankuasa Kabinet agar sistem pendidikan negara dapat melahirkan masyarakat bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih. Ciri-ciri masyarakat yang dikehendaki ialah;

Mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama


dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilainilai rakyat Malaysia;

Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan


bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu,
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang
lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara
membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; dan

Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai dengan berkesan


dalam kegiatan pembangunan negara.

Untuk mencapai cita-cita di atas, Jawatankuasa Kabinet mengemukakan beberapa perakuan


yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara. Perakuan tersebut ialah;

Pendidikan peringkat asas memberikan penegasan dalam bidang membaca,


menulis dan mengira;

Memenuhi kehendak pendidikan ke arah perkembangan individu secara


menyeluruh;

Memenuhi pendidikan negara ke arah perkembangan bakat kanak-kanak;

Meningkatkan pengetahuan, nilai disiplin, kemahiran yang pelbagai dan


berdedikasi;

Berfikir dan bertindak dengan baik berpandukan akhlak yang mulia; dan

Individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan negara adalah selaras dengan
pembangunan kemanusiaan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet menjadi asas Kementerian Pendidikan Malaysia

menggubal dan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan
mulai tahun 1982, dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan
mulai tahun 1988. Berlandaskan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak,
Penyata Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet, Rukun Negara
dan dasar-dasar kerajaan, maka Kementerian Pendidikan telah merangka satu falsafah
pendidikan sebagai pegangan dan arah tuju pendidikan nasional. Falsafah ini menekankan

pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan


terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Di atas ialah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang digubal
berdasarkan Penyataan Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pendidikan 1961,
Laporan JK Kabinet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, prinsip-prinsip pendidikan,
matlamat pendidikan dan juga Dasar Pendidikan Kebangsaan. Ini bermakna, sejak
kemerdekaan Malaysia sistem pendidikan di Malaysia berhasrat untuk membentuk rakyat
Malaysia menjadi modal insan yang seimbang dari segi JERIS, iaitu intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia kerana modal insan inilah yang menentukan
hala tuju negara kita pada masa depan.
Dalam tiga belas tuntutan atau hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini, terdapat beberapa hasrat yang dapat membentuk modal insan yang bermoral,
beretika, berkasih sayang dan bertoleransi iaitu perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan rakyat Malaysia yang
dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Dalam hasrat perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,
setiap manusia telah dicipta dengan sempurna dan setiap individu mempunyai potensi untuk
maju. Yang tinggal kini ialah usaha menggerakkan potensi individu dalam diri seseorang.
Menyedari potensi individu boleh dimajukan, maka sistem pendidikan di Malaysia memberi
peluang secukup dan sama rata kepada semua individu untuk memajukan dirinya. Sesetengah
individu mempunyai bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan

keupayaan itu tidak mampu digerakkan sendirian, melainkan perlu sokongan daripada individuindividu lain. Justeru, guru dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil, memupuk,
memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang.
Bagi hasrat rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, Akhlak atau moral sangat penting
bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak boleh diwarisi, namun amalan akhlak
boleh dipelajari dan diamalkan. Oleh itu, dalam sistem pendidikan di Malaysia bukan sahaja
mementingkan pencapaian pelajar, malah ia juga melihat penting memperkembangkan pelajar
dari pelbagai aspek, salah satunya ialah pendidikan moral dan nilai murni. Orang yang
berakhlak akan dipandang mulia dan dihormati. Antara ciri-ciri rakyat yang berakhlak mula ialah
mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab, mempunyai kesedaran
tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan sentiasa mengamalkan dan
mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab dalam setiap perlakuan.
Yang terakhir ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara, setiap rakyat dituntut memberi
sumbangan ikhlas ke arah keharmonian, kemakmuran dan pembinaan masyarakat dan negara.
Antara ciri-ciri rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara ialah sentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai
aktiviti sihat, sentiasa berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa
dan negara, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, dan sentiasa patuh pada prinsip
dan Rukun Negara.
Semua kurikulum pendidikan seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan banyak lagi program pendidikan di
Malaysia adalah dibentuk berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini.

5.0

Misi Sistem Pendidikan di Malaysia


Misi sistem pendidikan di Malaysia ialah untuk membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia. Pembangunan sistem pendidikan berkualiti seharusnya
meliputi seluruh aspek pendidikan termasuk prasarana berkualiti, aplikasi teknologi, warga
pendidikan yang proaktif, kurikulum yang kemas kini, peluang mengadakan penyelidikan dan
pembangunan dan dasar pendidikan terbuka. Tujuan ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan


berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

6.0

Matlamat Sistem Pendidikan di Malaysia


Terdapat empat matlamat yang penting yang perlu dicapai oleh sistem pendidikan di

Malaysia. Antaranya ialah:


1. melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu,
2. melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera,
3. menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara,
4. memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

7.0

Sistem Pendidikan di Malaysia


Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan


Kerajaan terdiri daripada:
a) Pendidikan Prasekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
b) Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam
tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh
tahun;
Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;
c) Pendidikan Menengah
Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah
atas;
Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada:
i.
sekolah akademik
ii.
sekolah teknik dan vokasional
iii.
sekolah kebangsaan agama
d) Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti
pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk

pendidikan tinggi.
Contohnya, STPM, matrikulasi dan diploma

Sekolah selain daripada Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan, terdapat juga sekolah yang di
bawah kategori-kategori yang lain seperti persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan
Bantuan Kerajaan ialah Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit
Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat
persekolahan yang ditubuhkan adalah Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan
kepada Jabatan Pendidikan Khas dan juga Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada
Bahagian Sukan.
Seterus yang terakhirnya ialah pengajian tinggi. Pemohon memerlukan kelayakan
STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang
diiktiraf Kerajaan.

8.0

Isu

8.1

Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia Dan Bersatu Padu


Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi melahirkan

bangsa Malaysia yang taat setia dan bersepadu. Aktiviti kurikulum, kokurikulum dan komuniti
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan bangsa Malaysia yang dihasratkan.
Yang pertama ialah Pemupukan Nilai Kewarganegaraan, langkah ini boleh dicapai
melalui pelajaran Sejarah. Dengan memberi pendedahan sejarah Malaysia kepada muridmurid, mereka akan lebih memahami negara sendiri dengan lebih baik dan mengetahui
kesusahan Malaysia mencapai kemerdekaan hari ini. Rakyat Malaysia hari belum mencapai
perpaduan yang kukuh dan mantap kerana wujudnya prejudis dan stereotaip antara kaum
dengan kaum. Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia ini bertugas untuk melahirkan rakyat yang
bersemangat setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.
Dengan ini negara kita, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan makmur.
Seterusnya ialah Pemahaman Perhubungan dan Organisasi, langkah ini dapat dicapai
melalui pelajaran Kajian Tempatan. Langkah ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
prihatin terhadap masyarakat dan persekitaran dan mempunyai pemupukan perasaan setia di
kalangan keluarga, komuniti dan organisasi.
Langkah yang ketiga ialah Pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Semua warga Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan yang difahami oleh semua kaum

adalah langkah yang paling asas yang utama untuk mencapai perpaduan antara kaum. Tanpa
persefahaman dan komunikasi antara kaum, tiada perpaduan yang boleh diperkatakan. Dengan
ini, Bahasa Melayu telah diwajibkan dan diajar di peringkat pra-sekolah, rendah, menengah
sehingga ke pendidikan tinggi.
Langkah yang terakhir ialah Pemupukan Ketatanegaraan. Semua rakyat Malaysia
haruslah setia kepada raja dan negara. Dengan ini, semua rakyat Malaysia mempunyai
matlamat yang sama untuk memaju dan membangunkan negara sendiri iaitu Malaysia. Mereka
akan bersatu padu untuk memastikan matlamat mereka akan tercapai kerana mereka samasama mencintai negara mereka. Perasaan hormat-menghormati antara kaum juga amat penting
dalam memupuk perpaduan antara kaum. Tanpa hormat-menghormati, mereka akan menindas
antara kaum dan melahirkan prejudis dan prasangka antara kaum.

8.2

Melahirkan Insan yang Beriman, Berilmu, Berakhlak Mulia, Berketerampilan dan

Sejahtera
Agama Islam adalah agama rasmi negara Malaysia seperti yang termaktub dalam
perlembagaan. Walaubagaimanapun, penganut agama lain bebas mengamalkan agama
masing-masing. Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral telah diajarkan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia,
berketerampilan dan sejahtera.
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang
bermoral dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan
tingkah laku moral. Pendidikan moral ini bukan sahaja dititikberatkan di sekolah rendah, malah
di sekolah menengah juga dilihat beratkan. Pendidikan Moral ialah satu subjek yang diwajibkan
lulus dalam SPM. Untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun
Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beberapa prinsip utama telah
dipilih dan diserapkan dalam Pendidikan Moral. Antara prinsip-prinsip tersebut ialah
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, berpegang teguh pada ajaran
agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup,
bersemangat patriotik, menghormati hak asasi manusia serta mengamalkan prinsip
demokrasi dalam kehidupan. Dalam subjek Pendidikan Moral, terdapat lima bidang
pembelajaran iaitu nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri, nilai berkaitan dengan Diri dan
Keluarga, nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat, nilai berkaitan dengan Diri dan Alam

Sekitar serta nilai berkaitan dengan Diri dan Negara telah diperkenalkan supaya murid-murid
dapat memahami, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip tersebut.

8.3

Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Kemajuan Negara


Kerajaan Malaysia telah berusaha menubuhkan sebuah masyarakat bermaklumat dan

berilmu pengetahuan (k-masyarakat) menjelang tahun 2020 dengan membuat penyesuaian


yang sewajarnya. Perancangan ini memerlukan pekerja yang berilmu pengetahuan, berupaya
menambah nilai, berupaya mengemas kini ilmu pengetahuan melalui pendidikan sepanjang
hayat dan mempunyai kemahiran menggunakan teknologi yang terkini.
Bagi tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi penekanan pada
perkembangan kemahiran belajar dan kemahiran generik untuk melahirkan satu golongan
murid yang sentiasa ingin belajar dan berkebolehan mengikuti pelajaran mereka semasa di
bangku sekolah mahupun selepas meninggalkan bangku sekolah.
Selain itu, salah satu program inovasi yang telah dijalankan adalah Projek Sekolah
Bestari. Projek Sekolah Bestari ini adalah untuk melahirkan insan yang boleh menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Mereka juga haruslah boleh belajar secara kendiri
serta mempunyai daya saing untuk menghadapi cabaran. Untuk menghadapi masa depan yang
semakin bergantung kepada teknologi, mereka juga haruslah boleh menggunakan ICT untuk
meningkatkan taraf profesionalisme. Tidak kurang juga mereka akan dididik menjadi seorang
yang bermoral dan beretika.
Kejayaan program ini akan menghasilkan sumber tenaga yang berketerampilan, berilmu
pengetahuan dan sanggup menangani cabaran baru. Oleh itu, usaha KPM adalah selaras
dengan hasrat negara untuk menubuhkan k-masyarakat.

8.4

Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warganegara tanpa

mengira agama, bangsa, budaya dan latar belakang mendapat pendidikan yang berkualiti.
Kementerian Pendidikan Malaysia tela menyediakan banyak peluang pendidikan terdiri
daripada pelbagai aspek supaya tidak ada kanak-kanak yang tidak mendapat peluang untuk
belajar. Antaranya ialah kurikulum alternatif disediakan bagi pelajar yang berpencapaian rendah
dalam akademik, pendidikan khas disediakan bagi kanak-kanak istimewa serta mata pelajaran

vokasional seperti teknologi elektrik, teknologi elektronik, teknologi binaan dan lain-lain
disediakan bagi murid yang berminat dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi
tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bukan sahaja begitu, Kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang miskin dan mereka juga
boleh membayar yuran minimum serta mendapatkan sekolah berasrama.

8.5

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai

ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis
pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan,
kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir
secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam
keluarga dan masyarakat.
Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah mengadakan lebih
banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar, meningkatkan keupayaan dan minat
pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, memupuk pelajar supaya memiliki
kemahiran dan keterampilan, memantapkan sistem pentafsiran dan penilaian supaya lebih
holistik, memantapkan program kokurikulum dan sukan, memperkukuh disiplin pelajar,
mempercepatkan perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan
saluran terus, memantapkan kurikulum dan juga meningkatkan kerjasama KPM dengan
pelbagai agensi.

9.0

Penutup
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Sistem

Pendidikan di Malaysia memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara


menyeluruh dan seimbang. Penyataan-penyataan ini juga menggambarkan hasrat negara untuk
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
Justeru, usaha daripada semua golongan pendidik harus berfokus ke arah merealisasikan
kehendak negara ini. Sebagai seorang pendidik yang melaksanakan dasar pendidikan
kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus sentiasa berusaha meningkatkan taraf

profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk merancang dan
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh memanfaatkan murid. Kualiti
murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi petunjuk kepada kejayaan atau
kegagalan pendidikan kebangsaan. Dengan membentuk modal insan yang bermoral, beretika,
berkasih sayang dan bertoleransi, ia pasti dapat memastikan kemajuan Malaysia dapat dicapai
dengan mudah.

Rujukan
Azhar Hj. Wahid, & Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Baharom, H. N. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Baharom, H. N. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hussin, S. (2008). Pendidikan di Malaysia - Sejarah Sistem dan Falsafah Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
kekcok, g. (2011, Mei 24). FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT, OBJEKTIF
DAN

ORGANISASI

KANDUNGAN.

Didapatkan

dari

blogspot:

http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html
Kulanzsalleh. (2009, Ogos 6). Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia.
Didapatkan dari kulanzsalleh blog: http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangansistem-pendidikan-di-malaysia/
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
niaron. (t.t). Definisi Pendidikan. Didapatkan dari xpresi: http://www.xpresi.org/definisipendidikan/
Noriati A. Rashid, Lee K. C., Zulkufli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2012). Falsafah &
Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Snd, N. (2013, April 18). Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp). Didapatkan dari
slideshare:

http://www.slideshare.net/hanawrin/pelan-induk-pembangunan-pendidikan-

pipp-19069936?related=1
TEKNIK & VOKASIONAL. (t.t). Didapatkan dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/v/teknik-vokasional

Anda mungkin juga menyukai