Anda di halaman 1dari 11

SURUHANJAYA HAK ASASI

MANUSIA (SUHAKAM)

KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK


ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

TINGKAT 11, MENARA TH


PERDANA, JALAN SULTAN
ISMAIL 50250 KL
03-26125600

Kandungan
m/s
1.0 Pengenalan

2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah

3.0 Strategi

4.0 Kesimpulan

Kertas Konsep Pendidikan Hak Asasi Manusia Di Sekolah


1.0 Pengenalan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh
Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
Secara amnya, SUHAKAM ditubuhkan untuk menggalakkan dan
melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM menmpunyai empat fungsi
utama yang termaktub di dalam seksyen 4(1) AKTA Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia. Ia adalah :

(i)

Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang


berhubungan dengan hak asasi manusia

(ii)

Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan


perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan
mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;

(iii)

Untuk
mengesyor
kepada
Kerajaan
bekenaan
mengenai
penandatanganan atau penyerahan dalam perjanjian triti dan
suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;

(iv)

Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.

Disebabkan adanya keperluan untuk menggalakkan kesedaran dan


memberikan pendidikan hak asasi manusia kepada setiap rakkyat demi
kesejahteraan mereka, SUHAKAM telah ditubuhkan untuk mendidik
rakyat Malaysia mengenai hak-hak ini.

Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran


masyarakat dan negara. Falsafah ini selaras dengan usaha untuk
menggalakkan kesedaran hak asasi manusia di kalangan rakyat
Malaysia.

Wawasan 2020 yang dicetuskan pada 1991, menekankan pembentukan


masyarakat Malaysia yang bermoral, beretika, bertanggungjawab dan
penyayang. Wawasan 2020 ini juga berhasrat membentuk masyarakat
Malaysia yang hidup bersatu padu, berjiwa bebas, tenteram, liberal dan
bertolak ansur. Kesemua unsur tersebut merupakan landas utama
matlamat pendidikan hak asasi manusia.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human
Rights, UDHR) pula menekankan bahawa pendidikan yang dapat
membentuk perkembangan
keperibadian manusia harus diberikan
kepada setiap orang.
Sehubungan itu, SUHAKAM berhasrat menegaskan lagi pengajaran
pendidikan hak asasi manusia di sekolah Malaysia. Ini adalah kerana
sekolah merupakan satu institusi unggul yang menjadi tempat
membangunkan insan dan kehidupan seseorang manusia. Sekolah
menjadi satu tempat pembentukan minda dan tingkah laku generasi
muda.
Pendidikan hak asasi manusia merupakan satu usaha membentuk
pemahaman mengenai hak asasi dan tanggungjawab di kalangan pelajar,
untuk memberi kepekaan mengenai hak orang lain dan menggalakkan
perlakuan yang bertanggungjawab untuk melindungi hak setiap orang di
sekolah dan di dunia luar.
Pendidikan hak asasi manusia ini bukanlah perkara yang baru di sekolah.
Sebenarnya, hak asasi sudah diajar walaupun secara tidak langsung
kerana apabila hal-hal demokrasi, keadilan sosial, kemerdekaan dan
sikap hormat-menghormati dibincangkan, hak asai manusia telah
diperkatakan secara tidak langsung. Malah, dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam telah memberikan
penekanan kepada nilai hak asasi manusia. Selain daripada itu trdpat
juga elemen-elemen hak asasi manusia dalam mata pelajaran Bahasa,
Sejarah, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran
Hidup.

2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah


Secara umumnya, pendidkan hak asasi manusia di sekolah yang
dicadangkan oleh SUHAKAM bertujuan untuk menegaskan lagi
pengajaran dan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan yang akan
membentuk tingkah laku pelajar yang murni seperti sikap hormat-

menghormati, bertoleransi, bertanggungjawab, kasih sayang dan


persaudaraan sesama manusia di sekolah dan masyarakat. Pendidikan ini
juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai hubungan
kekeluargaan, persekolahan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Antara matlamat pendidikan hak asasi manusia ini diperkenalkan di
sekolah adalah seperti berikut:
(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Menyediakan para pelajar sebagai seorang warganegara yang


bertanggungjawab. Ini termasuk pengajaran dan pembelajaran
mengenai hak- hak individu dan hak orang lain, menggalakkan
keharmonian sosial demi pembangunan dan keamanan yang
berterusan.
Menerapkan nilai-nilai dan norma kehidupan terhadap
pengembangan personality supaya setiap individu berkelakuan
baik.
Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab
berkaitan hak asasi dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian.
Meningkatkan pemahaman dan penggunaan hak asasi untuk
tujuan kehidupan yang adil dan berperikemanusiaan.

Hak asasi manusia dapat difahami dengan baik melalui amalan dan
pengalaman hidup. Kehidupan seharian di sekolah dapat memberikan
pengalaman ini dan ia boleh membantu penghayatan konsep-konsep hak
asasi manusia dalam pendidikan formal seperti
kebebasan dari
keganasan, toleransi, keadilan, dan kebenaran.
Justeru, pendidikan hak asasi manusia yang dihasratkan ini akan
memajukan kepentingan masyarakat bersama dan bukan hanya terhad
kepada pengetahuan di dalam bilik darjah. Pendidikan hak asasi manusia
menggalakkan amalan nilai murni seprti hormat- menghormati, sayangmenyayangi dan bertanggungjawab sesama manusia yang menjadi
tunjang budaya kita.

3.0 Strategi

i.

Kaedah

Pendidikan hak asasi manusia yang dicadangkan ini akan diintergrasikan


secara eksplisit ke dalam kurikulum yang sedia ada. Ini bermakna
pendidikan hak asasi tidak akan diajar sebagai satu mata pelajaran yang
berasingan. Kaedah mengintergrasikan hak asasi manusia

ke dalam kurikulum yang sedia ada ini juga digunakan di negara ASEAN
lain seperti Filipina, Indonesia, India dan Sri Lanka.
SUHAKAM mencadangkan bahawa penerapan unsur-unsur hak asasi
manusia ditumpukan terhadap mata pelajaran teras seperti Bahasa
Melayu, Pendidkan Agama, Pendidikan Moral, Bahasa, Sejarah,
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Hidup. Proses
mengintergrasikan hak asasi manusia ke dalam kurikulum sekolah akan
memperkayakan lagi mata-mata pelajaran tersebut dengan penerapan
nilai-nilai murni secara lebih berfokus.

ii.

Kandungan Kurikulum

Kandungan pendidikan hak asasi manusia akan berdasarkan tiga


dokumen penting iaitu Perlembagaan Persekutuan Malaysia terutamanya
Bahagian II, Perisytihraan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak. Disamping itu dokumen atau suratcara
antarabangsa juga akan digunakan dalam usaha mengenal pasti unsureunsur hak asasi manusia untuk diterapkan ke dalam kurikulum sekolah.
Perkara-perkara yang tidak sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara
akan dijadikan asas pembentukan kurikulum.
SUHAKAM telah mengenal pasti beberapa unsur/bidang hak asasi
manusia untuk diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan setelah
meneliti dokumen-dokumen yang dinyatakan diatas.

iii.

Kumpulan Sasaran

Pendidikan hak asasi manusia akan ditujukan kepada pelajar sekolah


rendah dan sekolah menengah
SUHAKAM memilih pelajar sekolah sebagai salah satu kumpulan sasaran
untuk penerapan pendidikan hak asasi manusia kerana:

Nilai-nilai murni perlu dipupuk di kalangan pelajar lagi supaya


mereka dapat menerima dan menghayati pendidikan hak asasi
manusia dengan lebih mudah.

Memandangkan pelajar terdedah kepada masalah sosial yang


semakin meruncing, pendidikan hak asasi manusia dapat
membantu meningkatkan sikap beretika dan bermoral kea rah
kesejahteraan hidup.
Pelajar perlu mengamalkan budaya sosial kea rah kebebesan asasi
manusia dan tanggungjawab dalam membentuk persekitaran yang
adil, saksama dan demokratik.
Pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
pengundi di masa hadapan, harus memahami tanggungjawab
masyarakat dan hak mereka sebagai seorang warganegara.

Secara ringkasnya, mendidik generasi muda mengenai demokrasi dan


hak asasi manusia dan hak asasi manusia merupakan satu pelaburan
yang amat bernilai untuk membentuk cara hidup masyarakat di masa
hadapan. Alam persekolahan merupakan satu mekanisma semulajadi
untuk penerapan nilai-nilai murni dan pengetahuan yang diperlukan
dalam membentuk individu dan masyarakat yang mempunyai sifat-sifat
murni dan berperikemanusiaan.
Selain itu, usaha ini juga secara tidak langsung dan langsung akan
melibatkan semua warg sekolah terutam guru dan pentadbir sejolah dan
menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada pelajar. Justeru guru
dan semua warga sekolah juga perlu menghayati nilai-nilai hak asasi
manusia tersebut.

4.0 Kesimpulan
Adalah diharapkan melalui pendidikan hak asasi manusia kita dapat
meningkatkan kepekaan dan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan
menghormati umat manusia. Diharap nilai- nilai hak asasi manusia akan
dapat diserapkan dalam kehidupan seharian untuk membentuk masyarakat
Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

Anda mungkin juga menyukai