Anda di halaman 1dari 2

Hala Tuju Sistem Pendidikan Malaysia

Dewasa ini, kebanyakan negara membangun berusaha dengan sedaya upaya untuk
mencapai matlamat pendidikan untuk semua (Education for All). Ibnu Sina atau
Avicenna merupakan seorang tokoh ilmuan yang tidak asing lagi dalam dunia Islam
mahupun Barat. Keilmuan beliau merentasi bidang dan menyerlah dalam agama,
kedoktoran, sains, matematik dan juga falsafah. Dalam bidang falsafah khususnya,
nama beliau diletakkan sebaris dengan nama besar filosof Yunani seperti Aristotle.
Falsafah banyak membicarakan tentang tujuan dan matlamat sesuatu perkara.
Dalam bidang pendidikan, tujuan yang jelas adalah sangat diperlukan. Menurut Ibnu
Sina dalam Hasan Langgulung (1981), tujuan pendidikan mampu berfungsi dalam
tiga cara. Pertama, tujuan pendidikan mampu menentukan haluan kepada
pendidikan itu sendiri. Kedua, ia memberikan rangsangan dalam mencapai
matlamat dan yang terakhir, menjadi kriteria dalam melakukan penilaian kepada
proses pendidikan. Memandangkan Ibnu Sina merupakan seorang tokoh falsafah
Islam, pendidikan menurut beliau bertujuan mengenal diri sebagai hamba dan
khalifah kepada Pencipta. Di samping itu, beliau turut mencadangkan pendidikan Al-
Quran diberikan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka bersedia dari segi
jasmani dan akal. Hal ini bertujuan menanamkan nilai-nilai murni dan akhlak terpuji
kepada anak-anak. Hal ini diikuti pula dengan menggalakkan kanak-kanak tadi
menghafal Al-Quran. Seterusnya barulah dihalakan mengikut pengkhususan
berdasarkan sifat dan bakat yang dimilikinya (Abd al-Rahman al-Naqib, 2000).

Hala tuju sistem pendidikan di Malaysia juga dilihat perlu menyokong


matlamat pendidikan untuk semua (Education for All). Kerajaan mensasarkan
Pendidikan 2030 misi memastikan pendidikan untuk semua menjelang tahun 2030
tercapai. Mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia
merupakan agenda pendidikan baharu holistik dan komprehensif dengan skop yang
lebih luas. Katanya, buat masa ini, tahap pendidikan untuk semua adalah 96 peratus
bagi sekolah rendah dan 86 peratus bagi sekolah menengah. Pendidikan 2030
merupakan agenda utama pendidikan di peringkat global yang perlu dicapai dalam
tempoh 15 tahun akan datang. Ia memberi penumpuan khusus kepada Matlamat
Ke-4; Matlamat Pembangunan Mampan (SDG4) iaitu memastikan pendidikan
berkualiti inklusif dan saksama dan menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang
hayat untuk semua. Matlamat berkenaan adalah berasaskan tiga prinsip utama iaitu
akses, inklusif dan kualiti, dan meliputi peringkat awal kanak-kanak sehingga
peringkat tertiari serta pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan 2030 menetapkan
tujuh sasaran yang memastikan semua kanak-kanak lelaki dan perempuan
menamatkan pendidikan rendah dan menengah secara percuma, memastikan
semua kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan awal yang berkualiti,
memastikan akses saksama dalam bidang teknikal, vokasional dan pengajian tinggi
dan meningkatkan peratusan belia dan golongan dewasa yang mempunyai
kemahiran relevan termasuk kemahiran teknikal dan vokasional.

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan


Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju
pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk
menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.
Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan
kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan
di industri. Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri
dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi,
ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja
global. TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah
penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri,
terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan
pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2020.

Walaubagaimanapun, sebelum melangkah kearah membina tenaga manusia


yang mampu bekerja, apatah lagi mengatasi masalah-masalah pendidikan yang lain,
para pendidik, pengajar dan pelatih TVET perlulah menyediakan individu pelajar
yang mengenal hakikat kebenaran dan kewujudan diri mereka terlebih dahulu. Hal
ini dilihat mampu mengurangkan kadar kemiskinan dengan membekalkan
individu-individu dengan kemahiran dan dilihat mampu menjadi medium motivasi
kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik untuk meneruskan
pengajian. Di samping itu, TVET juga menekankan kepada keupayaan literasi
sebagaimana yang ditekankan memandangkan ia merupakan perkara yang penting
bagi menghadapi dunia pekerjaan (Phillip Hughes, 2005). Diskriminasi yang wujud
dalam bentuk jantina, keupayaan fizikal dan sebagainya dapat dikurangkan
memandangkan TVET mempunyai pelbagai cabang yang boleh dipelopori
dari peringkat bawah sehinggalah peringkat pengajian tinggi (UNESCO, 2002).
Semua perkara di atas pada dasarnya menjadikan pendidikan TVET sebagai salah
satu wadah lestari dalam menyediakan tenaga kerja yang mampu
menyumbang kepada pembangunan negara dalam konteks sosial, budaya dan
ekonomi (UNESCO, 2002). Disamping itu, TVET juga diharap dapat membentuk
hasil yang boleh dilihat seiring dengan falsafah pragmatis yang berlegar disekitar
amalan dan pelaksanaannya.

Anda mungkin juga menyukai