Anda di halaman 1dari 2

MUKADDIMAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam


kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda SAW hingga hari kesudahan.

Wakaf merupakan satu daripada amalan sedekah yang sangat


dituntut oleh Islam. Sepertimana juga amalan sedekah yang lain,
amalan ini telah dijanjikan dengan ganjaran yang amat besar oleh
Allah SWT kepada pewakafnya. Ganjaran ini berterusan mengalir
kepada pewakafnya meskipun setelah meninggal dunia selagi
mana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan oleh orang ramai.

Wakaf tidak hanya tertumpu setakat keagamaan sahaja, malah


ianya meliputi pembangunan prasarana dan perkhidmatan awam.
Memandangkan wakaf mempunyai potensi yang luas, kerajaan
menubuhkan Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) di bawah
Jabatan Perdana Menteri pada 2004 untuk memajukan wakaf di
negara ini. Kemudian pada 2008, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan wakaf.

Kerajaan akan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN)


dalam memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap di negara
ini dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset wakaf pada masa
hadapan. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami telah memilih
tajuk WAQAF DEFINISI, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA .
Semoga perbincangan ini memberikan kefahaman mengenai
konsep wakaf dan kepentingan ummah untuk memahami konsep
wakaf dengan lebih luas lagi seiring dengan peredaran zaman
serta kemajuan. Seterusnya dapat menyuntik semangat dalam diri
umat Islam agar memulakan serta mempraktikkan amalan wakaf ini
demi kepentingan Islam dan kesejahteraan ummah.

DEFINISI WAKAF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan wakaf merujuk


kepada sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau
sesuatu yang diuntukkan bagi keperluan yang berkaitan dengan
agama Islam. Sebagai contoh, tanah wakaf ialah tanah yang
diuntukkan bagi keperluan agama seperti untuk perkuburan,
mendirikan masjid, dan lain-lain.

Dalam Bahasa arab pula, wakaf berasal dari pada perkataan waqf
bererti berdiri atau berhenti. (Rujuk:  Lisan al-Arab, 9/359)
Perkataan lain yang sama erti dengan perkataan wakaf ialah al-
Habs yang bermaksud berhenti atau menahan. (Rujuk:  al-Takrifat
al-Fiqhiyyah, 239) Kebanyakan ulama fiqh mentakrifkan wakaf
dari segi bahasa dengan perkataan al-Habs kerana perkataan ini
lebih hampir kepada pengertian syarak.

Dari sudut Istilah pula, para ulama telah mengemukakan


beberapa pentakrifan tentang wakaf seperti berikut:

 Ibn Hajar al-Haitami menyebut takrif wakaf dalam konteks


syariah sebagai: “Menahan harta yang boleh dimanfaatkan
selama bendanya masih baik dengan cara memutuskan hak
kepemilikan atas harta tersebut, dan dialihkan untuk
kepentingan-kepentingan (awam) yang diharuskan.”

(Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 6/235)

 Ibnu Qudamah mendefinisikan wakaf sebagai: “Menahan


pokok (zat harta) dan menyedekahkah buah (hasil)”

(Rujuk: Al-Mughni, 12/175)

Anda mungkin juga menyukai