Anda di halaman 1dari 4

Apa Sebenarnya Wakaf?

Ini Antara
Kebaikan Wakaf Yang Anda Perlu Tahu
Ramai yang sebenarnya tidak tahu apa makna dan kebaikkan wakaf…

31 Jan 2018, 08:00 AM

 Share

 Tweet

Kredit gambar utama: Shutterstock

Abu Hurairah (R.A) berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda dengan mafhumnya:

“Amal soleh yang akan sampai kepada orang yang beriman selepas kematiannya
ialah ilmu yang dipelajari kemudian dikembangkannya, anak yang soleh, naskhah al-
Quran yang ditinggalkannya sebagai pusaka, bangunan masjid yang didirikan
olehnya, rumah (wakaf) yang dibina untuk para musafir, terusan yang digalinya atau
sedekah yang diberi semasa hidupnya ketika dia masih sihat. Amal soleh ini akan
sampai kepadanya selepas kematiannya.”

Pengertian wakaf dengan kata mudahnya ialah apa-apa harta yang ditahan hak
pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah
dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat
untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.
Kredit: Shutterstock

Wakaf antara amalan yang mendapat pahala berterusan kerana masih memberi
manfaat kepada orang lain walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Inilah
antara tujuh kebaikan wakaf…

1. Melatih Individu Untuk Memiliki Jiwa Sosial Yang Tinggi

Dengan amalan wakaf, secara tidak langsung ia melatih jiwa individu yang sanggup
berkongsikan harta benda kepada pihak yang tidak mampu.

2. Membantu Golongan Yang Susah


Kredit: Shutterstock

Contohnya jika ada individu mewakafkan tanah untuk digunakan oleh fakir miskin
secara tidak langsung golongan tersebut tidak perlu bersusah payah untuk
memikirkan tentang tempat tinggal.

3. Menyedarkan Manusia Tiada Harta Benda Yang Kekal

Harta yang dimiliki oleh manusia bukan lah hak mereka sepenuhnya. Kadang dalam
harta yang dimiliki itu harus dikongsikan bersama orang lain.

4. Amalan Wakaf Tidak Terputus


Kredit: Shutterstock

Amalan wakaf tidak akan terputus meskipun anda sudah meninggal dunia dan ia
menjaminkan pahala di dunia dan di akhirat.

5. Membantu Masyarakat

Membantu masyarakat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Wakaf boleh
digunakan untuk mendirikan fasiliti untuk kegunaan semua orang.

6. Menjanjikan Keharmornian

Wakaf menjanjikan kehidupan secara aman damai antara golongan kaya dan
golongan miskin.

7. Mendorong Pembangunan Ilmu

Anda mungkin juga menyukai