Anda di halaman 1dari 14

TAJUK : FALSAFAH PESYARIATAN WAKAF DALAM ISLAM

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan

1. Pendahuluan (1 pages) 1

2. Definisi Wakaf 2
2.1 Bahasa
2.2 Istilah

3. Perbahasan Wakaf Dalam Islam 4


3.1 Rukun Wakaf
3.2 Lafaz Wakaf
3.3 Dalil Wakaf
Al-Quran
Hadis

4. Kelebihan Dan Fadhilat Wakaf 7

5. Peranan Wakaf Dalam Islam 9

6. Wakaf Menjaga Ekonomi Ummah 11


6.1 Mengamalkan Sunnah
6.2 Membangunkan Ekuiti Islam
6.3 Mempraktikkan Ekonomi Islam

Penutup (1 Pages)

Rujukan

Lampiran
PENDAHULUAN

Umat Islam adalah bersaudara dan digambarkan sebagai satu bangunan yang tersusun
kukuh. Penzahiran persaudaraan itu bukan semata-mata dalam bentuk pertolongan dari
segi tenaga atau bantuan lain, malah Islam yang mengajar umatnya supaya tolong-
menolong dan bantu membantu dalam bentuk wang dan harta benda. Bantuan dan
pemberian wang dan harta benda ini bukan disebabkan manusia tetapi kerana mahukan
keredhaan Allah. Oleh itu selain zakat,hibah dan sebagainya,umat Islam akan berkongsi
harta kekayaannya dengan orang lain melalui berwakaf.

Wakaf merupakan satu amalan sunat dan digalakkan serta menjadi kewajipan
melaksanakan apabila dibuat dengan wasiat. Oleh kerana umat Islam mahu berwakaf
kerana mahukan keredhaan Allah, maka wakaf merupakan satu mekanisme perkongsian
harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Dalam ekonomi,wujudnya golongan yang
mengagih semula harta kekayaan kepada orang lain, sangat penting kerana ia boleh
membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah Negara.

Pengurusan wakaf secara profesional boleh mengatasi segala bentuk ketempangan


ekonomi dalam masyarakat. Pengurusan wakaf secara produktif dapat membasmi
kemiskinan, peningkatan tahap pendapatan, tahap pendidikan dan kesihatan masyarakat.
Manfaat dari tanah wakaf cukup baik hasilnya, dilaksanakan secara profesional dan dapat
memberikan hasil yang maksimum.

Kajian ini yang dilakukan terhadap manfaat ataupun berupa sumbangan tanah wakaf
yang produktif terhadap peningkatan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Bandar Medan
Sumatera Utara. Hasil kajian ini diharapkan tanah-tanah wakaf yang ada di Sumatera Utara
pada amnya dan di Bandar Medan pada khasnya dapat berkembang lebih baik untuk
kepentingan umat Islam.
DEFINISI WAKAF

Wakaf dari segi bahasa membawa maksud berhenti, menahan atau menghalang.

Wakaf dari istilah / Syara bermaksud apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta
tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping
mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri
pewakaf kepada Allah S .W.T

BEBERAPA DEFINISI LAIN

1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah:

Iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah
manfaatnya ke jalan kabajikan.

2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama:

Iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya dengan
memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya ke arah kegunaan
yang harus atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan kerana
mendekatkan diri kepada Allah.

3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki:

Iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya sekalipun dimilikinya dengan menyewa
ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang kepada yang memerlukan dengan jalan
melafaz untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu wakaf di sisi Mazhab
Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan hanya
memutuskan hak mengguna pakai sahaja.
KONSEP WAKAF

Wakaf berasal dari bahasa Arab waqf, iaitu nama terbitan (masdar) dari kata kerja waqafa,
ia mempunyai pelbagai makna mengikut tujuan dan penggunaan ayat itu sendiri. Dari segi
bahasa, waqf memberi makna berhenti (), menegah ( ) dan menahan ().
Ulama fiqah sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya
menahan kerana perkataan al-habs itu lebih hampir kepada pengertian syarak. Perkataan
al-habs itu banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa buah hadisnya,
antaranya:

Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha
kamu yang baik-baik, dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
(Surah al-Baqarah (2): 267)

Wakaf menurut Syarak

Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta samada secara (sorih) terang atau (kinayah)
sindiran, di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan
untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus.

Dari segi Istilah ia bermaksud menahan sesuatu harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh
orang lain. Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam keadaan yang baik,kekal dan
tujuan melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memberi
kebajikan kepada orang lain. Pewakaf juga tidak lagi mempunyai hak ke atas harta wakaf
tersebut.
RUKUN-RUKUN WAKAF

Terdapat empat elemen untuk menjadikan wakaf itu sah dan dilaksanakan antaranya ialah
pewakaf penerima wakaf Harta yang diwakafkan Lafaz wakaf
Terdapat syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi untuk menjadikan sesuatu wakaf itu sah
dan diterima iaitu:

a) Wakif (pewakaf).

Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:

Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka
untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.
Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.
Baligh.
Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih).

b) Mawquf (harta yang diwakafkan).

Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.


Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).
Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak.

c) Mawquf Alaih (penerima wakaf).

Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) orang Islam, merdeka
dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang
yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima
wakaf.
Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub
(mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk
kepentingan Islam sahaja.

d) Sighah (penyataan wakaf).

Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun
isyarat.
Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah.

Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti Saya
mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir.

Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti Hartaku adalah sedekah
kepada fakir miskin.
DALIL DISYARIATKAN WAKAF

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara :
sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

DALIL TENTANG WAKAF

Menurut Al-Quran
1. SURAH AL-IMRAN AYAT 92

Kamu sekali-kali tidak akan dapat mencapai hakikat kebaktian yang sempurna hingga kamu
menafkahkan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.Dan apa saja yang kamu nafkahkan
itu, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

2. SURAH AL-BAQARAH AYAT 26(JUZ:2)

Hai orang-orang yang beriman ,nafkahkanlah (di jalan Allah)sebahagian daripada hasil
usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkandari bumi untuk
kamu.Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk untuk kamu menafkahkan
daripadanya,padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan
memincingkan mata terhadapnya . Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Kaya lagi Maha
Terpuji.

Secara umum tidak terdapat ayat al-Quran yang menerangkan konsep wakaf secara jelas.
Oleh karena wakaf termasuk infaq fi sabilillah, maka dasar yang digunakan para ulama
dalam menerangkan konsep wakaf ini didasarkan pada keumuman ayat-ayat al-Quran yang
menjelaskan tentang infaq fi sabilillah. Di antara ayat-ayat tersebut antara lain:

Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usaha
kamu yang baik-baik, dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
(Q.S. al-Baqarah (2): 267)
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu
menafkahkan sebagian dari apa yang kamu cintai. (Q.S. Ali Imran (3): 92)

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di


jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-
tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki,
dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Q.S. al-Baqarah (2): 261)
Ayat-ayat tersebut di atas menjelaskan tentang anjuran untuk menginfakkan harta yang
diperoleh untuk mendapatkan pahala dan kebaikan. Di samping itu, ayat 261 surat al-
Baqarah telah menyebutkan pahala yang berlipat ganda yang akan diperoleh orang yang
menginfakkan hartanya di jalan Allah.

Menurut Hadis
Di antara hadis yang menjadi dasar dan dalil wakaf adalah hadis yang menceritakan tentang
kisah Umar bin al-Khaththab ketika memperoleh tanah di Khaibar. Setelah ia meminta
petunjuk Nabi tentang tanah tersebut, Nabi menganjurkan untuk menahan asal tanah dan
menyedekahkan hasilnya.

Hadis tentang hal ini secara lengkap adalah; Umar memperoleh tanah di Khaibar, lalu dia
bertanya kepada Nabi dengan berkata; Wahai Rasulullah, saya telah memperoleh tanah di
Khaibar yang nilainya tinggi dan tidak pernah saya peroleh yang lebih tinggi nilainya dari
padanya. Apa yang baginda perintahkan kepada saya untuk melakukannya? Sabda
Rasulullah: Kalau kamu mau, tahan sumbernya dan sedekahkan manfaat atau faedahnya.
Lalu Umar menyedekahkannya, ia tidak boleh dijual, diberikan, atau dijadikan wariskan.
Umar menyedekahkan kepada fakir miskin, untuk keluarga, untuk memerdekakan budak,
untuk orang yang berperang di jalan Allah, orang musafir dan para tamu. Bagaimanapun ia
boleh digunakan dengan cara yang sesuai oleh pihak yang mengurusnya, seperti memakan
atau memberi makan kawan tanpa menjadikannya sebagai sumber pendapatan.
Hadis lain yang menjelaskan wakaf adalah hadis yang diceritakan oleh imam Muslim dari
Abu Hurairah. Nas hadis tersebut adalah; Apabila seorang manusia itu meninggal dunia,
maka terputuslah amal perbuatannya kecuali dari tiga sumber, yaitu sedekah jariah (wakaf),
ilmu pengetahuan yang bisa diambil manfaatnya, dan anak soleh yang mendoakannya.

Selain dasar dari al-Quran dan Hadis di atas, para ulama sepakat (ijma) menerima wakaf
sebagai satu amal jariah yang disyariatkan dalam Islam. Tidak ada orang yang dapat
menafikan dan menolak amalan wakaf dalam Islam karena wakaf telah menjadi amalan
yang senantiasa dijalankan dan diamalkan oleh para sahabat Nabi dan kaum Muslimim
sejak masa awal Islam hingga sekarang.

Dalam konteks negara Indonesia, amalan wakaf sudah dilaksanakan oleh masyarakat
Muslim Indonesia sejak sebelum merdeka. Oleh karena itu pihak pemerintah telah
menetapkan Undang-undang khusus yang mengatur tentang perwakafan di Indonesia, yaitu
Undang-undang nomor 41 tahun 2004 tentang Wakaf. Untuk melengkapi Undang-undang
tersebut, pemerintah juga telah menetapkan Peraturan Pemerintah nomor 42 tahun 2006
tentang Pelaksanaan Undang-undang nomor 41 tahun 2004

Kelebihan Berwakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam
dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa
Taala.
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang
berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir
terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan
oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang
diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan
harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu
agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar
bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman
Allah :-





(
)
:
Mafhumnya :-
Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan
Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap
tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha
Mengetahui.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah
jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-
:
:



.


Maksudnya :-
Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang
sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )
Di tulis oleh:
Al adhil Ustaz Muhamad Najib Sanuri
Berikut ini adalah manfaat wakaf yang dilihat secara umum :

1. Menimbulkan jiwa sosial yang tinggi. Wakaf seperti manfaat sedekah yang bisa
menjadi salah satu sarana untuk melatih jiwa sosial sehingga yang memiliki harta
benda lebih banyak bisa memberikan kepada yang kaum yang tidak mampu.
2. Membantu orang lain yang mendapatkan kesulitan. Manfaat wakaf yang diberikan
kepada seseorang yang memiliki kesulitan, misalnya berupa manfaat tanah yang
diberikan untuk orang yang kesulitan dan keadaan yang payah sehingga tidak
memiliki tempat tinggal.
3. Membuat seseorang menjadi sadar bahwa semua harta benda yang dimiliki bersifat
tidak kekal. Manfaat agama dalam kehidupan manusia dalam ini, berhubungan
dengan harta yang kita miliki juga harus dibagi dengan orang lain atau ada sebagian
hak orang lain dalam harta kita.
4. Wakaf berhubungan bahwa untuk mendapatkan kehidupan akherat yang kekal bisa
diselamatkan dari kehidupan saat masih ada di dunia. Manfaat wakaf bisa menjadi
bekal untuk mendapatkan kehidupan akherat yang lebih baik.
5. Amalan wakaf yang tidak terputus meskipun sudah meninggal dunia menjadi salah
satu sarana amalan yang bisa membuat manusia selamat di dunia dan akherat.
6. Wakaf juga bermanfaat untuk membantu masyarakat untuk mendapatkan kehidupan
dan sarana yang lebih baik. Wakaf bisa digunakan untuk mendirikan atau membuat
fasilitas yang umum sehingga bermanfaat untuk umum. Hal ini seperti manfaat
qurban yang membantu masyarakat kurang mampu, agar mendapatkan asupan gizi
daging yang sehat.
7. Wakaf yang dijalankan bisa mencegah perselisihan dalam masyarakat. Adanya
masalah kesenjangan sosial terkadang membuat beberapa masyarakat merasa iri
atau ingin memiliki harta yang sama. Hal ini tentu tidak bisa didapatkan karena
Tuhan telah memberikan rejeki dengan ukuran dan takaran yang berbeda. Wakaf
menjadikan manfaat hidup rukun antara masyarakat antara orang kaya dan miskin
terjalin dan berjalan seimbang.
8. Wakaf mempererat tali persaudaraan. Hubungan masyarakat antara orang yang
kaya dan miskin biasanya akan mengalami kesenjangan karena perbedaan derajat
yang masih dipandang oleh masyarakat. Ketika orang yang kaya memberikan wakaf
untuk digunakan secara umum maka orang yang kekurangan juga bisa merasakan
sarana secara umum. Tindakan ini dapat membuat hubungan masyarakat yang lebih
harmonis. Hal ini juga diajarkan dalam islam yakni dalam manfaat zakat
9. Manfaat wakaf membuat orang yang sedang kesulitan bisa keluar dari masalah.
Mengelola wakaf sesuai dengan manfaat yang sudah disepakati akan membuat
golongan atau masyarakat tertentu memiliki beban yang lebih ringan.
10. Wakaf mendorong pembangunan di semua bidang ilmu. Wakaf telah meningkatkan
pembangunan di segala bidang sesuai dengan tujuan pemakaian wakaf. Wakaf
banyak digunakan untuk mendirikan beberapa sarana yang digunakan dalam jangka
waktu yang panjang seperti asrma sekolah, sekolah, yayasan pendidikan atau
fasilitas lain.

FADHILAT WAKAF
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai