Anda di halaman 1dari 11

Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Muhammad Hisyam Bin Mohamad Fellow

15/02/2008 | Utusan Malaysia

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.

Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius.

Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit.

Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia

perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.

Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya.

Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever" di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.

Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.

Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi sebagai empowerment.

Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut.

Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w di dalam surah al-alaq adalah berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf (ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.

Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan, kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan.

Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."

Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua, kaya mahupun miskin.

Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua sekalipun telah melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai seorang anak yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam berada dalam kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain lagi.

Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika dibanding dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan awal 2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan dalam bidang keilmuan ini.

Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional.

Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang sama mempunyai keperibadian yang unggul.

Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan alHakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA Menuntut ilmu merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan agama. Dalam agama islam misalnya, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim yang menyeru setiap orang islam supaya menuntut ilmu sejak dari buaian sehingga keliang lahad. Hal ini bermakna, proses pembelajaran itu berterusan dan tiada had masa. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu pekara baharu. Sebaliknya konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia.

Namun begitu, konsep pendidikan sepanjang hayat telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara. Keadaan ini timbul ekoran perubahan persekitaran baharu dunia yang dipengaruhi globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi. Ekonomi berasaskan pengetahuan menjadi keutamaan lagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara. Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi pengetahuan atau penggunaan teknologi terkini. Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi kemajuan negara itu ialah rakyatnya. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan dan kemahiran yang mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara. Pada hari ini, konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluasluasnya pada setiap individu pada setiap individu tanpa mengira kelas sosial, kaum, umur dan juga jantina. Peluang pendidikan yang diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi seseorang. ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat sejauhmana hubungan antara penghargaan kendiri dan kemurungan dengan pencapaian akademik pelajar. Seterusnya, pengkaji ingin melihat perbezaan penghargaan kendiri dan kemurungan di kalangan pelajar mengikut janitina. Kajian ini melibatkan 200 orang pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah menengah di daerah Bachok iaitu SMK Bachok, SMK Badak, SMK Jelawat dan SMK (A) Tangok. Terdapat dua alat ujian pengukuran yang digunakan dalam kajian ini iaitu Children Depression Inventory (CDI) dan SelfEsteem Inventory (SEI). Analisis yang digunakan ialah kaedah korelasi Pearson, ujian-t dan regresi. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara penghargaan kendiri dengan pencapaian akademik. Bagi hubungan di antara kemurungan dengan pencapaian akademik dan penghargaan kendiri dengan kemurungan, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan. Keputusan hasil kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam penghargaan kendiri dan kemurungan mengikut jantina. Seterusnya, penemuan kajian ini mendapati hubungan kemurungan ke atas pencapaian akademik pelajar begitu besar nilainya jika dibandingkan dengan penghargaan kendiriWawancara: Pembelajaran sepanjang hayat

2010/07/29

Prof Emeritus Tan Sri Anuwar AliMudah, tapi tagih pengorbanan tinggi

TAHAP kesedaran rakyat negara ini terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat (PSH) masih lagi rendah dan ia menjadi kekangan kepada usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Presiden dan Naib Canselor, Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali

berkongsi senario itu kepada Wartawan Varsiti, Khairina Yasin. Rakyat negara ini masih belum memahami kepentingan pembelajaran sepanjang hayat biarpun sudah banyak usaha dan peluang disediakan bagi membolehkan mereka menikmati pendidikan sedemikian. Pandangan Tan Sri. Jika dikaji perkembangan PSH sejak mula diperkenalkan di negara ini, ia semakin meningkat berdasarkan kapasiti penyediaan kemudahan dan jumlah universiti yang menawarkan PSH atau pengajian terbuka jarak jauh (ODL). Setakat ini, terdapat 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program PSH dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) antara universiti pelopor dalam menyediakan perkhidmatan PSH. Perkembangan itu bagaimanapun belum selari dengan senario kemasukan pelajar khususnya kalangan bekerjaya bagi merebut peluang pendidikan tinggi.

Ia mungkin berkait rapat dengan faktor kesedaran rakyat yang belum cukup kuat terhadap kepentingan PSH. Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi turut mendedahkan sebahagian besar tenaga kerja di negara ini adalah dari kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan kepada sasaran negara mencapai status negara maju. Malah, setiap tahun, hanya sekitar 33 peratus dari kohort berumur 19 hingga 24 tahun berpeluang memasuki universiti berbanding kohort sama di kebanyakan negara lain yang sudah pun mencecah 60 peratus. Di sini, perlunya peranan universiti ODL melaksanakan pendekatan lebih agresif dan menyeluruh bagi menggalakkan minat dan kecenderungan masyarakat menambah pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

Pendekatan wajar dilaksanakan universiti ODL bagi meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan PSH sekali gus menarik kemasukan pelajar lebih ramai.

PSH adalah instrumen penting dalam memenuhi keperluan individu mahupun guna tenaga terhadap pendidikan selain memastikan wujud kesaksamaan sosial. Justeru, kerajaan meletakkan PSH sebagai sebahagian polisi penting dalam kerangka pembangunan negara dan menerusi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) contohnya, secara jelas memberi penekanan kepada penggalakan PSH dengan menyediakan pelbagai kemudahan bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran biarpun telah tamat latihan dan pendidikan secara formal. Dalam menarik pelajar merebut peluang pendidikan tinggi, OUM melaksanakan sistem kemasukan terbuka bagi program pengajian ditawarkan dengan mengenakan syarat kemasukan yang fleksibel. Contohnya bagi program ijazah sarjana muda, calon hanya perlu memiliki kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain syarat tambahan mencapai umur 21 tahun pada tahun memohon, lulus ujian asas kemasukan dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun.

Program peringkat sarjana pula tidak mensyaratkan calon wajib ada ijazah sarjana muda, sebaliknya hanya kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau A-Level, umur 35 tahun dan memenuhi syarat tambahan lain. Setakat ini, kemasukan pelajar dari sistem ini mewakili 20 peratus

daripada keseluruhan 2,500 pelajar baru OUM pada setiap semester dan kita yakin mampu menarik lebih ramai kelompok ini pada masa depan.

Cabaran terpaksa ditempuhi universiti ODL bagi memastikan usaha mengarusperdanakan PSH mampu dicapai.

Dunia hari ini memerlukan modal insan yang tinggi daya kreativiti dan inovasi. Jaminan universiti dituntut dari kalangan pengamal industri bagi melahirkan graduan berdaya saing dan kompeten dan ini adalah antara cabaran bagi universiti ODL bagi memenuhi kemahuan ini sekali gus memberi sumbangan bermakna kepada negara. Satu lagi cabaran yang perlu diberi perhatian adalah masalah keciciran pelajar dan ia lazimnya berlaku di mana-mana saja universiti di dunia yang menawarkan ODL. Realitinya, kebanyakan pelajar adalah kalangan mereka yang bekerjaya dan berkeluarga dan ia menuntut pengorbanan dan komitmen tinggi pelajar bagi memastikan mereka berupaya meneruskan perjuangan demi meraih segulung ijazah. Berdasarkan pemerhatian, tahun pertama pengajian disifatkan tempoh kritikal bagi pelajar ODL bagi menyesuaikan masa dan keadaan.

Ada kalangan pelajar yang bijak mengatur masa dan berupaya menangani cabaran bergelar mahasiswa berkeluarga, namun tidak kurang yang terkandas dan akhirnya tercicir dalam pengajian. Kita prihatin terhadap perkara ini dan saya sering mengingatkan warga OUM agar bersama-sama membantu dan membimbing mahasiswa menangani. Kajian dilakukan mendapati kadar keciciran pelajar belum begitu meruncing iaitu sekitar 20 peratus, jauh lebih rendah berbanding universiti lain.

Sebagai pelopor sistem ODL, apakah pendekatan dilaksanakan OUM bagi memastikan keupayaan melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi secara berterusan.

Kita menekankan usaha menyediakan kemudahan infrastruktur dan program akademik berkualiti bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada mahasiswa. Biarpun ia membabitkan pelaburan tinggi, kita yakin pulangannya nanti bukan saja kepada universiti, malah negara apabila lahir pekerja yang mampu menjadi penyumbang kritikal kepada peningkatan produktiviti dan pembangunan negara. Sejak beberapa tahun ini, kita sudah membelanjakan hampir RM100 juta bagi membeli dan membina premis baru pusat pembelajaran di seluruh negara. Terbaru, pembukaan Pusat Pembelajaran Shah Alam awal Jun lalu menjadikan jumlah keseluruhan 60 pusat pembelajaran OUM di seluruh negara.

Usaha menambah baik program akademik pula dilaksanakan secara berterusan dengan memastikan modul serta sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih holistik dan

komprehensif. Baik dalam bentuk kendiri, bersemuka dan e-pembelajaran, sistem penyampaian P&P tutor dipantau, manakala prestasi setiap mahasiswa dinilai secara berjadual.

Agenda pengantarabangsaan yang mampu dicapai universiti yang menawarkan PSH dan sejauh mana usaha menarik pelajar luar negara dilaksanakan.

Hakikatnya, sukar bagi OUM untuk menerima kemasukan pelajar luar negara kerana kita menggunapakai sistem pengajian terbuka. Apa yang kita laksanakan adalah mengeksport program pengajian ke luar negara dengan mewujudkan pusat pembelajaran di luar negara bagi membuka peluang kepada lepasan sekolah dan golongan profesional luar negara mengikuti program ditawarkan OUM.

Setakat ini, lima negara menjadi lokasi pusat pembelajaran global iaitu Yaman, Bahrain, Maldives, Sri Lanka dan Ghana dan kita merancang untuk mengembangkan lagi sayap ke Eropah Timur dengan sasaran Hungary sebagai lokasi permulaan. Perkembangan itu bukan saja mengukuhkan jaringan antarabangsa bersama penyedia program pengajian tinggi di negara berkenaan, malah membuktikan kualiti program pengajian sepanjang hayat OUM setanding program sama di peringkat antarabangsa. Wawancara: Peningkatan jenayah seksual Gen Y membimbangkan Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bharian.com.my 2011/12/29

Tan Sri Lee Lam ThyeBARU-BARU ini, kes membabitkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang dikatakan dirogol teman lelakinya menarik perhatian ramai apabila turut dilaporkan kebanyakan media arus perdana. Hakikatnya, keganasan seksual tidak mengenal status dan latar belakang mangsa atau pemangsa. Itu inti pati yang dibincangkan ahli panel Pola dan Kecenderungan Jenayah di Malaysia bersempena Seminar Punca Jenayah di Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini. Ikuti luahan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang menjadi seorang daripada ahli panel kepada wartawan Varsiti, MOHD AZRONE SARABATIN.

Bagaimana Tan Sri melihat pola kes rogol termasuk membabitkan pelajar universiti? Bila disebut kes rogol pasti ramai yang takut sehingga terlupa ada yang berpunca daripada tindakan sendiri yang

akhirnya memerangkap diri sehingga menyesal sepanjang hayat. Satu lagi kes pelik yang membabitkan perogol dan mangsanya adalah tindakan ibu bapa mengahwinkan anak mereka dengan lelaki terbabit bagi menutup malu selain tidak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang bagi menutup malu. Ini diakui pegawai kanan polis dari Bukit Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) I, Datuk Mazlan Mansor yang menjadi ahli panel Pola Kecenderungan Jenayah di Malaysia. Biarpun kes rogol kerap didedahkan media, masih ramai ibu bapa yang tiada kesedaran mengenai kepentingan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang.

Ada juga kes rogol berpunca daripada pecah rumah dan apabila penjenayah terbabit melihat ada wanita sama ada anak gadis atau isteri orang dalam kediaman itu, mereka akan mengambil kesempatan terhadap wanita berkenaan. Kita juga tidak menafikan segelintir masyarakat tidak mempercayai kejayaan mengurangkan indeks jenayah negara lebih 30 peratus pada tahun lalu hasil keberkesanan pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Apa kes pelik mengenai jenayah rogol yang dibincangkan? Antaranya pendedahan Mazlan mengenai ada pelajar atau remaja berusia 12 atau 13 tahun yang ditahan polis kemudian dibebaskan kerana berusia di bawah umur, membuat provokasi kepada polis dengan melambaikan tangan sebaik keluar dari lokap.

Pihak polis sudah menjalankan tanggungjawab menahan dan menyiasat remaja terbabit, namun mereka masih belum boleh didakwa di mahkamah kerana berusia di bawah umur. Kegiatan jenayah dilakukan remaja terbabit adalah mencuri, menyamun dan merogol yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

Golongan inilah yang kita bimbang akan melakukan pecah rumah untuk mencuri dan kemudian melihat ada gadis di dalam kediaman itu, mereka bertindak merogolnya.

Apa pengalaman Tan Sri dalam kes jenayah?

Saya mempunyai pengalaman mengekori pelumba haram atau Mat Rempit sehingga ke rumah individu terbabit. Saya kemudian menemui bapa remaja terbabit dan tanpa berselindung keluarganya mengakui mengetahui kegiatan `merempit yang dilakukan anak mereka.

Bagaimanapun, amat mengejutkan apabila bapa remaja terbabit mengatakan mendidik anaknya supaya menjauhi kegiatan lumba haram bukan tanggungjawabnya, sebaliknya pihak berkuasa iaitu polis.

Ini amat mengejutkan kerana ibu bapa sepatutnya bertanggungjawab membimbing anak mereka supaya menjauhi kegiatan jenayah termasuk lumba haram dan tidak menyerahkan amanah itu kepada polis semata-mata.

Suka atau tidak, ibu bapa seharusnya membantu mengurangkan indeks jenayah di negara ini dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak berkuasa. Pihak polis juga hendaklah berusaha mengenal pasti punca jenayah sebagai langkah berkesan untuk menangani kes berkenaan.

Apa pandangan Tan Sri mengenai indeks jenayah di negara ini?

MCPF mengakui kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar untuk menangani kes jenayah, namun ia seperti tidak berbaloi kerana indeks jenayah seperti ragut, rompak dan keganasan seksual masih berleluasa.

Sebenarnya, menangani jenayah bermula dari rumah dengan ibu bapa perlu mempunyai masa berkualiti untuk bersama keluarga dan menjadi teladan baik kepada anak mereka. Saya turut bersetuju supaya kes jenayah didedahkan kepada umum dan tidak disorokkan daripada pengetahuan rakyat.

Statistik diperoleh MCPF daripada polis mendapati sebanyak 1,947 kes jenayah dilaporkan dilakukan pelajar pada 2009 dan meningkat kepada 1,947 pada tahun lalu. Kes dilakukan oleh bukan pelajar pula adalah 2,245 pada 2009 dan meningkat kepada 3,218 pada tahun lalu. Jenayah yang belum disenaraikan kemungkinan lebih besar lagi.

Indeks jenayah tidak perlu disembunyikan kepada umum sebaliknya ia perlu didedahkan apatah lagi rakyat negara ini semakin matang selepas 54 tahun mencapai kemerdekaan.

Saya yakin maklumat tepat mengenai kes jenayah tidak akan disalahgunakan atau diputarbelitkan oleh pihak tertentu kerana ia berdasarkan laporan yang dibuat kepada polis.

Adakah pensyarah universiti turut membuat kajian mengenai jenayah di negara ini?

Ada. Universiti Sains Malaysia (USM) terbabit dengan kajian punca jenayah di Malaysia dan ia adalah konflik sosial serta bergantung antaranya kepada kelas sosial dan pendidikan pelakunya.

Mengikut Pensyarah Sekolah Sains Sosial USM, Prof Madya Dr P Sundramoorthy yang turut menjadi ahli panel, sebanyak 15,707 jenayah keganasan dan 97,315 jenayah harta benda dilaporkan sebelum alaf baru iaitu pada 1977 hingga 1999.

Pada era alaf baru iaitu 2000 hingga 2009 pula mendapati 27,430 jenayah keganasan dan jenayah harta benda pula (149,509) yang menunjukkan peningkatan ketara.

Kes jenayah di negara ini kebiasaannya diukur dengan mengambil kira 100 penduduk bagi sesuatu kes dan dalam konteks ini jumlah kes bunuh dalam tempoh 32 tahun adalah dua atau tiga orang setiap 100 orang.

Kajian berkenaan mendapati kes rogol meningkat antaranya di Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Kedah. Langkah berkesan harus dilaksanakan untuk mengekang jenayah ini.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Perumahan Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar pula yakin formula berkesan akan ditemui untuk mencari punca jenayah di negara ini bagi mengatasinya segera.

LPPKN sentiasa berusaha untuk menangani kes jenayah bagi memastikan rakyat negara ini hidup tenteram dan bebas daripada jenayah. Justeru, usaha mencari punca jenayah di Malaysia amat penting sekali gus tindakan proaktif dilaksanakan segera untuk menurunkan indeks kadar jenayah di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai