Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program yang

dilaksanakan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan Guru

Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih dari semester 2 hingga semester 4 adalah

wajib untuk menjalani program ini di sekolah pilihan masing-masing. Oleh itu ,tempoh

masa untuk menjalani PBS adalah satu minggu. Semasa menjalani program ini, kami

dikehendaki pergi ke sebuah sekolah rendah untuk melaksanakan aktiviti dan

tugasan yang diberi.


Pada 21 Mac 2029 iaitu sebelum kami balik ke kampung untuk menjalani PBS,

semua guru pelatih PISMP JUN 2018 telah diberi taklimat berkaitan dengan PBS di

bilik seminar. Fokus taklimat ini adalah untuk menyampaikan tentang konsep PBS,

objektif PBS, strategi pelaksanaan serta peranan dan tanggungjawab guru pelatih.

Kali ini merupakan kali kedua bagi kami menjalankan program ini. Program ini

bertujuan untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan

terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, kebudayaan, sikap

progrestif daan pengalaman nilai, etika serta moral yang tinggi. PBS ini penting untuk

memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari

perspektif seorang guru.


Selain itu, PBS juga dapat memberi peluang kepada guru pelatih memahami

sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah

melalui pemerhatian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komunikasi

sekolah. Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami bagaimana guru mengajar,

murid belajar dan pengurus sekolah mengurus serta mentadbir sekolah. Objektif

PBS ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan guru pelatih memahami dan

menyesuaikaan diri dengan budaya sekolah. Guru pelatih juga dapat menghayati

kerjaya seorang guru memperolehi pengetahuan tentang pengurusan sekolah serta

strategi pengajaran dan pembelajaran. Selain dapat membina kemahiran berinteraksi

dengan murid, guru dan kakitangan sekolah, guru pelatih juga dapat membina sikap

positif terhadap profesion kegunan dan mendapat pendedahan awal tentang


pembelajaran murid.
Bagi PBS yang kedua ini, saya telah memilih SJK(C) Ming Tee,Bintagor di negeri

Sarawak. Saya telah membuat persediaan lebih awal dengan menyusun dokumen

dan lampiran yang diperlukan serta memahami tugas yang perlu dijalankan semasa

PBS. Selain itu, saya juga menyediakan rancangan pengajaran harian supaya

menjalankan pengajaaran macro di kelas dengan lancar.


Dalam menjalankan PBS ini, saya juga menyediakan temu bual kepada guru

besar sekolah, guru-guru dan murid-murid untuk mengumpul data tentang tugasan

MPU EDUP 3073 dan ELMK 3072 di sekolah.


Secara kesimpulannya, PBS ini memberi persediaan awal bagi guru pelatih

untuk menyesuaikan diri di sekolah dan mendedahkan kefahaman kepada guru

pelatih tentang budaya sekolah. Pengalaman semasa PBS amat berguna bagi saya

kerana kematangan pemikiran saya telah ditingkatkan dan mendorong saya menjadi

seorang guru yang lebih profesional.

Anda mungkin juga menyukai