Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)mengatakan bahawa


pecemaran merupakan sesuatu pengotoran alam yang mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.Pencemaran boleh
ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari
aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan
atau kaharmonian ekosistem. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek
pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan
aktiviti ekonomi dan projek pembangunan. Keadaan ini mengakibatkan
pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia.Antaranya adalah
pencemaran udara, pencemaran air,pencemaran tanah.

2.0 Punca

Antara punca yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar ialah


perkembangan ekonomi globalisasi ini banyak bergantung kepada industri.
Namun kadar pengeluaran yang semakin meningkat telah menyebabkan
peningkatan kepada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk.Pelbagai jenis industri ini akan menghasilkan
bahan cemar yang berbeza.Menurut Yuli Pratiwi(2010),industri tekstil
menghasilkan limbah cair berwarna yang dapat menyebabkan pencemaran air
dan bersifat toksis bagi biondikator.Pengusaha kilang yang berusaha
menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke
dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Sekiranya
fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara
turut tercemar.Walaupun mempunyai sektor industri mematuhi undang-undang
yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.Namun,masih terdapat masalah
pencemaran alam sekitar yang menggugat kesejahteraan hidup penduduk
setempat.(Er Ah Choy,2009) .

Selain itu,rakyat yang kurang bersedar tentang isu-isu alam sekitar juga
merupakan salah satu punca pencemaran alam sekitar.Menurut Prof. Dr.
Rukaesih Achmad(2011),pengguanaan CFC adalah bahan yang stabil dan gas
yang berwarna biru tua, stabil, tidak mudah terbakar, mudah disimpan, dan
murah harganya.Permusnahan lapisan ozon adalah disebabka penggunaan
CFC ini.Bahan-bahan aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah
tekanan tinggi.Kloroflorokarbon(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam
proses itu. Selain itu,CFC digunakan dalam peti sejuk,penghawa dingin dan
lain-lain sebagai bahan rejan(propellant,pembentukan buih,dan alat pemadam
api). Isi rumah yang kurang sedar tentang bahaya penggunaan CFC kepada
alam sekitar telah menyumbang banyak kepada penceamara melalui
penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elekktrik seperti peti
sejuk.Selain itu,kekurangan pengetahuan tentang isu alam sekitar
menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak
piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan
manusia atau kestabilan alam sekitar. Pencemaran yang dilakukan melalui
penebangan hutan secara tidak terkawal terutama di kawasan pergunungan
dan kawasan tadahan air disebabkan sikap ketamakan (Shaharudin
Idrus,2015).

3.0 Kesan

Kesan alam sekitar adalah mengancam kesihatan manusia. Akibat


daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas. Di negara
kita misalnya rakyat Malaysia yang terlalu bergantung kepada kenderaan
persendirian. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan
bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara,
pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semula jadi. Bahan pencemar
yang meningkat boleh memberi impak negatif khususnya kepada kesihatan
manusia(Williamson 1973) dan juga kesihatan ekosistem fizikal (Sham 1980).
Menurut Nasuha Badrul Huzaini(2015),individu paling teruk terjejas kesan
daripada pencemaran udara ini adalah mereka yang menghidap masalah
kesihatan berkaitan sistem pernafasan, terutama pesakit asma. Pencemaran
udara ini yang berpunca daripada asap kenderaan dan pembakaran akan
mengakibatkan pesakit asma sukar bernafas,gatal pada bahagian kerongkong
dan batuk,hidung berasa berair dan kerap bersin.
Seterusnya,pencemaran alam sekitar juga menyebabkan terbentuknya
hujan asid.Menurut A.G. Mohamad Zabawi(2008),hujan asid yang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air
hujan.Hujan asid berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) danoksida-
oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air
yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan
asidnitrik.Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan
berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat.Menurut
Fazrul Razman Sulaiman(2015) ,pembakaran bahan api fossil seperti minyak
dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan
berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara.Hujan asid
membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan akuatik.Selain itu, hujan asid
tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain itu, hujan asid juga
merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan
tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

4.0 Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar

Cara-cara mengelaknnya sebagai panduan mengharungi cabaran


pencemaran alam sekitar masa kini ialah menggunakan konsep 3R dalam
kehidupan seharian.Menurut Mhd. Saiful Anuar(2018),3R merupakan proses
memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada
sampah untuk diguna semula.Konsep 3R ini mengandungi tiga aspek iaitu
Reuse(guna semula), Reduce(Mengurangi),Recycle(Mendaur ulang). Prinsip
3R merupakan konsep proses bersih yang memiliki sifat spesifik dalam
pengelolaan sampah. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-
sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah
pembaziran dengan cara-cara yang berlandaskan konsep 3R yang berikutnya.
Plt Sekda Kalteng, Fahrizal Fitri(2018) mengatakan, pengelolaan sampah
dengan konsep 3R harus diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat supata
tiada sampal asal-asalah dihasilkan lagi.

Di samping itu,salah satu cara untuk menangani masalah pencemaran


alam sekitar ialah pendidikan alam sekitar dijalankan dalam setiap lapisan
masyarakat.Hal ini kerana masyarakat perlu membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar,Dengan memupuk kesedaran di
kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.Pendidikan alam
sekitar perlu dijalankan kerana ia dapat membentuk sikap positif kepada alam
sekitar dalam setiap ahli komuniti.Dengan adanya kesedaran pada seseorang
individu,mereka akan mengenai tanngungjawab sendiri terhadap penjagaan
alam sekitar.Menurut Masitah Mohammad YusofPendidikan Alam Sekitar telah
diperkenalkan secara rasmi dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan
Alam Sekitar merentas kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1998) oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Di peringkat prasekolah
buku berkenaan telah diterbitkan pada tahun 2005.Pendidikan alam sekitar
mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.
Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti
Biologi.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya,Malaysia sememangnya sebuah negara yang


berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan
pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa
kesan sampingan terhadap alam sekitar.Oleh itu,punca-punca pencemaran
yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak
dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar
baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Menurut Ahmad
Zahid(2018), sektor swasta dan pihak individu perlu memainkan peranan
masing-masing untuk menjaga alam sekitar.Tanggungjawab untuk menjamin
alam persekitaran yang harmoni bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut
dipikul oleh semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai