Anda di halaman 1dari 40

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan

Moral

Isu 1 : Cabaran Kemerdekaan

TARIKH 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat menandakan


wujudnya sebuah negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang
merdeka dan berdaulat. Kini 58 tahun negara ini Merdeka. Hari
Kemerdekaan telah berubah kepada Hari Kebangsaan. Negara ini merdeka
selepas 83 tahun (1874-1957) dijajah oleh Britain.
Perjuangan menuntut kemerdekaan atau pemerintahan sendiri telah
berlaku semenjak awal abad ke-20 oleh golongan inteligensia Melayu
sama ada yang berpendidikan agama Islam, berpendidikan Melayu juga
yang berpendidikan Inggeris, dan semakin meningkat selepas Perang
Dunia Kedua. Sebahagian besar pakar sejarah Malaysia berpendapat
bahawa perjuangan mencapai kemerdekaan tersebut digembleng dengan
kuat oleh semangat kebangsaan Melayu yang berpaksikan agama Islam.
Semangat kebangsaan tersebut semakin memuncak apabila berjaya
menggagalkan Malayan Union.
Sesiapa jua yang membaca naratif perjuangan kemerdekaan negara
akan ketemu pengkisahan segala susah payah, pahit maung dan derita
yang menitiskan air mata diceriterakan oleh para pejuang kemerdekaan.
Apatah lagi para pejuang barisan hadapan terutama angkatan tentera dan
kepolisian yang merupakan wira yang tidak didendang, bermati-matian
mempertahankan kemerdekaan tersebut daripada ancaman pengganas
komunis.
Begitu juga para pejuang kemerdekaan yang menganggotai parti
politik akan mengumandangkan bahawa parti mereka yang berjaya
mencapai kemerdekaan. Sudah terdapat naratif yang mencabar pendapat
bahawa UMNO sahaja yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan
apabila ada pemimpin parti politik pembangkang berpendapat bahawa
Mat Indera juga pejuang kemerdekaan dan terdapat pendapat bahawa
perjuangan

bersenjata

merupakan

perjuangan

kemerdekaan

yang

sebenar.
Pendapat seperti ini mengingatkan satu lagi naratif bahawa
merdeka dengan darah lebih baik berbanding merdeka dengan mata
1

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

pena. Naratif seperti ini kini sedang dibaca dan ditelaah oleh generasi Y
Malaysia masa kini.
Di sudut lain pula para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas
memperjuangkan kemerdekaan sering menyuarakan persoalan pengisian
kemerdekaan. Negara sudah merdeka. Apakah rakyat juga
menikmati

kemerdekaan?

kemiskinan,

pelajaran,

Pembangunan

prasarana,

ekonomi

kesihatan

untuk

dan

sudah

membasmi

lain-lain

unsur

pembangunan perlu dinikmati oleh rakyat.


Pembangunan

luar

bandar,

pembangunan

tanah,

perbandaran,

pembinaan sekolah rendah dan menengah, sistem pelajaran yang


berbahasa pengantar bahasa kebangsaan, jalan raya, telekomunikasi,
serta segala usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat khususnya di
luar bandar, merupakan tindakan pengisian kemerdekaan.
Kemerdekaan bukan sekadar pengisian semangat kebangsaan,
tetapi juga mempertingkatkan kehidupan sosio-ekonomi yang lebih baik,
supaya tidak berjiwa hamba tetapi berjiwa merdeka. Bebas daripada
penjajahan, bebas penjajahan jiwa, bebas penjajahan mental dan rohani.
Pengisian kemerdekan bererti memberi makna sebenarnya kepada
perjuangan

kemerdekaan.

Anak-anak

kampung

yang

menganggotai

pasukan ketenteraan dan kepolisian berjuang ke titisan darah terakhir


mempertahankan kemerdekaan yang dicapai demi memastikan seluruh
rakyat menikmati kemanisan kemerdekaan.
Maka
kejayaan

makna

kemerdekaan

mendapatkan

kepada

kemerdekaan

generasi

serta

terdahulu

membebaskan

ialah

negara

daripada penjajahan, segala usaha untuk mengisi kemerdekaan bagi


sebuah negara yang berdaulat dan mencipta satu bangsa yang juga
merdeka yang tidak berjiwa hamba, yang tidak dijajah mentalnya.
Kepada generasi Y, makna merdeka berbeza, merdeka kepada
mereka ialah bebas dan kebebasan individu yang berorientasikan
pemikiran liberal, tidak terikat kepada kepentingan kelompok, puak, suku
dan keturunan. Ada yang berpendapat bahawa kejayaan mereka dalam
hidup disebabkan oleh merit peribadi bukannya disebabkan perjuangan

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

parti politik tertentu, bukan disebabkan oleh bangsa tertentu tetapi


kejayaan dan kepandaian mereka.
Mereka dan barangkali ibu bapa mereka tidak merasa terhutang
budi kepada perjuangan bapa-bapa kemerdekaan negara, hatta kepada
pemimpin negara atau kepada parti politik tertentu.
Pemikiran sedemikian diperkukuhkan oleh media sosial digital langit
terbuka

yang

memuatkan

pelbagai

ideologi

untuk

mengukuhkan

ketaksuban kepada liberalisme dan kebebasan individu. Pemikiran ini juga


yang mengukuhkan kepembangkangan di negara ini sehingga merdeka
bermaksud menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Pemikiran ini yang dijaja oleh pihak tertentu untuk meruntuhkan
tatanan sosial atau social order yang sedia ada. Melalui media sosial
mereka mencipta dan merekonstruksi persepsi yang menghina pihak yang
memerintah, menghina institusi raja-raja Melayu, mempersenda agama
Islam, memperlekeh bahasa Melayu, memperkecil institusi kehakiman,
dan sebagainya.
Pemikiran

seperti

ini

memudahkan

proses

kecelaruan

untuk

memerangkap generasi muda Melayu yang belum mantap identiti dan jati
diri mereka terhadap kemelayuan dan keislaman. Pemikiran liberal ini
boleh menyebabkan mereka mempersoal kemelayuan dan keislaman,
mereka mempersoal asal-usul nenek moyang mereka, mereka tidak kisah
tentang kalimah Allah yang digunakan di dalam kitab orang lain, mereka
tidak fasih berbahasa Melayu lantaran pengucapannya bercampur-aduk
dengan bahasa lain.
Pengisian

kemerdekaan

seperti

Dasar

Ekonomi

Baru

amat

membantu pewujudan kelas pertengahan dan kelas perdagangan serta


peniaga Melayu. Amat membanggakan apabila terdapatnya tokoh-tokoh
korporat dan teknokrat Melayu, walaupun mereka tidak merasa terhutang
budi kepada pihak pemerintah yang memberi mereka kontrak dan lesen
untuk berniaga. Tetapi kini sebahagian besar orang Melayu tergolong
dalam kelompok yang berpendapatan rendah, walaupun Felda sudah
merupakan gergasi ekonomi di pentas global.

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Para graduan dari universiti tempatan dipersoal kemampuan


berbahasa Inggerisnya, diragui kemampuan kemahiran insaniah (soft-skill)
dan sebagainya berbanding lulusan luar negara. Kemampuan berbahasa
Inggeris itu menjadi alasan untuk mengubah bahasa pengantar pelajaran
seperti PPSMI pada masa lalu, malah suara yang menuntutnya semakin
ghairah kembali, barangkali untuk kepentingan ekonomi dan kepentingan
kelompok yang lebih berkemampuan.
Perubahan

zaman,

perubahan

teknologi

komunikasi,

merubah

landskap pemikiran. Manusia cepat melatah dan terpukau dengan


persepsi yang herot, lalu yang tidak benar dikatakan benar, yang benar
dikatakan yang salah. Logika pengherotan atau songsang ini sedang
berleluasa.
Generasi Y mudah tergula tanpa siasat apakah benar atau silap.
Lihat sahaja Jalur Gemilang lambang kedaulatan mula diragui, dan ramai
terpercaya. Kelompok atau kumpulan yang menentang pemerintahan
yang berdaulat akan mengeksploitasi perubahan landskap pemikiran itu
untuk kepentingan mereka.
Kewarasan dan kebijaksanaan menganalisis serta menilai setiap
aspek perubahan ideologi perlu dimiliki oleh generasi Y Melayu khasnya
dan Malaysia amnya. Perlu disedari bahawa ada pihak yang sekarang
sedang mentakrif erti merdeka sesuai dengan ideologi dan kepentingan
mereka. Pada setiap detik mereka akan mencipta persepsi yang herot
untuk menghancurkan tatasosial yang sedia ada. Pesta baju kuning
adalah manifestasi berjayanya pengherotan tersebut.
Maka

yang

berkuasa

dan

yang

memerintah

perlulah

berhubaya,

perbanyakkan beristighfar, perbanyakkanlah perenungan yang mendalam


di mana silapnya. Dekati generasi Y dan generasi seterusnya, kerana
masa depan negara terletak kepada bagaimana generasi masa kini
mencipta masa depan mereka. Jadilah negarawan yang ulung untuk
membina masa depan generasi akan datang, bukannya ahli politik yang
cuma memikirkan masa depan diri dan kelompok sendiri. Negara
memerlukan ramai negarawan untuk masa depan yang lebih gemilang.

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Penulis : Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)


Tarikh : 30 Ogos 2015
Rujukan

http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-kemerdekaan

1.129897 #sthash.q5GULzV2.dpuf

Ulasan
Sebagai generasi baru, kita harus mengekalkan kemerdekaan yang telah
dicapai oleh pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin kita yang dahulu
kerana tanpa mereka kita tidak akan mencapai kemerdekaan seperti yang
diperolehi hari ini. Generasi baru kini hendaklah berupaya mengekalkan
kemerdekaan yang telah dikecapi hari ini. Di samping itu, generasi hari ini
perlulah bijak dengan menghadapi situasi masa kini di mana pengaruh
anasir-anasir jahat semakin berkembang disebabkan berkembangnya
perkembangan teknologi dan maklumat. Oleh itu, sebagai generasi masa
kini, mereka perlu menanam semangat nasionalisme dalam diri agar tidak
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir dari luar ini dan agar dapat
terus mempertahan dan membangunkan negara kita yang tercinta ini
Isu 2 : Bersatu hati bina negara sejahtera

PERPADUAN rakyat Malaysia adalah satu keistimewaan dan daya


tarikan kepada pelabur asing. Kepentingan inilah menyebabkan kerajaan
menitikberatkan soal perpaduan, kerana dengan bersatu hati kita dapat
membina negara yang aman dan sejahtera. Tambahan pula, konsep
1Malaysia yang berasaskan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'
juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai
kaum adalah kunci untuk menghadapi ancaman dan cabaran. Secara
umum, prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik bukan
perkara asing.
Jadi, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah? Di
banyak negara, persengketaan kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama
5

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

membawa peperangan berlarutan, sekali gus membantut pembangunan


ekonomi, sosial dan politik. Negara kita sudah 58 tahun merdeka, namun
dalam

soal

diselesaikan

perpaduan

masyarakat

sepenuhnya.

Isu

berbilang

sensitif

kaum,

masih

tidak

hak,

warna

kulit,

seperti

kepercayaan agama dan budaya sering dikotak-katikkan. Sebagai contoh,


dalam kejadian Pengetua sebuah sekolah menengah dan Penolong
Pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata
berbaur rasis iaitu pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh
pulang ke China, di samping menyamakan gelang keagamaan dipakai
pelajar India seperti rantai anjing, amat menyedihkan.
Sistem pendidikan faktor utama
Justeru, ia membuktikan isu keharmonian kaum masih menjadi persoalan
besar dan penyelesaian belum ditemui lagi walaupun pelbagai usaha
diambil. Faktor pertama menyebabkan perkara seperti itu berlaku ialah
sistem pendidikan berasingan. Rakyat Malaysia dibahagi kepada tiga
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda
masing-masing

dan

sistem

persekolahan

tersendiri.

Ini

sekali

gus

memisahkan pelajar. Sekolah aliran kebangsaan menggunakan bahasa


Melayu

sebagai

bahasa

pengantar.

Justeru,

majoriti

kaum

Melayu

menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi pelajar


berbeza kaum sangat terhad dan menyukarkan persefahaman. Sejak
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain
bertujuan mencari kekayaan, mereka tidak lupa tanggungjawab sosial
mendidik anak mereka agar mewarisi bahasa dan budaya etnik mereka.
Isu kaum dipolitikkan
Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi agenda
penting mereka. Ibu bapa tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan,
menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan kerana berasa
struktur pendidikan itu dapat menjamin kecemerlangan anak mereka
hingga menjauhi hubungan antara etnik. Faktor kedua ialah keadaan
politik negara. Bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering
6

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, parti
politik tertentu cuba mengambil peluang menimbulkan perasaan kurang
senang

dalam

kalangan

masyarakat,

seterusnya

menyebarkan

propaganda perkauman. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan


dan bahasa berlainan. Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan
bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang
hubungan antara kaum semakin membesar.
Penjajah British menempatkan kaum tertentu pada sektor ekonomi
berbeza. Kaum Melayu ditempatkan di sektor pertanian dan di luar
bandar. Ia memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah.
Kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan yang membabitkan
teknologi tinggi, manakala kaum India terbabit dengan perladangan.
Agihan ini mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin
ketara

dan tidak

kemiskinan

seimbang. Kaum

manakala

kaum

Cina

Melayu dan India


mencari

berhadapan

peluang

perniagaan

menyebabkan etnik ini berusaha mempertahan hak serta kesaksamaan.


Proses mempertahan hak merosakkan hubungan kaum kerana masingmasing mahu menjuarai perjuangan mereka. Ketidakharmonian hubungan
kaum mengakibatkan negara berkeadaan tidak stabil, mendorong kepada
pergaduhan atau pertelingkahan. Keadaan ini membimbangkan pelabur
mengenai
mereka.

modal

dikeluarkan

Ketahanan

sesebuah

serta

tahap

negara

keselamatan

banyak

perniagaan

bergantung

kepada

rakyatnya. Secara langsung, hubungan tegang antara rakyat akibat


perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.
Hubungan yang harmoni dalam kalangan rakyat secara tidak langsung
mewujudkan

sebuah

tembok

pertahanan

kukuh

dan

menjamin

keselamatan negara. Negara yang kacau bilau bukan saja terdedah


kepada ancaman dalaman tetapi juga luar yang melihat inilah peluang
untuk campur tangan sekali gus membuka jalan menguasai negara
berkenaan. Tanpa keamanan, negara berkenaan sukar melakukan sesuatu
yang

membanggakan

mahupun

menarik

perhatian

negara

lain.

Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmoni wujud antara rakyat, ia


adalah simbol kejayaan peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara itu
7

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

bukan sahaja disegani negara lain malah akan menjadi model dan rujukan
kepada negara lain.
Integrasi nasional
Sepanjang

sejarah

selepas

kemerdekaan,

isu

mewujudkan

hubungan harmoni antara kaum tiada titik noktah. Kerajaan mewujudkan


pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar dan
pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 1990, Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 - 2000, Dasar Wawasan
Negara juga Program 1Malaysia. DEB adalah dasar diperkenalkan Tun
Abdul Razak selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang
membimbangkan ini, punca tercetusnya rusuhan itu dikesan dan langkah
mengatasinya

diambil.

Penggubalan

dasar

ini

bertujuan

mencapai

perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio


ekonomi

antara

kaum

dan

wilayah.

Ia

juga

bagi

mempertingkat

pembabitan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan


sebagai usaha membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat.
Dasar Wawasan Negara atau dikenali Wawasan 2020 adalah usaha
kerajaan mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat
nasional

dan

antarabangsa

serta

menitikberatkan

pembangunan

menyeluruh meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan


dan kebudayaan.
Terap nilai murni
Menjelang tahun 2020, Malaysia diharap mampu menjadi negara
yang bersatu padu jika masyarakatnya mempunyai nilai moral dan etika
utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.
Konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
pada 3 April 2009 memberi aspirasi memperbaiki hubungan kaum. Untuk
mencapai kemajuan negara, sikap penerimaan antara kaum membawa
kepada perpaduan utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai,
maka urusan pembangunan negara akan berjalan lancar. Persefahaman
kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara
8

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

langkah dilakukan adalah dengan penubuhan Sekolah Wawasan, tempat


terbaik memulakan proses integrasi kaum. Ia menyediakan ruang dan
peluang untuk murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana
mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain.
Mereka berpeluang mengenali dan memahami satu sama lain. Dengan itu,
mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap
budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, Sekolah Wawasan mampu
memupuk

persefahaman

kaum,

seterusnya

mempercepat

integrasi

nasional.
Penyusunan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga
mampu mewujudkan keharmonian rakyat dan negara. PLKN dapat
memupuk

perpaduan

nasional.

Melaluinya,

remaja

pelbagai

kaum

ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama


menjalankan aktiviti, berinteraksi dan bergaul mesra. Dengan itu, mereka
terdedah

kepada

corak

hidup

masyarakat

majmuk

Malaysia.

Persefahaman lebih erat memupuk rasa kekitaan. Selain kerajaan,


masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan ini. Media massa adalah
saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan
efisien dan penting bagi memperbaiki hubungan kaum.
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus
diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat
penting bagi negara bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan
ekonomi dan politik. Bak kata Usman Awang, perpaduan tidak beri erti
kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud
hanya

dengan

disuruh-suruh

dan

diseru-seru.

Perpaduan

harus

diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan satu pihak


atau golongan tertentu.

Penulis : Dr Ahmad Zaharuddin sani


Tarikh : 31 Ogos 2015

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/78583

Ulasan
Tidak dinafikan bahawa perpaduanlah menjadi faktor utama kemerdekaan
yang kita capai hari ini. Tanpa perpaduan antara kaum tiadalah
kemerdekaan dapat dicapai hingga ke hari ini. Oleh itu, rakyat Malaysia
harus berupaya untuk mengekalkan perpaduan yang telah dikecapi
selama ini. rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa haruslah
bekerjasama dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah
dicapai hari ini. segala isu-isu sensitif berkaitan perkauman haruslah
dielakkan agar peristiwa 19 Mei tidak berulang kembali. Sebagai rakyat
Malaysia, kita harus berganding bahu dan bekerjasama untuk memajukan
negara serta mempertahankan negara ini agar kita semua dapat hidup
dalam keaadaan aman dan harmoni tanpa ada persengketaan.

Isu 3 : Sertai bersih bukan pengukur semangat patriotisme

KUALA LUMPUR - Masyarakat tidak seharusnya terkeliru dengan matlamat


penyertaan himpunan Bersih 4.0 kerana ia tidak melambangkan jiwa patriotik rakyat
Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Tegasnya, rakyat masih punya cara lain untuk melahirkan semangat patriotisme
sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. "Rakyat negara ini ada
semangat patriotik dengan cara mereka tersendiri. Mereka (rakyat) yang tidak mahu
sertai Bersih ini tidak semestinya tidak patriotik. "Takkanlah hanya kerana beberapa
orang (dalam) Bersih yang mahukan himpunan dibuat kononnya untuk menuntut
kepentingan demokrasi, 30 juta rakyat yang lain tidak patriotik?," soalnya. Nur Jazlan
ditemui pemberita hari ini pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan
Negara yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.

10

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Mengulas perkara sama, bekas timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd
Bakri Zinin dalam satu kenyataan berkata, tindakan berhimpun dalam demonstrasi
jalanan tidak melambangkan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Mohd
Bakri juga berpendapat, ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari
penyelesaian terhadap masalah dalaman negara, selain menegaskan ia bukan jalan
penyelesaian masalah yang kukuh. "Adakah anda dapat menyelesaikan masalah
dengan demonstrasi jalanan? Jangan menyalahgunakan undang-undang yang sedia
ada untuk mencapai apa-apa matlamat yang boleh menjejaskan keselamatan awam
dan ekonomi negara. "Tindakan ini bukan boleh menyelesaikan apa-apa tetapi
menimbulkan masalah dan bebanan untuk orang lain. Sebaliknya, kita perlu
memberi perhatian terhadap isu-isu lain dan bukan merancang demonstrasi," beliau
dipetik sebagai berkata.
Nur Jazlan dalam pada itu turut menyarankan orang ramai untuk
memperingati jasa-jasa pahlawan terdahulu yang terkorban ketika memperjuangkan
kemerdekaan di tanah air. "Itu lebih patriotik daripada turun untuk sertai himpunan
Bersih nanti," tegasnya. Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan
Adil (Bersih 2.0) berhasrat menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada
29 dan 30 Ogos ini

Penulis : Fathin Athirah Hasli


Tarikh : 20 Ogos 2015
Rujukan

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sertai-bersih-bukan-

pengukur-semangat-patriotisme

Ulasan
Setiap

rakyat

haruslah

mengelakkan

diri

daripada

terlibat

dalam

perhimpunan haram atau parti-parti yang cuba untuk menjatuhkan


kerajaan. Setiap individu perlu berfikir secara rasional dan boleh
mengemuka pendapat atau bersuara menggunakan saluran yang betul
tanpa terlibat dalam kegiattan yang boleh mengancam kedaulatan negara

11

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

ini. Setiap inidividu mempunyai hak untuk mempertahankan negara dan


memilih

pemimpin

atau

pemerintah

yang

mereka

rasakan

boleh

memerintah dengan betul. Namun, semua itu ada saluran tertentu dan
individu perlu menggunakkan saluran yang betul dan tidak terlibat
dengan perhimpunan-perhimpunan jalanan yang boleh mencemarkan
imej negara. Setiap individu harus berupaya mempertahankan imej
negara.

Isu 4 : Patriotisme sebagai senjata mental

Gagal menghayati ilmu pengetahuan dipelajari membuatkan segelintir


generasi muda mudah terpengaruh dengan dakyah pihak berkepentingan
serta mudah emosi dalam menanggapi sesuatu isu sehingga bertindak
sesuka hati.
Aspek ketaatan, kesopanan dan semangat cintakan tanah air semakin
luntur

menjadikan

golongan

itu

seolah-olah

kosong

pengetahuan

mengenai pentingnya mempunyai semangat patriotisme kepada negara.


Kegusaran masyarakat cukup berasas apatah lagi, hari ini, pelbagai
perkara dijadikan isu sensitif yang mampu menggugat keamanan negara.
Justeru, bagaimana survival generasi muda ini untuk jangka panjang
dalam menangani konflik sedia ada?
Timbalan

Naib

Canselor

Akademik

dan

Antarabangsa

Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Dr Tengku Mohd T Sembok


berkata, generasi muda tidak memahami falsafah dan prinsip negara
selain

mempunyai

keperibadian

tidak

kisah

terhadap

isu

yang

membabitkan kesejahteraan negara.


Beliau berkata, golongan ini menganggap patriotisme sebagai remeh dan
tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara perlu dipikul pihak
tertentu saja.
Tidak hairan kebanyakan generasi muda hari ini buta mengenai
pentingnya semangat patriotisme dalam diri.
12

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Mereka menganggap ia hanya perkara remeh dan boleh digalas orang


lain membuatkan tiada atau kurangnya penghayatan penuh terhadap
aspek itu.
Patriotisme adalah simbolik menunjukkan betapa kita sayangkan negara,
bangga dan berusaha mempertahankan daripada segala ancaman,
katanya.
Beliau berkata, untuk mempertahankan kedaulatan negara, seseorang itu
tidak perlu memikul senjata namun memadai jika mempunyai semangat
untuk mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan serta hak
tanah air.
Dalam

konteks

ini,

golongan

muda

khususnya,

perlu

berusaha

menghayati serta mempunyai semangat itu bagi melahirkan rasa sayang


yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Ada segelintir beranggapan, mempertahankan negara perlu memikul
senjata atau berperang, malah ada mendakwa itu bukan tanggung jawab
mereka.
Sebenarnya, semangat patriotisme mesti ada dalam kalangan semua
orang tidak kira apa pun status, latar belakang dan pegangan agama
kerana ini adalah negara kita, katanya.
Menurutnya, semangat patriotisme senjata mental yang cukup kuat.
Bayangkan, jika tiada semangat itu, bagaimana mental kita boleh kuat
untuk mempertahankan negara?, katanya.
Tahun ini Sehati Sejiwa dipilih menjadi tema Hari Kebangsaan yang
membawa penafsiran bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman dan
kemanusiaan seluruh rakyat negara ini.
Beliau berkata, banyak usaha dilakukan bagi membantu masyarakat
mewujudkan semangat cintakan negara termasuk menerusi penubuhan
UPNM.
Menurutnya, UPNM bukan hanya mengambil berat mengenai semangat
mental patriotisme tapi mengimbanginya secara holistik dengan ilmu,
fizikal dan kerohanian.
Ia bertujuan melahirkan individu atau kumpulan patriot di barisan
hadapan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara
13

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

dengan kepercayaan bahawa benteng utama pertahananan negara


adalah menerusi pendidikan.
Justeru,

penubuhan

berkarakter

dan

UPNM

beriltizam

bagi
untuk

melahirkan

pemimpin

berkhidmat

dengan

intelektual,
ikhlas

bagi

melanjutkan kepentingan strategik negara, katanya.


Sejarah UPNM bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia
(ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab
menjalankan program pengajian di peringkat sarjana muda dan latihan
ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Peranan

ATMA

diperluaskan

dengan

menjadikannya

UPNM

yang

diwartakan pada 10 November 2006.


Mengenai perbezaan UPNM dengan Universiti Awam (UA) lain, beliau
berkata, institusi itu berfalsafahkan kepada pertahanan dan keselamatan
demi kedaulatan negara.
UPNM menggabungkan ilmu pengkhususan profesional dengan ilmu
profesional ketenteraan selain menjadikan disiplin ketenteraan sebagai
budaya kampus.
Matlamat UPNM ialah melahirkan pemimpin berkarakter menerusi
pendidikan untuk meneruskan legasi serta kesinambungan yang dimiliki
negara pada hari ini.
UPNM adalah pemangkin namun paling penting ialah semua lapisan
masyarakat perlu mempunyai semangat cintakan negara, katanya.
Menurutnya, ramai beranggapan UPNM hanya khusus bagi mereka yang
mahu memasuki pekerjaan tentera.
Tanggapan itu salah kerana UPNM turut menjalankan fungsi seperti UA
lain cuma di sini, kami menekankan soal disiplin kerana institusi ini bukan
saja

diletak

di

bawah

Kementerian

Pendidikan

Tinggi

(KPT)

tapi

Kementerian Pertahanan.
Ini keunikan UPNM kerana di samping melahirkan graduan bersifat
universal, profesional dan berdisiplin, institusi ini menjadi pemangkin
untuk

menyuburkan

semangat

patriotisme

kental

terhadap

bakal

pemimpin masa depan, katanya.

14

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Penulis : Ruhaiza Rusmin


Tarikh :30 Ogos 2015
Rujukan : http://www.hmetro.com.my/node/74033

Ulasan

Generasi muda masa kini haruslah mempunyai semangat patriotisme


dalam diri dan haruslah menghargai perjuangan pemimpin dan pejuang
terdahulu yang telah bersusah payah untuk memperoleh kemerdekaan
untuk negara kita. Generasi muda harus memandang serius perkara ini
dan sebagai generasi baru, mereka perlu menanam semangat patriotisme
dalam diri mereka dan sanggup untuk mempertahankan negara ini.
Mereka juga perlu mempunyai jati diri yang kuat agar tidak mudah
terpengaruh dengan dan anasir-anasir dari luar. Generasi muda juga
digalakkan untuk melibatkan diri dalam pasukan keselamatan agar dapat
membentuk daya kepimp[inan yang utuh dan semangat nasionalisme
yang tinggi supaya bdapat mempertahankan tanah air daripada kuasakuasa luar.

Isu 5 : Indeks Patriotisme pupuk keharmonian

Jika meneliti perkembangan semasa, apakah benar konsep globalisasi


semakin menghakis kepentingan kewujudan negara bangsa? Sesuatu
yang menarik ialah berdasarkan apa yang dikatakan De Cillia, Reisigl dan
15

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Wodak (1999); "Proses globalisasi nampaknya perlu diiringi dengan


melihat semula dan mengukuhkan masa lalu dan ciri komuniti pramoden
mengenai perasaan patriotisme yang penuh beremosi dan diwarisi
terhadap negara sendiri".
Peristiwa demi peristiwa berlaku di sekeliling kita kini menjadikan kita
semakin keliru. Satu demi satu kejadian dilihat seolah-olah membunuh
rasa damai dan masyarakat menjadi gusar. Rasa hormat terhadap negara
mulai digugat. Menariknya baru-baru ini apabila Ketua Pengarah Biro Tata
Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali mengeluarkan kenyataan BTN
sedang menyiapkan Indeks Patrotisme Negara. Beliau juga menjelaskan
kajian awal terhadap Indeks Patriotisme Negara yang membabitkan
penuntut pengajian tinggi memperlihatkan skor indeks adalah rendah iaitu
hanya 3.8. Ini menggusarkan kita mengenai semangat jitu patriotisme
generasi pelapis negara. Inisiatif BTN mewujudkan Indeks Patriotisme
Negara adalah langkah yang harus disambut baik. Ia juga adalah satu
inisiatif bijak dalam usaha memperkukuhkan Malaysia negara bangsa
maju menjelang tahun 2020.
Usaha

Ketua

Pengarah

BTN

ini

memperlihatkan

satu

lagi

usaha

transformasi kepemimpinan negara bagi menyelami rasa hati rakyat. Ia


membolehkan kerajaan menerusi BTN memperkasakan strategik ke arah
meningkatkan jati diri warga negara Malaysia. Apa yang penting,
pengukuran

Indeks

Patriotisme

Negara

menggambarkan

keseriusan

kerajaan untuk menjayakan transformasi Malaysia negara maju.


Perpaduan tiada jika tiada patriotisme
Keamanan dan kesejahteraan terbina kerana adanya perpaduan. Adalah
sukar membentuk perpaduan jika tidak ada patriotisme. Cabaran Malaysia
sebuah negara majmuk bukan boleh dipandang ringan. Keamanan adalah
asas kepada pembinaan pembangunan. Ini penting bagi Malaysia dan
inilah yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita dalam inspirasi Gagasan
1Malaysia. Walaupun pada zaman ini sering dilaungkan slogan globalisasi
dan dunia tanpa sempadan, tetapi semangat patriotik dan cintakan tanah
16

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

air perlu dipupuk khususnya dalam konteks negara kita Malaysia. Prof
Jomo Kwame Sundram, pernah meluahkan rasa hatinya bahawa dalam
keadaan negara kita yang berbilang kaum, gerakan nasionalisme masih
perlu dibina bukan hanya untuk menghadapi masalah dan cabaran
pembangunan kini, tetapi juga untuk menghadapi masalah perpaduan
kebangsaan. Semangat patriotik dapat dijadikan benteng bagi menangkis
ancaman

dan

kebanjiran

gejala

negatif

akibat

daripada

proses

internasionalisme dan globalisasi. Kebimbangan terhadap isu patriotisme


bukanlah isu hari ini, tetapi telah dirasai sejak sekian lama. Harus diingat
Kongres

Patriotisme

Negara

pada

24-26

Oktober

2002

yang

membincangkan segala aspek patriotisme membuat satu resolusi penting.


Resolusi itu telah dikemukakan kepada Kabinet dan telah menghasilkan
keputusan mewajibkan pelajar berumur 17 tahun ke atas menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermula pada tahun 2004.
PLKN diadakan untuk meningkatkan rasa cinta kepada negara atau
patriotisme. Kini ia telah berlangsung selama 10 tahun. Sudah pasti
persoalannya kini, apakah matlamat meningkatkan patriotisme dalam
kalangan generasi belia yang menyertai PLKN berjaya dilaksanakan? Saya
berpendapat Indeks Patriotisme Negara yang dibangunkan BTN boleh
digunakan untuk mengukur pencapaian program itu. Senario semasa
memperlihatkan wujud kecelaruan pemikiran dalam kalangan sesetengah
generasi

muda

terhadap

penerimaan

program

yang

dilaksanakan

kerajaan. Setiap tindakan yang bercanggah dengan nilai perpaduan yang


dilakukan generasi kini mencerminkan mereka tidak patriotik. Begitu juga
perbuatan menghalang kemajuan juga tidak mencerminkan kecintaan
terhadap negara. Tindakan yang berbentuk provokatif dan menyalahi
undang-undang juga cerminan tiada patriotisme dalam jiwa.

Penulis : Tengku Khairi A. Rahman


Tarikh : 6 Febuari 2015
Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/33539
17

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Ulasan

Rakyat Malaysia haruslah mempunyai semangat patiotisme yang tinggi


dalam diri agar dapat memupuk perpaduan. Hal ini demikian kerana tanpa
semangat patriotisme amatlah sukar untuk memupuk perpaduan. Oleh
itu, setiap rakyat haruslah menanam semangat patriotisme dalam diri
agar

dapat

mempertahankan

negara

dan

seterusnya

mewujudkan

keharmonian antara rakyat. Semangat patriotisme amat penting dipupuk


dalam diri setiap individu agar keharmonian antara kaum dapat dipupuk
dan seterusnya kemerdekaan negara dapat dipertahankan.

Isu 6 : Kemerdekaan medan perbaharui patriotisme

Sambutan merdeka mesej cinta negara


Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini ialah Malaysia Di
Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Tema itu dipetik daripada lirik lagu Warisan
yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mengikut
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,
tema

itu

diharapkan

akan

melahirkan

semangat

kecintaan

yang

mendalam terhadap negara yang tercinta ini.


Beliau berharap sambutan kemerdekaan perlu menjadi jenama popular
yang melekat di hati setiap rakyat. Justeru, rakyat di negara ini wajar
melihat sambutan hari kemerdekaan secara positif, iaitu sebagai acara
tahunan
semangat

negara

yang

dapat

patriotisme

menyemarakkan
rakyat

dan

pelbagai

meningkatkan
kaum.
18

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Mesej utama tema kali ini ialah kecintaan terhadap negara. Kecintaan
(patriotisme) terhadap negara adalah satu semangat yang menuntut
tanggungjawab, ketaatan dan pengorbanan. Sebagai sebuah negara
tempat hidup dan mati kita, maka soal kecintaan terhadap negara
menjadi

prasyarat

penting

untuk

mempertahankan

tanah

air.

Walaupun semangat patriotisme itu bukannya bersifat bermusim, tetapi


dengan adanya acara sambutan hari kemerdekaan pada saban tahun,
maka ia mampu melonjakkan atau sekurang-kurang memperbaharui
semangat patriotisme kita terhadap negara.
Peristiwa jadi pengajaran
Kejadian pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada awal tahun
2013 yang mengorbankan 10 perajurit tanah air jelas menuntut rakyat
mesti memiliki semangat patriotisme yang tinggi bagi mempertahankan
tanah air daripada ancaman musuh. Peristiwa pencerobohan berdarah itu
wajar

dijadikan

pengajaran

mempertingkatkan

kepada

semangat

kita

supaya

cintakan

sentiasa
negara.

Demikian juga dua peristiwa berkaitan pesawat milik Penerbangan


Malaysia (MAS), iaitu kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa MH17
ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine mempunyai elemen ancaman
musuh terhadap negara ini dan ia menuntut semangat patriotisme yang
tinggi

dalam

kalangan

rakyat

kita.

Terbaharu, tuduhan Israel bahawa Malaysia menjadi tempat melatih


pejuang Hamas dari Palestin memerlukan kita berwaspada terhadap
ancaman kedaulatan negara yang tidak diduga.
Sesungguhnya, kemerdekaan yang kita kecapi selama ini tidak datang
secara bergolek tetapi ia dicapai dengan perjuangan anak bangsa yang
berjuang dengan darah dan nyawa untuk membebaskan bumi bertuah ini
daripada

cengkaman

penjajah.

Penjajah melakukan kekejaman dan penindasan ke atas anak bangsa yang


mahukan tanah air ini bebas daripada penguasaan dan cengkaman
19

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

penjajah. Semua penderitaan itu ditanggung oleh mereka semata-mata


kerana mereka mahu melihat tanah air tercinta ini bebas daripada
cengkaman

penjajah.

Perjuangan yang bermula dengan semangat patriotisme dan nasionalisme


Melayu, dan kemudiannya berkembang sebagai nasionalisme rakyat
Malaysia akhirnya membuahkan hasil yang dihasratkan. Hasil daripada
gandingan bahu pemimpin Melayu, Cina dan India serta disokong
semangat patriotisme yang kuat dalam kalangan rakyat, maka negara kita
berjaya

dibebaskan

daripada

cengkaman

penjajah.

Pada 20 Februari 1956 laungan Merdeka bergema di Padang Pahlawan


Bandar Hilir Melaka sekembalinya Tunku Abdul Rahman dari London dan
mengumumkan tarikh kemerdekaan negara, iaitu pada 31 Ogos 1957.
Syukuri nikmat kemerdekaan
Hakikatnya, kemerdekaan adalah hasil perjuangan pemimpin bersama
generasi terdahulu, hatta bersinambungan sehingga ke hari ini dan akan
berterusan sampai bila-bila.
Kemerdekaan menyebabkan tegaknya kedaulatan dan maruah bangsa.
Justeru, kita wajib bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang kita
nikmati sejak 57 tahun yang lalu selama ini. Tanda bersyukur ialah kita
sayang

dan

cintakan

negara

ini.

Kita juga harus mengambil iktibar bahawa konflik yang melanda di


beberapa

negara

sudah

mengancam

kestabilan

dan

solidariti

masyarakatnya. Nikmat kemerdekaan mereka sudah hilang dan negara


mereka terdedah kepada percaturan kuasa asing. Tidak mustahil kita
menjadi seperti itu jika ada golongan yang tidak setia kepada negara ini.
Justeru, kita berharap tidak ada dalam kalangan rakyat, termasuk dalam
kalangan ahli politik di negara ini yang menjadi batu api, kaki cucuk,
talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah
bercabang yang gemar membangkitkan isu-isu sensitif sehingga boleh
menghuru

harakan

negara

ini.
20

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Kenangkan kembali bagaimana pemimpin terdahulu memperjuangkan


kemerdekaan dan meletakkan asas-asas berkaitan kontrak sosial yang
dimasukkan

dalam

Perlembagaan

Persekutuan.

Melalui

semangat

Perlembagaan mereka menggariskan bagaimana hubungan kerukunan


hidup bermasyarakat itu mesti dijaga dan dipelihara dengan mengelakkan
daripada menyentuh isu-isu sensitif.
Perlembagaan yang dibentuk itu juga melambangkan wujudnya satu
bentuk kompromi politik atau politik permuafakatan yang selama ini
berjaya membentuk politik persetiaan murni antara kaum sehingga
berjaya memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan dan
integrasi nasional. Semuanya mereka lakukan kerana cintakan negara ini.

Penulis : Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan


Penerangan Malaysia
Tarikh : 8 Ogos 2014
Rujukan : http://www2.bharian. com.my/articles/Kemerdekaan medan
perbaharui patriotisme/Article/

Ulasan

Rakyat Malaysia haruslah berupaya menghayati nilai kemerdekaan dan


bagaimana kemerdekaan kita dapat dicapai hingga ke hari ini. Tanpa
pengorbanan daripada pemimpin dan pejuang terdahulu kita tidak akan
mencapai kemerdekaan seperti yang kita dapat hari ini. Semua ini adalah
hasil titik peluh dan usaha mereka. Jadi sebagai generasi baru hari ini,
mereka haruslah mempunyai semangat patriotisme dalam diri serta
semangat cinta akan negara agar dapat mempertahankan kemerdekaan
yang telah dikecapi hari ini. Rakyat haruslah bersatu hati dan mempunyai

21

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

semangat kebangsaan yang kuat dalam diri agar keharmonian dan


kemerdekaan negara dapat dikekalkan.

Isu 7 :

Semangat patriotisme perlu dijiwai bukan sekadar

simbolik

Merdeka! Merdeka! Merdeka. Teriakan suara hangat, suara penuh


semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka.
Zaman dulu-dulu, ketika nenek moyang kita menyebut serta melafazkan
perkataan ini dengan suara bergetar yang mempunyai rasa dalam jiwa
kerana berasa sangat-sangat terharu, sangat gembira dan sangat
bersyukur. Kini bagaimana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini
disebut atau dilafazkan? Adakah kita merasa terharu? Adakah kita berasa
bersyukur? Atau paling tidak, adakah kita rasa bangga? 57 tahun negara
kita

Malaysia

telah

merdeka

daripada

penjajahan.

Alhamdulillah.

Sekiranya dibuat perbandingan dengan manusia, umur 57 tahun secara


fitrahnya akan tergambar dalam fikiran kita akan kewujudan manusia
yang matang dari segi fikiran dan kerjaya, mantap dari segi sahsiah diri
dan material. Begitu juga dengan negara kita, Malaysia kini gah pada
mata dunia, malah telah menduduki antara negara yang maju berbanding
negara jiran. Tetapi bagaimana pula dengan remaja kita? Adakah kita
dapat menyelami apa itu erti kemerdekaan? Adakah jiwa dan fikiran kita
benar-benar

merdeka?

Adakah

betul

cara

segelintir

remaja

yang

menyambut kemerdekaan dari petang, tengah malam hingga dinihari?


Remaja dan Patriotisme Bertitik tolak daripada kerisauan ini, kami di
Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir melakukan satu kajian bagi melihat dan
mendalami sejauh manakah tahap patriotisme dalam kalangan belia
Malaysia. Malangnya, dapatan yang kami peroleh amat menakutkan.
Sehingga kami terfikir, masih wujudkah lagi kemerdekaan negara kita
22

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

dalam tempoh 50 tahun mendatang ini. Tidak boleh tidak, setiap kali
munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali
menjadi bualan masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan
dengan cintakan watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang perlu
dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai
patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya
dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke
arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan
nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa
segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam
menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat
majmuk. Selain itu, patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan
kedua-dua istilah ini sering ditukar ganti penggunaannya seolah-olah
sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang

wajar

mengutamakan

kepentingan

negara

berbanding

kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa


diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air
adalah contoh tipikal bagi patriotisme yang aulia atau ekstrem. Walaupun
patriotisme sering disamakan dengan nasionalisme, tetapi kedua-duanya
ada perbezaan. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau
kumpulan

orang

yang

mempunyai

mengekalkan dan melindungi

negara

pendapat

yang

sama

dalam

tercinta. Nasionalisme wujud

selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat


itu. Ia wujud selepas beransur-ansur penjanaan nilai-nilai positif patriotik
dalam individu untuk mempertahankan semangat nasionalisme. Dua jenis
patriotisme Hakikatnya, patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu patriotisme peribadi dan patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi
adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai patriotik
tertentu, seperti menghormati bendera. Kerajaan memupuk patriotisme
rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah
kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan daripada
menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu Negara dan
23

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Hari

Pahlawan

dan

upacara

peringatan

adalah

contoh

bagi

jenis

patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan


kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau
penunjukan kesetiaan tertentu. Kepentingan pupuk semangat patriotisme
Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti
mempamerkan

bendera,

menyanyi

lagu

kebangsaan,

menyertai

perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, meletakkan


pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk
menyatakan

kesetiaan

kepada

negara

pada

peringkat

umum.

Bagaimanapun, masyarakat sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya


memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini kerana
kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah
akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan
pencapaian negara dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri
bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam
bangsa. Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat
penting

dalam

diri

setiap

rakyat

Malaysia

dalam

mengekalkan

kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi


patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara
kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan
strategik ke arah keselamatan negara. Demi mencapai persefahaman
antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan. Mungkin kita tidak
pernah perasan, kebanyakan tema kemerdekaan berkaitan dengan
perpaduan rakyat. Antaranya ialah muhibah dan perpaduan, bersatu
maju, kebudayaan sendi perpaduan, nasionalisme teras perpaduan dan
lain-lain lagi. Dari sini, kita dapat lihat bertapa pentingnya perpaduan
sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk.
Tanpa perpaduan, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang
dan agama akan mudah diprovokasi dan diadu domba oleh pihak yang
mempunyai kepentingan mereka sendiri. Dengan kefahaman patriotik
yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk
dengan mudah. Dengan itu, peristiwa yang dapat menggugat keamanan
negara seperti peristiwa 13 Mei dan peristiwa Kampung Medan 4 Mac
24

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

2001 dapat kita hindari. Pernahkah kita berfikir apa yang akan terjadi
pada kemajuan negara kita jika nilai patriotisme tidak diterap dalam diri
masing-masing? Lihatlah apa yang terjadi melalui peperangan negara Iraq
dan Afghanistan, penjajahan Israel ke atas Palestin, Mexico dengan
masalah dadah serta Thailand dengan konflik berdarah oleh kumpulan
'Baju Merah' melawan 'Baju Kuning'. Kesan kepada keadaan yang dihadapi
oleh negara itu, menyebabkan perkembangan ekonomi negara tersebut
terencat serta mengganggu hubungan baik antara negara. Kestabilan
ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan jika masalah-masalah
dalaman yang telah mereka hadapi atau sedang harungi, tidak dirungkai.
Rakyat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme bagi
memupuk semangat perpaduan yang tinggi sekali gus menentukan hala
tuju negara ke arah negara maju yang kukuh. Kejayaan yang telah dicapai
pada hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata-mata, tetapi
merangkumi semua aspek seperti ke arah patriotisme rakyat. Tidak
dinafikan tugas menjaga keselamatan negara diterajui sepenuhnya oleh
pihak

yang

berkenaan

seperti

polis

dan

tentera.

Namun

begitu

tanggungjawab ini juga sepatutnya digalas oleh setiap warga negara.


Dengan semangat patriotisme yang tinggi, rakyat akan menjadi semakin
peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara. Lantaran itu,
jumlah anggota yang diperlukan dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW)
dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia yang menjadi benteng kedua
keselamatan negara dapat dipenuhi. Selain itu, gerakan pihak subversif
yang sering menghasut minda masyarakat, kita dapat disekati. Justeru,
patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk
mengekalkan

kemerdekaan

sehingga

pada

masa

akan

datang.

Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan untuk mencapai objektif ke


arah sifat patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi. Sehubungan
dengan itu, perlunya inti pati semangat ini diselitkan dalam pendidikan
negara terutama dari sekolah rendah, bak kata pepatah Melayu "melentur
buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, pendidik perlu menyemai
semangat patriotisme dengan lebih kreatif supaya pelajar dapat menjiwai
dengan lebih mendalam. 50 tahun mendatang merdekakah kita lagi?
25

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Namun begitu, isu yang sering kali menjadi persoalan utama ketika ini,
masihkah ada kemerdekaan untuk Malaysia pada masa 50 tahun yang
akan datang? Hal ini kerana kian hari kita disajikan dengan perilaku anak
bangsa yang semakin jauh atau melupai untuk mendalami erti sebenar
semangat patriotisme ini. Anak muda sekarang lebih mudah terpengaruh
dengan dengan perilaku negatif sehingga leka dalam menghayati
semangat patriotik. Contohnya, anak muda lebih mudah terpengaruh
untuk turut serta dalam "penentangan jalanan" tanpa mengetahui dengan
lebih mendalam akan maksud atau faedah sebenar bantahan itu. Bagi
mereka keinginan untuk turut serta dalam kekacauan itu sudah menjadi
seperti trend yang dapat mereka banggakan. Walhal, jika situasi ini
berterusan, tidak hairanlah andai suatu hari kelak, emosi bertemu emosi,
perbalahan atau pergaduhan sesama rakyat Malaysia yang berbilang
kaum ini akan tercetus yang mengakibatkan perpecahan kaum. Mungkin
juga keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peperangan dalaman
antara rakyat dan kerajaan yang akan menghancurkan kestabilan negara
kita. Saya bukannya seorang yang rasis, namun sebagai rakyat bumi
tercinta ini tertanya-tanya juga akan sejauh manakah orang bukan
Bumiputera menerapkan nilai patriotisme? Apatah lagi selepas 57 tahun
mencapai kemerdekaan, mengapakah wujudnya penterjemah dalam
mahkamah sedangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia?
Keadaan

ini

membuktikan

bertapa

tahap

patriotisme

yang

telah

berkurangan dalam generasi kini. Hilangnya jati diri sebagai anak


Malaysia menjadikan mereka lupa pada kewujudan Malaysia pada masa
lalu. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan tidak lagi menjadi
kebanggaan kepada sesetengah anak-anak Malaysia terutamanya mereka
yang berbangsa bukan Bumiputera. Lebih menyedihkan, media sosial
menjadi medium kebebasan untuk mereka bersuara tanpa batasan.
Malah, ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
pentadbiran negara, mempersoalkan hak Bumiputera serta merendahkan
kekuasaan Raja-raja di Malaysia. Ternyata mereka tidak memahami rukun
negara kita, apatah lagi peruntukan Perlembagaan yang membataskan
perkara tertentu dalam dibincangkan secara umum. Bukan kita menuding
26

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

jari kepada sesiapa atau tidak juga mahu menangkan bangsa Melayu.
Umum

dapat

melihat

bangsa

lain

seperti

mengambil

mudah

isu

patriotisme ini. Sebagai contoh, andai orang bukan Bumiputera diajukan


soalan seperti "Saya berasa gembira jika dipilih menyertai PLKN", "Saya
sangat menghormati pahlawan yang berkorban untuk mempertahankan
Malaysia", "Saya sedia berbakti kepada negara" serta soalan lain yang
berunsur patriotisme ini, kebanyakan mereka sama ada memberikan
jawapan yang negatif atau terus menolak untuk menjawab akan persoalan
itu. Sudah jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mendalami semangat
patriotisme terhadap negara sendiri? Mungkin "Ya" atau juga mungkin
"Tidak". Oleh sebab itu, patriotisme bukan saja harus dipupuk oleh bangsa
Melayu saja, malahan oleh bangsa lain kerana topik ini harus dititik
beratkan bagi memastikan Malaysia masih terus merdeka. Hal ini kerana
Malaysia adalah sebuah negara unik kerana terdiri dari berbilang bangsa.
Tuntasnya di sini, seluruh rakyat Malaysia pada masa kini adalah tonggak
utama dalam memastikan Malaysia agar terus merdeka walau 50 tahun
mahupun 100 tahun yang akan datang. Hal ini kerana kemerdekaan yang
dicapai adalah daripada kaum yang bersatu padu dalam memastikan
Malaysia terus aman dan menepis segala ancaman dari dunia luar agar
Malaysia tidak akan dijajah semula. Bak kata Tun Dr. Mahathir: "Mereka
yang

melupakan

sejarah,

pasti

akan

mengulanginya".

Oleh

yang

demikian, sebagai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan


berbeza agama, tentunya tidak mampu menunggu sehingga tahap
kritikal. Tentulah kita mengetahui pentingnya patriotisme sebagai rakyat
Malaysia seperti perumpamaan "sudah terhantuk, barulah terngadah".
Rentetan itu, nilai patriotisme haruslah diterapkan kepada anak muda kita
sejak awal pembelajaran lagi agar menjadi pegangan hidup kelak. Perbaiki
masalah perpaduan Masih belum lagi terlambat untuk memperbaiki
masalah perpaduan negara. Yang penting ialah keikhlasan. Barulah
semangat patriotik di kalangan rakyat akan dapat disemai. Penggunaan
bahasa kebangsaan harus digalakkan secara menyeluruh. Apa yang
dilakukan sekarang bagus, tetapi masih belum lagi mencukupi. Ironinya,
apa erti Jalur Gemilang berkibar megah, jika nilai sejarah tidak dihormati?
27

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Apa gunanya setiap rumah mengibarkan bendera jika masih ada rakyat
yang tidak boleh berbahasa kebangsaan? Apa ertinya negara akan
menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-57, jika rakyat yang berbilang
bangsa masih lagi syak wasangka sesama sendiri. Semua ini masalah
pokok yang harus diselesaikan. Jika tidak sambutan tidak ada erti dan
tiada bezanya dengan perayaan lain yang dirayakan di negara ini.
Mungkin pantun klasik karya tokoh pejuang kemerdekaan, Dr Burhanudin
al-Helmi dapat memberikan erti kemerdekaan. Di atas robohan Kota
Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu-padulah segenap baka Membela
hak keadilan pusaka Merdekakah kita sebenarnya? Mungkin benar kita
telah merdeka dari jajahan, sebaliknya, kita dijajah oleh pemikiran kita
sendiri. Terpenjara dalam ruang ciptaan prasangka dusta. Mari kita
bebaskan diri kita ini dengan menghayati erti sebenar perit mencapai
kemerdekaan. Hanya dengan itu, kita akan berusaha mengekalkannya.
Semoga teriakan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kali ini penuh dengan
getaran daripada jiwa yang benar-benar ingin merdeka.

Penulis : Dr Ahmad Zaharuddin sani


Tarikh : 18 september 2014
Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/6611

Ulasan

Generasi muda masa kini perlu menanam dan menjiwai semangat


patriotisme dalam diri mereka dan bukan sekadar menyebut sahaja tetapi
harus lahir dari dalam diri mereka.

Semangat patriotisme ini sangat

penting diterapkan dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat


Malaysia. Mereka harus mempunyai semangat cinta dan sayang kepada
negara serta sanggup berkorban untuk negara. Justeru pelbagai program
telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memupuk semangat
28

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

patriotism dalam diri generasi muda hari ini. Misalnya, Program Latihan
Khidmat Negara yang dijalankan bertujuan untuk membentuk jati diri dan
semangat patriotism dalam diri generasi muda agar mereka akan
berupaya untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Isu 8 : Membina bangsa dengan semangat patriotisme

SETIAP kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya


sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan
negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke
arah pembina negara bangsa yang bersatu padu.
Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju
sepenuhnya

menjelang

tahun

2020

mestilah

berasaskan

kepada

penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila


transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan.
Patriotisme

seharusnya

menjadi

subjek

dan

tema

penting

yang

mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai


kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu.
Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang
kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru,
29

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

anarkisme,

keganasan,

sekularisme,

demokrasi,

pembinaan

negara

bangsa dan sebagainya.


Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat
daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita
juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara
yang kita cintai.
Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung
perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir
dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan
negara.
Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa
dan

negara.

Usaha

mengekalkan

semangat

juang

yang

tinggi,

mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara


seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada
negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar
megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan.
Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam
jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada
pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah
negara.
Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan
rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara.
Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan
tanggungjawab setiap rakyat.
Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara
melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang
sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi
muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

30

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan


bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus
mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain
seaman dan semakmur Malaysia.
Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi
muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan,
cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan
rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.
Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan
manusia

iaitu

membabitkan

ekonomi,

politik,

sukan,

pendidikan,

hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi.


Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai
bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian
dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London
baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu.
Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari
Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam
hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan
perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan
tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat
cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah
dipertikaikan lagi.
Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan
semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang
murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu
hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun
Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya
Ogos bulan kemerdekaan negara.
Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang
kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul

31

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara


terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan.
Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah
berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: "
Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada
pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin
menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu,
tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik
Melayu."
Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari
bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah
semangat cintakan negara.
Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme
iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara
bangsa.

Memupuk

semangat

cintakan

negara

tidak

seharusnya

bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan


melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat
cintakan negara.
Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta
dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti
dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat
patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu.
Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan
kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan
daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu
benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga
dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa
kebangsaan

yang

berfungsi

penuh,

termasuk

sebagai

pengantar

pendidikan di sekolah.

32

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Penulis : Dr Aminuddin Mansor


Tarikh : 24 Ogos 2012
Rujukan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120824/re_02/Membinabangsa-dengan-semangat-patriotisme

Ulasan

Pembinaan negara bangsa adalah amat sukar dicapai disebabkan rakyat


yang berbilang kaum di negara ini. Tetapi semua itu boleh dicapai
sekiranya semua rakyat bersatu hati dan bertoleransi antara satu sama
lain

dan

mengelakkan

persengketaan

yang

boleh

menggugat

keharmonian negara. Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk
menanam

semangat

patriotisme

dalam

diri

mereka

agar

dapat

mempertahankan negara dan seterusnya memupuk semangat cintakan


negara serta sanggup berkorban untuk negara. Semua ini boleh dilakukan
sekiranya semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama
lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Justeru itulah konsep satu
Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam
yang

bertujuan

untuk

menyatukan

rakyat

negara

ini

agar

dapat

membangunkan negara bersama-sama.

33

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Isu 9 : Fahami sejarah bentuk semangat patriotik

SEJARAH tetap sejarah. Ia mengandungi fakta, tarikh dan angka yang


tepat.

Mengubah

sejarah

suatu

perbuatan

yang

menipu

kepada

kebenaran. Tanpa fakta, tarikh dan angka yang tepat ia bukan sejarah. Ia
hanya cerita khayalan dan legenda yang diada-adakan. Di sekolah, kita
diajar

mata

pelajaran

sejarah

tentang

negara,

asal

usul

kita,

pembentukan negara, penjajahan dan kemerdekaan.


Kalangan orang politik sering mencari isu, sama ada isu agama,
pendidikan, ekonomi, sastera, sosial, budaya dan juga isu sejarah untuk
mendapat perhatian umum. Berdasarkan politik itu sebagai ibu segala
ilmu jelaslah orang politik mesti bercakap dan berpolitik berlandaskan
ilmu. Tanpa ilmu sesuatu perkara yang diperkatakan akan mendapat
tentangan daripada orang ramai khususnya rakyat.
Sejarah adalah bidang ilmu yang bermatlamat untuk mencari kebenaran
tentang peristiwa masa lalu. Bagi mengetahui sebab dan akibat sesuatu
peristiwa, pengkaji perlulah mengetahui apa, siapa, bila di mana,
mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Sejarah boleh
didapati melalui kaedah lisan, bertulis dan kaedah arkeologi.
Isu sejarah tidak wajar dijadikan isu dalam politik dalam usaha mendapat
perhatian dan meraih undi. Apa itu sejarah? Sejarah membolehkan kita
memahami dan belajar peristiwa-peristiwa yang berlaku yang berkaitan
diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita seperti peristiwa
kemerdekaan negara. Usaha memesongkan sejarah adalah perbuatan
yang tidak baik dan tidak boleh dimaafkan. Oleh itu, pelajari dan
fahamilah sejarah tanah air dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Lantaran itu, sebagai generasi muda perlu memahami dan menghayati
sejarah negara bagi membentuk dan mendidik semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda. Sejarah negara penting difahami dan dihayati
sebagai usaha ke arah pembinaan negara dan bangsa merdeka.
Sejarah menurut Ibn Khaldun membicarakan tentang masyarakat manusia
atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku
34

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

pada sifat-sifat kemasyarakatan. Bagi Herodutus, sejarawan Yunani


sejarah adalah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab
mereka melakukannya
Rentetan sejarah negara sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat
penting difahami dan dihayati. Inilah bukti sejarah yang sebenarnya yang
harus

diperincikan

dan

muhasabah

kembali.

Usaha

Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) memurnikan kembali dan menjadikan mata


pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa akan datang sewajarnya
disokong oleh semua pihak.
Justeru, sejarah tidak boleh dipesongkan. Penulisannya juga mestilah
berdasarkan fakta, tarikh dan angka yang tepat. Pemesongan sejarah
akan menyebabkan generasi muda keliru dengan kenyataan pemimpin.
Justeru, pemimpin bertanggungjawab memberikan fakta dan sejarah yang
benar tentang tanah air.
Buku fiksyen iaitu novel yang mengandungi fakta yang tepat boleh
dijadikan penulisan berkaitan cerita sejarah yang sarat dengan fakta.
Justeru, sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu
perkara yang berlaku pada satu masa yang lalu yang boleh dijadikan
teladan dan sempadan.
Pembelajaran sejarah adalah untuk memahami sejarah tamadun awal
bangsa kita. Ini dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi dan dapat
membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri
dengan bangsa lain di dunia.
Dalam hal ini isu politik juga telah menyentuh isu sastera, sejarah dan
pendidikan. Bagi mereka yang ingin mengkaji dengan sebenarnya
ketepatan sejarah bacalah buku sejarah dan karya fiksyen sejarah yang
boleh dijadikan panduan dan landasan untuk memahami keadaan
sebenar.
Selain itu, kita masih ramai mempunyai tokoh yang boleh dirujuk seperti
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Koo Kay Kim, Profesor Datuk Dr. Ramlah
Adam dan beberapa pakar sejarah negara yang juga tidak mahu sejarah
dipesongkan

dengan

sewenang-wenangnya.

Mereka

ini

seharusnya
35

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

diberikan peluang untuk menerangkan kepada orang ramai tentang


sejarah negara dan pembentukan perlembagaan dan proses ke arah
kemerdekaan yang sangat kompleks. Seminar berkaitan sejarah negara
patut diadakan bagi memberikan kefahaman kepada orang ramai.
Para sejarawan telah mengkaji rekod-rekod masa lalu dan hasil kajian itu
telah dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem dan sebagainya. Ini
adalah bukti sejarah yang tidak harus ditolak dan diketepikan. Fakta
sejarah

tidak

boleh

dipertanggungjawabkan

ditokok
dari

tambah

segi

sumber

dan

direka

kesahihannya.

Ia

serta
dapat

dijadikan panduan untuk rakyat hidup dengan aman. Mereka ini boleh
menjelaskan dengan fakta yang sebenar dan berasas bagi mengelakkan
kekeliruan orang ramai melalui satu seminar sejarah yang selama ini telah
menjadi

pegangan

kepada

orang

ramai.

Mengubah

sejarah

dan

menyelewengkan sejarah melalui ceramah amat berbahaya yang boleh


meruntuhkan tamadun bangsa yang telah diasaskan melalui pendidikan di
sekolah.
Tujuan pembelajaran sejarah untuk mengetahui sumbangan ramai tokoh
dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti demi
mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita patut
menghargai jasa dan usaha kepimpinan pemimpin negara masa lalu dan
masa kini.
Mempolitikkan sejarah bukan sahaja menidakkan bukti dan fakta, malah
boleh memesongkan pandangan orang ramai terhadap sejarah negara.
Penyelidikan
diteruskan

mengenai
di

peringkat

perkara-perkara
sekolah

dan

yang
pusat

telah

berlaku

pengajian

tinggi

wajar
bagi

kefahaman generasi muda. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga


kemerdekaan dan kedaulatan negara bagi membina cara hidup yang
bermatlamat dan berwawasan.

Penulis : Aminudin Mansor


Tarikh : 18 Ogos 2015

36

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Rujukan

http://www.utusan.com.my/rencana/fahami-sejarah-bentuk-

semangat-patriotik-1.125581

Ulasan

Sejarah banyak mengajar kita agar berhati-hati di masa hadapan.


Pengalaman dar sejarah telah banyak mengajar kita dari kita dijajah
sehingga kita mendapat kemerdekaan hari ini. Generasi hari ini harus
mengetahui sejarah negara agar kita tidak melakukan kesilapan di masa
akan dating. Sejarah negara

amat penting untuk dipelajari agar kita

dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri dan seterusnya
berupaya untuk mempertahankan negara daripada dijajah oleh kuasa
asing lagi. Melalui sejarahlah semamgat patiotisme dalam diri inidividu
dapat dibentuk. Tanpa mempelajari sejarah, seseorang individu tidak akan
mampu untuk menghargai wadah perjuangan pemimpin terdahulu dalam
meperjuangkan kemerdekaan. Oleh itu, sejarah penting untuk dipelajari
dan kerajaan turut menekankan bahawa subjek sejarah menjadi subjek
wajib lulus di peringkat sekolah. Ini menunjukkan betapa pentingnya
subjek sejarah untuk dipelajari.

Isu 10 : Menyuburkan semangat patriotik

SEREMBAN 18 Sept. - Demi menunjukkan rasa cinta yang amat mendalam


kepada negara, adalah penting rakyat negara ini dipupuk dengan
semangat merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa,
apatah lagi pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia
yang diraikan ini.

37

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Perkara itu tidak boleh diabaikan dan atas kesedaran itulah, Persatuan
Penduduk Taman Mantau Indah dekat sini menyambut perayaan itu dalam
suasana kemerdekaan dan cintakan negara.
Pengerusinya, Abdullah Md. Shah berkata, program yang dihadiri hampir
500 orang penduduk di situ telah menjadi acara tahunan dalam
menyemarakkan

semangat

patriotisme

di

samping

mengeratkan

silaturahim sesama penduduk.


Menurutnya, pelbagai acara yang dijalankan sempena memeriahkan
sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan menjelang Hari Malaysia
termasuklah pertandingan mewarna kanak-kanak, kibar bendera, pakaian
paling unik, tarian serta persembahan koir yang mendendangkan lagu
warisan serta lagu patriotik.
"Secara keseluruhan, program ini juga bertujuan memberi semangat dan
mengasah bakat orang ramai terutamanya kanak-kanak melahirkan
generasi yang menghargai jasa pejuang dan pemimpin negara," katanya
yang ditemui Utusan Malaysia di Taman Mantau Indah, dekat sini barubaru ini.
Dalam pada itu, Abdullah berharap program ini dapat diteruskan dalam
kalangan penduduk taman ini dan mahu mereka terus mengibarkan Jalur
Gemilang tanpa mengira bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia
sahaja.
"Pada tahun akan datang, kami akan menambah baik daripada segi
pengisian serta memperbanyakkan aktiviti yang menjurus ke arah
memberi maklumat berkaitan negara serta dasar kerajaan," jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Khairi Abd. Ghani berkata, program ini
amat bermakna kerana menjadi salah satu objektif di Biro Tatanegara
untuk memberi maklumat tepat kepada masyarakat.
Beliau

melahirkan

didedahkan

dengan

kebimbangan
semangat

sekiranya
cintakan

golongan

tanah

air,

muda
masa

tidak
depan

kepimpinan negara akan goyah dan urusan pentadbiran mudah dicampuri


oleh pihak luar.

38

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

"Anak-anak muda generasi kini mudah terdedah terutamanya di laman


sosial yang memberi maklumat tidak sahih dan mempunyai pelbagai
perspektif negatif yang menjejaskan nama kerajaan.
"Program ini menjadi satu platform untuk menyampaikan dasar kerajaan
serta menerangkan isu semasa kepada orang ramai dengan tepat dan
sahih," katanya.
Malahan, program ini menjadi salah satu aktiviti positif untuk generasi
muda mewujudkan semangat perpaduan serta menanam nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka kelak.
"Pada masa yang sama, diharap ia juga dapat memupuk keyakinan
generasi muda dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara
berfaedah berkaitan negara dalam bidang kepimpinan," katanya.
Mohd. Khairi menambah, beliau berasa bangga dengan kerjasama
penduduk yang mengadakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan dan
perayaan peringkat taman perumahan termasuk melibatkan golongan
muda.
Kelangsungan daripada program tersebut persatuan penduduk itu turut
menyerahkan hasil kutipan sumbangan untuk Tabung Gaza sebanyak
RM2,931.75 kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, penduduk juga turut mengadakan solat hajat serta bacaan
surah Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara
Islam khususnya di Gaza, Palestin agar mereka dapat meneruskan
kehidupan seperti sediakala.

Penulis : Ainaa Mardhiah Mohd. Ghazali


Tarikh : 19 September 2014
Rujukan

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-

sembilan/menyuburkan-semangat-patriotik-1.6337

Ulasan

39

TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan


Moral

Setiap rakyat Malaysia haruslah ada perasaan sayang dan cinta akan
negara. Perasaan ini amat penting diterapkan dalam diri setiap individu.
Tanpa perasaan ini, tiadalah wujud semangat patriotisme dalam diri.
Justeru, perasaan ini merupakan perangsang kepada lahirnya semangat
patriotisme dalam diri setiap individu. Dengan adanya ssemangat ini,
setiap inidividu akan sanggup memperjuang dan mempertahankan negara
daripada kuasa-kuasa luar dan dapat mengekalkan kemerdekaan yang
telah dikecapi dengan bersusah-payah oleh pemimpin terdahulu. Oleh itu,
generasi masa kini haruslah menghargai perjuangan pemimpin terdahulu
dalam menuntut
akan

mencapai

kemerdekaan untuk negara. Tanpa mereka, kita tidak


kemerdekaan

sehingga

hari

ini.

Sesungguhnya,

pengorbanan mereka tidak ternilai dan sangat berharga dan generasi hari
ini

haruslah

berupaya

mempertahankan

kemerdekaan

yang

telah

dikecapi.

40

Anda mungkin juga menyukai