Anda di halaman 1dari 24

KEMERDEKAAN

KEPENTINGAN KEMERDEKAAN
TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan,
bangsa dan agama.
Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah
menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran
dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak
membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh
kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.
Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan
perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman
maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran
kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana sambutan
kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa
kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah
kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan
kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas
anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.
Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu
menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak
ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui
kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik
zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun
ketika Perang Dunia Kedua.
Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka
daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri
erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang
mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada
yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini

sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan


yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.
Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi
sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu.
Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang
dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih
berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi
dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah
penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka
generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi
terdahulu.
Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali.
Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan
pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya?
Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan
bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan
dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah
mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban
Barat, yang ada mungkin adalah perbiadapan Barat yang menjunjung
nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan
kemasyarakatan.
Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya
boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga
dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa.
Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan
daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang
membawa kerosakan.
Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali
kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur
kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di
rantau Asia Timur dengan menerima ubat yang ditawarkan oleh
Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.
Apa yang disangka ubat sebenarnya racun yang dijadikan senjata
untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara
merdeka.

Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu


untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh
negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi
pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas
bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk
memastikan agar negara terus merdeka dan makmur.
Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan
negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang
perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah
ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan
dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan
negara.
Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh
generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara
seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti
sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian
yang lain.
Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita
perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecahbelah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan
pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.
Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan
memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana
perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis
menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam
pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali
merdeka.
Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini
kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama 53 tahun.
Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi?

CARA MENGHARGAI KEMERDEKAAN


PADA tiap-tiap 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957 rakyat Malaysia
tanpa gagal meraikan sambutan tercapainya kemerdekaan negara.
Setelah empat puluh empat kali kita meraikannya ternampak ia telah
berubah menjadi satu acara keraiaan yang biasa kita lakukan saban
tahun secara automatik pada tarikh tersebut tanpa wujud sebarang
keghairahan lagi terhadapnya.

Setiap tahun pada tarikh tersebut kita akan mengadakan acara dengan
menu yang lebih kurang sama isinya walaupun mungkin berbeza
variasi.

Mungkinkah signifikan hari keramat negara ini sudah pudar kepada


rakyat Malaysia sebagaimana pudarnya patriotisme kita?

Tidak dinafikan jika kita melakukan sesuatu perkara secara berulangulang kali kita mungkin akan menjadi bertambah cekap di dalam
melakukannya tetapi mungkin keghairahan kita terhadap perkara
tersebut akan semakin pudar dan menurun.

Berlatarbelakangkan hakikat ini di samping dengan pertumbuhan


rancak ekonomi negara sebelum kita dijangkiti krisis ekonomi Asia
pada pertengahan tahun 1997 yang telah melahirkan kemakmuran
dan kemewahan mungkinkah kita telah alpa atau mengambil mudah
tentang kesuburan semangat patriotisme kita ini.

Lebih empat dekad yang lalu para patriot negara yang dipimpin oleh
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra telah menjadi bidan kepada
kelahiran Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya Malaysia yang
merdeka dan berdaulat.

Sebelum Perang Dunia Kedua tiada entiti bersatu yang dinamakan


Malaya, yang wujud adalah sebelas buah negeri dengan corak
pemerintahan mereka masing-masing iaitu Negeri-Negeri Selat,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu.

Selepas perang, Britian telah cuba memperkenalkan Malayan Union


yang cuba mengukuhkan penjajahan Britian. Ia telah mendapat
tentangan hebat orang Melayu. Orang Melayu yang sebelum ini tidak
pernah bersatu secara kebangsaan telah pun bersatu di bawah UMNO.
Hasil perpaduan orang Melayu ini maka Malayan Union telah
digantikan dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila Almarhum Tunku mengambil alih kepemimpinan UMNO


daripada Datuk Onn pada tahun 1951 beliau bersama timbalannya
Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengadakan kerjasama dengan
parti orang Cina MCA dan parti orang India MIC dengan penubuhan
Parti Perikatan.

Pada tahun 1955 apabila pilihan raya pertama diadakan bagi memilih
majoriti ahli Majlis Perundangan Persekutuan, Perikatan telah berjaya

memenangi 51 dari 52 kerusi. Britian yang mengadakan pilihan raya


ini dalam rangka kempen memenangi hati dan fikiran rakyat bagi
menghadapi pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang
dihadapi sejak tahun 1948 telah tidak mempunyai sebarang alasan lagi
untuk melambat atau menafikan kemerdekaan kepada Malaya.

Generasi Tunku dan Tun Razak merupakan generasi pramerdeka yang


meneraju negara kita semenjak merdeka. Ini dapat dilihat apabila
kesemua kepemimpinan negara setakat ini lahir dari generasi ini.
Almarhum Tunku dilahirkan pada tahun 1903, Allahyarham Tun Abdul
Razak pada tahun 1922, Allahyarham Tun Hussein pada tahun 1922
manakala Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad lahir pada tahun 1925.

Keempat-empat pemimpin negara ini merupakan mereka yang pernah


merasai keperitan hidup di bawah penjajahan asing dan keperitan
memperjuangkan kemerdekaan begitu juga dengan generasi mereka.

Hari ini generasi pramerdeka sedang diganti generasi pascamerdeka di


dalam semua sektor kehidupan. Satu kesan dari proses tersebut ialah
kepekaan terhadap keperitan hidup terjajah dan perjuangan mencapai
kemerdekaan serta penghargaan terhadapnya semakin menurun.

Untuk melihat bagaimana fenomena ini berlangsung mari kita lihat


contoh di dalam sektor awam yang umur bersaranya 56 tahun. Pada
tahun 2001 ini misalnya kakitangan awam yang dilahirkan pada tahun
1946 dan memilih untuk tidak melanjutkan perkhidmatan mereka
selama setahun lagi akan mencapai umur persaraan wajib lalu
menamatkan perkhidmatan mereka.

Kenapakah fakta ini signifikan? Jawapannya adalah kerana pertama ia


menandakan permulaan persaraan generasi pascaperang dunia kedua
dari arena kepemimpinaan sektor awam. Mereka merupakan generasi
terakhir yang pernah merasai berada di bawah penjajahan asing
walaupun mereka tidak ikut menentangnya kerana masih anak-anak.

Kedua, kerana generasi pasca merdeka pada masa hadapan adalah


mereka yang akan mempunyai tasawur yang berbeza dengan generasi
pramerdeka. Mereka tidak lagi terhimbau dengan perjuangan
mencapai kemerdekaan dari kolonialisasi asing.

Sudah tentu seseorang yang tidak pernah menyayikan lagu


kebangsaan Great Britain, God Save the Queen dan berdiri tegak di
hadapan bendera Union Jack akan merasa kurang terhimbau terhadap
bahaya penjajahan kerana mereka tidak pernah merasainya.

Pengetahuan yang mereka peroleh adalah dari sekolah, buku-buku


atau dengan mendengar cerita orang tua bukannya secara lansung.
Hakikatnya mereka yang dilahirkan pada tahun 1951 tidak pernah
menyanyikan lagu kebangsaan Inggeris atau memberi hormat kepada
bendera Inggeris di sekolah kerana mereka memasuki tahun satu pada
tahun 1958 selepas negara sudah merdeka.

Hari ini mereka sedang memegang jawatan kanan di dalam


perkhidmatan awam termasuklah di dalam dunia akademik. Pada
tahun 2013/2014 kelak jika tidak ada lagi peningkatan terhadap umur
persaraan maka kumpulan pertama generasi kelahiran pascamerdeka
akan mula bersara dari perkhidmatan awam.

Ia menandakan tidak ada lagi pelaksana dasar dan kemungkinan


pembuat dasar yang terdiri dari generasi pramerdeka.

Adakah pada waktu itu rakyat Malaysia sudah tidak hiraukan lagi
keperluan kepada menyuburkan semangat kemerdekaan mereka jika
arah aliran yang berlaku hari ini berterusan tanpa usaha pembaikan.

Oleh itu amat penting diambang kita meraikan hari keramat ini untuk
kali ke-44 kita memikirkan kaedah baru bagi menyemarakkan
semangat patriotisme generasi pasca merdeka ini.

Kemungkinan cara melahirkan penghayatan patriotisme yang


terdahulu tidak lagi dapat menghimbau patriotisme generasi
pascamerdeka kerana generasi ini tidak tersentuh oleh faktor-faktor
yang sama dengan generasi terdahulu.

Kita perlu merenung semula apakah signifikan hari kemerdekaan ini


kepada kita dan negara serta kenapakah para patriot negara terdahulu
sanggup mengorbankan jiwa raga, harta benda dan keselesaan hidup
mereka bagi mencapai, mengisi dan memelihara kemerdekaan
tersebut.

Kenapakah Tunku dan Tun Abdul Razak - kedua-duanya golongan


bangsawan dan lulusan profesional - sanggup terjun ke kancah
perjuangan politik yang mendedahkan mereka kepada bermacammacam risiko. Mereka boleh hidup senang dan aman jika mereka tidak
berjuang menentang Britian untuk kemerdekaan.

Kenapakah pula patriot negara yang memakai uniform pasukan


keselamatan negara sanggup mengorbankan nyawa mereka
menentang pemberontakan PKM dan lain-lain musuh negara dahulu.
Mereka sanggup meninggalkan isteri mereka menjadi balu dan anakanak mereka menjadi yatim. Adakah semata-mata kerana gaji tidak
seberapa yang diterima?

Jawapannya ialah kerana cinta dan kasihnya mereka kepada tanah air;
demi kerananya mereka sanggup berkorban apa sahaja dan tidak
mengharapkan balasan kebendaan mahupun pengiktirafan sesiapa.

Tunku dan Tun Abdul Razak tidak meninggalkan harta benda dengan
banyak kepada waris mereka berbanding jika mereka mengamalkan
profesion undang-undang. Malah Tunku semasa berjuang mencapai
kemerdekaan telah membelanjakan harta benda peribadinya pula
untuk perjuangan manakala Tun Abdul Razak semasa kembali ke
rahmatullah tidak mempunyai kediaman peribadi kecuali rumah
rasminya Seri Taman. Patriotisme mereka ini perlu dicontohi, disemai
dan disuburkan di dalam setiap dada putera-puteri merdeka.

Mungkin sudah tiba masanya kita lebih serius di dalam menanamkan


semangat patriotisme kepada generasi muda. Dalam kehidupan kita
bernegara tidak ada dokumen yang lebih penting daripada
Perlembagaan Persekutuan kerana berasaskan kerangka yang terhasil
dari perkara dan fasal di dalamnya negara ini telah terbentuk, berjalan
dan berkembang. Ia merupakan satu dokumen yang menggariskan
tanggungjawab dan hak negara serta rakyat malahan ia merupakan
manifestasi kontrak sosial rakyat majmuk Malaysia.
Kegagalan memahami dan menghayati perlembagaan serta falsafah,
semangat dan tolak ansur dibelakang penggubalannya telah
menyebabkan masalah kepada negara seperti kewujudan ketegangan
di dalam perhubungan kaum di Malaysia dan wujudnya cubaan untuk
menggantikan perlembagaan yang sedia ada kepada satu
perlembagaan yang bersifat teokratik. Kedua- dua gejala ini jika tidak
dibanteras boleh membawa kepada kehancuran negara Malaysia yang
tercinta.
Oleh itu cadangan supaya perlembagaan diajar di peringkat sekolah
merupakan idea yang sepatutnya diterokai dan dikaji. Bagaimanapun
tidak perlulah pengajaran perlembagaan di peringkat sekolah
dijalankan seteliti seperti pengajian kursus undang-undang.

KESAN KEMERDEKAAN KEPADA NEGARA


Sungguhpun, kelahiran Malaysia telah dialu-alukan oleh dunia namun
rejim Indonesia dan Filipina ketika itu menentang kelahiranya. Keduaduanya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Rejim Indonesia juga telah melancarkan konfrantasi' yg pada
hakikatnya peperangan tanpa perisytiharaan.

Pasukan keselamatan negara kita bersama dengan pasukan


keselamatan negara sahabat telah memperolehikejayaan dalam
pentempuran di hutan Sarawak Kalimantan, di Paya Rawa , Pontian dan
Labis. Dan yang penting sekali di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Konfrantasi ini berakhir pada bulan Mei 1966.

Tahun 1993 ini, maka genaplah usia kemerdekaan Tanah Melayu


selama 47 tahun sejak tahun 1957.Keadan politik negara dalam
tempoh 47 tahun ini terus stabil, walaupun terdapat sedikit
kekacauan' namun dengan adanya Sistem Demokrasi Berparlimen
yang diamalkan di negara kita, ianya berjalan dalam suasana yana
aman damai.

Kestabilan telah membolehkan kerajaan, sejak dari pimpinan Tunku


Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Hussein Onn dan kini Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad,membina ekonomi negara melalui rancangan rancangan pembangunannya di pelbagai bidang dalam keadaan dan
suasana yang begitu baik.

Sememangnya, tidaklah dinafikan, dalam sejarah 47 tahun kita


merdeka memang terdapat detik detik peristiwa hitam seperti
Peristiwa 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh tindak - tanduk parti-parti
politik perkauman yang keterlaluan.

Namun keadaan ini telah dapat diatasi, berkat usaha yang bersunguhsungguh kepimpinan Kerajaan memupuk kembali suasana yang
harmoni dan muhibbah di kalangan rakyat berbilang
kaum.Sesungguhnya, sejak kita mencapai Kemerdekaan hingga kini,
melalui proses pilihanraya umum, kita mempunyai sebuah Kerajaan
Pusat yang kuat dan mantap, berwibawa, berkesanggupan
meneruskan usaha ke arah kemajuan melalui rancangan-rancangan
yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.

PERLEMBAGAAN (Bagaimanakah perlembagaan mampu


mengekalkan kemerdekaan)

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi


untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti
dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan
memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota
negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.

Seperti negara lain yang berdaulat di dunia, Malaysia mempunyai


suatu Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi sebagai undangundang tertinggi negara. Perlembagaan Persekutuan menentukan
pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan,
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, perundangan, peruntukan
kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam dan lain-lain.
Dengan lain perkataan, bolehlah kita anggap bahawa Perlembagaan
Persekutuan yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan


tanah Melayu yang telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya
Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya ini memulakan
tugasnya dalam bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan
perlembagaan menjelang bulan Februari 1957. Laporan ini
kemudiannya dibahaskan oleh parti politik utama negara ini dan
diluluskan oleh Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang sama.
Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
apabila Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan
mengandungi semua negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.

Kewujudan sebuah perlembagaan bagi sesebuah negara yang


berdaulat sangat penting. Ia akan menentukan perjalanan sesebuah
negara berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Tujuannya ialah

1.

Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara

Perlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah


negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi
dalam menetuka hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan
rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur
dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat
yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Apabila
semangat ini tidak terdapat di dalam diri seseorang rakyat, maka tidak
akan wujud semangat patriotisme di dalam jiwa mereka sebagai satu
syarat untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap negara.
Justeru itu, negara menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak
mempunyai kekuasaan yang utuh, pemerintahan yang kuat, musuh
dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan
negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat
berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati
bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.

2.

Sebagai Rujukan

Dengan adanya perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi


negara, pihak-pihak yang bertentangan antara satu sama lain boleh
menjadikan ia sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah
yang timbul. Keadaan tegang akibat daripada perasaan tidak puas hati
dapat dielakkan jika rakyat diwajibkan menurut dan menghormati apa
yang tercatat di dalam perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh
diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang yang telah
sedia ada di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang
bertentangan duduk membincangkan masalah mereka secara
bersama, maka masalah yang mungkin timbul tidaklah begitu sukar
diselesaikan. Justeru itu, dengan adanya perlembagaan sebagai
sumber rujukan utama dari segi perundangan ia dapat menyesuaikan
konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara dengan lebih mudah.

3.

Mewujudkan Kestabilan Negara

Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda, namun ia tidak


boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Sebarang pindaan
perlembagaan yang dilakukan dalam mana-mana negara, ia mestilah
berdasarkan perlembagaan juga. Jika pindaan boleh dilakukan dengan
mudah dan mengikut kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal),
maka ini akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir di mana
pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan
kemahuan rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi
mengekalkan keamanan dalam sesebuah negara.

4.

Mengawal Perjalanan Kerajaan

Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat


diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka
mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan,
bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah
tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng
daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin
agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna
kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.

5.

Mengekalkan Keamanan

Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya


tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun
corak pemerintahan. Ini kerana setiap pemimpin dari parti politik yang
menang mestilah mempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam
mengendalikan negaranya. Mereka sepatutnya memerintah negara
dengan tujuan yang sama sebagaimana pemimpin-pemimpin
terdahulu yang memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat pertukaran
pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar daripada maksud
berusaha memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

6.

Perlembagaan Menjamin Keamanan Sesebuah Negara

Dengan adanya perlembagaan rakyat mendapat jaminan undangundang bahawa tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di kalangan
mereka. Pembahagian kuasa dinyatakan secara jelas dalam
perlembagaan antara rakyat dengan pemerintah serta badan
perundangan telah memisahkan antara satu sama lain daripada
melakukan penindasan dan salah guna kuasa. Tidak ada pihak
mendapat keistimewaan dari segi undang-undang, sebaliknya semua
orang harus menghormati dan mematuhi perlembagaan negara. Sikap
ini boleh membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat
sebagai syarat untuk membolehkan mereka hidup aman damai.

8.9

PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan negara unik


kerana ia menggabung unsur lama dan baru. Di samping keunikan itu,
terdapat beberapa faedah dan kebaikan yang boleh dikecapi oleh
rakyat Malaysia.

Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding


dengan kaum lain. Orang melayu yang ketinggalan dalam semua
bidang jika disbanding dengan kaum bukan Melayu. Peruntukan yang
terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan
membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh
atau terpinggir di negara sendiri.

Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang


hilang semasa penjajahan Inggeris. Orang Melayu dipinggirkan dari
sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang
bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga kerja dalam sector
tersebut. Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang
Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada pendatang asing
dalam tempoh yang lama.

Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan


mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi
negara ini. Orang Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian
lama memang telah sebati dengan sistem pemerintahan beraja. Raja
bagi orang Melayu adalah lambang tempat menumpahi taat setia yang
tidak berbelah bagi. Di sini raja boleh berfungsi sebagai unsur
penyatuan kepada orang Melayu dan penduduk Malaysia yang
berbagai kaum supaya bersatu-padu dengan memberikan taat setia
yang tidak berbelah bagi juga.

Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia


sebenarnya telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan
semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada
kaum buka Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C
untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan
dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo.
Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai
dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah
dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan itu
melarang menggolongkan perkara yang telah dipersetujui semasa
mencapai kemerdekaan sebagai perkara sensitif.

CABARAN SEMASA MENDAPAT KEMERDEKAAN


1) Tiada Perpaduan Kaum
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan
negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik yang
bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan
.

Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan


dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk negara ini
mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut
komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta
menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari
negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari
China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan
kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang
berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu
, Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka
panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan


mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki
sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku
dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini
telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah
aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan
langsung wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan
terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan
kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada
1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas
hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan
dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi
keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina
bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan
menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis
Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum
kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan
14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan
sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan
berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina.
Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang
Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu
kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika
zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahliahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan
soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan
(Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan
faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh


(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat
(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS
menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina
berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga
mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang
sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan
Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.
Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya
dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala
Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai
kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap
dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka
berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan
isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang
begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan
agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang
mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan
dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba

mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan


sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu
sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu
merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah


dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan
yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan
kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara
kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan
penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada
yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika
kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota
masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang
tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan


perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.
Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan
dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme
akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini
daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan
negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah


masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain
disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa
seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur
begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling
menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.

TARIKH 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat menandakan


wujudnya sebuah negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
yang merdeka dan berdaulat. Kini 58 tahun negara ini Merdeka. Hari
Kemerdekaan telah berubah kepada Hari Kebangsaan. Negara ini
merdeka selepas 83 tahun (1874-1957) dijajah oleh Britain.
Perjuangan menuntut kemerdekaan atau pemerintahan sendiri telah
berlaku semenjak awal abad ke-20 oleh golongan inteligensia Melayu
sama ada yang berpendidikan agama Islam, berpendidikan Melayu
juga yang berpendidikan Inggeris, dan semakin meningkat selepas
Perang Dunia Kedua. Sebahagian besar pakar sejarah Malaysia
berpendapat bahawa perjuangan mencapai kemerdekaan tersebut
digembleng dengan kuat oleh semangat kebangsaan Melayu yang
berpaksikan agama Islam. Semangat kebangsaan tersebut semakin
memuncak apabila berjaya menggagalkan Malayan Union.
Sesiapa jua yang membaca naratif perjuangan kemerdekaan negara
akan ketemu pengkisahan segala susah payah, pahit maung dan derita
yang menitiskan air mata diceriterakan oleh para pejuang
kemerdekaan. Apatah lagi para pejuang barisan hadapan terutama
angkatan tentera dan kepolisian yang merupakan wira yang tidak
didendang, bermati-matian mempertahankan kemerdekaan tersebut
daripada ancaman pengganas komunis.
Begitu juga para pejuang kemerdekaan yang menganggotai parti
politik akan mengumandangkan bahawa parti mereka yang berjaya
mencapai kemerdekaan. Sudah terdapat naratif yang mencabar
pendapat bahawa UMNO sahaja yang berjuang untuk mencapai
kemerdekaan apabila ada pemimpin parti politik pembangkang
berpendapat bahawa Mat Indera juga pejuang kemerdekaan dan
terdapat pendapat bahawa perjuangan bersenjata merupakan
perjuangan kemerdekaan yang sebenar.
Pendapat seperti ini mengingatkan satu lagi naratif bahawa merdeka
dengan darah lebih baik berbanding merdeka dengan mata pena.
Naratif seperti ini kini sedang dibaca dan ditelaah oleh generasi Y
Malaysia masa kini.

Di sudut lain pula para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas


memperjuangkan kemerdekaan sering menyuarakan persoalan
pengisian kemerdekaan. Negara sudah merdeka. Apakah rakyat juga
sudah menikmati kemerdekaan? Pembangunan ekonomi untuk
membasmi kemiskinan, pelajaran, prasarana, kesihatan dan lain-lain
unsur pembangunan perlu dinikmati oleh rakyat.
Pembangunan luar bandar, pembangunan tanah, perbandaran,
pembinaan sekolah rendah dan menengah, sistem pelajaran yang
berbahasa pengantar bahasa kebangsaan, jalan raya, telekomunikasi,
serta segala usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat khususnya
di luar bandar, merupakan tindakan pengisian kemerdekaan.
Kemerdekaan bukan sekadar pengisian semangat kebangsaan, tetapi
juga mempertingkatkan kehidupan sosio-ekonomi yang lebih baik,
supaya tidak berjiwa hamba tetapi berjiwa merdeka. Bebas daripada
penjajahan, bebas penjajahan jiwa, bebas penjajahan mental dan
rohani.
Pengisian kemerdekan bererti memberi makna sebenarnya kepada
perjuangan kemerdekaan. Anak-anak kampung yang menganggotai
pasukan ketenteraan dan kepolisian berjuang ke titisan darah terakhir
mempertahankan kemerdekaan yang dicapai demi memastikan
seluruh rakyat menikmati kemanisan kemerdekaan.
Maka makna kemerdekaan kepada generasi terdahulu ialah kejayaan
mendapatkan kemerdekaan serta membebaskan negara daripada
penjajahan, segala usaha untuk mengisi kemerdekaan bagi sebuah
negara yang berdaulat dan mencipta satu bangsa yang juga merdeka
yang tidak berjiwa hamba, yang tidak dijajah mentalnya.
Kepada generasi Y, makna merdeka berbeza, merdeka kepada mereka
ialah bebas dan kebebasan individu yang berorientasikan pemikiran
liberal, tidak terikat kepada kepentingan kelompok, puak, suku dan
keturunan. Ada yang berpendapat bahawa kejayaan mereka dalam
hidup disebabkan oleh merit peribadi bukannya disebabkan
perjuangan parti politik tertentu, bukan disebabkan oleh bangsa
tertentu tetapi kejayaan dan kepandaian mereka.
Mereka dan barangkali ibu bapa mereka tidak merasa terhutang budi
kepada perjuangan bapa-bapa kemerdekaan negara, hatta kepada
pemimpin negara atau kepada parti politik tertentu.

Pemikiran sedemikian diperkukuhkan oleh media sosial digital langit


terbuka yang memuatkan pelbagai ideologi untuk mengukuhkan
ketaksuban kepada liberalisme dan kebebasan individu. Pemikiran ini
juga yang mengukuhkan kepembangkangan di negara ini sehingga
merdeka bermaksud menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Pemikiran ini yang dijaja oleh pihak tertentu untuk meruntuhkan
tatanan sosial atau social order yang sedia ada. Melalui media sosial
mereka mencipta dan merekonstruksi persepsi yang menghina pihak
yang memerintah, menghina institusi raja-raja Melayu, mempersenda
agama Islam, memperlekeh bahasa Melayu, memperkecil institusi
kehakiman, dan sebagainya.
Pemikiran seperti ini memudahkan proses kecelaruan untuk
memerangkap generasi muda Melayu yang belum mantap identiti dan
jati diri mereka terhadap kemelayuan dan keislaman. Pemikiran liberal
ini boleh menyebabkan mereka mempersoal kemelayuan dan
keislaman, mereka mempersoal asal-usul nenek moyang mereka,
mereka tidak kisah tentang kalimah Allah yang digunakan di dalam
kitab orang lain, mereka tidak fasih berbahasa Melayu lantaran
pengucapannya bercampur-aduk dengan bahasa lain.
Pengisian kemerdekaan seperti Dasar Ekonomi Baru amat membantu
pewujudan kelas pertengahan dan kelas perdagangan serta peniaga
Melayu. Amat membanggakan apabila terdapatnya tokoh-tokoh
korporat dan teknokrat Melayu, walaupun mereka tidak merasa
terhutang budi kepada pihak pemerintah yang memberi mereka
kontrak dan lesen untuk berniaga. Tetapi kini sebahagian besar orang
Melayu tergolong dalam kelompok yang berpendapatan rendah,
walaupun Felda sudah merupakan gergasi ekonomi di pentas global.
Para graduan dari universiti tempatan dipersoal kemampuan
berbahasa Inggerisnya, diragui kemampuan kemahiran insaniah (softskill) dan sebagainya berbanding lulusan luar negara. Kemampuan
berbahasa Inggeris itu menjadi alasan untuk mengubah bahasa
pengantar pelajaran seperti PPSMI pada masa lalu, malah suara yang
menuntutnya semakin ghairah kembali, barangkali untuk kepentingan
ekonomi dan kepentingan kelompok yang lebih berkemampuan.
Perubahan zaman, perubahan teknologi komunikasi, merubah landskap
pemikiran. Manusia cepat melatah dan terpukau dengan persepsi yang

herot, lalu yang tidak benar dikatakan benar, yang benar dikatakan
yang salah. Logika pengherotan atau songsang ini sedang berleluasa.
Generasi Y mudah tergula tanpa siasat apakah benar atau silap. Lihat
sahaja Jalur Gemilang lambang kedaulatan mula diragui, dan ramai
terpercaya. Kelompok atau kumpulan yang menentang pemerintahan
yang berdaulat akan mengeksploitasi perubahan landskap pemikiran
itu untuk kepentingan mereka.
Kewarasan dan kebijaksanaan menganalisis serta menilai setiap aspek
perubahan ideologi perlu dimiliki oleh generasi Y Melayu khasnya dan
Malaysia amnya. Perlu disedari bahawa ada pihak yang sekarang
sedang mentakrif erti merdeka sesuai dengan ideologi dan
kepentingan mereka. Pada setiap detik mereka akan mencipta persepsi
yang herot untuk menghancurkan tatasosial yang sedia ada. Pesta
baju kuning adalah manifestasi berjayanya pengherotan tersebut.
Maka yang berkuasa dan yang memerintah perlulah berhubaya,
perbanyakkan beristighfar, perbanyakkanlah perenungan yang
mendalam di mana silapnya. Dekati generasi Y dan generasi
seterusnya, kerana masa depan negara terletak kepada bagaimana
generasi masa kini mencipta masa depan mereka. Jadilah negarawan
yang ulung untuk membina masa depan generasi akan datang,
bukannya ahli politik yang cuma memikirkan masa depan diri dan
kelompok sendiri. Negara memerlukan ramai negarawan untuk masa
depan yang lebih gemilang.

CIRI-CIRI NEGARA MERDEKA


1. diakui oleh bangsa lain
Semua bangsa di Negara Malaysia dan juga Negara lain
mengakui bahawa sesebuah Negara tersebut mempunyai status
dan sifat yang sama seperti Negara-negara maju serta tidak
dijajah oleh mana-mana pihak. Bangsa mengakui bahawa Negara
tersebut mampu menjalani pemerintahan dan pentadbiran
sendiri tanpa campur tangan dari kuasa luar serta akan diberi
peluang yang sama untuk memajukan ekonomi sendiri.
Negara tersebut juga perlu aman dan damai dan mempunyai
rakyat yang kooperatif dengan kerajaan.
2. memiliki pemerintahan
Sebuah Negara tersebut haruslah mempunyai ketua Negara dan
badan pentadbir yang sah dan mampu until memerintah Negara
dengan saksama dan adil serta bijaksana. Pemerintahan
haruslah sistematik dan mempunyai perlembagaan tersendiri
serta mempunyai susun lapis yang tersusun.
3. mempunyai rakyat dan wilayah kekuasaan
Negara haruslah mempunyai tempat di bawah kuasanya dan
haruslah mempunyai penduduk di kawasan tersebut yang
menjadi rakyat Negara tersebut dengan hak kewarganegaraan.

Anda mungkin juga menyukai