Anda di halaman 1dari 3

Sejarah kemerdekaan negara perlu dihayati oleh setiap golongan masyarakat agar

menjadi warga negara yang setia


Pendahuluan
-Menceritakan sejarah pembentukan Malaysia

Video yang dipaparkan sebentar tadi merupakan rakaman pengisytiharaan kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu yang telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu tepat pada pukul 9.30 pagi di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur. Pengisytiharan itu telah diiringi dengan laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali yang
bergema dengan penuh bersemangat dan menandakan lahirnya sebuah negara baru yang
berdaulat dan merdeka. Serentak dengan itu, lambang perpaduan, keutuhan dan kedaulatan
bangsa iaitu Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan diiringi oleh lagu kebangsaan
‘Negaraku’. Dengan pengisytiharan kemerdekaan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris ke
atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka sejak lebih 170 tahun.

Sebagai seorang warganegara yang patriotik, kita sewajarnya melahirkan perasaan bangga
akan tanah air yang tercinta. Namun demikian, semangat patriotik dalam diri masyarakat kian
pudar seiring dengan arus pemodenan. Anak-anak muda tidak lagi bersemangat apabila
tibanya musim kemerdekaan kerana mereka tidak lagi menghayati sejarah kemerdekaan
negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dihayati oleh setiap golongan masyarakat agar
menjadi warga negara yang setia.

-Menjadi warga negara yang setia.


Penghayatan sejarah kemerdekaan mampu menjadikan rakyat warga negara yang setia
dengan mempelajari sejarah dan mengambil iktibar atas kejadian-kejadian yang berlaku
sebelum kemerdekaan. Mereka yang tidak mempelajari sejarah tergolong dalam kalangan
mereka yang rugi kerana berkemungkinan mengulangi kesilapan masa lalu. Nilai nasionalisme
yang tinggi dengan rasa taat setia terhadap negara akan menerbitkan rasa ingin berkorban,
melindungi dan mempertahankan negara yang disayangi dan dicintai. Jika negara diancam
musuh, seseorang itu akan berasa sedih dan marah, sehingga membangkitkan semangatnya
untuk berkorban melindungi dan mempertahankan tanah airnya.
Selain menjadi warganegara yang setia, terdapat beberapa faktor lain, kenapa sejarah
kemerdekaan negara perlu dihayati.

-Menghargai jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu

Kita wajar menghayati sejarah bagi menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu.
Sebelum merdeka, rakyat Malaysia pernah menderita akibat dijajah. Rakyat dijadikan sebagai
hamba dan hal ini telah membawa kepada penderitaan yang meninggalkan kesan mendalam
dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu. Bagi membebaskan Tanah Melayu daripada
cengkaman penjajah, tokoh tokoh Tanah Melayu sanggup berjuang dan menggadai nyawa agar
penduduk pada zaman itu dapat hidup dalam keadaan yang lebih baik. Antara tokoh yang
dikenali dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah Mat Kilau, sebaris nama yang
cukup sinonim kerana keberaniannya menentang penjajah British di Pahang. Kisah hidupnya
banyak merakam perjuangan beliau bersama Tok Gajah dan Datuk Bahaman menentang
British secara terbuka kerana membantah campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat
istiadat orang Melayu. Selain itu, dengan kebijaksanaan dan titik peluh yang dikerah oleh
individu seperti Tuanku Abdul Rahman, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Beliau berpendapat
bahawa kemerdekaan dan keamanan tidak perlu dicapai dengan kekerasan tetapi cukup
dengan perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya Tunku berjaya
memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan semua kaum di Malaysia yang terdiri dari
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Penghayatan sejarah
kemerdekaan dapat mendidik generasi muda masa kini bagi memahami pengorbanan yang
telah dilakukan oleh tokoh tokoh ini. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Walaupun dipisahkan oleh penjajah
mengikut perbezaan kaum, nenek dan moyang kita mampu bertoleransi, bekerjasama dan
bersatu padu dalam mencapai kemerdekaan negara. Secara tidak langsung, penghayatan
sejarah kemerdekaan ini menjadi peringatan kepada masyarakat untuk memilih pimpinan
negara yang terbaik demi membawa negara ke arah yang lebih baik.

-Meraikan pencapaian negara pada masa kini


Faktor lain kenapa sejarah kemerdekaan perlu dihayati adalah bagi meraikan pencapaian
negara pada masa kini. Malaysia pada masa kini merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dari aspek ekonomi dan sosial. Tanpa kemerdekaan daripada penjajah yang
datang dari usaha pembebasan tanah air oleh tokoh-tokoh terdahulu, kehidupan yang dikecapi
masyarakat pada hari ini tidak akan menjadi kenyataan. Seperti yang kita sedia maklum,
kedudukan sosio ekonomi masyarakat di Tanah Melayu pada zaman dahulu telah dibezakan
mengikut kaum. Penjajah British pada masa itu telah menempatkan tiga kaum utama di
kawasan yang berbeza iaitu Melayu di kawasan kampung, manakala Cina dan India pula
masing-masing di kawasan lombong dan estet. Penempatan berasingan ini telah menghalang
jalinan hubungan masyarakat menyebabkan mereka mengamalkan cara hidup dan
menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam perhubungan. Sejak merdeka, pemimpin
telah berusaha merapatkan jurang sosioekonomi masyarakat untuk mencapai kemajuan dalam
pelbagai cara, khususnya dalam pembangunan ekonomi yang menjadikan Malaysia sebagai
pusat perdagangan terpenting di rantau Asia. Kapasiti tenaga kerja tempatan telah
memudahkan kemajuan negara dan menarik pelabur asing yang membawa kepada kemajuan
infrastruktur seperti lapangan terbang, pelabuhan, lebuh raya dan bangunan pencakar langit
seperti Menara Berkembar Petronas. Tuntasnya, kemerdekaan yang dicapai telah membawa
Malaysia menjadi semua negara yang maju dan masyarakat akan lebih memahami budaya
dahulu dan kini untuk dijadikan perbandingan bagi membangunkan negara dan bangsa pada
masa hadapan.

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam menghayati sejarah kemerdekaan negera,
jadi saya serahkan kepada saudara kien boon untuk menbincangkan dengan lebih lanjut
mengenai topik ini.

Anda mungkin juga menyukai