Anda di halaman 1dari 6

Adat Melayu indah nan santun

Mekar megah di pentas dunia

Jari sepuluh kemas ku susun

Mohon bicara menyusun kata

Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara pengerusi majlis. Yang di hormati, para hakim yang
arif lagi bijaksana yang sentiasa berpegang kepada neraca keadilan. Sekuntum senyuman dilontarkan
kepada penjaga masa yang setia bersama loceng keramatnya, barisan pendidik dan seterusnya
rakan-rakan tonggak harapan negara. Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia

Hadirin yang dihormati,

Tegaknya angsana di rimba kerana akarnya yang kukuh, tegaknya saya pada hari ini adalah untuk
mengupas dan mengulas tajuk syarahan saya iaitu “kemerdekaan”

Menurut Kamus Dewan Edisi yang ke-4, kemerdekaan didefinisikan sebagai kebebasan. Dalam
senario ini, ia bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada pengaruh dan anasir-anasir luar yang
menghancurkan kesejahteraan negara. Umum mengetahui bahawa Negara kita telah merdeka sejak
tahun 1957. Tarikh bersejarah ini menandakan bebasnya tanah air kita daripada campur tangan
kuasa luar dalam hal negara. Malaysia pada hari ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara maju yang lain. Ramai pemimpin dunia mengkagumi dengan keamanan yang kita
kecapi. Walaupun berbeza agama, bangsa, adat resam dan budaya, kita mampu berdamai di bawah
satu Jalur Gemilang. Namun keamanan ini tidak datang melayang tidak pula datang bergolek, tetapi
ia adalah hasil daripada pengorbanan nenek moyang kita yang sanggup bermandikan darah dan
derita demi melihat kemerdekaan bangsa di tanah airnya sendiri.

Sidang umat yang bermatlamat,

Menginjak 31 Ogos 2022 menandakan genaplah 65 tahun Malaysia merdeka daripada penjajahan
dan penguasaan British yang bermaharaja sejak tahun 1867. Ini juga bererti sudah 65 tahun
perjuangan darah pahlawan- pahlawan negara watan seperti Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut dan
Yamtuan Antah berakhir yang menggadaikan nyawa demi kemerdekaan yang kita sedang nikmati
sekarang. Walaupun tiada lagi peperangan yang memperdagangkan nyawa dalam era ini, namun
mentaliti generasi masa kini haruslah teguh kerana terdapat ancaman yang mempunyai risiko yang
tinggi dan meninggalkan kesan yang mendalam jika rakyat tidak cakna dengan kehadiran anasir
buruk ini. Ancaman yang dimaksudkan adalah mentaliti penjajah atau diwar-warkan dalam media
sebagai ‘colonial mentality’. Kata frasa ini bermaksud seseorang yang malu dengan bangsa sendiri.
Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang ” “Apa yang paling menarik adanya kalangan mereka yang
merasa malu apabila berbahasa kebangsaan dan melecehkan bahasanya sendiri. Walhal, kakinya
berpijak di sini, tetapi rohnya tersangkut dengan bekas penjajah yang telah memperhambakannya.”
Beliau Menyifatkan pihak yang memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu dalam arus
pemodenan dan pembangunan sebagai masih “tidur dalam lamunan penjajah”. Oleh itu, sebagai
penerus warisan bangsa yang merdeka, generasi pada masa kini haruslah memartabatkan budaya
dan bahasa ibunda.

Sidang hadirin yang budiman,

Erti kemerdekaan haruslah dihayati oleh semua warga Malaysia terutamanya generasi muda yang
merupakan perwaris bangsa. Menyingkap kembali sejarah kemerdekaan, kita sewajarnya berterima
kasih kepada para pejuang bangsa yang begitu gigih dan bersusah payah merealisasikan impian
mulia ini. Ada dalam kalangan mereka terpaksa bergolok bergadai semata-mata untuk pergi ke
London bagi merundingkan hal kemerdekaan. Dalam hal ini, penghayatan erti kemerdekaan haruslah
disemaikan dalam kalangan generasi muda. Hal ini demikian untuk meyedarkan generasi muda
tentang betapa murni dan mulianya pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu kala. Antara pejuang
kemerdekaan tanah air termasuklah Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj , Tun Tan
Cheng Lock, Tun V. Sambantham, Tun Sardon Jubir, Ibrahim Yaakub, Ishak Hj. Mohamad dan lain-
lain. Janganlah hendaknya apabila gema merdeka dilaungkan pada setiap 31 Ogos, barulah kita
mengenang kembali jasa mereka.Jika inilah realitinya, alangkah malangnya nasib Negara yang
mempunyai generasi baru yang hanya tahu akan kata merdeka, tetapi tidak memahami dan
menghayati erti kemerdekaan.

Sidang pendengar yang setia,

Setiap cahaya mestilah ada kegelapan, setiap kaca mestilah ada calarnya. Walaupun negara sudah
merdeka, kita tidak boleh lari daripada kesulitan. Masih ingatkah kita tragedi 13 Mei 1969 yang
merupakan titik hitam yang terpahat dalam dada sejarah Malaysia. Tragedi rusuhan kaum ini berlaku
atas dasar konflik yang meragutkan banyak nyawa insan sehinggakan darurat terpaksa diisytiharkan.
Situasi seperti ini menjejaskan kedaulatan sesebuah negara. Rusuhan kaum mewujudkan suasana
yang kucar-kacir dan boleh menarik perhatian di persada dunia. Senario akan mewujudkan mata-
mata yang ingin mengeksploitasi negara kita. Dalam pada itu, generasi pada masa kini haruslah
mengambil iktibar agar sejarah yang sama tidak berulang. Hal ini hanya merugikan malah
menjejaskan nama Malaysia yang secara zahirnya terkenal dengan perpaduan di antara rakyat di
kaca mata dunia.

Jelaslah bahawa kemerdekaan bukan sahaja bermaksud bebas dari jajahan dan penghambaan
kepada kuasa luar, malah ia juga melibatkan pembebasan idealogi yang bertiraikan musuh dalam
selimut. Kita haruslah bersatu agar pergolakan seperti di Palestine tidak berlaku di tanah air kita.
Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum bicara ternoktah di sini, izinkan saya menguntaikan
serangkap pantun.

Indah sungguh permandangan di desa

Pagar dihiasi warna gangsa

Hargailah kemerdekaan nusa bangsa,

Kerna ia kurnian terbesar

“Berikan saya sepuluh remaja,


nescaya akan saya gegarkan
dunia ini”, begitulah ungkapan
yang
telah dikatakan oleh Presiden
Pertama Indonesia, Soekarno.
Ungkapan ini menggambarkan
betapa gahnya peranan
generasi muda sebagai penentu
pembangunan dan kemajuan
Negara pada
masa depan. Generasi muda
merupakan aset modal insan
yang amat bermakna. Namun,
impak
arus globalisasi kini telah
menyebabkan semangat
patriotic dalam kalangan
remaja kian
pudar.kebanyakan alpa akan
tanggungjawab terhadap diri
sendiri dan masa depannya.
Generasi
muda kini semakin tenggelam
dalam kancah keruntuhan
moral yang amat
membimbangkan.
“Bagi mereka peduli apa
dengan merdeka”. Mereka
juga berpendapat Negara kita
telah bebas.
Tiada apa-apa yang hendak
ditakutkan. Kalau ada apa-apa
berlaku , polis dan tentera
boleh
mengawalnya. Yang lebih
menyedihkan ialah sambut hari
kemerdekaan dinanti-nantikan
hanya
kerana cuti umum dan bersuka
ria dan segala penyakit social
akan bermaharaja lela
sepanjang
hari berkenaan.Seharusnya
generasi muda kini perlu
dididik menghargai
kemerdekaan serta
mengamalkan slogan “ Negara
Kita, Tanggungjawab Kita
sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai