Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Pengalaman Hari Kebangsaan

“Perseketuan tanah melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957.Tarikh

keramat ini merupakan tarikh hari kemerdekaan yang disambut oleh seluruh

masyarakat Malaysia pada setiap tahun.Kemeriahan Hari kebangsaan dapat

dirasakan bermula berjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang

berwarna-warni bergemerlapan di udara sebagai tanda kemerdekaan.Begitu juga

acara perbarisan pada kesokkan harinya yang diwakili oleh pelbagai Agensi

kerajaan seperti tentera,polis dan kakitangan awam turut diadakan bagi

memeriahkan lagi suasana kemerdekaan.Lazimnya,sambutan hari kebangsaan

diadakan di dataran merdeka namun sejak kebelakangan ini sambutan peringkat

kebangsaan telah dianjurkan di lokasi lain seperti Putrajaya dan

Kuching,Sarawak.Jika ketelurusi, sambutan hari kemerdekaan telah menjadikan

bulan ogos sebagai bulan kemerdekaan kerana hiasan dan kibaran jalur gemilang

mewarnai jalan raya dan pusat membeli-belah.

Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk merai pencapaian yang telah dicapai oleh

Negara sejak laungan kemerdekaan mengenggar Stadium Merdeka pada ketika

dahulu.kehidupan yang dinikmati oleh masyarakat hari ini tidak akan menjadi realiti

sekiranya kemerdekaan tidak diperoleh daripada penjajah.Hal ini demikian

kerana,semasa zaman penjajahan,masyarakat telah dibezakan kedudukan sosial

ekonomi dan mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dan bangsa yang duduk di

bawah satu rumpun yang sama.Setelah kemerdekaan dicapai, para pemimpin dan

masyarakat tempatan telah berjaya membawa kemajuan dari pelbagai segi

terutamanya perkembangan ekonomi yang menjadikan Malaysia sebagai hubungan

perdagangan utama di rantau asia.Kemapuan tenaga kerja tempatan telah menarik


pelabur-pelabur asing untuk merancangkan kemajuan Negara dan memberikan

keuntungan dalam bentuk kehidupan yang lebih baik.Kemudahan infrastruktur

seperti lebuhraya,lapangan terbang dan bangunan pencakar langit seperti Menara

Berkembar Petronas adalah bukti kemampuan untuk duduk sama rendah dan bediri

sama tinggi dengan Negara maju yang lain.

Dalam masa yang sama, sambutan hari kerdekaan adalah penting sebagai tanda

menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu..Tanpa kebijaksanaan

dan titik peluh yang dikerah oleh individu sepeti Tunku Abdul Rahman, kita tidak

pasti akan dinikmati kesenangan hidup pada hari ini.Justeru, dengan sambutan ini

kita dapat mengenali semula negarawan-negarawan yang telah berjasa kepada

Negara serta mendidik generasi muda masa kini akan pengorbanan yang telah

mereka lakuan.Mungkin sukar untuk generasi masa kini untuk merasai pengorbanan

tokoh terdahulu tapi mereka boleh mengambil pengajaran dan mempratikkan nilai-

nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan

Negara.Lawatan ke muzium dan tempat-tempat bersejarah seperti tugu Negara

dapat anak-anak muda memahami dan mempelajari

sejarah terdahulu supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat terdahulu

apabila mereka menjadi pemimpin Negara pada masa hadapan.

Di samping itu, perpaduan antara rakyat juga akan lebih kukuh dengan

menganjurkan sambutan hari kemerdekaan.Masyarakat sedia maklum bahawa

melayu,india dan china merupakan kaum majoriti di Negara kita selain kaum

dusun,kadazandasan,bidayuh,melanau yang menjadi minoriti.Negara yang harmoni

dan sejahtera hanya akan dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.Nilai-

nilai ini dilihat semakin pupus dalam kalangan masyarakat hanya disebabkan oleh
beberapa golongan yang menggunakan isu perkauman sebagai elemen politik

mereka.Secara tidak lagsung, ia menjejaskan dan meruntuhkan teras perjuangan

masyarakat terdahulu ingin mencapai kemerdekaan Negara yang dicintai dan

bermuhasabah diri bahawasanya nenek dan moyang kita dahulu bersikap terbuka

dan hidup harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum.Masyaakat sebegini

yang saling menyayangi,saling menghormati dan sling bekerjasama merupakan

pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar Negara.

Akhir sekali, sambutan Hari Kemerdekaan adalah penting bagi menyemai nilai

patriotisme dalam diri setiap masyarakat konvesional hari ini.Kesibukan mengejar

kerjaya dan leka dengan hiburan daripada teknologi-teknologi masa kini telah

membuatkan masyarakat kurang bersikap patriotik.Nilai cinta akan negara ini

penting supaya rakyat sentiasa sedar dan melindungi kedaulatan negara daripada

ancaman musuh dan sebagainya.Sebagai contoh,media massa boleh memainkan

peranan penting dengan menyiarkan filem atau drama dan lagu-lagu patriotik di

medan perkongsian sama ada televisyen atau aplikasi penstriman video.Insiatif ini

sedikit-sebanyak mendapatkan menyampaian mesej tentang pentingnya menyambut

hari kemerdekaan kepada setiap golongan masyarakat di Malaysia.Industri kreatif

negara yang sering dipandang benteng oleh pemimpin negara merupakan kunci

dalam bentuk masyarakat yang cakna dan bijaksana.Selain itu, sambutan hari

kemerdekaan di peringkat sekolah dan insitiusi pengajian juga penting kerana

generasi muda adalah tunjang masa hadapan Negara.Persis kata peribahasa

Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kesimpulanya,pelbagai kepentingan dalam penganjuran sambutan hari

kemerdekaan.Sambutan yang diadakan setiap tahun 31 ogos itu seharusnya


menjadi klimaks daripada rasa cinta akan negara yang telah dipupuk menerusi

pelbagai cara sebelum ini.Usaha yang bersepadu dan konsisten perlu dilakukan oleh

semua pihak agar semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat terus

bersinar.Semoga pergolakan,peperangan dan ketidak tenteraman yang berlaku di

negara lain menjadi pengajaran kepada masyarakat dalam negara untuk sentiasa

menghargai dan mengutamakan nilai toleransi dalam masyarakat berbilang

kaum.Bersama-sama kita melahirkan masyarakat terbuka dan saling menghormati

antara satu sama lain agar kemajuan dan kemakmuran bersama dapat dicapai

tanpa perlu mengorbanan kedaulatan tanah air kita.Cerita yang saya beri kepada

awak semuanya benar tentang hari kemerdekaan”oleh bapa saya sebelum kita

memain peralatan api di luar rumah.Dari sini, saya akan memahami tentang

Malaysia dan bangga diri kerana rakyat Malaysia.

415 patah perkataan…..

Terima kasih untuk memberi peluang


perpustakaan mbsa

Anda mungkin juga menyukai