Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: KEPENTINGAN MENYAMBUT

HARI KEMERDEKAAN DAN

CARA MENYEMAIKAN

SEMANGAT PATRIOTIK DI

MALAYSIA

NAMA: PEGGY KHO JEN LING

NOMBOR KAD PENGENALAN :


000720-13-0752

PAKK (SJKC) PPISMP


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan penuh semangat oleh Allahyarham Bapa
Kemerdekaan kita sewaktu negara menikmati kebebasan daripada belenggu penjajah. Laungan
yang sama akan terus berulang. Namun, kelihatankah lagi bauran perasaan sayu, insaf dan
gembira seperti dulu? Atau kita sekadar tidur sebantal, tetapi dilamuni mimpi masing-masing?

Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun memang membawa makna yang
besar kepada masyarakat dan negara. Sambutan ini memberi makna bahawa kita memiliki
sebuah negara berdaulat. Usia kemerdekaan yang sudah mencapai 61 tahun ini tidak
seharusnya melalaikan kita daripada mengingati negara. Sambutan ini diadakan agar rasa cinta
akan negara di kalangan generasi baru dapat terus disemai Rasa cinta yang mendalam di
kalangan rakyat akan menjanjikan negara terus mencapai kemajuan. Sebarang bibit
perpecahan dan ancaman terhadap kestabilan negara akan dapat ditangkis.

Kemerdekaan adalah sangat penting dalam sesebuah negara yang merdeka. Rakyat Malaysia
mempunyai banyak sebab untuk mempertahankan kemerdekaan yang sedia ada di Malaysia.

Antara sebab utama ialah kemerdekaan sebagai lambang kebebasan,kedaulatan dan


kejayaan. Rakyat Malaysia tiada sebab atau alasan untuk tidak barusaha mempertahankan
negara tercinta ini. Semua lapisan masyarakat dan lapisan pemerintah harus berganding-bahu
untuk mengelakkan negara dari mengalami huru-hara dan kacau-bilau. Jika kemerdekaan
negara dapat dipertahankan,kerajaan kita boleh marangka politik dan pentadbiran mengikut
acuan sendiri dan tidak perlu mengikut telunjuk dari luar.

Selain itu, kemerdekaan sangat penting untuk sistem pendidikan sesebuah negara.
Pendidikan adalah sangat penting dalam menyumbang ke arah perpaduan,pembangunan, dan
ekonomi. Pendidikan dapat melahirkan banyak generasi minda yang akan membangunkan dan
memacu kejayaan negara. Tercapainya kemerdekaan,negara dapat membuat dasar pendidikan
sendiri yang sesuai dengan rakyatnya.
Sebelum kemerdekaan, sistem pendidikan negara mengikut kaum. Dasar pendidikan
negara selepas kemerdekaaan telah menyeragamkan sistem pendidikan di mana semua kaum
mengamalkan sistem pendidikan yang sama mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan.Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah terhasil melahirkan ratusan ribu lapisan sekolah dan institusi
pengajian tinggi yang menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai
bidang.Dasar pendidikan juga berdaya saing serta kerajaan sentiasa meningkatkan mutu dasar
pendidikan negara untuk melahirkan anak watan yang berkualiti lagi berilmu.

Seterusnya, kemerdekaan penting kerana untuk ekonomi sesebuah negara.negara yang


merdeka dapat melaksanakan dasar ekonomi mengikut selera sendiri demi kepentingan negara
itu sendiri. Pembangunan ekonomi akan dapat dijalankan dengan sekata dari pelbagai bidang
dan sektor sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Dasar Ekonomi Baru(DEB) ialah salah satu contoh,suatu dasar pembangunan ekonomi yang
bermatlamatkan untuk mewujudkan pembangunan seimbang bagi melahirkan masyarakat yang
hidup sederhana,bersatu-padu dan adil. Pada masa kini negara kita telah menjadikan sains dan
teknologi sebagai salah satu teras pembangunan sosioekonomi. Sekiranya negara kita tidak
merdeka sudah pasti membantutkan pembangunan ekonomi. Selain itu,adalah mustahil untuk
mendapatkan pelabur-pelabur luar untuk melabur pada negara yang tidak merdeka.

Malaysia kaya dengan hasil bahan mentah. Kemrdekaan juga penting untuk pembangungan
sesebuah negara.Sebelum merdeka,banyak kekayaan telah dikaut oleh penjajah. Dasar
Wawasan 2020 telah banyak menyumbang kepada pembangunan Malysia bagi mencapai
pembangunan yang seimbang di kawasan bandar dan luar bandar.Negara juga telah
membangun dan memperbaiki sistem pengangkutan dan komunikasi bagi menghubungkan
suatu kawasan dengan kawasan lain.

Perhubungan antara kawasan sangat penting untuk memastikan pembangunan dapat


dilakukan dengan seimbang. Pembangunan juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan
dengan membari lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Sekiranya negara kita tidak
merdeka adakah pembangunan seperti ini dapat digapai? Kita boleh manjadikan Afrika sebagai
negara yang tidak membangun disebabkan oleh peperangan.

Namun, sambutan hari kemerdekaan yang cuma sekali setahun itu begitu rapuh fungsinya
dalam membina perasaan cinta akan negara. Usaha-usaha awal lagi berterusan pada semua
peringkat usia perlu diadakan. Lantaran itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
mengesyorkan agar langkah membina semangat patriotik ini dimulakan di peringkat tadika lagi.
Pengajaran mudah tentang negara, raja, pemimpin dan kemerdekaan, misalnya akan mampu
membangkitkan rasa setia dan kasih mereka kepada negara.

Selain itu, langkah menanamkan rasa kasih dan cinta akan negara juga boleh disemadikan
melalui sekolah ataupun universiti. Guru berperanan membantu pelajar menghormati bendera
Jalur Gemilang dan lagu Negaraku yang dinyanyikan sewaktu perhimpunan. Manakala mata
pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Sejarah pula mempunyai potensi
besar dalam memupuk rasa cinta dan jihad demi negara. Di peringkat lebih tinggi, Pasukan
Latihan Pegawai-pegawai Simpanan (PALAPES) boleh diperluas ke Institut Pendidikan Tinggi
Swasta (IPTS) dan kolej. Dengan latihan dan disiplin yang tinggi, mereka mampu keluar
sebagai tenaga profesional yang menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Masyarakat juga harus digerakkan agar mencintai negara. Hal ini dapat dilakukan dengan
memperluas penubuhan dan peranan Rukun Tetangga (RT), Jawatankuasa Kemajuan
Kampung (JKK) dan lain-lain. Menerusi motivasi dan program-program latihan khusus, mereka
mampu dilentur sebagai ahli masyarakat yang berdisiplin dan patriotik. Walaupun peranan
mereka agak kecil, namun harus sentiasa mempunyai perasaan cinta kepada kampung dan
penduduk sekitarnya dan negara.

Akhir sekali, kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hari kemerdekaan perlu
diperluas agar diterima oleh semua lapisan rakyat. Kempen-kempen dan aktiviti perlu diadakan
sepanjang masa dan bukan hanya terhad pada Bulan Kemerdekaan sahaja. Hal ini kerana
perasaan cinta kepada negara perlu dipupuk dan disemai dalam jangka masa panjang agar
terus subur. Media massa seperti televisyen dan radio perlu kerap menyiarkan lagu-lagu
patriotik. Aktiviti mempamerkan Jalur Gemilang di institusi pendidikan perlu diteruskan agar
murid-murid mengenali dan mencintai bendera negara mereka. Program-program Larian
Merdeka dan Perayaan Bulan Merdeka, misalnya holeh menarik minat masyarakat menghayati
erti sebenar kemerdekaan. Kerjasama pihak swasta seperti Petronas yang mendermakan Jalur
Gemilang dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang meraikan anak-anak merdeka
akan meningkatkan lagi rasa cinta rakyat kepada negara.

Kesimpulannya, rasa cinta rakyat kepada negara sukar dipupuk dengan hanya
menyambut hari kemerdekaan sahaja. Hari kemerdekaan yang disambut setiap 31 Ogos itu
seharusnya menjadi klimaks daripada rasa cinta yang telah dipupuk menerusi pelbagai cara
sebelum ini. Usaha bersepadu dan berterusan perlu dilakukan oleh semua pihak agar
semangat nasionalisme di kalangan rakyat terus bersinar.

Anda mungkin juga menyukai