Anda di halaman 1dari 6

(i) Bincangkan implikasi yang dihadapi sekiranya tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita. ----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula. negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan yang adil dan saksama. ----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asign yang amat berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan membawa teknologi dari negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu kemasukan teknologi dan kemajuan perindustrian. ----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang perkauman adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya, dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah merapatkan jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum dan bangsa. Dengan ini, negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan hidup dengan penuh harmoni. ----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program perpaduan juga harus diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum

harus diperbanyakkan. Dengan ini, sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. ----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'!

(ii) Cadangkan tiga program yang boleh dijalankan di institusi anda bagi mewujudkan semangat perpaduan anatara kaum.

Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh itu untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang kelas Antara program yang boleh dijalankan di institusi bagi mewujudkan semangat perpaduan antara kaum ialah mengadakan aktiviti sukan dan kurikulum. Institusi
merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Perpaduan di peringkat institusi dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk

menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajarpelajar. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Dapat disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

Selain itu,

http://www.scribd.com/doc/33177261/Usaha-Memupuk-Perpaduan-Kaum http://www.scribd.com/doc/57585043/Kepentingan-Perpaduan http://repo.uum.edu.my/1833/1/19.pdf http://www.kkkla.edu.my/kkkla/rnd/full%20proposal.pdf http://www.slideshare.net/wanbk/spe-bab10?src=related_normal&rel=8456328

Anda mungkin juga menyukai