Anda di halaman 1dari 24

1.

Huraikan konsep-konsep yang berikut :


a) Linguistik
Linguistik bererti ilmu bahasa. Perkataan linguistik berasal dari bahasa Latin iaitu
lingua yang bererti bahasa. Bidang ilmu yang menkaji bahasa secara saintifik
dengan mengkaji data yang sah menggunakan prinsip dan kaedah yang tertentu.
b) Bahasa
Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, atau simbol -simbol yang dikodkan untuk
kegunaan perhubungan sesama manusia.
c) Wacana
Wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit
tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam
pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa ba -hasa. Sebagai kajian, wacana
memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.












2. huraikan konsep kohesi dan koheren dan tulis satu perenggan
karangan yang menggambarkan kohesi dan koheren.
Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan
secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk
wacana. Contoh:
(a) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?
(b) Dia memukul anaknya.
(c) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?
(d) Jahanam itu memukul anaknya.
Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan
itu diwujudkan dalam bentuk pengguna an kata ganti nama dia yang merujuk si
Minah. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam
konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu si Minah. Perkaitan itu juga
dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai
kesinambungan makna.
Koherensi juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak
secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya.
Contoh:
(a) Angkat telefon itu, Man!
(b) Aku sedang mandi, Ziz!
(c) OK!
Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud,
tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat
(b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Ziz!.
Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu . Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan
sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.
Perbedaan antara kohesi dengan koherensi itu menunjukkan bahawa terdapat
wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang
hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa
koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk
suatu wacana. Contoh:
(a) Siapakah yang dipukul ol eh Ali?
(b) Ali memukul budak kecil itu.

Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis
dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah
siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam
keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali),
dan bukannya Ali memukul budak kecil itu.
Kohesi dapat dikenal pasti berdasarkan hubungan unsur ayat. Unsur ayat ini
dihubungkan melalui kata hubung:
Pertentangan yang dinyatakan dengan kata tetapi atau namun.
Contoh: Ayahnya bersetuju, ia ke bulan, tetapi ibunya tidak membenarkannya
pergi.
Pengutamaan yang dinyatakan dengan kata malahan atau bahkan.
Contoh : Anak itu tidak serik, malahan saudaranya yang tua dilawannya.
Pengecualian yang dinyatakan dengan kata kecuali.
Contoh : Mahasiswa itu setiap hari makan budu, kecuali hari Jumaat.
Penyetujuan yang dinyatakan dengan kata walaupun atau meskipun.
Contoh : Wanita itu amat dicintainya, walaupun tidak pernah diucapkannya.
Tujuan yang dinyatakan dengan kata agar atau supaya.
Contoh : Mahasiswi itu belajar dengan tekun agar beroleh kejayaan
cemerlang.
Kohesi ditandai juga oleh pengulangan kata atau frasa, baik secara tuntas atau
sebahagian. Contoh:
Abang membelikan adik ayam serama. Abang tahu bahawa adik amat suka
akan ayam serama.
Pak Asraf telah meninggal dunia pada tahun lalu. Pak Asraf merupakan satu -
satunya tokoh bahasa yang tekal dalam perjuangannya. Oleh itu, Pak Asraf
dihormati dan disegani ramai.
Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda
dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan
kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh:
(a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di
sekolah asrama penuh.
(b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin
dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu.
Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan
ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak
Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa
Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata
lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada
waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.
Sejajar dengan penggantian leksikal ialah penggantian bentuk yang tidak menuju
ke acuan yang sama, tetapi ke kumpulan yang sama. Contoh:
(a) Jiran saya memiliki unta. Pak Hassan juga memiliki seekor.
(b) Mahasiswi itu bersiar-siar di taman Mawar. Sewaktu ke pintu keluar, ia
memetik sekuntum dan disematkannya ke sanggulnya.
Kata unta dan seekor merujuk kumpulan yang sama. Demikian juga kata mawar
dan sekuntum merujuk kumpulan yang sama, iaitu bunga. Keadaan ini dikatakan
sebagai hubungan penyesuaian alami, kerana bentuk ekor dan kuntum merupakan
penggolongan binatang dan bunga.
Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang bersifat gramatikal.
Hubungan yang bersifat gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas koherensi.
Hubungan anaforis ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada
kata sebenar. Contoh:
(a) Apakah yang dipandang oleh emak?
(b) Dia memandang bulan di langit.
Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.
Hubungan kataforis ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama
sebenar yang mengikutinya. Contoh:
(a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia.
(b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro
diajak mengelilingi bandar Kajang.
Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu
Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim.
Ini dinamakan hubungan anaforis.




Contoh ayat :
TRAGEDI TREN LAJU DI CHINA
Dua buah tren laju berlanggar di China malam semalam apabila tren pertama
yang hilang kuasa akibat dipanah petir dirempuh dari belakang oleh tren yang kedua,
menyababkan dua gerabak tren pertama terhumban dari jambatan. Setakat ini
tragedi di Wenzhou, Wilayah Zhejiang itu mengorbankan sekurang -kurangnya 43
orang dan mengakibatkan 200 lagi cedera.


3. Huraikan sumbangan penting tokoh-tokoh berikut dalam
bidang linguistik

A) E.sapir
Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang Fonologi di Jerman
tetapidipengaruhi oleh F.Boas. Beliau turut mengkaji bahasa -bahasa
orang asli Amerika. Beliau menulis bukunya yang pertama
Language (1881).
Buku ini mementingkan pendekatan kajian dari segi antropol ogi dan
melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat
yang menggunakannya.

B) Ferdinand de Saussure
Beliau hidup pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20.
Beliau membuat kajian linguistik perbandingan.
Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan
kajian linguistik deskriptif struktur.








Pengaruh beliau terlihat dalam dua hal.

- Pertama, tulisannya di antara 1878-1924 yang dikarang dalam bentuk sebuah
memoir, membicarakan dari hal sistem vokal primitif dalam bahasa proto Indo -
Eropah.
- Beliau membezakan kajian llinguistik secarasin kronik dan dikronik. Sinkronik
bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa.
-Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa.
- Kedua, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole. Istilah langue
bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya dengan loghat.
-Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang sama terdapat dalam pertuturan
beberapa penutur loghat yang sama. Kita dapat melihat ciri - ciri yang dikongsi
bersama oleh penutur-penutur tersebut, di samping ciri-ciri yang membezakan setiap
penutur individu.
-Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole
daripada bahasa yang sama.
- De Saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan bentuk.
Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis -garis lakar dikatakan
bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa. Bantuk pula ialah pola -pola
perhubungan yang abstrak ditentukan oleh sesuatu bahasa itu ke atas bahannya.
Apabila kita mengkaji fonetik atau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola -pola
pembentukan perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu
jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam bahasa.

C) Noam Chomsky
Tatabahasa transformasi diperkenalkan oleh Chomsky pada tahun
1957 dalam bukunya bertajuk Syntactic Structures. Dalam tatabahasa
transformasi ini kita perlu memahami beberapa konsep am. Kita perlu
menerima apa yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis dan yang
tidak gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang penutur
bahasa ibunda.
Ini kerana, bahasa diertikan sebagai mengandungi ayat -ayat yang
diterbitkan. Pada hakikatnya ayat dapat dipanjangkan seberapa yang
mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripadaunsur -unsur yang terhad
bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada
beberapa proses operasi delam membentuk ayat-ayat tersebut dengan
menggunakan rumus-rumus tertentu.

4. Huraikan secara ringkas Teori Behavioris dan Teori Mentalis
dan implikasi teori tersebut kepada pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
TEORI BEHAVIORIS
Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa otak manusia ini merupakan satu
kotak hitam yang gelap dan apa-apa yang berlaku didalam situasi atau keadaan
tersebut adalah tidak dapat diamati dengan sempurna. Ini bermakna, apa sahaja
yang ada di dalam kotak tersebut adalah tidak berkaitan dengan penyelidikan
linguistik, dan apa yang penting ialah bahasa dalam bentuk kalimat -kalimat yang
merupakan perangai atau kebiasaan yang terdapat secara langsung untuk diamati
dan diselidiki.
(http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Teori%20&%20Model%20P&P.pdf )
Skinner (1904-1990) menganggap ganjaran merupakan faktor penting dalan
belajar. Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal mengawal
tingkah laku. Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi
sehingga murid akan lebih rajin. Teori ini juga disebut dengan operant conditioning. .
Operans conditioning adalah suatu proses penguatan perilaku operans yang dapat
mengakibatkan perilaku tersebut dapat diulang kembali atau menghilang sesuai
dengan keinginan. .


Golongan ini berpendapat bahawa bahasa merupakan proses perilaku hasil
operasi stimulus/ ransangan dan tindak balas yang bergantung semata -mata kepada
ciri naluriah yang ada pada manusia. Oleh sebab manusia memiliki alat biologis yang
berfungsi untuk menghasilkan bahasa, maka dapatlah manusia menggunakan
bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi sesama mereka.
Teori ini berasakan teori pelaziman klasik, iaitu kanak -kanak mempelajari
bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Mereka menolak sebarang pendapat yang
mengaitkan proses penghasilan bahasa dengan operasi kognitif. A berulang -ulang
pula memainkan peranan yag penting dalam member peneguhan terhadap
perlakuan bahasa murid. Pengukuhan, pemerhatian, sifat -sifat ingin tahu, dan aktiviti
meniru menjadi factor utama dalam pembelajaran bahasa.
Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam
bentuk bahasa, misalnya penggunaan kata bagus, anggukan, pujian , tepukan, dan
sebagainya. Jika sekiranya setiap perlakuan bahasa yang betul diikuti dengan gerak
balas positif akan mengukuhkan lagi penguasaan bahasa murid / kanak -kanak
tersebut. Akhirnya ia akan membentuk kebiasaan. Proses ulangan dan peneguhan
positif yang berpanjangan ser
Menurut (Hartley & Davies, 1978 ) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku
yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi proses belajar dapat berlaku
dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. Bahan pelajaran di susun
dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya
dan dapat memberikan respon tertentu;. Tiap -tiap respon harus diberi maklum balas
secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang
diberikannya telah benar; . Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka
ia perlu diberi penguatan.
Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat
iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak
balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak
dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal
atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan
kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya .
Antara implikasi teori terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah
kemahiran lisan lebih penting daripada menulis, menulis merupakan kemahiran
kedua, oleh itu guru mesti mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi penekanan
kepada latihan lisan dan kemudiannya diikuti dengan kemahiran menulis. Selain itu,
dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran, guru harus
mengutamakan latih tubi yang dilakukan secara intensif dan pembelajaran dan
pengajaran harus bermula dengan pola yang mudah baru bertambah dengan yang
lebih sukar. Guru juga harus menyediakan ransangan untuk membolehkan murid
bertindak balas dan diikuti dengan ganjaran kepada tindakan yang betul sehingga
menjadi tindakan yang bersifat automatis. Implikasi yang terakhir ialah b ahasa guru
adalah sebagai model, oleh itu guru harus menggunakan bahasa yang betul untuk
dicontohi oleh murid.( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)
TEORI MENTALIS
Menurut Noam Chomsky penutur pendengar mempunyai kamapuan dan
prestasi otak penutur mempunyai tatabahasa sejagat yang diperolehi semula jadi.
Setelah 5 tahun membentuk tatabahasa generatif pada taraf kemampuannya.
Bahasa merupakan proses mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa
ransangan luar. Skim ini dikenali S-O-R (stimulus-organism-response). Beliau juga
memperkenalkan Transformational Grammar(TG).
(http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI -PEMEROLEHAN-BAHASA)
Kajian oleh Smith (1973) pula mendapati urutan pemerolehan fonologi
tidaklah begitu tetap dan teratur seperti anggapan ahli -ahli Behaviouris. Menurutnya
pada peringkat awal wujud homonim (kesamaan sebutan). Contohnya perkataan
ship dan sheep, kedua-duanya disebut ship. Pada peringkat kedua, hanya ship
disebut ship, manakala sheep disebut ship dengan ujaran yang lebih panjang.
Seterusnya wujudlah sebutan yang tepat bagi kedua -dua perkataan yang berbeza di
atas tadi.



Golongan mentalis mengangggap penguasaan bunyi bahasa tidak berlaku
menerusi proses pemerolehan semata-mata, sebaliknya melibatkan organisasi
minda. Bagi golongan ini pemerolehan fonem bahasa tidak boleh ditafsir sebagai
hasil hubungan psikososio kanak-kanak dengan persekitaran sahaja. Mereka
menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman seperti yang disarankan oleh Noam
Chomsky (1981). Teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan
pelakuan kanak-kanak. Chomsky menegaskan kematangan saraf, kematangan
pemikiran, dan kematangan bertindak penting dalam proses mempelajari bahasa.
Perkembangan bahasa kanak-kanak pula adalah mengikut tahap umur
mereka. Mereka menguasai kebolehan memahami terlebih dahulu sebelum
kebolehan bertutur. Menurut Chomsky lagi, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia
sudah dibekalkan dengan keupayaan untuk membolehkannya berbahasa apabila
tiba masanya. Potensi ini ialah sifat akal/mental yang boleh menerbitkan perkataan
tau ayat-ayat yang tidak terbatas. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa
akan terbatas kepada apa yang dialami sahaja. Setiap penutur dan pendengar
mempunyai dua bahagian penting iaitu kemampuan (competence) dan peraturan
(performance) yang ada dalam otak manusia merupakan satu system rumus yang
mampu menghasilkan kalimat yang terbatas.
Antara implikasi teori ini dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ialah
semua pelajar seharusnya berupaya menguasai bahasa dengan jaya kerana mereka
mempunyai LAD. Pengajaran bahasa pula adalah secara dedukif dan tatabahasa
dipelajari secara lansung dan berstruktur. Pelajar perlu digalakkan dan diberi
peluang untuk berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka
dapat membina konsep atau makna.
Selain itu, guru harus mendedahkan bahan - bahan sebenar kepada dan
bukan bahan- bahan yang diadakan. Latihan- latihan yang diberikan seharusnya
membina kecekapan menggunakan rumus secara kreatif. Proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa mementingkan kemahiran membaca dan menulis dan tidak
mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur .
( nota ZMZ/BM2/ibmm 2001 0leh Puan Zainiyah Bt Md Zain)
5. Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? Huraikan konsep
perluasan dan penyempitan makna dengan merujuk kepada contoh
yang sesuai.

Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.
Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud
isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud
bererti.Kemudian semainein diinggeriskan menjadise mantics, dan dalam bahasa
Melayu menjadi semantik.Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik
ialah M.Breal, 1900.
Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang
maknadalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripad a Haji Mohd. Isa bin
Abd. Razak,2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa
maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna
sesuatu perkataan.

Setiap kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam
bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan
keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi
yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak
idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek -aspek berikut:

a. makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa
dan ayat . Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan
konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya,
tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang
bermakna ini . Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa
kata.




Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Terdapat juga
pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan
makna.

i. Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi
makna sesuatu kata.

Contoh: menternak, taman, rawat,belayar, menyeberang.

1. Menternak (makna lama : memelihara binatang darat)
(makna baru: termasuk memelihara hidupan air seperti ikan dan
udang)
2. Taman (makna lama : tempat indah dengan tumbuhan bunga)
(makna baru : termasuk kawasan perumahan dan perindustrian)
3. Rawat (makna lama : menjaga orang saki t)
(makna baru : termasuk memulihkan pokok sakit, barang-barang
lama, barang rosak, air kumbahan)
4. Menyeberang (makna lama : dulu hanya untuk menyeberang sungai)
(makna baru : termasuk menyeberang jalan, dll)
5. Belayar (makna lama : pada masa dahulu semua kapal menggunakan layar)
(makna baru : tidak ada layar pun disebut belayar)
















ii. Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan
pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.

Contoh: madrasah, khalwat, tuan
khalwat (makna lama : menyendiri dalam masjid/tempat suci untuk beribadat
kepada Allah)
(makna baru : berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang
bukan muhrim di tempat sunyi untuk tujuan maksiat).

Tuan (makna lama : untuk lelaki dan perempuan. Contoh Tuan kadi dan Tuan
puteri)
(makna baru : lelaki sahaja)

iii. Perubahan Makna
Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi
dan hubungan sosial dalam masyarakat.













6. Huraikan konsep sintagmatik dan paradicmatic dengan
mengemukakan contoh yang sesuai.

y Konsep Sintagmatik

1. Hubungan sintagmatik adalah hubungan antara unsur -unsur yang terdapat dalam
suatu tuturan, yang tersusun secara berurutan dan bersifat linear. Hubungan
sintagmatik ini terdapat baik dalam tataran fonologi, morfologi, mahupun sintaksis.
Hubungan dalam tataran fonologi boleh dil ihat pada urutan fonem-fonem pada
sebuah kata yang tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna kata itu.
Umpamanya pada kata kita, terdapat hubungan fonem-fonem dengan urutan k, i, t,
a. Apabila urutannya diubah, maka maknanya akan berubah, atau tidak berma kna
sama sekali.
Contoh:
y kita
y kiat
y kati
y kait

2. Hubungan dalam tataran morfologi boleh dilihat pada urutan morfem -morfem pada
suatu kata, yang juga tidak dapat diubah tanpa merosakkan makna daripada kata
tersebut. Ada kalanya maknanya berubah dan ada kalanya tidak mempunyai makna
langsung.
Contoh :
y segi tiga
y tiga segi
y barang kali
y kali barang

3. Hubungan sintagmatik pada tataran sintaksis boleh dilihat pada urutan kata -kata
yang mungkin dapat diubah, tetapi mungkin juga tidak dapat diubah tanpa menguba h
makna ayat tersebut, atau menyebabkan tak bermakna sama sekali.
Contoh :
y Hari barangkali dia sakit
y Barangkali dia sakit hari ini
y Dia sakit hari ini barangkali

Konsep pragmatik

1. Pragmatik adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bahasa sevara
luaran aiatu bagaimana unit kebahasaan itu digunakan dalam komunikasi. Leech
(1993), pragmatik adalah studi mengenai makna ujarandalam situasi
tertentu.Sementara Levinson (dalam Siregar 2002) men-definisikan pragmatik
sebagai telaah mengenai hubungan antara bahasa dan konteksyang merupakan
asas bagi suatu nota atau laporan pemahaman bahasa. Dengan demikian ia
merupakan telaah mengenai kemampuan pengguna bahasadalam menyambung
serta menyerasikan kalimat-kalimat dan kontekssecara tepat.

2. Pragmatik dan tindak tutur memandang konteks sebagai pengetahuan bersama
antara pembicara dan pendengar dan pengetahuan tersebutmengarah pada
interpretasi suatu tuturan.Pengetahuan atau konteks tertentu dapatmengakibatkan
manusia mengenalpasti jenis-jenis tindak tutur yang berbeda.Berbicara tentang
pragmatik di dalam mangupa bererti bercakap tentang penggunaan peranti tindak
tutur dalam tuturan. Kehadiran perangkattindak tutur ini ada yang wajib dan ada pula
yang bersifat pilihan bergantungkepada kepentingannya.

3. Pragmatik berkaitan dengan kemudahan implementasi dan kecekapan. Dalam
hubungannya dengan bahasa pemrograman, seorang programmer harus bisa
memastikan kecekapan dalam melakukan peng-coding-an. Dalam bahasa C,
programmer diberikan kuasa untuk memperuntukkan ingatan. Sebagai akibatnya,
apabila programmer lalai dalam mengawal pembolehubah-pembolehubah yang
dihasilkan dari hasil assignment pointer, maka akan berlaku kebocoran memori. Ini
disebabkan apabila seorang programmer mengcreate sebuah variabel pointer, dan
kemudian memadamnya, maklumat tersebut masih ada dalam ingatan, hanya saja
sudah tidak boleh diakses lagi.

4. Sesuatu unit linguistik itu dikatakan boleh memasuki kedua -dua jenis hubungan itu
iaitu paradigmatik. Dengan menyelidik kedua-duanya bagi sesuatu jenis unsur, kita
akan dapat mengetahui penyebaran unsur itu, iaitu kedudukannya dalam pola
sesuatu bahasa. Seterusnya, ini memungkinkan kita untuk mengetahui dan
menjelaskan sistem dan struktur bahasa yang ingin dihuraikan itu. Hubungan
paradigmatik ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut.

Contoh :
y saya kaya.

Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks( di
tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini berada pada
hubungan paradigmatik. Dengan kata lain, kedua-dua unsur ini dikatakan
sefungsikerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa.

Manakala unsur / s /dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan
/ a /, / y / dam / a /.Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sah aja dapat
diperlihatkanpada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat
penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku. Kata buku berada
pada hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Jika dibandingkan dengan
rangkai kata sebuah kereta, dan sebuah rumah pula, kata buku tadi berada pada
hubungan paradigmatik dengan kereta dan rumah.









7. Apakah yang dimaksudkan dengan variasi bahasa? Huraikan
konsep tersebut dengan merujuk kepada contoh yang sesuai.
Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi
maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Di mana, variasi bahasa
merupakan suatu pengajian fitur (ciri/bentuk/sifat) bahasa yang berbeza secara
semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur yang berbeza atau suatu
kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Menurut Haliday
(1968), beliau menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu pengguna dan
penggunaan. Aspek-aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk
berbahasa yang sama dan bukannya perbandingan antara dua bahasa. Selain itu,
variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan
tatabahasa.
Contoh:
i. Perbezaan di antara bahasa istana (Raja) dengan bahasa rakyat biasa.
- Bahasa istana = beta, patik, tuanku, tuan hamba
- Bahasa rakyat biasa = saya, awak, aku
ii. Dialek.
- Orang utara = buah mempelam
- Orang pantai timur = buah pauh
- Orang selatan = buah mangga








8. Huraikan sistem panggilan dalam masyarakat Melayu
Sistem panggilan merupakan satu kaedah panggilan yang melambangkan
pertalian di antara individu dengan individu yang berinteraksi antara satu sama lain.
Sistem panggilan juga menunjukkan perhubungan dalam kalangan masyarakat
tertentu dan nilai di kalangan anggota masyarakat dalam masyarakat tersebut.
Budaya yang berbeza mempamerkan sistem panggilan yang berbeza.
Penggunaan sistem panggilan bergantung pada beberapa aspek yang
menentukan jenis panggilan sekali gus menentukan laras basada yang digunakan
ketika berkomunikasi. Antara aspek tersebut ialah
1. kata ganti nama diri
Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri
seseorang,iaitu diri pertama, kedua dan ketiga. Kata panggilan juga menggantikan
kata ganti nama bagi memuliakan seseorang.
Terdapat dua kategori iaitu melibatkan penggunaan bahasa diraja dan
penggunaan bahasa biasa atau orang kebanyakan.
Sistem panggilan
Bahasa diraja Bahasa biasa / kebanyakan
Patik Saya
Baginda Kamu
Beta Mereka
anakanda Beliau







2. Kekeluargaan
Kata panggilan keluarga masyarakat Melayu merangkumi beberapa sistem
tertentu. Setiap sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Istilah persanakan atau
istilah kekerabatan (bahasa Indonesia) atau kinship terms (bahasa Inggeris) ialah
perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada orang dalam sesuatu keluarga
(Yule, 2010:268). Semua bahasa mempunyai istilah persanakan tetapi yang
ditakrifkan sebagai keluarga berbeza mengikut kelompok bangsa dan masyarakat
yang berbeza.
Pemilihan sesuatu sistem untuk diamalkan dalam sesebuah keluarga
bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap keluarga mempunyai amalan dan
cara tersendiri dalam sistem panggilan yang harus dan hendak diamalkan ketika
memanggil anak-anak mereka atau ketika menetap panggilan yang harus digunakan
dalam kalangan adik-beradik dalam sesebuah keluarga. Biasanya sistem ini
ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Sistem yang
pakai dalam sesebuah keluarga bertujuan bukan sahaja untuk membezakan urutan
anak, iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil tetapi, sistem panggilan
yang diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung memupuk
perasaan hormat kepada yang lebih tua. Sistem panggilan kekeluargaan dibahagi
kepada nama kekeluargaan asas (berasaskan umur dan pangkat seperti Pak, Mak,
Tok, abang, kakak, dan adik) serta jenama kekeluargaan (berasaskan pertalian
darah seperti Long, Ngah, Alang, Anjang, Andak, Teh, Cik dan Busu dan ikatan
perkahwinan seperti menantu,mentua, ipar, besan, biras.
3. Panggilan Diraja / Panggilan temurun
Sistem panggilan diraja melibatkan gelaran keturunan untuk raja atau sultan
yang memerintah. Gelaran ini telah wujud berkurun lamanya. Zaman kegemilangan
Melayu Melaka merupakan zaman gemilang termasuk dengan gelarannya. Gelaran
ini berbeza mengikut negeri seperti raja ( Perak dan Selangor ), Tunku / Ungku
( Johor & Kedah ), Tuanku (Negeri Sembilan), Tengku / Engku ( Kelantan, Pahang &
Terengganu) dan Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran muda (Brunei).
Panggilan temurun juga melibatkan keturunan diraja atau warisnya seperti Ku, Raja,
Ungku, Tunku dan sebagainya.
Mereka menggunakan panggilan Yang Mulia. Begitu juga dengan keturunan
Syeikh dan Sharifah turut menggunakan panggilan Yang Mulia. Sistem Panggilan
hormat yang digunakan berdasarkan ketinggian pangkatnya dan kuasanya.
Antaranya :
Panggilan hormat Pangkat
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong & Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Kelantan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor
Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Perak
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku RajaTerengganu
Duli Yang Teramat Mulia Raja Mudah Kedah, Raja Mudah Perak
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Pahang
Yang Maha Mulia Bekas Permaisuri Agong
Yang Amat Mulia Anak-anak Raja Pemerintah
Yang Mulia Ku, Raja

4. Gelaran / jawatan
Bagi golongan tertentu yang mempunyai jawatan dan gelaran, sistem
panggilan hormatnya akan digunakan bergantung pada jawatan dan gelarannya.
Bagi golongan yang menyandang jawatan berdasarkan atas pelantikan kerajaan
sama ada bergelar/atau tidak, disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.
Antara contoh lain ialah
Panggilan hormat Jawatan
Yang Berbahagia Pengarah, Ketua Polis Negara,
Yang Amat Arif Ketua Hakim
Yang Berhormat Menteri, Setiausaha menteri
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan PM
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri


Sesetengah pangkat yang dianugerahkan, mempunyai ejaan yang berlainan
walaupun membawa maksud yang sama iaitu Datuk dan Dato. Bagi Persekutuan,
Sabah, Sarawak dan Melaka, ejaannya ialah Datuk manakala ejaan Dato pula bagi
semua negeri beraja serta di Pulau Pinang ialah Dato.
Manakala gelaran pula digunakan berdasarkan anugerah darjah kebesaran
yang diterimanya di peringkat persekutuan atau negeri. Bagi yang bergelar tetapi
tidak memegang jawatan kerajaan, panggilan hormat kepada gelar yang dimilikinya
seperti Dato disapa panggilan hormat Yang Berbahagia.
Panggilan hormat Darjah kebesaran Gelaran
Yang Amat Dimuliakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara
(D.M.N)
-
Yang Amat Berbahagia Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)
Seri Setia Mahkota (S.S.M)
Tun, Toh Puan
Yang Berbahagia Panglima Mangku Negara (P.M.N)
Panglima Seri Mahkota (P.S.M)
Panglima Jasa Negara (P.J.N)
Panglima Setia Diraja (P.S.D)
Tan Sri, Puan Sri

Datuk, Datin

















5. Masyarakat
Kita dikelilingi oleh masyarakat yang pelbagai latar belakangnya sama ada
dari segi pendidikan, pekerjaan, umur, jantina dan sebagainya. Maka, panggilan
hormat untuk individu tersebut perlu dipandang dari latar belakangnya.
Panggilan hormat Latar belakang
Cik

Encik
Panggilan bagi wanita yang belum
berkahwin
Bagi lelaki yang berpangkat
Tuan orang lelaki seorang haji, doktor, profesor
Puan wanita yang sudah berkahwin atau
bekerja
Saudara


Saudari
Untuk lelaki / perempuan yang seumur
atau lebih muda, rujukan dalam
mesyuarat atau aktiviti lain
Untuk perempuan sahaja
Sahibus Samahah Mufti
Sahibul Fadilah Kadi Besar / Kadi
Al-Fadil Tuan Guru / Ustaz

6. Protokol rasmi
Masyarakat Melayu mempunyai satu aturan atau sistem tertentu berhubung
dengan bahasa sapaan dan panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara
rasmi yang dihadiri oleh kenamaan tertentu. Penyusunan adalah mengikut
keutamaan dan menjadi asas kepada penghormatan, adab dalam majlis.
Penyusunan tersebut termasuklah sebutan gel aran atau panggilan hormat. Pastikan
panggilan hormat yang kita gunakan ke atas seseorang itu tepat dan betul.
Penggunaan panggilan hormat yang salah akan menyinggung perasaan atau
merendahkan martabat VIP yang berkenaan.


9. Maksud linguistik sinkronik dan linguistik diakronik
- Linguistik sinkronik (synchronic linguistics) Pendekatan dalam cabang
linguistik yang mengkaji bentuk satu bahasa atau lebih pada peringkat atau
satu masa perkembangan tertentu. (Kamus Linguistik, 1997:153). Linguistik
sinkronik mengkaji bahasa pada masa terbatas. Misalnya mengkaji bahasa
Indonesia pada tahun dua puluhan. Studi linguistik sinkronik ini biasa disebut
juga linguistik deskriptif.
- Linguistik diakronik (diachronic linguistics) Pendekatan pengkajian linguistik
yang mengkaji perubahan yang dilalui dalam tempoh sejarah yang lama.
(Kamus Linguistik, 1997:150) Cabang linguistik ini dinamakan juga linguistik
sejarah. Sedangkan teras linguistik teori adalah berkenaan dengan mengkaji
bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini), linguistik
diakronik memeriksa bagaimana bahasa berubah dengan berlalunya masa,
kekadang selama berabad-abad. Linguistik sejarah mempunyai sejarah yang
kaya (kajian linguistik tumbuh daripada linguistik sejarah) dan asas teori yang
kuat untuk mengkaji perubahan bahasa. Linguistik diakronik berupaya
mengkaji bahaasa (atau bahasa-bahasa) pada masa yang tidak terbatas; bisa
sejak awal kelahiran bahasa itu sampai zaman punahnya bahasa tersebut.
Kajian linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komperatif.








10. konsep-konsep berikut:
- a) Lingusitik am
- Linguistik am ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian
yang dijalankan secara teratur menurut rumus-rumus yang tertentu.
- b) Linguistik bandingan
- Linguistik bandingan ini sering dihubungkan dengan kajian lingustik sejarah.
Linguistik perbadingan ini melihat cirri -ciri persamaan dan perbezaan antara
bahasa-bahasa daripada segi bunyi, perkataan dan imbuhan, ayat dan
makna. Oleh itu, linguistik bandingan ini melihat perbezaan antara bahasa -
bahasa yang digunakan oleh penutur dari segi se gi bunyi, perkataan dan
imbuhan, ayat dan makna.
- c) Sosiolinguistik
- Sosiolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji perhubungan atau bahasa
yang digunakan dalam masyarakat. Secara khususnya bidang sosiolinguistik
ini melihat bagaimana ahli masyarakat menggunakan bahasanya dalam
konteks yang berlainan.
- d) Psikolinguistik
- Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan
neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan
memahami bahasa.
-

Anda mungkin juga menyukai