Anda di halaman 1dari 4

Cara Menghargai Tokoh Perjuangan Kemerdekaan

Memandangkan era globalisasi semakin maju dan kembang,banyak perkara telah berubah atau ditelan oleh
zaman.Namun begitu, sejarah tentang perjuangan tokoh untuk mendapat kemerdekaan tidak pernah dilupakan oleh
orang ramai.Buktinya,masyarakat Malaysia sentiasa mengingati hari kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos 1957.Hal
ini dikatakan demikian,31 Ogos 1957 merupakan hari yang amat bermakna terhadap negara kita yang melambangkan
Malaysia bebas daripada penjajahan British.Tokoh-tokoh yang bijaksana seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj,Tun H.S.Lee dan V.T.Sambanthan telah mencapai matlamat melalui rundingan dan kerjasama antara kaum.Hal ini
telah berjaya mewujudkan perpaduan antara kaum.Pengorbanan mereka sepatutnya dikenang dan diingati
selamalamanya ,bukan bersikap kacang lupakan kulit.Persoalannya,apakah caracara menghargai tokoh perjuangan
kemerdekaan? Antara cara untuk menghargai tokoh perjuangan kemerdekaan adalah menamakan nama bangunan dan
jalan.Pihak kerajaan harus memilih bangunan dan jalan yang terletak di lokasi yang strategik dan sesuai.Hal ini supaya
masyarakat dapat sentiasa mengenang jasa dan bakti tokoh-tokoh yang telah banyak berkoban untuk kedaulatan
negara kita.Dengan ini,perjuangan mereka akan diterapkan dalam minda masyarakat kerana harimau mati
meninggalkan belang,manusia meninggalkan nama.Contohnya,bangunan Universiti Tunku Abdul
Rahman(UTAR),Balai Polis Tun H.S.Lee telah dinamakan dengan tokoh perjuangan
kemerdekaan.Tegasnya,masyarakat hendaklah bersyukur akan keamanan negara yang dinikimati. Selain itu,cara lain
yang boleh dilakukan adalah melawat Muzium Negara.Dengan ini ,generasi muda berpeluang untuk mendalami
sejarah negara tentang perjuangan tokoh.Sebagai contoh,ibu bapa boleh membawa anak melawati Muzium Negara
pada hujung minggu atau pihak sekolah mengadakan rombongan ke Muzium Negara pada cuti sekolah.Secara
langsungnya,mereka akan menimbulkan perasaan ingin tahu untuk mengetahui latar belakang tokoh kemerdekaan dan
bibliografi tokoh.Melalui cara ini,mereka juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan luar dengan

mengelakkan diri menjadi katak di bawah tempurung.Pokoknya,cara ini wajar dijalankan kerana dapat memupuk
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Seterusnya,cara menghargai tokoh perjuangan kemerdekaan juga
dapat dijalankan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan sejarah.Sebagai seorang patriot,kita mestilah
gigih melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh pihak berkuasa atau menjadi sukarelawan.Selain daripada
melibatkan diri dalam program berkaitan sejarah,kita juga boleh mengajak ibu bapa dan kawan untuk menyertai
program sebagai sokongan.Kita tidak boleh bersikap enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing dengan
beranggap bukan tanggungjawab kita.Dengan cara itu,kita dapat memeriahkan majlis sambutan bersama-sama orang
berhampiran serta menjayakan program tersebut dengan kerjasama kita.Contohnya,kita boleh menyertai sambutan
Hari Kebangsaan,pertandingan deklamasi puisi dan sebagainya.Hal ini supaya dapat menunjukkan kecintaan dan
kesyukuran kita terhadap sumbangan tokoh.Pendek kata,kita patutlah sentiasa memberikan sokongan terhadap
sebarang akitiviti yang berkaitan sejarah. Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara untuk kita menghargai tokoh
perjuangan kemerdekaan.Tindakan tersebut seakan-akan kecil,tetapi dapat menunjukkan kehargaan dan kebanggaan
kita terhadap perjuangan tokoh dalam mendapatkan kemerdekaan.Oleh itu,kita perlu berusaha untuk menyemai
perasaan mengenang jasa dalam sanubari masingmasing.Semogalah masyarakat kita dapat bersatu padu
membangunkan negara dan mengekalkan kedaulatan negara dengan berpegang teguh pada nilai sanggup berkorban
untuk negara bila-bila masa.Jelas bahawa,melalui usaha daripada semua pihak,nescayalah melahirkan masyarakat
yang menghargai pengorbanan tokoh perjuangan kemerdekaan negara ini.

Anda mungkin juga menyukai