Anda di halaman 1dari 3

ULASAN FILEM HARI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Tanggal 31 ogos 1957 merupakan detik yang paling bersejarah bagi penduduk Tanah Melayu, hal ini kemerdekaan yang menjadi impian bagi penduduk Tanah Melayu menjadi nyata pada tarikh ini. Pada tanggal 31 Ogos 1957 tepat pada jam 12 tengah malam bendera Union Jack yang di miliki British telah di turunkan dan di gantikan dengan bendera Tanah Melayu sebagai lambang kemerdekaan. Upacara ini di lakukan di Padang Kelab Selangor yang berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Pada sebelah pagi orang ramai telah membanjiri stadium, semua rakyat Tanah Melayu yang terdiri pelbagai bangsa seperti Melayu,Cina dan India telah berkumpul di stadium ini bagi melihat kemerdekaan yang menjadi impian mereka yang telah lama duduk di bawah jajahan bangsa asing. Pada hari ini kelihatan semua bangunan tersergam indah dengan kain rentang yang berwarna warni, memperlihatkan kegembiraan yang di alami penduduk Tanah Melayu. Kanak kanak riang bermain dan pelbagai jenis sukan dan pertandiangan yang diadakan ketika itu seperti lumba basikal dan renang. Piagam kemerdekaan telah diserahkan oleh Duke of Glouscester sebagai wakil dari Queen Elizabeth kepada Tunku Abdul Abdul Rahman. Dalam piagam tersebut tanah melayu di isythiarkan sebuah negara yang bebas dan berhak mempunyai sistem pemerintahan sendiri di dunia. Selain itu juga piagam tersebut juga menerima tanah melayu sebagai salah sebuah Negara Komenwel . Seluruh rakyat yang terdapat di stadium berdiri dan bersedia dan menunggu Tunku Abdul Rahman melaungkan laungan merdeka. Sebanyak 6 kali laungan kemerdekaan yang di laungkan dengan penuh semangat dan diikuti oleh seluruh penduduk Tanah Melayu. Kemudiannya diikuti dengan bunyi letupan meriam sebanyak 7 kali sebagai

tanda tanah melayu merdeka . Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja disaksikan oleh penduduk tanah melayu malah wakil-wakil dari negar luar sama ada ndari negara barat mahupun dari negara-negara asia turut menyaksikan peristiwa bersejarah bagi tanah melayu ini. Sejurus kemunian lagu negaraku telah berkumandang memenuhi ruang stadium. Tunku Abdul Rahman telah di lantik menjadi perdana menteri dan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Yamtuan Muhamad ditabal menjadi yang Di Pertuan Agong yang pertama di tanah melayu. Baginda berdua telah rasmi menunaikan tanggunggjawab sebagai perdana menteri dan ketua negara dalam majlis angkat sumpah yang diadakan secara sederhana. Semangat nasionalisme yang terdapat dalam diri setiap penduduk tanah melayu telah membawa kepada proses menentang penjajah. Proses nasionalisme di tanah melayu berakar umbikan rasa cinta dan sayng terhadap tanah air dan bangsa yang ingin terus hidup bebas dari cengkaman penjajah. Kerjasama , bersatu padu dan saling percaya dan memahami antara masyarakat yang lahir dari kaum yang berlainan adalah input yang paling penting bagi melahirkan semangat kemerdekaan yang diingini oleh semua rakyat. Generasi pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam memelihara kemerdekaan yang kita kecapi pada masa kini. Kita harus sentiasa menjaga dan menyuburkan lagi makna kemerdekaan tersebut bukan sahaja di dalam hati tetapi sebagai benteng pertahanan Negara dari terus di jajah oloeh bangsa asing. Kemudahan, keselesaan dan kemerdekaan yang diperoleh pada hari ini bukanlah hanya bergantung dengan kata-kata kosong tetapi melalui titis darah para pahlawan dan keringat para pemimpin yang ingin melihat Tanah Melayu bebas dari cengkaman penjajah agar generasi pada hari ini hidup selesa dan bahagia tanpa mengharungi kesusahan yang pernah mereka alami semasa zaman penjajah.

Oleh yang demikian generasi hari ini yang bakal menjadi pemimpin, tunggak pertahanan dan benteng keteguhan Negara perlu di dedahkan dengan semangat nasionalisme dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi agar kemerdekaan pada 31 ogos 1957 sentiara terpelihara dan tidak membenarkan mereka dijajah semula. Sesungguhnya kemerdekaan merupakan hadiah yang tidak terniali yang di wariskan kepada rakyat pada hari ini oleh pejuang kemerdekaan kita.

Anda mungkin juga menyukai