Anda di halaman 1dari 5

CHAPTER 8 (PENGURUSAN BAYARAN)

1) Definisi Imbuhan Imbuhan merujuk pada semua bentuk pulangan kewangan dan faedah serta perkhidmatan yang nyata dan jelas yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada perhubungan pekerjaan. (Faridahwati Mohd. Shamsudin, 2006) Pampasan merupakan semua bentuk pulangan kewangan, faedah ketara yang pekerja terima sebagai balasan terhadap sumbangan pekerjaan yang dilakukan. (Bernardin and Russell, 1998)

2) Kepentingan Imbuhan (Faridahwati Mohd. Shamsudin, 2006) Mempengaruhi pekerja untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki oleh organisasi Memotivasikan pekerja untuk mempamerkan prestasi dengan lebih cemerlang Menggalakkan orang ramai bekerja di organisasi Mendorong pekerja di organisasi untuk terus bekerja di organisasi.

3) Pentadbiran Imbuhan (Faridahwati Mohd. Shamsudin,2006) Merujuk kepada semua aktiviti yang dijalankan untuk membangunkan, melaksanakan dan menyelenggara sistem gaji pokok atau gaji asas. Bertujuan untuk memastikan yang sitem imbuhan dalam organisasi kompetitif dan adil serta saksama.

4) Senaraikan proses dalam menetapkan tahap gaji? i) Melakukan tinjauan gaji dari apa yang pekerja lain dibayar berasarkan kerja yang setanding. ii) Menentukan nilai setiap pekerjaan dalam organisasi melalui penilaian pekerjaan iii) iv) v) Kumpulan pekerjaan yang sama dalam tahap bayaran Membayar setiap tahap bayaran menggunakan gelombang kurva. Dapatkan kadar bayaran

5) Imbuhan Berubah-ubah (Faridahwati Mohd Shamsudin, 2006) Merupakan satu program imbuhan yang dikaitkan dengan prestasi individu, pasukan atau kumoulan kerja dan organisasi. Jenis-jenis imbuhan berubah-ubah o Insentif individu o Insentif kumpulan atau pasukan o Insentif organisasi o Insentif pegawai eksekutif

6) Faedah Pekerja (Faridahwati Mohd. Shamsudin, 2006) Faedah diwajibkan undang-undang Faedah suka rela o Faedah perubatan o Faedah Kewangan o Faedah untuk keluarga

o Faedah bersosial dan beriadah 7) Apa yang dimaksudkan dengan upah berasaskan kemahiran? `Dibawah konsep upah berasaskan kemahiran, seseorang itu akan dibayar mengikut bidang, had, jenis kemahiran serta pengetahuan yang mereka berkeupayaan berbanding dengan tugas yang dipegang.

8) Komponen dalam ganjaran dan berikan contohnya i) Ganjaran Kewangan a. Gaji b. Bonus dan berkongsi keuntungan c. Skim milikan saham pekerja ii) Ganjaran Bukan Kewangan a. Anugerah-anugerah Prestasi b. Surat penghargaan c. Pembiayaan untuk seminar, persidangan dan melancong ke luar negara. 9) Faedah Berkanun i) Akta Pekerjaan 1955 a. Perlindungan Bersalin i. Seksyen 37 hingga 44 Akta Pekerjaan menyarankan bahawa setiap wanita diberi hak cuti bersalin bagi tempoh 60 hari bagi setiap kali bersalin. b. Pembayaran Masa Lepasan i. Selain cuti bersalin, jenis cuti berbayar yang lain juga disediakan dalam Akta Pekerjaan iaitu:

1. Hari rehat mingguan (tidak dibayar) 2. Cuti awm 3. Cuti Tahunan 4. Cuti Sakit ii. Seksyen 60 memberi hak kepada semua pekerja yang dilindungi di bawah Akta, 10 hari cuti awam berbayar yang telah diwartakan dalam setahun. Empat hari cuti tersebut mestilah termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Dipertuan Agong, Hari Keputeraan DYMM Sultan dan Hari Buruh. Enam hari cuti awam yang lain boleh dipersetujui bersama antara majikan dan pekerja-pekerjanya. 10) Kelebihan dan Kelemahan Upah Berasaskan Kemahiran i) Kelebihan a. Kualiti tinggi b. Ketidakhadiran rendah c. Kemalangan sedikit ii) Kelemahan a. Masalah pelaksanan program pembayaran b. Kos bayaran bukan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan gelagat c. Program yang kompleks d. Ketidakpastian program ini dapat meningkatkan produktiviti

Anda mungkin juga menyukai