Anda di halaman 1dari 16

CERIA MERDEKA

NAMA : RAHUL M AVALANI


KELAS : 4 MARIKH
SUBJEK : BAHASA MELAYU
NAMA GURU : PUAN AFIZAH BINTI
MOHAMMAD DIN
TARIKH : 18/8/2019
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKA SURAT

1 Bendera Jalur Gemilang & Lagu Negeraku 3


2 Bendera Melaka & Lagu Melaka Maju Jaya 4
3 Bangunan – Bangunan Kemerdekaan 5-6
4 Kronologi Kemerdekaan 7
5 Tokoh – Tokoh Kemerdekaan 8 - 11
6 Perdana – Perdana Menteri Malaysia 12 - 14
7 Penghargaan 15
BENDERA JALUR GEMILANG & LAGU NEGERAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertak hta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.

BENDERA MELAKA & LAGU MELAKA MAJU JAYA


Melaka Negeri Bersejarah

Tempat tumpah darah kita

Dijunjung dengan sepenuh jiwa

Untuk maju dan jaya

Rakyat Melaka sudah bersatu padu

Berikrar taat setia

Jujur berkhidmat setiap masa

Melaka Maju Jaya

BANGUNAN-BANGUNAN KEMERDEKAAN
1. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

2. Bangunan Sultan Abdul Samad

3. Parlimen Negara

4. Tugu Negara
KRONOLOGI KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang
ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk
menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil
India.

18 Januari – 6 Februari 1956


Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di
London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir,
Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling
diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan
diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa
dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra. Sepanjang hayatnya,
Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam
pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati
diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan
menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan
dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan
kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku
sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku,
cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan
kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa
Kemerdekaan.
2. TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-
lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang
utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan
merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya
merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga
1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu
kebanggaan negara.
3. TUN V.T. SAMBANTHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya
ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri
penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu
banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada
rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.
4. RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak.
Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar
dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas
beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
PERDANA-PERDANA MENTERI MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903 - 1990)


Perdana Menteri Malaysia Pertama
31 Ogos 1957 - 22 September 1970 

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (1922 - 1976)


Perdana Menteri Malaysia Kedua
22 September 1970 hingga 14 Januari 1976 
TUN HUSSEIN ONN (1922 - 1990)
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
15 Januari 1976 - 16 Julai 1981
 

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925)


Perdana Menteri Malaysia Keempat
16 Julai 1981 - 30 Oktober 2003
 

TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (1939)


Perdana Menteri Malaysia Kelima
31 Oktober 2003 - 3 April 2009 

DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (1953)
Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 - 9 Mei 2018. 

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925)


Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
10 Mei 2018 - kini.
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Sk.Francis,Melaka ,Encik Edie

Gan kerana dia memberi sokongan dan galakan kepada saya sepanjang saya

melakukan kerja kursus ini.

Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa

yang saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa memberi dorongan,

sokongan,galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan kerja kursus in

sehinggalah selesai.

Di samping itu,penghargaan juga diberikan kepada kepada guru Bahasa Melayu

saya iaitu Cikgu Afizah Binti Mohammad Din kerana dia memberi banyak tunjuk ajar

kepada saya semasa saya membuat kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai