Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH MERDEKA

TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai


tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia
sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.
Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak
membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati
dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai
kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-


laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan
penghayatan dan pemahaman maksud serta
kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang
dikecapi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti


kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan
sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-
mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh
dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat
berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan


kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak
boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan
negara wajar memelihara nama baik negara di mana
sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan,
maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul
oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul
bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi


adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu.
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita
bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan
negara. Sematkan juga di dalam diri semangat
cintakan negara serta sentiasa menjaga dan
menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita
berada.

MENELUSURI JEJAK KEMERDEKAAN

Menyorot kembali sejarah


kemerdekaan negara, Kongres
Melayu pertama yang diadakan
pada 1 hingga 4 Mac 1946 telah
menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Kebangsaan
(UMNO). Usaha ini memantapkan
perjuangan dan pembentukan
negara dengan bangsa yang
berdaulat.
Walaupun Tanah Melayu
diisytiharkan darurat pada 1948
akibat pemberontakan komunis,
namun ia sedikitpun tidak
mematahkan semangat para
pejuang kemerdekaan tanah air
tercinta.
Pada tahun 1954, Tunku
mengetuai sekumpulan
perwakilan ke London untuk
memperolehi kemerdekaan
Malaya. Walaupun percubaan
sulung itu tidak berjaya,
kemerdekaan akhirnya tercapai
setelah melalui pelbagai peristiwa
.

KRONOLOGI MENCAPAI
KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan.
(UMNO telah mengadakan kerjasama dengan
MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949)
dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946)
membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi
pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet
pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3
wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari 6 Februari 1956


Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan
merundingkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan
menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai
tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat
Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang
Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah
suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk
mengkaji dan menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu.

28 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya
menyelesaikan isu pemberontakan komunis.
Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29
Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha
Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul
Samad dan diganti dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu tanda negara
mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat


dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di
akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah
wujudnya persefahaman di antara tiga kaum
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Persefahaman ini telah menjadi resepi utama
perpaduan dalam kalangan penduduk di
Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan
dan perpaduan terus mekar bagi menjamin
keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

KIBARKAN JALUR GEMILANG

SEJARAH BENDERA MALAYSIA


Ia bermula pada 29 November 1949 apabila diadakan
pertandingan mencipta bendera peringkat kebangsaan.
Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin
Hamzah (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang dan
buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei
1950.
Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, Bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai sejajar dengan
kemasukan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam
Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 31 Ogos 1997, sekali lagi sejarah bendera terukir apabila
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengumumkan nama baru bagi
Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Penghasilan bendera yang diilhamkan oleh penciptanya,
Mohamad Hamzah dibuat dengan jiwa yang penuh semangat
nasionalisme.
Maka, setiap lambang dan warnanya yang digunakan
menonjolkan maksud tertentu.
a) Bahagian berwarna biru tua bermaksud perpaduan yang
merupakan elemen paling penting bagi masyarakat berbilang
kaum di Malaysia.
b) Warna kuning pula bermaksud Raja Berpelembagaan.
c) Merah membawa maksud keberanian.
d) Manakala putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan
kesungguhan bagi meningkatkan dan mempertahankan
kebudayaan dan keperibadian Malaysia.

KEPENTINGAN JALUR GEMILANG

Setiap rakyat Malaysia berhak untuk


mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat
bendera itu dikibarkan mengikut arahan /
panduan yang ditetapkan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian
ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz
dan susunan.
Etika dan tatacara memelihara bendera negara
juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah
cara mengibar, melipat, menyimpan dan
memusnahkan bendera.
Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna
dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera
yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana
perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat
kepada bendera.
Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan
cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di
tempat yang tertutup.
Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda
protes kepada sesebuah negara.
Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan
Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar
bendera bukan saja diibaratkan membakar
hangus negara tetapi memijak lumat martabat
dan maruah negara.

MENELUSURI JEJAK MERDEKA

MENELUSURI ARUS KEMERDEKAAN DI BAWAH TERAJU ENAM


KEPIMPINAN NEGARA

Kemerdekaan yang telah dinikmati menjadikan Malaysia sebuah negara


berdaulat yang gah di mata dunia. Sepanjang 56 tahun ini Malaysia telah
membuktikan bahawa sistem yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin
negara telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang
membanggakan. Kepimpinan yang dilaksanakan oleh enam Perdana
Menteri telah memacu Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020.
ERA TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

(31 OGOS 1957 21 SEPTEMBER 1970)

Sebagai perintis era kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan negara daripada
belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada 1957 dan
pembentukan Malaysia pada 1963.

Sumbangan besar Tunku dalam proses kemerdekaan dan menyatukan


pelbagai kaum yang mengamalkan agama, budaya, adat resam dan
bahasa yang berbeza yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu
(Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah Persekutuan Malaysia,
telah melayakkan Tunku menerima gelaran Bapa Kemerdekaan.

Sepanjang pemerintahannya, Tunku telah membawa pelbagai perubahan


kepada Malaysia dengan membentuk strategi pembangunan jangka
panjang bagi tempoh lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya
pertama pada 1956 hingga 1960 dan Rancangan Malaya kedua 1961
hingga 1965. Melalui rancangan pembangunan lima tahun ini pelbagai
aktiviti pemulihan dan penjanaan ekonomi telah dilaksanakan bermula
dengan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit hinggalah kepada
penubuhan institusi-institusi penjana pembangunan seperti Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Selain itu pelbagai Dasar yang menjadi garis panduan dalam


pemerintahan telah diperkenalkan seperti Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67).
Tunku Abdul Rahman juga telah membawa Malaysia ke arena
antarabangsa dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada
1961 yang seterusnya dikenali sebagai ASEAN. Sehingga kini 10 buah
negara menganggotai di Asia Tenggara. Penganjuran beberapa acara
bertaraf antarabangsa seperti Pesta Bola Merdeka (1957) dan Musabaqah
al-Quran (1961) menjadikan Malaysia dikenali di peringkat global. Tunku
juga telah mencatat sejarah dalam arena politik tanah air dengan
menggabungkan UMNO, MCA dan MIC di bawah Parti Perikatan yang
kemudiannya ditukar nama kepada Barisan Nasional dan berjaya
memerintah Malaysia sehingga kini.
ERA TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN

(22 SEPTEMBER 1970 14 JANUARI 1976)

Dalam menerajui Malaysia Tun Razak telah memfokuskan


kepada empat perkara iaitu menurunkan kadar
kemiskinan, pengagihan ekonomi yang adil dan saksama,
pendekatan praktikal untuk membina negara dan rakyat
serta memastikan wujudnya keadilan sosial dalam
kalangan rakyat. Tun Razak menggerakkan pembangunan
Malaysia melalui Rancangan Pembangunan Luar Bandar
(Buku Merah) serta agenda pembangunan ekonomi
menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan kejayaan
gerakan pembangunan negara yang dijalankan Tun Razak
ini beliau telah digelar sebagai Bapa Pembangunan
Malaysia.

Tun Razak juga berjaya mengeratkan hubungan Malaysia


dengan negara luar. Diplomasi yang diamalkan Tun Razak
telah berjaya menamatkan konfrontasi Malaysia-
Indonesia dan membina hubungan erat dengan negara
China. Strategi ini telah mengangkat Malaysia sebagai
sebuah negara berdaulat di mata dunia.

ERA TUN HUSSEIN DATUK ONN

(15 JANUARI 1976 16 JULAI 1981)

Perpaduan Nasional merupakan agenda utama di dalam


setiap dasar dan pelan pembangunan yang dirangka di
era pemerintahan Tun Hussien Onn sehingga digelar
Bapa Perpaduan.
Isu-isu perkauman yang meruncing sebelum ini telah
dapat dihapuskan dan perpaduan kaum berjaya
diwujudkan dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berusaha mengekalkan momentum


pembangunan ekonomi dengan memberi nafas baharu
kepada DEB. Antara yang dilaksanakan termasuk
memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional khusus
untuk meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera yang
agak ketinggalan pada ketika itu.

ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

(16 JULAI 1981 31 OKTOBER 2003)

Sesuai dengan gelaran Bapa Pemodenan Tun Dr.


Mahathir telah berjaya membawa Malaysia meniti arus
kemodenan sebagai sebuah negara berdaya maju dengan
pelbagai dasar dan projek berprofil tinggi sehingga
menjadi sebutan di peringkat antarabangsa.

Pada awal pentadbirannya, Tun telah memperkenalkan


Dasar Pandang ke Timur diikuti Kempen Bersih, Cekap
dan Amanah, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar
Penswastaan.

Projek pengeluaran Proton Saga yang merupakan kereta


nasional pertama negara pada 1985 telah menggerakkan
ekonomi Malaysia daripada sebuah negara berasaskan
pertanian kepada yang berasaskan industri.
Pelancaran Wawasan 2020 pada 1990 pula menyediakan
pelan perancangan bagi Malaysia mencapai taraf negara
maju dengan menggariskan sembilan cabaran hasrat dan
hala tuju kerajaan serta rakyat. Kejayaan Tun mengatasi
krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada lewat 1990-
an juga menjadikan Malaysia dipandang tinggi di mata
dunia.

Inisiatif memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju


diteruskan lagi dengan pelancaran Koridor Raya
Multimedia (MSC) pada 1996 yang menggerakkan
Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan
dengan projek-projek seperti kerajaan elektronik, tele-
perubatan dan sebagainya.

Pelbagai projek mega telah dilaksanakan oleh Tun Dr.


Mahathir antaranya pembinaan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara Berkembar
Petronas, Jambatan Pulau Pinang, Menara Kuala Lumpur
dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Walaupun pada awal pelaksanaan projek-projek mega ini
mendapat pelbagai kritikan namun ternyata ia banyak
membantu merangsang ekonomi dan pembangunan
negara serta menjadikan Malaysia dikenali, dihormati dan
disegani di peringkat global.

ERA TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

(31 OKTOBER 2003 2 APRIL 2009)

Semasa pemerintahannya, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah


meneruskan usaha untuk membangunkan Malaysia menjadi negara
maju selaras Wawasan 2020 dengan berteraskan prinsip Islam
Hadhari. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan konsep
bekerja bersama saya telah memperkasa perkhidmatan awam ke
arah perkhidmatan bertaraf dunia.

Tun Abdullah juga memberi perhatian khusus kepada usaha


pencegahan rasuah dengan penubuhan Akademi Pencegahan
Rasuah Malaysia (MACA) serta melakukan penambahbaikan dan
penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, Tun Abdullah juga mengambil inisiatif bagi Malaysia


meneroka pelbagai bidang baharu dengan merangka pelbagai dasar
seperti Dasar Bioteknologi Nasional (DBN), Dasar Automotif
Nasional (DAN) dan Dasar Biofuel Nasional (DBFN). Projek
Pembinaan mikro satelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan
roket pelancarnya Falcon 1 yang dijayakan oleh syarikat dan tenaga
kerja tempatan telah membuktikan keupayaan Malaysia dalam
bidang aeroangkasa. Pusat Angkasa Malaysia telah ditubuhkan bagi
mengawal selia aktiviti RazakSat dan menjalankan kerjasama di
peringkat global dalam bidang aeroangkasa.

Melalui Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) Tun Abdullah


telah merangka Misi Nasional yang memfokuskan kepada
meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara dengan
mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang
pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nano teknologi dan
perkhidmatan aeroangkasa. Langkah Tun Abdullah
memperkenalkan Dasar Modal Insan yang direncanakan di dalam
RMK-9 juga telah memberikan revolusi dalam pembangunan modal
insan negara.

Ia juga telah mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta


menerajui pembangunan ekonomi negara. Perhatian khas yang
diberikan oleh Tun Abdullah kepada pembangunan modal insan
yang merupakan aset penting masa hadapan bagi membantu
Malaysia merealisasikan Wawasan 2020 telah menyebabkan beliau
digelar Bapa Pembangunan Modal Insan.
ERA DATO SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

(3 APRIL 2009 KINI)

Dalam menerajui Malaysia, Dato Sri Mohd Najib telah


menyuntik elemen pembaharuan bagi memastikan
Malaysia berjaya mencapai status negara maju dalam
rangka waktu yang telah ditetapkan di dalam wawasan
2020. Dato Sri Najib telah memperkenalkan konsep
1Malaysia sebaik sahaja menjawat jawatan Perdana
Menteri. Konsep ini telah menjadi teras perpaduan
nasional dan keamanan negara. Dato Sri Najib juga amat
komited dalam menambah baik kualiti perkhidmatan
awam dengan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama
(KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) serta Unit
Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU). Beliau
turut memperkenalkan pelan induk pelaksanaan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) yang berkaitan dengan
enam NKRA bagi membawa perubahan lebih ketara dalam
pelbagai sektor.

Dato Sri Najib sangat menitikberatkan usaha-usaha


transformasi dan melalui pendekatan Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan usaha transformasi dalam
pelbagai sektor telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya
melibatkan sektor sosiopolitik, ekonomi, pendidikan dan
sosiobudaya termasuk penambahbaikan terhadap
undang-undang dan peraturan.

Ini bagi memastikan hak dan kebebasan rakyat


berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin. Bagi
merangka, merancang dan melaksanakan program-
program transformasi tersebut, Dato Sri Najib telah
memperkenalkan Dasar Transformasi Negara (DTN). Atas
usaha-usaha transformasi berterusan yang
dilaksanakannya, Dato Sri telah diberi gelaran Bapa
Transformasi Malaysia.

TRANSFORMASI NEGARA:

HASIL DITUAI, NIKMAT DIRASAI

Kepimpinan Dato Sri Najib terserlah menerusi pelbagai


transformasi yang dibawa beliau sejak mengambil alih
tampuk pemerintahan negara daripada bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Menyedari negara
sedang melalui suatu fasa penting, penekanan telah
dianjurkan oleh Dato Sri Najib melibatkan segenap aspek
agar hasrat kita untuk menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dapat
direalisasikan.

Agenda transformasi ini sudah diangkat menjadi Dasar


Transformasi Nasional (DTN). DTN akan menaungi
program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan
ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Tanpa ragu-ragu, beberapa
program transformasi dilaksanakan sebagai langkah
proaktif Perdana Menteri dalam mengharungi cabaran
global, terutama cabaran ekonomi dan politik yang
semakin kompetitif sejajar dengan slogan janji kerajaan
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sejajar itu, Dato Sri Najib telah memperkenalkan


beberapa program transformasi antaranya Program
Transformasi Politik (PTP); Program Transformasi Ekonomi
(ETP); Program Transformasi Kerajaan (GTP); tujuh
Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) dan Program
Transformasi Sosial (PTS).

MUTIARA KATA

Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar


Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Ke manakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebuhkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan, kita melangkah ke sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia
- Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai