Anda di halaman 1dari 14

Nama:Muhammad Erfan Shafri Bin Mohd Erfan

Kelas:6 AMINUDDIN BAKI

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya
dapat saya melengkapkan Folio Sejarah saya pada tahun ini. Di
kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Mohd Selan bin
Md Rani dan Puan Emy bt Omar atas segala bantuan sepanjang saya
menyiapkan folio ini. Juga buat guru matapelajaran Sejarah saya Puan
Zaimahani bt Said atas segala tunjuk ajar dan bimbingan semasa
didalam kelas. Tidak lupa buat kedua adik-beradik saya iaitu abang
saya Muhammad Ezhan Shafri dan adik saya Edriana Samihah yang
telah membantu saya dalam mencari maklumat bagi melengkapkan
folio ini. Akhir sekali penghargaan ini saya tujukan buat rakan-rakan
sekelas saya iaitu kelas 6 Aminuddin Baki atas segala perkongsian
idea sepanjang proses menyiapkan folio sejarah ini. Hanya Allah
sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Sekian, terima kasih

Yang Benar

MUHAMMAD ERFAN SHAFRI

16 MEI 2018

ISI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKA
L SURAT
1. PENGENALAN 1
2. HARI RAYA AIDILFITRI 2
3. TAHUN BARU CINA 3
4. DEEPAVALI 4
5. KRISMAS 5
6. HARI GAWAI 6
7. TADAU KAAMATAN 7
8. SAN PEDRO 8
9. HARI WESAK 9
10. KEPENTINGAN PERAYAAN 10-11

PENGENALAN

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh

sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya

sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat


ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati

peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu

masa dahulu.

Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis

perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana

kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara

ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru

Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.

HARI RAYA AIDILFITRI


Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan
ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal
di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan
penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung
mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan
diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung
Pantun:
Satu Syawal detik dinanti,
Tanda kemenangansebulan berpuasa:
Saling berkunjung maaf-memaafi,
Semoga teguh budaya bangsa.

Tahun Baru Cina


Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat
Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi
kalendar mereka.Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya
tersendiri
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-
ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan
jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah
berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan
sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian
kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna
merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih
bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan Tahun
Baru Cina
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan
dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada
mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan
Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

Pantun:
Makan besar amalan tradisi,
Dua belas haiwan calendar Cina;
Sampul merah angpau diberi,
Tanda meriah Tahun Baru Cina.
Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan
pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan
November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang
pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu
akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di
kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau
dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum
keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil
berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah
saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan
yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut
tetamu di hadapan rumah.
Pantun:
Pagi Deepavali meminta restu,
Mandi minyak amalan tradisi;
Di laman rumah kolam bersatu,
Tanda perayaan jiwa terisi.
Krismas
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb
Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan
Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang
dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan
diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut.
Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh
kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma
kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam
tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-
kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur
kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan
datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan
masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi
gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
Pantun:
Pohon Krismas dihias indah,
Penganut Kristian bersuka ria;
Dua puluh lima Disember disambut meriah,
Tua dan muda meraikannya.
Hari Gawai
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1
hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada
tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian
utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan
upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan
upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00
malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya
panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00
pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah
panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu
sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Pantun:
Satu Jun hari gembira,
Padi huma kuning menyerlah;
Tanda bersyukur rezeki diterima,
Pesta Gawai disambut meriah.

Tadau Kaamatan

Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada


bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk
menyambut perayaan Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuih-muih
dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua malam
berturut-turut. Kebiasaannya malam pertama diadakan upacara
‘magavau’ atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh ‘bobohigan’
dan beberapa orang pembantunya. Pada malam kedua, upacara ‘habot’
iaitu beras yang diperam diberikan kepada 'bobohigan' sebagai tanda
kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan dengan tarian
‘Sumazau’ dan ‘Megalang’ sambil meminum air tapai.
Pantun:
Selesai sudah menuai padi,
Tibalah masa untuk bergembira;
Tadau Kaamatan bersama dirai,
Bersyukur atas rezeki diterima.
San Pedro
Perayaan San Pedro merupakan salah satu peninggalan Portugis
di Malaysia. Perayaan San Pedro merupakan perayaan menyambut hari
jadi San Pedro, penaung kepada nelayan. Ia disambut meriah oleh
masyarakat berketurunan Portugis yang tinggal di Melaka. Perayaan
San Pedro diraikan antara 24 Jun - 26 Jun setiap tahun.

Pada hari perayaan San Pedro, kapal nelayan yang dihiasi indah
bersempena pesta ini akan diberi restu dan didoakan agar mendapat
hasil yang lebih lumayan pada musim menangkap ikan pada masa akan
dating.
Pantun:
Perayaan San Pedro nama disebut,
Penaung nelayan itulah jasa:
Bulan Jun perayaan disambut,
Tinggalan Portugis hanya di Melaka.

Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut ugama
Buddha kerana hari Wesak melambangkan kelahiran, kesedaran, dan
kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil
Buddha pada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan
prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning
akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan


melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari
memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh
dunia.
Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat
amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti
berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa
Bao-sheng Da-di.

Pantun:
Wesak disambut bersama-sama,
Peenganut Buddha raikan sambutan;
Tanda kesetian pengasas agama,
Siddhartha Gautama Buddha dalam ingatan.

KEPENTINGAN PERAYAAN
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari
Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan
perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut
suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan.
Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh
debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan
jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti


akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin.
Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap
perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut
sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan
menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan
memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan


meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang
lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan
tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu
perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara
kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang
budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada
mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk
memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum
berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia
mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan
rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh
kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej
yang positif kepada negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan


oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini
hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati
bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat
daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud
menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai