Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Berdirinya saya di atas pentas ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk Faedah Bersukan.
Hadirin sekalian,
Bersukan banyak memberikan manfaat kepada manusia. Dengan
bersukan, tubuh kita akan menjadi lebih sihat dan cergas. Dengan gerakan
yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang
dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh
badan.
Bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita. Ia boleh mengelakkan
kita daripada terjebak dalam aktiviti yang kurang sihat seperti merempit,
merokok, melepak dan sebagainya. Bak kata pepatah masa itu emas.
Dengan demikian, kita perlulah menggunakan masa kita dengan sebaikbaik yang mungkin.
Selain itu, bersukan juga dapat memupuk semangat kerjasama antara
murid. Sikap ini dapat dilihat dalam acara berpasukan seperti sukan bola
sepak, bola tampar, hoki dan sebagainya. Dalam acara-acara ini, para
pemain perlu berganding bahu untuk menumpaskan pasukan lawan.
Di samping itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan dengan
bersukan. Lebih-lebih lagi apabila kita menyertai satu-satu perlawanan.
Kita juga berpeluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru tanpa
mengira bangsa dan agama. Melalui perlawanan, hubungan antara kawan
dengan kita dapat dirapatkan. Apabila mendapat ramai kawan, kita akan
menjadi mahir dan biasa untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini
menjadikan

kita

seorang

yang

aktif.

Hadirin yang budiman,


Kesimpulannya, bersukan mendatangkan banyak faedah kepada kita.
Oleh itu, luangkanlah masa dengan melakukan aktiviti bersukan agar
badan

kita

Sekian, terima kasih.

cergas

malahan

otak

kita

cerdas.

Anda mungkin juga menyukai