Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, 

yang dihormati Tuan Guru


Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.           Tajuk pidato
saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah
seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya, Hadirin yang dihormati,          

Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak
dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan
kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.          

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan
bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak.  Otak yang cerdas membantu pelajar lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan. Hadiri yang dihormati,          

Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan hubungan dengan
kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain.
Ini menjadikan kita seorang yang aktif.          

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak
memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila kita
bersukan.          

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata banyak
memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai