Anda di halaman 1dari 1

Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan.

Bersukan merupakan aktiviti yang dilakukan di luar bilik


darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya, Hadirin yang dihormati,
Apabila
kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak dilakukan, badan kita akan
mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan
oleh badan.
Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan
bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.

Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan
badan adalah pemangkin kepada seluruh sistem badan. Bersukan ialah satu daripada cara
untuk menyihatkan badan. Kita dapat melihat perbezaan antara orang yang aktif bersukan
dengan orang yang kurang bersukan. Orang yang aktif bersukan akan kelihatan bertenaga,
ceria dan awet muda. Orang yang tidak aktif bersukan pula akan kelihatan mudah letih dan
lemah.
i sekolah, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan. Menerusi aktiviti sukan, murid dapat
mengetengahkan kebolehan dan seterusnya mewakili sekolah. Dalam pasukan juga ada
seorang ketua yang akan memimpin pasukan ini. Hal ini dapat memupuk sikap kepemimpinan
dalam kalangan murid di samping bijak mengatur strategi agar pasukan yang dipimpin
memperoleh kejayaan sekali gus melatih murid agar lebih berdisiplin, menepati masa, dan
saling bekerjasama.
Oleh itu, jelaslah bahawa bersukan banyak mendatangkan faedah. Pada era ini, sukan telah
diiktiraf oleh pihak kerajaan dengan terdirinya sekolah sukan, universiti yang menawarkan
kursus dalam bidang sukan dan imbuhan yang memberangsangkan. Jadikanlah aktiviti sukan
sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan selain bidang kerjaya yang menjamin imbuhan yang
lumayan.

Anda mungkin juga menyukai