Anda di halaman 1dari 2

1. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.

Tentukan sama ada ayat tersebut ialah


ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan.
(i) Murid yang miskin itu sudah diberi biasiswa.
(ii) Sudahkah awak membaca novel tulisan A. Samad Said itu ?
(iii) Jamaliah baru sahaja melapor diri untuk bertugas di sekolah ini tadi.
(iv) Wah, awak kelihatan sungguh ceria sejak akhir-akhir ini!
(v) Jangan memuji saya berlebih-lebihan.
(vi) Syabas, teruskan usaha murni awak!

LATIHAN 2
Baca ayat ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat ayat
tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat ayat itu ayat silaan,
ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.

(i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang.


(ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
(iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang
berdekatan.
(iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
(v) Engkau tunggu dia di rumah.
(vi) Jangan memuji saya berlebih-lebihan
LATIHAN 3
Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa
mengubah maksud asalnya .
(i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi kepada ada anak anak agar mereka tidak berasa tersisih.
(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.
(iii) Kita perlu bersenam sekurang kurangnya seminggu sekali.
(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato Malik.
(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.
(vi) Anak-anak perlu diberikan didikan agama sejak kecil lagi.

Skema rujuk JU

Anda mungkin juga menyukai