Anda di halaman 1dari 6

KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN YANG MENYELURUH

Definisi kesihatan ialah suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial
dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. (WHO,1946) Kecergasan bukan sahaja
mementingkan aspek fizikal tetapi meliputi keseimbangan dari segi mental, emosi, rohani dan
sosial. Kecergasan keseluruhan menitikberatkan aspek keseimbangan keseluruhan elemen
kecergasan seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan iaitu
kecergasan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Kecergasan fizikal adalah kemampuan
seseorang melakukan sesuatu aktiviti tanpa merasa cepat penat. Kecergasan fizikal
bermaksud kemampuan menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk
bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu. Kecergasan fizikal yang
rendah mampu menjejaskan fungsi mental dan kemampuan fizikal individu itu untuk bertindak
balas dengan persekitarannya. (Mohd Talib dan Norlena , 2007). Sepeti contoh, pensyarah
kita En. Taufiq Cheng Bin Abdullah telah mengajar cara betul untuk mengambil dan mengira
nadi dan beliau telah memberi satu tugasan iaitu mengira nadi selepas kita membuat
senaman dan bangun dari tidur supaya kita mengenalpasti kelemahan kecergasan badan kita
dan memahami badan kita dalam keadaan sihat atau tidak.

GAYA HIDUP DAN AMALAN BERSENAM

Matlamat gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari
aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Gaya hidup sihat
ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang
memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan seimbang,
bersenam, mengawal tekanan atau stress yang paling penting adalah menghindar diri
daripada aktiviti-aktiviti negatif dan berisiko. (Borhan dan Hasbullah dan Mohamed, 2008).
Gaya hidup yang sihat seharusnya menjadi amalan untuk melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. (Mohd Talib dan Norlena ,2007). Contohnya, pensyarah kita En Taufiq
telah membawa sekelas pergi ke Tasik Darulaman untuk membuat senaman dan berjoging
sebanyak 2 pusingan. Tujuan berjoging adalah untuk menguatkan otot dan ligamen supaya
kita dapat berlari dengan keadaan yang baik semasa ujian Bleep Test. Akhirnya, ujian Bleep
Test saya dapat menambahbaikkan berbanding dengan ujian UKCG yang telah kita buatkan
semasa temuduga permohonan Institut Pendidikan Guru.

1
Rakan sekelas kita juga membawa sekelas membuat senam aerobik di bawah
bimbingan pensyarah kita En. Taufiq untuk menambahkan kecergasan dan kesihatan kita.
Senam aerobik telah menggunakan oksigen yang telah dibekalkan di dalam badan. (Borhan,
Hasbullah dan Mohamed, 2008). Beliau juga membawa sekelas mendaiki Bukit Marau untuk
meningkatkan daya tahan kardiovaskular kita dan mengurangkan risiko terhadap penyakit.
Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan dan juga membagikan sekelas untuk
melepaskan stress dan menikmati aktiviti ini supaya menjadi seorang pelajar yang seimbang.

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. (Borhan,
Hasbullah dan Mohamed, 2008). Buktinya, Encik Taufiq juga memberikan nasihat dan teguran
kepada sekelas bahawa kita perlu menerapkan vitamin yang secukupnya supaya tidak mudah
untuk sakit dan menjaga kesihatan setiap hari. Beliau juga menasihati agar kita
mengurangkan makan makanan berat seperti KFC dan ayam goreng untuk menjaga
kecergasan kita. Rakan sekelas juga telah membentangkan cara untuk mengambil makanan
dan menerap nutrisi dalam kehidupan harian. Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang
dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal.
(Borhan, Hasbullah dan Mohamed, 2008). Misalnya, Encik Taufiq juga memperkenalkan
pelbagai jenis permainan yang sesuai seperti helang menangkap ayam sebagai bahan dan

2
sumber pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan. Aktiviti ini dapat menguatkan
tubuh badan dan mengekalkan situasi badan dalam sihat dan menetapkan dalam badan
cergas dan otak cerdas.

Piramid aktiviti adalah sebagai panduan untuk mengimbangkan aktiviti fizikal kita pada
setiap minggu. Piramid aktiviti fizikal telah menjadi panduan kepada manusia agar menjaga
kecergasan dan kesihatan diri. Aras tanah adalah aktiviti fizikal harian yang perlu dilakukan
pada setiap hari, kita perlu selalu berjalan kaki dan sentiasa aktifkan diri. Contohnya, saya
naik turun tangga dan berjalan ke pejabat dan kelas kuliah setiap hari untuk membakarkan
kalori. Aras 2 adalah aktiviti aktif sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu dan membuat senaman
kardiovaskular seperti berbasikal, berenang dan bermain bola keranjang, misalnya saya

3
selalu berjoging ke padang pada masa senja. Aras 3 adalah 3 kali seminggu dan aktiviti ini
adalah regang dan menguatkan otot seperti angkat berat dan yoga serta tekan tubi manakala
dalam aras 4 kita perlu mengurangkan aktiviti ini agar dapat mengelakkan diri menghadapi
penyakit. Aktiviti aras 4 merupakan rehat atau tidak aktif seperti menonton televisyen dan
bermain komputer.

Kesimpulannya, kita dapat menguatkan otot dan ligamen dan mengurangkan risiko
mendapat kecederaan serta meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kita juga dapat
merendahkan tekanan darah dan mempunyai sistem respiratori yang efisyen serta
mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru. Saya bersyukur dengan
adanya pensyarah kita Encik Taufiq Cheng bin Abdullah telah membantu kita meningkatkan
daya tahan dan kualiti badan supaya badan kita cergas dan otak kita cerdas.

4
Rujukan

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail & Mohamed @ M.S.M. (2008). Gaya Hidup Sihat.
Centre for Instructional Design and Technology, Open University Malaysia.

Junaidy M.H. (n.d.). Konsep Kecergasan Fizikal. Retrieved from: https://www.academia


.edu/26975203/KONSEP_KECERGASAN_FIZIKAL

Mohd.Taib Harun & Norlena Salamuddin. (2007). Kecergasan Fizikal. Centre for
Instructional Design and Technology, Open University Malaysia.

Panting.A.S & Busu P. (2007). Kesihatan Diri Dan Keluarga. Centre for Instructional
Design and Technology, Open University Malaysia.

Syahrul Nazri Rosli, & Wan Hanim Nadrah Wan Muda. (2018). Amalan Gaya Hidup
Sihat Pelajar. http://active.uthm.edu.my/ejournal/volume/2018/37.pdf

Sha’ari Abd. Hamid, Madya Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai & Rosnida
Abu Bakar. (2016.) Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.
MPU3313 Kesihatan dan Kesejahteraan. Open University Malaysia (OUM).

5
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai