Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , panel hakim yang

bijaksana guru-guru dan rakan sepejuangan sekalian.Izinkan saya


menyampaikan syarahan yang bertajuk , “Faedah Bersukan”.
Hadirin yang dimuliakan,
Bersukan banyak memberikan manfaat kepada manusia.Dengan
bersukan tubuh kita akan berasa lebih sihat dan cergas.Disebabkan oleh
bersukan dapat melancarkan perjalanan darah kita.
Selain itu , bersukan juga dapat mendidik kita menjadi lebih
berdisiplin.Hal ini kerana kita perlu menjalani latihan yang ditetapkan oleh
jurulatih.Latihan ini mendisiplinkan diri kita supaya tidak menjadi berat tulang.
Kita juga dapat memperoleh kawan dengan bersukan.Lebih lebih
lagi, apabila kita menyertai satu pelawanan.Kita dapat berkenalan dengan
rakan-rakan baharu tanpa mengira bangsa dan agama.
Di samping itu, bersukan juga dapat memupuk semangat
kerjasama antara murid.Sikap ini dapat dilihat dalam acara berpasukan seperti
sukan bola sepak , bola tampar , hoki dan sebagainya.Para pemain perlu
berganding bahu untuk menumpaskan pasukan lawan.
Hadirin yang saya kasihi,
Luangkan masa dengan melakukan aktiviti bersukan sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.Sememangnya aktiviti ini banyak mendatangkan
kebaikan kepada kita.
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai