Anda di halaman 1dari 2

FAEDAH BERSUKAN

Sukan secara definisi bermaksud segala kegiatan yang memerlukan gerak geri
fizikal dan kemahiran serta tenaga seseorang individu. Aktiviti fizikal ini mempunyai
pelbagai tujuan sama ada untuk mengisi masa lapang, berseronok bersama rakan-
rakan atau berlatih untuk menyertai pertandingan sukan.

Berikut adalah antara faedah bersukan :

1. Meningkatkan komposisi badan, perkembangan otot, kekuatan tulang


Dari segi fizikal, aktiviti sukan baik untuk meningkatkan kompisisi badan secara
menyeluruh. Hal ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti sukan seperti
berenang, individu tersebut perlu merenggangkan badan terlebih dahulu sebelum
masuk ke dalam kolam renang dan berenang mengikut teknik yang betul.

2. Mengelakkan penyakit, serangan jantung


Pada masa yang sama, kebaikan bersukan dari segi fizikal seseorang adalah
untuk mengelakkan penyakit. Bersukan dapat mengurangkan risiko kita diserang
penyakit seperti serangan jantung kerana kita telah membina ketahanan diri
melalui aktiviti sukan. Aktiviti sukan yang mempunyai intensity tinggi seperti
berlari, berenang dan bermain futsal akan meningkatkan tahap kardiovaskular
diri yang melancarkan peredaran darah ke seluruh badan dan menyihatkan
jantung kita.

3. Meningkatkan perkembangan minda


Dari segi mental pula, aktiviti sukan menyumbang kepada perkembangan minda.
Permainan sukan seperti bola sepak dan badminton memerlukan pemain untuk
mematuhi peraturan yang dikenakan dan mendapatkan kemenangan daripada
pihak lawan. Pemain akan diuji dari segi fizikal dan juga mental untuk
menggabungkan kemahiran diri dan menghasilkan gerakan yang terbaik untuk
menendang bola atau membuat pukulan libas kepada bulu tangkis.

4. Menambah keyakinan diri


Akhir sekali, kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti sukan dari sudut mental
seseorang adalah dapat meningkatkan keyakinan diri. Masih terdapat segelintir
manusia yang takut untuk mencuba aktiviti sukan kerana risau tidak mahir seperti
orang lain. Sebaliknya, kita hanya perlu mencuba dan jika berjaya ia akan
meningkatkan keyakinan diri kita ke satu tahap yang lebih baik. Bak kata
pepatah, belakang parang kalua diasah, nescaya tajam juga.

Kesimpulannya, bersukan memberikan manfaat yang banyak kepada fizikal dan


mental kita secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti yang sihat ini wajar
digalakkan kepada segenap masyarakat tanpa kira usia kerana faedah disebaliknya
sangat banyak dan rugi jika tidak diamalkan. Kerajaan juga telah menyediakan
pelbagai infrastruktur untuk kita melakukan aktiviti sukan seperti padang awam dan
juga pusat rekreasi. Terserah kepada kita sebagai masyarakat umum sama ada
ingin menjadi masyarakat yang sihat dengan menyertai aktiviti sukan atau hanya
duduk di rumah menonton kandungan televisyen dan internet sambil memakan
makanan segera.

Anda mungkin juga menyukai