Anda di halaman 1dari 1

Sakawi bin Len,

No 46, SL28,
9 Resident Park,
Lorong Semariang 4,
93050 Kuching

Pengetua
SMK Agama Sheikh Hj Othman Abdul Wahab,
Jln Matang Jaya,
93050 Kuching 16 OGOS 2020

Permohonan Sebagai Pelajar Harian Sementara Pada Musim Wabak Covid 19

Merujuk perkara di atas saya selaku ayah kepada Haziq Iman bin Sakawi pelajar
Tingkatan 2 Muslim ingin memohon kepada pihak sekolah agar membenarkan anak saya
menjadi pelajar harian sementara semasa wabak pandemik Covid 19 ini mulai sesi
persekolahan pada 17 Ogos 2020.

Nama Pelajar : Haziq Iman bin Sakawi


Tingkatan : 2 Muslim

2 Atas dasar kesediaan dan kemampuan kami sebagai ibu bapa untuk menghantar
dan mengambil anak dari sekolah mengikut masa dan jadual persekolahan. Selain
daripada itu saya akan cuba memastikan S.O.P kawalan dan pencegahan Covid 19
dipatuhi. Saya juga berharap agar tindakan saya ini dapat membantu sedikit sebanyak
pihak sekolah mengawal selia pergerakan anak saya pada masa ini.

3 Ribuan penghargaan dan terima kasih atas pertimbangan dan perhatian tuan/puan
dalam mendepani stiuasi ini. Semoga wabak Covid 19 ini akan terus lenyap dan anak-
anak yang harian akan kembali ke asrama seperti biasa.

Sekian Terima kasih.

Yang benar,

____________________
(SAKAWI BIN LEN)
Telefon Bimbit : 019-8553295

Anda mungkin juga menyukai