Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

GURU-GURU TINGKATAN 6

SMK MUARA TUANG 2018

Disediakan oleh : En. Sakawi Bin Len

Nama program : Kolokium Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6

Tarikh : 23 Februari 2018

Lokasi : War Room, SMK Muara Tuang

Bilangan Peserta : 14 orang

Sinopsis Program :

Program kolokium kajian tindakan ini dijalankan bagi guru-guru tingkatan 6 di SMK Muara
Tuang untuk membentangkan hasil kajian tindakan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2017.
Selain itu program ini juga bertujuan untuk memilih wakil pembentang kajian tindakan mewakili
sekolah di peringkat Negeri yang akan diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri.

Program ini melibatkan guru-guru tingkatan 6 seramai 14 orang yang bertempat di War
Room, SMK Muara Tuang. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.
Pembentangan kajian tindakan ini dihakimi oleh Pengetua SMK Muara Tuang, Cikgu Ahmad Daud Bin
Lugom, Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Lau Shin Chai dan Penasihat Sekolah Amanah, Dr. Sluhi.

Pembentangan pertama dimulakan oleh Pn. Susanna Daltoen Doel pada jam 8.00 pagi.
Beliau membentang selama 20 minit. Seterusnya En. Henry Sawi dan En. Edmond Mawin. Ketiga-tiga
mereka mewakili matapelajaran MUET.

Pembentang yang keempat ialah Pn. Dayang Saftuyah Binti Awang Junaidi dan diikuti oleh
En. Teo King Hock dan Pn. Aida Binti Sapie’e. Pembentang ketujuh ialah En. Hilton Gundi Ak. Dexter
Umban, En. Walter Ak. Angan, Cik Hajibah dan Cik Jariah.

Pada jam 10.15 pagi pembentangan diteruskan oleh Pn. Liew Yai Mei, En. Ong Sin Yin, En.
Chin Hock Kui dan ditamatkan dengan pembentangan oleh Pn. Chong Miaw Ping.

Program tamat pada jam 1.00 petang dengan pengetua mengulas tentang kualiti hasil kajian
tindakan dan penambahabaikan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kuliti hasil kajian tindakan
pada masa hadapan.

Guru yang dipilih mewakili sekolah ke Pembentangan Kolokium Peringkat Negeri ialah Cikgu
Dayang Saftuyah Binti Awang Junaidi selepas mendapat persetujuan dari semua juri yang telah
menghakimi program pada kali ini.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai