Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM PEMBUGARAN EMOSI MURID-MURID TAHUN 6 BERSAMA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Nama Program : Program Pembugaran Emosi Murid-Murid Tahun 6 Bersama Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh

Tarikh : 15 September 2018

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : SK Taman Palma, 34600 Kamunting

Jumlah Pelajar : 118 Orang (Murid Tahun 6)

Tanggal 15 September 2018, Unit Psikologi dan Kaunseling serta ahli Pembimbing Rakan
Siswa Pendidik (PRSd) IPG Kampus Ipoh telah dijemput untuk melaksanakan aktiviti bagi
Program Program Pembugaran Emosi Murid-Murid Tahun 6 Bersama Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh yang bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Palma.

Program ini adalah bertujuan untuk meransang minda murid-murid sekolah SK Taman
Palma bagi memantapkan mental dan fizikal mereka untuk menghadapi UPSR pada 24-27
September 2018 nanti.

Program ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan
oleh Khairul Anwar, Muhammad Nur Hidayat dan Muhamad Aidil Asyraf. Murid-murid tahun 6
diminta untuk memanaskan badan mereka dengan melakukan regangan otot sebelum dimulakan
dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Seterusnya, pada jam 9.30 pagi aktiviti LDK 1 diteruskan dengan yang diberi nama iaitu
Da Vinci Junior yang diketuai oleh Muhamad Azizul Hakim. Aktiviti ini mengkehendaki murid-
murid tahun 6 melukis 3 jenis gambar iaitu rumah, pokok dan orang pada sehelai kertas mahjung
menggunakan pen marker yang diikat dengan 10 utas tali tanpa memegang pen tersebut.
Matlamat utama aktiviti ini adalah sikap kerjasama antara ahli kumpulan dimana mereka akan
bersama-sama melukis gambar tanpa memegang pen marker tersebut.

Sebelum memulakan LDK 2, aktiviti selingan yang diketuai oleh Nur Zafirah diadakan
selama 10 minit untuk memberikan semangat kepada murid-murid tahun 6 bagi aktiviti LDK 2
yang akan diteruskan nanti.
Aktiviti kemuncak adalah diteruskan dengan LDK 2 iaitu Bob The Builder yang dipimpin
oleh Muhammad Hakimi. Setiap kumpulan diberikan 1 plastik straw, pita pelekat dan gunting
untuk mereka hasilkan 1 jenis model 3D daripada strwa yang diberikan itu.Mereka diberikan masa
selama 15 minit untuk menyiapkan model tersebut sambil dibantu oleh fasilitator dari IPG Kampus
Ipoh. Selepas menyiapkan model tersebut, ketua kumpulan akan membentangkan model yang
dihasilkan di hadapan semua pelajar.

Akhir sekali, majlis penyerahan cenderahati tanda penghargaan sekolah kepada pihak
IPG Kampus Ipoh iaitu Encik Shadin Bin Sabri dan semua fasilitator PRSd Ipg Kampus Ipoh yang
telah menjayakan program ini dengan jayanya. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama
warga sekolah SK Taman Palma dan warga IPG Kampus Ipoh. Diharapkan semoga semua murid
tahun 6 SK Taman Palma dapat menjawab peperiksaan UPSR dengan berhati-hati dan
mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

Anda mungkin juga menyukai