Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROJEK (INDIVIDU)

FUN SPORT SK KUALA ATOK

NAMA PELAJAR : AZRULNIZAM BIN ASIN

PROGRAM : PISMP

PENGKHUSUSAN : PEMULIHAN 1 (SK)

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA ATOK

NAMA PROJEK : FUN SPORT

TEMPOH PELAKSANAAN : 13 MAC

OBJEKTIF :

Program pemulihan yang akan dilaksanakan adalah Fun Sport. Fun Sport adalah
program yang mengabungkan sukaneka dan pembelajaran murid.Sukaneka adalah satu
aktiviti mudah yang dilaksanakan bersesuaian dengan tahap fizikal dan mental murid-murid
yang masih berada di sekolah rendah. Projek Fun Sport ini dilaksanakan adalah bertujuan
memastikan peningkatan pengusaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
dalam kalangan murid pemulihan. Selain itu, memastikan peningkatan keyakinan diri dalam
kalangan murid pemulihan. Keyakinan diri murid adalah penting untuk memastikan murid
sentiasa berkomunikasi dengan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
memberi keseronokan kepada murid pemulihan untuk belajar selaras dengan konsep belajar
sambil bermain. Dalam pada itu, projek ini juga dapat memberi peluang kepada murid
pemulihan untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah. Pada masa yang sama projek
ini juga dapat membentuk kerjasama dan hubungan sosial yang positif di antara guru pelatih
dan warga sekolah. Bukan sahaja kerjasama antara warga sekolah dapat dilihat malah
kemahiran pengelolaan dan pengurusan aktiviti dalam kalangan guru pelatih dapat
ditingkatkan.

MATLAMAT :

Matlamat utama projek ini dilaksanakan adalah memastikan setiap murid pemulihan
menguasai kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Selain itu,
meningkatkan keyakinan diri setiap murid pemulihan dan meningkatkan juga kemahiran
intrapersonal setiap murid pemulihan. Dalam pada itu, mengaplikasikan konsep bermain
sambil belajar untuk meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar. Bermain sambil
belajar mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan kerana dapat meningkat
perkembangan murid dari segi keyakinan diri, mengalakan murid untuk mecuba dan juga
kemahiran sosial

STRATEGI PELAKSANAAN

Minggu Pertama :

Pada minggu pertama, saya dan rakan internship telah mengadakan satu
perbincangan berkaitan dengan program yang hendak dilaksanakan. Dalam fasa ini, kami
telah menetapkan nama program serta pengisian program tersebut. Pemilihan nama
program serta pengisian program adalah sangat penting untuk menyiapkan penulisan kertas
kerja yang akan diberikan kepada guru mentor untuk disemak. Kertas kerja merupakan
penentu hala tuju program yang akan dilaksanakan.

Minggu Kedua :

Minggu kedua pula, saya dan rakan internship berjumpa dengan guru mentor untuk
menerangkan program yang akan dilaksanakan. Semasa penerangan, guru mentor
memberi sedikit teguran pada pengisian program tersebut untuk ditambahbaik. Perjumpaan
yang diadakan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan nama dan pengisian program
sesuai dan untuk menambaik kekurangan perancangan yang telah dirancangkan. Selepas
selesai berjumpa dengan guru mentor, saya menyiapkan kertas kerja untuk disemak oleh
guru mentor. Setelah kertas kerja disediakan disemak oleh guru mentor, saya telah
menghantar kertas kerja tersebut kepada Guru Penolong Kanan kerana Guru Besar tiada di
sekolah.

Minggu Ketiga :

Pada minggu ketiga, kami telah melaksanakan program yang dirancang tersebut
setelah mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah. Pada 13 Mac 2020 program Ac Sport
diisi dengan aktiviti Pameran Inovasi dan Fun Sport. Kesemua murid pemulihan SK Kuala
Atok terlibat dengan program yang dilaksanakan tersebut. Program Ac Sport ini juga
dilaksanakan serentak dengan program festival penatia SK Kuala Atok. Program Ac Sport di
akhiri dengan pencapaian hadiah bagi pemenang setiap aktiviti.
Laporan keseluruhan pelaksanaan program Ac Sport (Fun Sport) Sekolah Kebangsaan
Kuala Atok

Sebelum

Pada minggu pertama, saya dan rakan internship telah mengadakan perbincangan
untuk menetapkan nama utama program serta pengisian setiap program individu. Program
individu yang telah dicadangkan akan dimasukkan ke dalam program utama tersebut.
Penetapan nama program utama adalah bertujuan untuk memastikan program individu
dilaksanakan pada sehari sahaja. Perbincangan tersebut juga telah menetapkan setiap
program yang akan dilaksanakan oleh setiap individu. Selain itu, mengambil maklumat
berkaitan jumlah murid, tahap kemahiran setiap murid dan masa untuk pelaksanaan
program.

Hasil daripada perbincangan tersebut, saya dan rakan telah menetapkan program
yang akan dilaksanakan. Program yang akan dilaksanakan oleh saya adalah Fun Sport. Fun
Sport adalah hasil gabungan antara aktiviti sukan dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran
yang berunsurkan aktiviti sukan akan menarik minat murid pemulihan. Fun Sport yang
dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid pemulihan dalam
kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Selepas menetapkan
pengisian setiap program tersebut, kami telah berjumpa dengan guru mentor untuk
mengadakan perbincangan berkaitan perancangan program yang akan dilaksanakan.
Semasa perbincangan tersebut, guru mentor bersetuju dengan pengisian aktiviti bagi setiap
program dan guru mentor juga telah memberi teguran serta menambahbaik kekurangan
perancangan aktiviti program tersebut. Saya juga telah mendapat maklumat setiap tahap
kemahiran murid pemulihan SK Kuala Atok.

Pembetulan serta penambaikan telah dibuat untuk menyediakan kertas kerja. Kerta
kerja telah disediakan dan diberi kepada guru mentor untuk disemak seterusnya diberi
kepada Guru Penolong Kanan bagi mendapat kelulusan. Selepas mendapat kelulusan oleh
pentadbir sekolah, saya dan rakan internship menyediakan bahan untuk digunakan pada
hari kejadian. Persiapan tempat dan alatan yang digunakan telah disediakan dua hari
sebelum tarikh pelaksanaan. Antara peralatan yang digunakan adalah meja, kertas majong,
pancil, bakul, kelapa, tin, kon dan pancing. Sebelum hari pelaksanaan program tersebut,
saya dan rakan internship telah memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan dengan
program yang ingin dilaksanakan. Program ini dilaksanakan pada minggu ke 3 internship
iaitu pada hari jumaat 13 Mac 2020.
Semasa

Pada hari jumaat iaitu 13 Mac 2020 minggu ke tiga, pelaksanaan program Fun Sport
telah dilaksanakan dan melibatkan murid pemulihan. Seramai 12 orang peserta program
yang terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2. Semua peserta akan dibahagikan kepada 4
kumpulan yang mempunyai 3 orang ahli. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemahiran
pemulihan yang berbeza. Sebelum program ini dilaksanakan, program tersebut akan
dimulakan dengan majlis perasmian program yang dirasmikan oleh Guru Penolong
Kokurikulum. Sebelum majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kokurikulum disertakan gimik
terlebih dahulu kemudian baharu upacara perasmian dirasminkan. Selepas selesai majlis
perasmian, aktiviti program diteruskan dengan sesi senam arobik yang melibatkan semua
warga SK Kuala Atok. Senam arobik mengambil masa selama 10 minit untuk meningkatkan
suhu badan murid bagi persediaan aktiviti seterusnya.

Selepas selesai aktiviti senam arobik, murid diberi taklimat berkaitan dengan
program pada hari tersebut. Murid tahun 1 hingga tahun 6 akan mengikuti program festival
panatia, manakala semua murid pemulihan akan terlibat dengan aktiviti Fun Sport. Selapas
itu, murid pemulihan akan dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Setelah murid
dipecahkan mengikut kumpulan, setiap kumpulan akan diberi taklimat berkaitan dengan
aktiviti yang akan dilaksanakan. Berakhirnya sesi taklimat tersebut, murid akan mengikuti
setiap aktiviti Fun Sport mengikut arahan guru. Aktiviti yang dilaksanakan sebanyak 4 jenis
aktiviti iaitu tiup tepung, memancing, boling kelapa dan pecahkan belon. Setiap aktiviti
tersebut disertakan unsur pembelajaran seperti tiup tepung untuk membaca, memancing
gambar menulis, boling kelapa mengira dan pecahkan belon menaakul.

Semasa aktiviti Fun Sport tersebut berlangsung, guru akan memberi markah kepada
setiap kumpulan. Kumpulan yang betul menjawab soalan yang diberi 1 markah, kumpulan
yang salah jawab akan diberi 0 markah, kumpulan yang siap awal diberi 1 markah dan
kumpulan bersikap tidak jujur akan ditolak 1 markah. Sebaik sahaja selesai setiap aktiviti
Fun Sport tersebut, guru akan mengira markah setiap kumpulan untuk menentukan
pemenang nombor 1,2,3 dan 4. Selepas selesai sahaja pengiraan markah tersebut maka
berakhirlah aktiviti Fun Sport dan murid diberi rehat awal untuk menyetai program pameran
inovasi yang dilaksanakan oleh rakan internship saya.
Selepas

Setelah selesai melaksanakan aktiviti Fun Sport tersebut, saya telah dibantu oleh
murid tahun 6 untuk mengemas peralatan yang telah digunakan. Perkhidmatan penolong
dari kalangan murid tahun 6 tersebut juga telah diluluskan oleh pihak sekolah dengan
memberi kebenaran untuk menolong saya semasa dan selepas aktiviti dilaksanakan.
Selepas selesai mengemas peralatan dan mengutip semua sampah di tempat aktiviti
tersebut, murid tahun 6 terus masuk ke dalam dewan untuk menyetai program festival
panatia.

Seterusnya, pengiraan mata markah setiap kumpulan akan dikira semula kerana
markah pada aktiviti pameran inovasi tersebut akan dimasukkan sekali untuk mendapatkan
pemenang. Selepas selesai pengiraan markah, program ini akan di akhiri dengan
penyampain hadiah serta ucapa daripada Guru Penolong Kokurikulum SK Kuala Atok.
REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Kekuatan projek yang telah dilaksanakan adalah murid berminat dengan aktiviti projek yang
dilaksanakan. Guru mentor berkerjasama untuk menjayakan projek yang dilaksanakan.
Intonasi guru memberi arahan yang jelas dan mudah didengar oleh murid. Penyampaian
pembelajaran setiap aktiviti mencapai objektif projek yang telah ditetapkan. Selain itu, setiap
aktiviti yang disediakan sentiasa membuatkan murid berfikir. Murid seronok setiap aktiviti
yang dilaksanakan.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Terdapat juga beberapa kelemahan semasa perlaksanaan projek tersebut. Antara


kelemahan

yang dikenalpasti adalah terdapat murid kurang memberi perhatian semasa guru memberi
penerangan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Terdapat murid bermain dan
mengganggu kawan semasa guru memberi penerangan aktiviti. Selain itu, mempunyai
gangguan luar dari pihak staf pembersih sekolah. Beliau menggangu aktiviti yang
dilaksanakan sehingga mencetuskan kecederaan seorang murid. Akhir sekali, mempunyai
kekurangan bahan jawapan pada aktiviti tiup tepung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengatasi kelemahan projek tersebut, saya akan merancang setiap projek yang akan
dilaksanakan dengan sistematik dan kritikal. Supaya projek yang dilaksanakan mencapai
objektif yang ditetapkan dan mengurangkan kelemahan terdahulu. Selain itu, membuat
persiapan awal tiga hari sebelum projek dilaksanakan. Untuk memastikan tidak berlakunya,
kekurangan bahan aktiviti.

KESIMPULAN :

Secara kesimpulanya, projek dilaksanakan tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kekurangan aktiviti projek ini tidak menghalang untuk mencapai objektifnya. Selain itu,
projek ini berjalan dengan lancar dan murid seronok dengan aktiviti yang dilaksanakan.
Seterusnya, projek ini mempunyai elemen inovasi untuk setiap aktiviti di mana setiap
kumpulan mempunyai perbeza dari segi aktiviti yang mengikut tahap kemahiran pemulihan.
Pada setiap aktiviti, murid akan berfikir untuk mendapatkan jawapan yang betul. Oleh itu,
projek ini sangat bermanfaat kepada murid pemulihan kerana aktiviti yang dilaksanakan
akan membuat murid berfikir dan mereka tidak bosan semasa aktiviti tersebut.

Anda mungkin juga menyukai