Anda di halaman 1dari 6

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA


LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD DZULL ISWARY BIN MOHD
NAMA PELAJAR : BAKRI

ANGKA GILIRAN : 2016172340076

NO. KAD PENGENALAN : 960515-03-6191

KUMPULAN /UNIT : G8.2

KOD DAN NAMA :


GHSS3013/GAYA HIDUP SIHAT
KURSUS

NAMA PENSYARAH : PUAN JAMALIYAH BINTI AHMAD

TARIKH HANTAR : 6 APRIL 2020

TUGASAN : LAPORAN PROGRAM

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuk dan faham.

Catatan (jika ada):

Tandatangan Pelajar: _______________________________ Tarikh:


_________________
Pengenalan
Pada 5 Mac 2020, SK Taman Midah 2 dan SK Taman Segar telah menjalankan satu
program “Fitt Hour” yang dikelolakan oleh pelajar internship iaitu Nurzulaikha,
Muhammad Dzull Iswary dan Nur Huda yang melibatkan semua murid Tahun 1 dan
murid Tahun 6 serta guru-guru PPKI. Program yang bertemakan “Hidup Sihat, PPKI
Sejahtera” ini bertujuan untuk membentuk murid berkeperluan khas yang cergas dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Secara keseluruhannya, program
ini berjalan dengan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan. Berikut adalah
objektif pelaksanaan program “Fitt Hour”:

I. Meningkatkan keupayaan psikomotor murid berkeperluan khas


II. Melatih koordinasi mata dan tangan dalam mendiskriminasikan
III. Memupuk semangat kerjasama antara murid berkeperluan khas

Butir-butir program yang di jalankan adalah seperti yang berikut:

Nama : Jom Sihat (Aktiviti Fizikal)


Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 dan
Sekolah Kebangsaan Taman Segar
Masa : 7:30 pagi – 9.20 pagi
Tarikh : 5 Mac 2020
Aktiviti 1 : Senamrobik
Aktiviti 2 : Sukaneka
Aktiviti 3 :Menyediakan sandwich
2.0 Pelaksanaan Aktiviti

2.1 Senamrobik

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik bermula pada pukul 7:30 pagi
sehingga 7:45 pagi. Lokasi senamrobik ini diadakan adalah di Dewan SK Taman
Segar dan Dewan SK Taman Midah. Senamrobik turut disertai oleh semua guru-
guru PPKI dan murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6 PPKI dengan diketuai oleh
pelajar-pelajar internship. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memanaskan
badan murid-murid sebelum mereka melakukan aktiviti yang seterusnya serta
meningkat kebolehan psikomotor kasar mereka. Aktiviti ini telah dilaksanakan
dengan jayanya dan kesemua yang terlibat dalam aktiviti senamrobik ini telah
menunjukkan rasa seronok dan berpuas hati.

Gambar 1:Murid-murid sedang melakukan Gambar 2:Penyampaian Hadiah


Senamrobik

2.2 Sukaneka

Aktiviti diteruskan dengan aktiviti sukaneka. Sebelum aktiviti dimulakan murid-murid


dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap dilantik seorang ketua bagi setiap
kumpulan. Terdapat tiga aktiviti sukaneka yang telah dijalankan iaitu iaitu berlari
merentasi halangan-halangan mudah, meniup belon, dan membaling bola ke dalam
bakul. Bagi setiap aktiviti, satu kumpulan dipilih sebagai pemenang. Dalam aktiviti
perkara objektif yang dicapai ialah murid-murid dapat melakukan aktiviti bagi
menguatkan psikomotor mereka dan menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan
murid-murid. Setelah aktiviti ini selesai, kumpulan yang menang dalam setiap acara
diberikan hadiah. Aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dengan bantuan guru-
guru PPKI bagi mengawal murid-murid PPKI.

Gambar 3: Sukaneka
2.3 Penyediaan sandwich

Setelah tamat sukaneka, murid diarahkan untuk membasuh tangan dengan cara
yang betul sebelum memulakan aktiviti menyediakan sandwich. Seterusnya, setiap
murid diberikan dua keping roti, telor sebiji, mayonis dan sayur. Murid kemudian
melihat demokrasi penyediaan sandwich serta sedikit pendedahan mengenai
pemakanan sihat. Kemudian murid menyediakan sandwich dengan dipantau oleh
AJK yang bertugas.Aktiviti ini bertujuan mendedahkan murid-murid dengan amalan
pemakanan sihat. Aktiviti ini berjaya dilaksananakan dengan baik.

III.1 Kelebihan

Antara kelebihan yang dapat dilihat semasa program ini dijalankan adalah semua
murid perlu banyak bergerak berbanding belajar di dalam kelas kerana semua murid
perlu melibatkan diri masing-masing terutamanya semasa aktiviti senamrombik dan
aktiviti sukaneka. Daalam aktiviti sukenaka juga bakat kepimpinan murid dapat
dicungkil kerana setiap kumpulan mempunyai seorang ketua. Kepimpinan adalah
pengaruh atau proses mempengaruhi manusia yang lain supaya mereka dapat
berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama. Kepimpinan juga
boleh didefinisikan kemahiran untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah
sikap dan tingkah laku iaitu murid-murid lain untuk mencapai matlamat (Aznan Che
Ahmad, Syed Mohamad Syed Abdullah, Salizawati Omar & Mona Lim, 2015)

Selain itu, program ini telah melatih saya dan rakan-rakan dari segi
kemahiran menguruskan program.Kemahiran-kemahiran seperti ini penting untuk
saya dan rakan-rakan gunakan semasa berada di sekolah kelak. Selain itu, program
ini juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada siswa guru untuk bekerjasama
dan menerima tunjuk ajar daripada guru-guru yang lebih berpengalaman di sekolah.
Dengan pengalaman yang kami perolehi semasa menjalankan program diharapkan
agar kami dapat menjadi guru-guru yang berkaliber di sekolah kelak.

4.0 Kelemahan

Namun begitu, masih terdapat kelemahan semasa program ini dijalankan


iaitu dari segi aspek pengurusan masa. Semasa program berjalan, aktiviti yang
dijalankan tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, aktivti
senamrobik tidak bermula tepat pada pukul 7:45 pagi disebabkan oleh masalah
pembesar suara. Permasalah ini disebabkan oleh kami tidak memeriksa dan
merancang dahulu alatan pembesar suara yang boleh digunakan. Kegagalan
merancang dengan baik menyebabkan masa yang telah peruntukkan dibazirkan
begitu sahaja [ CITATION Nad14 \l 17417 ].

Kelemahan kedua yang terdapat semasa menjalankan program ini ialah


bilangan perserta yang tidak mencukupi. Pada perancangan awal kami, kami
menyasar untuk melibatkan murid Tahun 1 dan Tahun 6 dengan jumlah 25 orang
murid, Namun, semasa program ini dijalankan terdapat seramai empat orang murid
Tahun 1 dan dua orang murid Tahun 6 tidak hadir ke sekolah. Ketidakhadiran murid
sebegini agak mengganggu perjalanan program dan perancangan awal semasa
menjalankan aktiviti berkumpulan.

5.0 Cadangan Penambahbaikkan

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa yang


akan datang adalah ahli jawatankuasa tertinggi perlu sentiasa berhubung dengan
guru-guru di sekolah tersebut untuk memastikan keperluan-keperluan yang
diperlukan semasa program tersedia dan berfungsi dengan baik. Oleh itu, satu
mesyuarat perlu diadakan agar masalah tidak berlaku semasa program berjalan.
Menurut Faizal Sanusi (2015), berdasarkan Pekeliling Ikhtisas 4/1986, mesyuarat
merupakan satu medium untuk menyalurkan informasi kepada ahli-ahli yang lain
dengan tujuan untuk mengelakkan konflik dalam kalangan ahli.

Seterusnya, penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah sentiasa bersedia


dengan murid-murid Pendidikan khas yang sering tidak hadir ke sekolah. Untuk
menangani masalah ini pelaksana program boleh bersedia untuk mengambil murid-
murid dari kelas lain bagi menggantikan murid-murid yang tidak hadir. Dengan
persediaan seperti ini program akan lebih berjalan dengan lebih lancar.

6.0 Penutup

Program Fitt Hour ini telah berjalan dengan baik tanpa berlaku kemalangan atau
perkara yang tidak diingini. Murid-murid juga sangat seronok semasa program ini
dijalankan dan objektif telah dapat dicapai dengan jayanya. Diharapkan murid-murid
dapat menggunakan ilmu yang diperoleh semasa program ini untuk meningkatkan
kualiti hidup mereka.
7.0 Rujukan

Aznan Che Ahmad, Syed Mohamad Syed Abdullah, Salizawati Omar & Mona Lim.
(2015). Program Kepimpinan Pengawas – Sekolah Kebangsaan Convent
Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Faizal Sanusi. (2015, April). Kepentingan Pengurusan Mesyuarat. Retrieved from


Institut Koperasi Malaysia: www.mkm.edu.my/awam-kepentingan-
pengurusan-mesyuarat-/html1

Nadhirah Aznan & Noraini Shamsuddin. (2014). Persepsi Mahasiswa Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Terhadap Amalan Pengurusan Masa.
Bangi: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Pulau Pinang:
Univerisiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai