Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
(PPISMP)

[SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH]


(AMBILAN JUN 2019)
KERJA KURSUS PROJEK
SEMESTER 2 TAHUN 1
SESI JAN – MEI 2020

NAMA PELAJAR : KELVIN HII LU MING


NO KAD PENGENALAN : 010124130835
ANGKA GILIRAN : 2019072310232
KUMPULAN/UNIT : PPISMP / SEJARAH SJKC 1
SESI/TAHUN : JAN – MEI 2020 / 1
KOD/NAMA KURSUS : GWP1092 / WACANA PENULISAN

TUGASAN 4
TAJUK TUGASAN PENULISAN ESEI II

TARIKH MULA 2 MAC 2020

TARIKH HANTAR 19 MAC 2020

NAMA PENSYARAH : DR. SHUKIMAN BIN SUKARDI


JABATAN / UNIT : JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PROFESIONALISME KEGURUAN
TANDATANGAN TARIKH
Dengan ini saya mengaku bahawa
saya telah menerima maklum balas
dari pensyarah kerja kursus ini dan
saya telah merujuk dan
memahaminya.

PENGHARGAAN

Saya Kelvin Hii Lu Ming amat bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus (GWP 1092) iaitu Wacana Penulisan dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Dr. Shukiman Bin Sukardi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi
saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan kepada saya tentang apa yang saya alpa. Mereka membantu saya
menjawab setiap pertanyaan yang saya tanya kepada mereka.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau
sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1-2


1.1 Penyataan Masalah
1.2 Tujuan Kajian
1.3 Persoalan Kajian
2.0 Sorotan Literatur 3

3.0 Metadologi Kajian 4


4.0 Dapatan dan Perbincangan Kajian 5-13
4.1 Dapatan 1, Dapatan 2 dan Dapatan 3
5.0 Kesimpulan dan Cadangan 14
5.1 Kesimpulan
5.2 Cadangan
6.0 Rujukan 15
1.0 Pengenalan

Bersenam merupakan satu gaya hidup yang harus diamalkan oleh kita dalam
kehidupan seharian kerana ia akan mendatangkan banyak faedah kepada tubuh badan kita.
Bersenam dapat menyihatkan tubuh badan kita dan dapat mencegah diri dari sebarang
penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kita. Bak kata pepatah, ‘mencegah lebih baik
daripada mengubati’, oleh itu kita haruslah menjalankan aktiviti bersenam supaya dapat
mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Tambahan pula, bersenam dapat menjamin tahap
kesihatan sentiasa berada di keadaan yang baik.

Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG), kita haruslah
mempunyai tubuh badan yang cergas dan sihat. Sebabnya, memiliki kesihatan tubuh badan
yang sihat agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Jika seseorang guru tidak
tubuh badan yang sihat, maka dia akan sentiasa mengambil cuti sakit. Hal ini akan
menyebabkan Pelaksanaan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) dan sukatan
pelajaran tidak dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Kesannya, para murid akan
mengalami masalah dalam pembelajaran dan peperiksaan.

Kajian ini akan membincang tentang pelajar IPG Kampus Gaya bersenam berapa jam
dalam seminggu. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan mempamerkan berapa jam
bersenam yang akan dilakukan oleh pelajar IPG Kampus Gaya dalam seminggu.
Seterusnya, kertas ini akan mengulas hasil kajian dan mengemukakan cadangan-cadangan
bagi meningkatkan lagi minat bersenam.
1.1 Penyataan Masalah

Kemerosotan minat pelajar IPG Kampus Gaya untuk membuat senaman. Hal ini kerana
pelajar IPG Kampus Gaya banyak menumpukan perhatian dalam pembelajaran sehingga
mengabaikan kepentingan melakukan aktiviti senaman. Sesetengah pelajar juga malas
untuk melakukan aktiviti senaman kerana mereka berasa bersenam merupakan aktiviti yang
membazirkan masa. Selain itu, mereka lebih rela menggunakan masa lapang untuk
membaca buku dan menyiapkan kerja rumah. Kebanyakkan masa pelajar IPG Kampus
Gaya digunakan untuk menghadiri kuliah dan mengakibatkan mereka tidak mempunyai
masa ruang untuk bersenam.

1.2 Tujuan Kajian

(a) Mengenalpasti dan meninjau sejauh mana minat bersenam di kalangan pelajar di
kalangan IPG Kampus Gaya.

(b) Mengenal pasti tujuan pelajar IPG Kampus Gaya bersenam.

(c) Meninjau sejauh manakah pelajar IPG Kampus Gaya meletakkan kegiatan senaman
dalam kehidupan harian mereka.

1.3 Persoalan Kajian

Berlandaskan objektif kajian di atas maka kajian ini akan cuba menjawab persoalan berikut:

(a) Jam yang digunakan oleh pelajar IPG Kampus Gaya untuk bersenam.

(b) Waktu yang terbanyak dipilih oleh pelajar IPG Kampus Gaya untuk menjalankan
senaman.

(c) Jantina yang menggunakan banyak masa dalam menjalankan senaman.


2.0 Sorotan Literatur

Menurut kajian yang dibuat oleh Widayati Harun, Anuar Din dan Salleh Abd. Rashid
(2017), mereka telah mengenalkan pendapat dan pandangan yang lebih berkesan dalam
meningkatkan motivasi serta mengatasi halangan dalam melakukan senaman secara
menyeluruh.

Namun, maklumat yang dikumpul oleh mereka tidak menyeluruh kerana kajian ini tidak
mempunyai data yang speksifik. Buktinya, mereka tidak mengkaji jantina yang paling banyak
bersenam dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian kami telah menambah maklumat yang
lebih speksifik tentang masa senaman yang dilakukan oleh setiap janita dalam kalangan
pelajar. Hal ini kerana jantina merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi masa untuk
bersenam.
3.0 Metadologi Kajian

Kajian yang dilakukan oleh kami telah dijalankan dengan lancar dan cepat. Sebabnya,
kita telah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu Google Form
untuk mengumpul maklumat yang diperlu oleh kajian kami. Melalui kaedah ini kami dapat
memperolehi maklumat dalam masa yang singkat. Kajian ini telah melibatkan seramai 50
orang pelajar IPG Kampus Gaya melalui soal selidik. Berdasarkan kajian ini, kita dapat
mengenal pasti masa yang digunakan oleh pelajar IPG Kampus Gaya untuk melakukan
senaman selama seminggu, waktu senaman, jantina dan jumlah hari melakukan senaman
dalam seminggu.

Cara atas talian iaitu Google Form telah membantu kami mejimatkan masa untuk
mengumpul data. Kemajuan teknologi yang canggih telah benyak membawa kebaikan dan
kemudahan kepada masyarakat pada hari ini. Kami telah menyebarkan borang Google
kepada pelajar IPG Kampus Gaya melalui media sosial seperti Whatsapp dan Instagram.
Melalui cara ini, kami dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mengumpul data. Hal ini
kerana kita tidak perlu keluar dari rumah untuk mencari orang satu demi satu untuk mengisi
borang kami. Selain daripada itu, kami dapat menjimatkan kos dan sumber hutan kerana
kami tidak perlu menggunakan banyak kertas untuk mencetakkan borang.
4.0 Dapatan dan Perbincangan Kajian

Lingkungan umur responden dalam kajian yang dijalankan ini adalah antara 18 hingga
25 tahun. Menurut kajian yang kita lakukan dapat mengetahui bahawa kebanyakkan
responden melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Kajian ini telah
melibatkan seramai 50 orang pelajar IPG Kampus Gaya.

4.1 Dapatan 1, Dapatan 2 dan Dapatan 3

Dapatan 1

(a) Jantina Pelajar

Carta 1: Jantina Pelajar

Carta 1 ini menunjukkan jantina para pelajar yang menjawab soal selidik yang
dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan 60% iaitu 30 orang pelajar perempuan dan 40%
iaitu 20 orang pelajar lelaki telah menjawab soal selidik ini.
(b) Jumlah kali bersenam dalam seminggu

Rajah 2: Jumlah kali bersenam dalam seminggu

Merujuk rajah 2 telah menunjukkan paling banyak pelajar yang bersenam 5 kali
seminggu. Buktinya, terdapat seramai 19 orang pelajar iaitu 19% bersenam 5 kali.
Seterusnya ialah 11 orang pelajar iaitu 22% telah bersenam 6 kali seminggu manakala
terdapat sebanyak 9 orang pelajar iaitu 18% telah melakukan aktiviti senaman 4 kali
seminggu. Pelajar yang melakukan aktiviti senaman 3 kali seminggu adalah lebih daripada
pelajar yang hanya bersenam 2 kali seminggu iaitu 4 orang (8%) dan 3 orang (6%). Akhir
sekali, pelajar yang bersenam 1 kali dan 7 kali dalam seminggu adalah sama iaitu 2 orang.
(c) Waktu Bersenam

Rajah 3: Waktu Bersenam

Berdasarkan rajah di atas telah membuktikan bahawa terdapat 30 orang pelajar di IPG
Kampus Gaya lebih suka bersenam pada waktu senja. Lihat dari perseptif lain kita dapat
mengetahui bahawa terdapat 13 orang pelajar iaitu 26% bersenam pada waktu petang.
Akhir sekali, lebih kurang pelajar suka bersenam pada waktu pagi dan malam. Hal ini kerana
hanya terdapat 4 orang pelajar yang bersenam pada waktu malam manakala 3 orang pelajar
sahaja yang bersenam pada waktu pagi.
(d) Jumlah jam bersenam seminggu

Rajah 4: Jumlah jam bersenam seminggu

Rajah di atas telah menunjukkan bahawa 7 hingga 9 jam merupakan jumlah jam yang
paling banyak dipilih oleh pelajar iaitu seramai 25 orang di IPG Kampus Gaya. Namun, 13
hingga 15 jam merupakan jumlah jam yang paling kurang dipilih oleh pelajar iaitu hanya 3
orang pelajar memilih. Sebabnya, pelajar IPG Kampus Gaya sibuk untuk menghadiri kuliah
dan menyiapkan kerja kursus. Oleh itu, mereka tidak menekankan dalam aktivti senaman.
Seterusnya, merujuk kepada rajah 4 kita dapat mengetahui terdapat 10 orang pelajar iaitu
20% yang bersenam 4 hingga 6 jam. Akhir sekali, menurut rajah tersebut kita boleh melihat
bahawa mempunyai 7 orang pelajar bersenam 1 hingga 3 jam dan terdapat 5 orang pelajar
bersenam 10 hingga 12 jam dalam seminggu.
Dapatan 2

A) Data Tak Terkumpul

1 2 1 12 2 10 3 11 2 11
1 11 13 6 14 6 15 4 5 4
4 6 4 4 4 7 7 8 9 7
8 7 8 7 8 7 8 8 9 8
7 8 7 7 7 8 7 8 8 8

B) Batang Dan Daun

Stem Leaf

0 1,1,2,2,2,3,3,4,4,4,4,4,5,5,6,6,6,7,7,7,7,7,7,7,7,7,7,7,8,8,8,8,8,8,8,8,8,8,9,9

1 0,1,1,1,2,3,4,5

C) Kotak Dan Misai


D) CARTA PAI

Rajah 1: Carta Pai

E) HISTOGRAM

Rajah 2: Histogram
F) POLIGON KEKERAPAN

Rajah 3: Poligon Kekerapan

G) OGIF

Rajah 4: Ogif
H) Jadual

Laporan Kajian GSA 1072 tentang kekerapan seorang pelajar bersenam dalam masa
tempoh seminggu di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.

Selan Titik Kekerapan Kekerapan ( x ) ( x−x́ ) ( x−x́ )2 ( x−x́ )2 x2 f x2


g tengah () longgokan
Kelas (x)
1-3 2 7 7 14 -5.22 27.25 190.75 4 28
4-6 5 10 17 50 -2.22 4.93 49.3 25 250
7-9 8 25 42 200 0.78 0.61 15.25 64 1600
10-12 11 5 47 55 3.78 14.29 71.45 121 605
13-15 14 3 50 42 6.78 45.97 137.91 196 588
 = 50 ( x ( x−x x2 f x2
)=361 )2 =410 =3071
=464.66

f 1 x1 + f 2 x 2 + f 3 x 3 +f 4 x 4+ f 5 x 5+ f 6 x 6
a. Min, x́ =

( 2 )( 7 )+ (5 )( 10 ) + ( 8 )( 25 ) + ( 11 )( 5 ) + ( 14 )( 3 )
=
50

361
=
50

= 7.22

N
b. Median =
L+
2
−F
fm
C ( ) OR cerapan,
50
2
= 25

 Cerapan ke-25 dijatuh pada selang kelas (7-9). Maka, kelas median ialah (7-9).

L= sempadan bawah = 6.5,

F= kekerapan longgokkan pada depan selang kelas median =35,

f m=25, dan
C = 9.5-6.5

=3

Median = 6.5+ ( 25−35


25 )
3

= 6.5-1.2

=5.3

∆1
c. Mod = L+
( ∆ 1+ ∆ 2
C )
Kelas Mod = (7-9)
L= 6.5

∆ 1 = 25-10=15

∆ 2= 25-5=20

Mod = 6.5+ ( 15+1520 ) 3


= 6.5+1.27

=7.77

Menurut dapatan kajian ini, kami mendapat min ialah 7.32 , median ialah 5.3 dan mod ialah
7.77

Dapatan 3

2
d. Varians = f x − x́ 2

3071
= −7.22 2
50

= 61.42-52.13
= 9.29

(x−x́)2
e. Sisihan piawai =
√ N
= √ 9.29

= 3.05
Konklusinya, varians dalam kajian ini ialah 9.29 dan sisihan piawai ialah 3.0

5.0 Kesimpulan Dan Cadangan

5.1 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang kami lakukan, kita mendapati bahawa pelajar IPG Kampus
Gaya kurang bersenam dalam seminggu. Buktinya, purata pelajar IPG Kampus Gaya
bersenam seminggu ialah 7.22 jam. Masa bersenam ini adalah agak pendek dalam tempoh
masa sebulan. Hal ini kerana mereka banyak fokus dalam mengulang kaji pelajaran dan
mereka tidak bijak menguruskan masa dengan baik. Sebagai contoh, mereka tidak kerap
membuat senaman dalam seminggu. Ini akan menjejaskan kesihatan mereka.

5.2 Cadangan

Cadangan untuk menyelesaikan masalah terhadap pelajar IPG Kampus Gaya kurang
bersenam ialah menetapkan satu jadual masa yang seimbang antara pembelajaran dan
kesihatan. Pelajar hendaklah menjalankan aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan supaya
pelajar dapat menggunakan masa dengan lebih berkesan. Contohnya, pelajar boleh
menggunakan masa selepas kuliah untuk melakukan aktiviti senaman . Melalui kaedah ini,
pelajar dapat menetapkan maklamat mereka. Matlamat yang jelas membolehkan pelajar
merancang aktiviti dan mengurus dengan baik. Selain itu, mereka dapat membahagikan
beberapa bahagian matlamat seperti matlamat jangka masa pendek iaitu membuat
senaman sekurang-kurang 5 kali seminggu selama 10 jam.

Cadangan yang seterusnya ialah kita boleh bersenam bersama dengan rakan sebaya
kita. Mereka tidak akan berasa bosan semasa bersenam kerana terdapat seorang kawan
yang berteman apabila melakukan aktiviti senaman. Pelajar boleh mencari kawan yang
berminat dalam bersukan supaya kita tidak mudah berputus asa. Hal ini demikian kerana
kawan merupakan satu motivasi kepada pelajar dan menggalakkan pelajar menjalankan
aktivti senaman. Sebagai contoh, kawan akan mengajak mereka untuk melakukan aktiviti
senaman.

Tambahan pula, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk memupuk
pelajar bersenam. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen dan mengedarkan risalah
tentang kepentingan bersukan dalam IPG Kampus Gaya. Secara tidak langsung, pelajar
akan menyedari bahawa kepentingan bersukan. Di samping itu, pihak sekolah boleh
mewajibkan pelajar menyertai senamrobik dalam setiap minggu dan menggalakkan pelajar
mengambil acara dalam Hari Sukan.

6.0 Rujukan

Anuar Din, Widayati Harun dan Salleh Abd. Rashid. (2017). Sikap dan Amalan Aktiviti
Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan,
20(2), 91-119. Dimuat turun pada 3 Mac, 2020 dari :
http://www.jpp.edu.my/index.php/journal/singleJournal/49

Mohd Faizal Jan. (2013), Program Kesihatan Sekolah. Diakses Februari 29, 2020, dari
: https://www.slideshare.net/MohdFaizalJan/program-
kesihatan-sekolah

Percy Shew. (2012). Langkah Memupuk Minat Terhadap Sukan. Diakses Mac 1, 2020, dari :
https://www.scribd.com/doc/108980434/Langkah-Memupuk-Minat-Terhadap-Suk an

Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhida Abu Bakar, Fatimah Rozihan Wan


Muhammad. (2015). Statistik Asas. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai