Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan
Bersenam merupakan satu gaya hidup yang harus diamalkan oleh kita dalam
kehidupan seharian kerana ia akan mendatangkan banyak faedah kepada tubuh
badan kita. Bersenam dapat menyihatkan tubuh badan kita dan dapat mencegah diri
dari sebarang penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kita. Bak kata pepatah,
‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, oleh itu kita haruslah menjalankan aktiviti
bersenam supaya dapat mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Tambahan pula,
bersenam dapat menjamin tahap kesihatan sentiasa berada di keadaan yang baik.
Sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG), kita haruslah
mempunyai tubuh badan yang cergas dan sihat. Sebabnya, memiliki kesihatan tubuh
badan yang sihat agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Jika seseorang
guru tidak tubuh badan yang sihat, maka dia akan sentiasa mengambil cuti sakit. Hal
ini akan menyebabkan Pelaksanaan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) dan
sukatan pelajaran tidak dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Kesannya,
para murid akan mengalami masalah dalam pembelajaran dan peperiksaan.
Kajian ini akan membincang tentang pelajar IPG Kampus Gaya bersenam
berapa jam dalam seminggu. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan
mempamerkan berapa jam bersenam yang akan dilakukan oleh pelajar IPG Kampus
Gaya dalam seminggu. Seterusnya, kertas ini akan mengulas hasil kajian dan
mengemukakan cadangan-cadangan bagi meningkatkan lagi minat bersenam.

1.1 Penyataan Masalah


Kemerosotan minat pelajar IPG Kampus Gaya untuk membuat senaman. Hal ini
kerana pelajar IPG Kampus Gaya banyak menumpukan perhatian dalam
pembelajaran sehingga mengabaikan kepentingan melakukan aktiviti senaman.
Sesetengah pelajar juga malas untuk melakukan aktiviti senaman kerana mereka
berasa bersenam merupakan aktiviti yang membazirkan masa. Selain itu, mereka
lebih rela menggunakan masa lapang untuk membaca buku dan menyiapkan kerja
rumah. Kebanyakkan masa pelajar IPG Kampus Gaya digunakan untuk menghadiri
kuliah dan mengakibatkan mereka tidak mempunyai masa ruang untuk bersenam.
1.2 Tujuan Kajian
(a) Mengenalpasti dan meninjau sejauh mana minat bersenam di kalangan pelajar di
kalangan IPG Kampus Gaya.
(b) Mengenal pasti tujuan pelajar IPG Kampus Gaya bersenam.
(c) Meninjau sejauh manakah pelajar IPG Kampus Gaya meletakkan kegiatan
senaman dalam kehidupan harian mereka.

1.2.2 Persoalan Kajian


Berlandaskan objektif kajian di atas maka kajian ini akan cuba menjawab persoalan
berikut:
(a) Jam yang digunakan oleh pelajar IPG Kampus Gaya untuk bersenam.
(b) Waktu yang terbanyak dipilih oleh pelajar IPG Kampus Gaya untuk menjalankan
senaman.
(c) Jantina yang menggunakan banyak masa dalam menjalankan senaman.

2.0 Sorotan Literatur


Menurut kajian yang dibuat oleh Widayati Harun, Anuar Din dan Salleh Abd.
Rashid (2017), mereka telah mengenalkan pendapat dan pandangan yang lebih
berkesan dalam meningkatkan motivasi serta mengatasi halangan dalam melakukan
senaman secara menyeluruh.
Namun, maklumat yang dikumpul oleh mereka tidak menyeluruh kerana kajian
ini tidak mempunyai data yang speksifik. Buktinya, mereka tidak mengkaji jantina
yang paling banyak bersenam dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian kami telah
menambah maklumat yang lebih speksifik tentang masa senaman yang dilakukan
oleh setiap janita dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana jantina merupakan salah
satu faktor yang mempengaruhi masa untuk bersenam.

3.0 Metadologi Kajian


Kajian yang dilakukan oleh kami telah dijalankan dengan lancar dan cepat.
Sebabnya, kita telah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu
Google Form untuk mengumpul maklumat yang diperlu oleh kajian kami. Melalui
kaedah ini kami dapat memperolehi maklumat dalam masa yang singkat. Kajian ini
telah melibatkan seramai 50 orang pelajar IPG Kampus Gaya melalui soal selidik.
Berdasarkan kajian ini, kita dapat mengenal pasti masa yang digunakan oleh pelajar
IPG Kampus Gaya untuk melakukan senaman selama seminggu, waktu senaman,
jantina dan jumlah hari melakukan senaman dalam seminggu.
Cara atas talian iaitu Google Form telah membantu kami mejimatkan masa
untuk mengumpul data. Kemajuan teknologi yang canggih telah benyak membawa
kebaikan dan kemudahan kepada masyarakat pada hari ini. Kami telah
menyebarkan borang Google kepada pelajar IPG Kampus Gaya melalui media sosial
seperti Whatsapp dan Instagram. Melalui cara ini, kami dapat menjimatkan masa dan
tenaga untuk mengumpul data. Hal ini kerana kita tidak perlu keluar dari rumah untuk
mencari orang satu demi satu untuk mengisi borang kami. Selain daripada itu, kami
dapat menjimatkan kos dan sumber hutan kerana kami tidak perlu menggunakan
banyak kertas untuk mencetakkan borang.

4.0 Dapatan dan Perbincangan Kajian


Lingkungan umur responden dalam kajian yang dijalankan ini adalah antara 18
hingga 25 tahun. Menurut kajian yang kita lakukan dapat mengetahui bahawa
kebanyakkan responden melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 1 kali
seminggu. Kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang pelajar IPG Kampus Gaya.

4.1 Dapatan dan Perbincangan Kajian


Dapatan 1
(a) Jantina Pelajar

Carta 1: Jantina Pelajar


Carta 1 ini menunjukkan jantina para pelajar yang menjawab soal selidik yang
dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan 60% iaitu 30 orang pelajar perempuan dan
40% iaitu 20 orang pelajar lelaki telah menjawab soal selidik ini.

(b) Jumlah kali bersenam dalam seminggu


Rajah 2: Jumlah kali bersenam dalam seminggu
Merujuk rajah 2 telah menunjukkan paling banyak pelajar yang bersenam 5 kali
seminggu. Buktinya, terdapat seramai 19 orang pelajar iaitu 19% bersenam 5 kali.
Seterusnya ialah 11 orang pelajar iaitu 22% telah bersenam 6 kali seminggu
manakala terdapat sebanyak 9 orang pelajar iaitu 18% telah melakukan aktiviti
senaman 4 kali seminggu. Pelajar yang melakukan aktiviti senaman 3 kali seminggu
adalah lebih daripada pelajar yang hanya bersenam 2 kali seminggu iaitu 4 orang
(8%) dan 3 orang (6%). Akhir sekali, pelajar yang bersenam 1 kali dan 7 kali dalam
seminggu adalah sama iaitu 2 orang.

(c) Waktu Bersenam


Rajah 3: Waktu Bersenam
Berdasarkan rajah di atas telah membuktikan bahawa terdapat 30 orang pelajar
di IPG Kampus Gaya lebih suka bersenam pada waktu senja. Lihat dari perseptif lain
kita dapat mengetahui bahawa terdapat 13 orang pelajar iaitu 26% bersenam pada
waktu petang. Akhir sekali, lebih kurang pelajar suka bersenam pada waktu pagi dan
malam. Hal ini kerana hanya terdapat 4 orang pelajar yang bersenam pada waktu
malam manakala 3 orang pelajar sahaja yang bersenam pada waktu pagi.

(d) Jumlah jam bersenam seminggu


Rajah 4: Jumlah jam bersenam seminggu
Rajah di atas telah menunjukkan bahawa 7 hingga 9 jam merupakan jumlah jam
yang paling banyak dipilih oleh pelajar iaitu seramai 25 orang di IPG Kampus Gaya.
Namun, 13 hingga 15 jam merupakan jumlah jam yang paling kurang dipilih oleh
pelajar iaitu hanya 3 orang pelajar memilih. Sebabnya, pelajar IPG Kampus Gaya
sibuk untuk menghadiri kuliah dan menyiapkan kerja kursus. Oleh itu, mereka tidak
menekankan dalam aktivti senaman. Seterusnya, merujuk kepada rajah 4 kita dapat
mengetahui terdapat 10 orang pelajar iaitu 20% yang bersenam 4 hingga 6 jam.
Akhir sekali, menurut rajah tersebut kita boleh melihat bahawa mempunyai 7 orang
pelajar bersenam 1 hingga 3 jam dan terdapat 5 orang pelajar bersenam 10 hingga
12 jam dalam seminggu.

Dapatan 2
A) Data Tak Terkumpul
1 2 1 12 2 10 3 11 2 11
1 11 13 6 14 6 15 4 5 4
4 6 4 4 4 7 7 8 9 7
8 7 8 7 8 7 8 8 9 8
7 8 7 7 7 8 7 8 8 8

B) Batang Dan Daun


Stem Leaf

0 1,1,2,2,2,3,3,4,4,4,4,4,5,5,6,6,6,7,7,7,7,7,7,7,7,7,7,7,8,8,8,8,8,8,8,8,8,8,9,9

1 0,1,1,1,2,3,4,5

C) Kotak Dan Misai

D) CARTA PAI
Rajah 1: Carta Pai
E) HISTOGRAM

Rajah 2: Histogram

F) POLIGON KEKERAPAN
Rajah 3: Poligon Kekerapan
G) OGIF

Rajah 4: Ogif
H) Jadual
Laporan Kajian GSA 1072 tentang kekerapan seorang pelajar bersenam dalam
masa tempoh seminggu di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Selan Titik Kekerapan Kekerapan ( x ) ( x−x́ ) ( x−x́ )2 ( x−x́ )2 x2 f x2
g tengah () longgokan
Kelas (x)
1-3 2 7 7 14 -5.22 27.25 190.75 4 28
4-6 5 10 17 50 -2.22 4.93 49.3 25 250
7-9 8 25 42 200 0.78 0.61 15.25 64 1600
10-12 11 5 47 55 3.78 14.29 71.45 121 605
13-15 14 3 50 42 6.78 45.97 137.91 196 588
 = 50 ( x ( x−x x2 f x2
)=361 )2 =410 =3071
=464.66

f 1 x1 + f 2 x 2 + f 3 x 3 +f 4 x 4+ f 5 x 5+ f 6 x 6
a. Min, x́ =

( 2 )( 7 )+ (5 )( 10 ) + ( 8 )( 25 ) + ( 11 )( 5 ) + ( 14 )( 3 )
=
50
361
=
50
= 7.22

N
b. Median =
L+
2
−F
fm
C ( ) OR cerapan,
50
2
= 25

 Cerapan ke-25 dijatuh pada selang kelas (7-9). Maka, kelas median ialah
(7-9).

L= sempadan bawah = 6.5,


F= kekerapan longgokkan pada depan selang kelas median =35,
f m=25, dan
C = 9.5-6.5
=3
Median = 6.5+ ( 25−35
25 )
3

= 6.5-1.2
=5.3

∆1
c. Mod = L+
( ∆ 1+ ∆ 2
C )
Kelas Mod = (7-9)
L= 6.5
∆ 1 = 25-10=15
∆ 2= 25-5=20

Mod = 6.5+ ( 15+1520 ) 3


= 6.5+1.27
=7.77
Menurut dapatan kajian ini, kami mendapat min ialah 7.32 , median ialah 5.3 dan
mod ialah 7.77

Dapatan 3
2
d. Varians = f x − x́ 2

3071
= −7.22 2
50
= 61.42-52.13
= 9.29

(x−x́)2
e. Sisihan piawai =
√ N
= √ 9.29
= 3.05

Konklusinya, varians dalam kajian ini ialah 9.29 dan sisihan piawai ialah 3.0
5.0 Kesimpulan Dan Cadangan
5.1 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang kami lakukan, kita mendapati bahawa pelajar IPG
Kampus Gaya kurang bersenam dalam seminggu. Buktinya, purata pelajar IPG
Kampus Gaya bersenam seminggu ialah 7.22 jam. Masa bersenam ini adalah agak
pendek dalam tempoh masa sebulan. Hal ini kerana mereka banyak fokus dalam
mengulang kaji pelajaran dan mereka tidak bijak menguruskan masa dengan baik.
Sebagai contoh, mereka tidak kerap membuat senaman dalam seminggu. Ini akan
menjejaskan kesihatan mereka.

5.2 Cadangan
Cadangan untuk menyelesaikan masalah terhadap pelajar IPG Kampus Gaya
kurang bersenam ialah menetapkan satu jadual masa yang seimbang antara
pembelajaran dan kesihatan. Pelajar hendaklah menjalankan aktiviti mengikut jadual
yang ditetapkan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan lebih berkesan.
Contohnya, pelajar boleh menggunakan masa selepas kuliah untuk melakukan
aktiviti senaman . Melalui kaedah ini, pelajar dapat menetapkan maklamat mereka.
Matlamat yang jelas membolehkan pelajar merancang aktiviti dan mengurus dengan
baik. Selain itu, mereka dapat membahagikan beberapa bahagian matlamat seperti
matlamat jangka masa pendek iaitu membuat senaman sekurang-kurang 5 kali
seminggu selama 10 jam.
Cadangan yang seterusnya ialah kita boleh bersenam bersama dengan rakan
sebaya kita. Mereka tidak akan berasa bosan semasa bersenam kerana terdapat
seorang kawan yang berteman apabila melakukan aktiviti senaman. Pelajar boleh
mencari kawan yang berminat dalam bersukan supaya kita tidak mudah berputus
asa. Hal ini demikian kerana kawan merupakan satu motivasi kepada pelajar dan
menggalakkan pelajar menjalankan aktivti senaman. Sebagai contoh, kawan akan
mengajak mereka untuk melakukan aktiviti senaman.
Tambahan pula, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk
memupuk pelajar bersenam. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen dan
mengedarkan risalah tentang kepentingan bersukan dalam IPG Kampus Gaya.
Secara tidak langsung, pelajar akan menyedari bahawa kepentingan bersukan. Di
samping itu, pihak sekolah boleh mewajibkan pelajar menyertai senamrobik dalam
setiap minggu dan menggalakkan pelajar mengambil acara dalam Hari Sukan.

6.0 Rujukan
Anuar Din, Widayati Harun dan Salleh Abd. Rashid. (2017). Sikap dan Amalan
Aktiviti Fizikal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pemikir Pendidikan,
20(2), 91-119. Dimuat turun pada 3 Mac, 2020 dari :
http://www.jpp.edu.my/index.php/journal/singleJournal/49

Mohd Faizal Jan. (2013), Program Kesihatan Sekolah. Diakses Februari 29, 2020,
dari :
https://www.slideshare.net/MohdFaizalJan/program-kesihatan-sekolah

Percy Shew. (2012). Langkah Memupuk Minat Terhadap Sukan. Diakses Mac 1,
2020, dari :
https://www.scribd.com/doc/108980434/Langkah-Memupuk-Minat-Terhadap-Suk
an

Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhida Abu Bakar, Fatimah Rozihan Wan


Muhammad. (2015). Statistik Asas. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai