Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 6 ambilan Januari
2012 akan menghadiri praktikum fasa 2 yang akan berlangsung selama 8 minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus
Kent,Tuaran saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 2 bulan
yang bermula pada 14 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Praktikum ini adalah
untuk subjek major iaitu Bahasa Malaysia manakala subjek minor ialah Pendidikan
Jasmani. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat
bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 4 Julai 2014 di Bilik
Aziz,IPG Kampus Kent. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Pairins .
Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan
praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum
dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak yang
telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga perlu menyediakan
portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh serta hasil
penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta rujukan di masa akan
datang
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari
guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat
penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut.
Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah
bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang.
Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan
yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya
jalankan. Selain itu, saya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Pada sesi
praktikum kali ini juga saya berazam untuk memperbaiki suara saya semasa
menyampaikan pengajaran serta tulisan saya sewaktu menulis di papan putih
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 4 Julai hingga 12 September
2014 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang bakal guru, saya mestilah sentiasa bersedia
dalam menghadapi segala cabaran yang datang untuk membentuk jati diri saya sebagai
seorang bakal pendidik. Saya pasti bahawa banyak yang bakal saya pelajari melalui
pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.

Anda mungkin juga menyukai