Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

NAMA GURU PELATIH: NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN


BILANGAN JURNAL:KE-2
MINGGU PRAKTIKUM: 2
TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN: 9/2/2015 /7/2014
TAJUK JURNAL:MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH/PERISTIWA
Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Semasa
saya masuk ke kelas untuk mengajar, satu masalah telah timbul iaitu semasa berkomunikasi
dengan murid-murid terutamanya ketika membuat aktiviti bersoal jawab dan juga ingin
memberikan arahan kepada murid. Menurut Norzilah Mazahar (2009). Komunikasi ialah satu
proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak, iaitu
penghantar dan penerima .Dalam konteks bilik darjah: perhubungan di antara orang dengan
orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk
percakapan atau gerak geri dan situasi ini berlaku antara guru (saya sendiri) dan murid-murid
d kelas 4 Bestari SK Pekan Tamparuli.
ANALISIS ISU/MASALAH
Masalah ini timbul disebabkan oleh:
1) Saya tidak mengingati nama-nama murid di dalam kelas 4 Bestari
2) Saya memanggil murid-murid berdasarkan keadaan fizikal, contohnya: yang baju
ungu, yang ketua kelas, yang pakai botol hijau
3) Saya tidak mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam
masa yang singkat.
KEKUATAN/KELEMAHAN.
Masalah ini perlu diatasi segera kerana masalah ini mampu menghalang komunikasi yang
lebih berkesan antara guru dan murid dan seterusnya membataskan guru untuk membina
hubungan yang positif dengan murid. Menurut Norzilah Mazahar(2009) salah satu amalan
aspek penting dalam membina komunikasi yang berkesan antara guru dan murid dalam bilik
darjah adalah dengan menggunakan nama murid ketika berinteraksi dengan mereka. Apabila
adanya komunikasi berkesan, barulah guru mudah untuk membina hubungan positif dengan
murid. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004) guru hanya dapat menjadi
pendorong kepada murid-muridnya apabila terdapat hubungan yang sihat dan positif.
CADANGAN MENYELESAIKAN ISU
1) Guru berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan kaedah
penulisan dan juga kaedah visual.

2) Guru membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap murid dalam
usaha mengingati nama-nama murid.
TEMPOH MASA UNTUK MENYELESAIKAN ISU
9/2/2015 hingga 13/2/2015
PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
1) Merangka pelan kedudukan murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.
2) Menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan Mengajar.
3) Mencari ciri luar biasa pada wajah atau fizikal murid untuk lebih senang mengingati
nama murid tersebut.
4) Mengambil gambar murid setiap seorang untuk memudahkan proses mengingati nama
murid.
5) Menyebut dengan jelas sambil cuba mengingati nama setiap murid sewaktu
memulangkan buku tulis murid.
KESIMPULAN
Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat
diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Salah satu aspek yang penting dalam
komunikasi berkesan ini adalah dengan mengingati nama murid. Oleh itu, saya akan
berusaha dalam tempoh yang sudah ditetapkan untuk mengingati nama murid-murid dalam
kelas 4 Bestari agar dapat mencapai komunikasi yang lebih berkesan selama saya mengajar
mata pelajaran bahasa Malaysia tahun 4 Bestari.
DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING
DISAHKAN OLEH PENSYARAH PEMBIMBING
TANDATANGAN:..

TANDATANGAN:.

NAMA

:...

NAMA

:.

TARIKH

TARIKH

:...

Faiz
Najw
Aima
Neo

farhan
Najw
Etha
Farid
Zaibon

syazree
Audrey
zuriatie
Najw
Jenifer
Rozaih
n Najw Elly almaleena

Anda mungkin juga menyukai