Anda di halaman 1dari 2

PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Waktu operasi PSS Sekolah: Isnin-Jumaat.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)

Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan
kemas, membuka kasut dan stoking sebelum masuk ke PSS.

Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja.
Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.

Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan iaitu kawasan kaunter sirkulasi.

Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di luar pusat sumber.

Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan
membuat bising dan mengganggu pelajar lain.

Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.

Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di
dalam pusat sumber.

Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.

Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.

Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.

Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa
pengawasan guru.

Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam
buku yang disediakan.
Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak
membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.

Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P atau bahan ICT mesti merekod
peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan
di kaunter sirkulasi.

Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan yang terdapat dalam PSS.

Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan
dikemas semula seperti asal.

Sila awasi pelajar ketika keluar dari pusat sumber.

Anda mungkin juga menyukai