Anda di halaman 1dari 5

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

NAMA PELAJAR : NORSHEILA BINTI ABDUL RAHMAN


NOMBOR MATRIK : MP1722147T
NAMA KURSUS : PENGURUSAN KESELAMATAN ICT DI
SEKOLAH
KOD KURSUS : TC60304
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. ABDUL SAID
AMBOTANG

TUGASAN INDIVIDU:

ULASAN ARTIKEL

1
Soalan Tugasan: Dapatkan satu artikel yang berkaitan pengurusan keselamatan
ICT. Buat ringkasan rumusan dari artikel berkenaan.

Tajuk Artikel: Aplikasi ICT dalam Pengurusan Rekod: Kajian Kes dalam Jabatan Kerja Raya
Malaysia

Nama Penulis: Nurul Ulfa Abd Aziz, Zawiyah M.Yusof dan Umi Asma Mokhtar

1.0 Latar Belakang


Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Nurul Ulfa Abd Aziz, Zawiyah
M.Yusof dan Umi Asma Mokhtar berkenaan pengurusan rekod mengguna aplikasi
ICT dengan objektif untuk mengenal pasti tahap kesedaran tentang polisi mengurus
rekod mengguna aplikasi ICT, mengenal pasti tahap penerimaan prosedur mengurus
rekod mengguna aplikasi ICT, menyelidiki tahap penggunaan ICT dalam pengurusan
rekod, mengenal pasti hubungan antara polisi, prosedur dan penggunaan aplikasi
ICT dalam Jabatan Kerja Raya Malaysia, yang merupakan jabatan teknikal terbesar
di Malaysia. Artikel ini telah diterbitkan dalam Jurnal Teknologi Maklumat &
Multimedia 10 (2011):21-33, Universiti Kebangsaan Malaysia .Antara pembolehubah
yang telah dipilih dalam kajian ini ialah tahap kesedaran kakitangan tentang polisi
pengurusan rekod menggunakan aplikasi ICT di JKR Malaysia, tahap penerimaan
kakitangan tentang prosedur mengurus rekod menggunakan aplikasi ICT dan tahap
penggunaan aplikasi ICT dalam pengurusan rekod.

2.0 Sasaran Pembaca


Berdasarkan tajuk dan fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para akademik dan
prodessional yang berminat terhadap kajian yang berkaitan dengan bidang
pengurusan keselamatan ICT. Cara penyampaian maklumat dan ilmu memerlukan
kefahaman dan pengetahuan dalam bidang berkenaan dengan penggunaan statistik
inferens.

3.0 Ulasan Keseluruhan


Fokus utama kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian mengenai status
atau tahap pengurusan rekod mengguna ICT di JKR, Malaysia selain melihat tahap

2
atau status pengurusan rekod mengguna ICT. Analisis kajian turut melihat sama ada
polisi pengurusan rekod mengguna ICT diketahui dan difahami oleh pekerja yang
terlibat. Turut dianalisis ialah sama ada prosedur mengurus rekod mengguna ICT
diketahui, dirujuk dan diterima oleh kakitangan yang terlibat. Seterusnya, kajian
menganalisis tahap penggunaan ICT melalui sokongan pihak pengurusan, latihan
atau penerangan yang diberi, kemudahan yang disedia serta tahap penggunaan ICT
oleh kakitangan yang terlibat dalam mengurus atau mencipta rekod. Analisis data
berjaya menguji semua hipotesis kajian. Hipotesis kajian diguna bagi mengkaji
pengaruh cawangan dan jawatan terhadap tahap pemahaman polisi, penerimaan
prosedur dan penggunaan ICT. Selain daripada analisis data turut dibincang ialah
pendapat responden terhadap status pengurusan rekod menggunakan ICT.
Pengurusan rekod mengguna ICT masih belum mencapai tahap yang memuaskan
seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan tertinggi JKR.

4.0 Penilaian dan Reaksi

Tema utama artikel ini ialah tentang penggunaan ICT dalam pengurusan rekod di
JKR Malaysia. Isu yang dikemukakan oleh pengkaji ini menarik kerana sebagai
jabatan kerajaan yang terbesar di Malaysia, sudah tentu menjadi penanda aras bagi
kecekapan penjawat-penjawat awam dalam jebatan ini mengenai pengurusan rekod
menggunakan ICT.Sebagai seorang penyelidik, isu ini relevan untuk diutarakan bagi
memastikan kerancakkan aktiviti pentadbiran dengan pesatnya serta peningkatan
produktiviti dan daya saing negara dapat dicapai, maka merealisasikan penyampaian
perkhidmatan awam yang cekap bergantung kepada pemerkasaan ICT dalam
kalangan modal insan yang ada dalam sektor awam bagi mencapai perkhidmatan
berkualiti yang mesra pelanggan dan senang diakses, menjimatkan kos semua pihak,
mewujudkan mesra persekitaran, memastikan keutuhan kecekapan dan produktiviti
serta meningkatkan daya saing Negara. Setiap persoalan di dalam kajian ini dianalisis
menggunakan kaedah yang diyakini iaitu soal selidik bagi mengumpul data yang
dirujuk daripada instrument-instrumen pengkaji luar Negara yang mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Kajian rintis yang telah dijalankan juga
memberi keyakinan pada ketepatan data yang diiperolehi pengkaji. Pada pendapat
saya, metodologi yang digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah tinjauan
menggunakan soal selidik sangat sesuai dan pemilihan responden kajian iaitu terdiri

3
daripada kakitangan JKR Malaysia bertepatan dengan status JKR sebagai sebuah
organisasi yang paling banyak menghasilkan rekod yang perlu disimpan,
diselenggara, diurus dan ditadbir. Maklumat penting yang didapati daripada kajian ini
dapat digunakan oleh pengkaji lain bagi melanjutkan kajian ini pada masa akan
dating terutamanya tentang masalah yag dinyatakan oleh responden dalam
mengurus rekod dengan menggunakan ICT. Antara masalah yang dikenalpasti ialah
kekurangan latihan/penerangan,tidak cekap menggunakan ICT, Tiada pakar/ tempat
rujukan , kemudahan tidak mencukupi dan prosedur atau polisi yang kabur.
Maklumat ini juga boleh digunakan oleh pihak pengurusan bagi memperbaiki sistem
sedia ada.

5.0 Kesimpulan

Menerusi kajian ini, saya mendapati bahawa transformasi amat penting bagi
membentuk budaya ICT yang mengutamakan pemerkasaan intelektual serta
profesionalisme dalam kalangan penjawat awan kearah pelaksanaan sistem kerajaan
pintar. Penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) bagi memastikan mereka mampu memberikan
perkhidmatan cepat dan berkualiti kepada pelanggan. Kemahiran pengunaan ICT kini
adalah penting kerana kerajaan sedang berusaha melaksanakan sistem teknologi
dan aplikasi termoden dalam perkhidmatannya untuk rakyat. Sesetengah penjawat
awam yang enggan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dengan alasan faktor
usia , alasan itu tidak boleh diterima kerana penggunaan ICT adalah tanpa batasan
usia. Cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti kajian ini ialah agar
pengkaji dapat memperluaskan skop pemilihan responden tidak terhad kepada satu
jabatan kerajaan sahaja agar data yang diperolehi lebih menyeluruh dan pihak
pengurusan dapat menggunakan data tersebut sebagai rujukan untuk merangka
intervensi-intervensi tertentu bagi meningkatkan mutu penggunaan ICT dalam
pengursan rekod di jabatan-jabatan kerajaan .

4
Rujukan

Mingu Jumaan (2014) Pembudayaan ICT Dalam Sektor Awam. Seminar ICT 2014. Jabatan

Perkhidmatan Komputer Negara.

Nurul Ulfa Abd Aziz, Zawiyah M.Yusof dan Umi Asma’ (2011). Aplikasi ICT dalam

Pengurusan Rekod :Kajian Kes dalam Jabatan Kerja Raya Malaysia. Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia 10 (2011) :21-33

Anda mungkin juga menyukai