Anda di halaman 1dari 9

Laporan Pelaksanaan Internship

Nama Pelajar

:Nur Faseha Said

Program

:PISMP Matematik JANUARI 2012

Nama Sekolah

: Sk Sembulan, Kota Kinabalu

Nama projek/aktiviti

: Tangga Bahasa

Tempoh Pelaksanaan

: 21 Oktober hingga 23 Oktober

OBJEKTIF
1) Menjadikan sudut tangga bahasa sebagai pusat untuk pelajar menambah ilmu
pengetahuan.
2) Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.
3) Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan/kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam
persekolahan rendah kelak.
Strategi pelaksanaan

1) Perbincangan dengan mentor dan guru-guru bahasa Malaysia

tentang cadangan projek

yang akan dianjurkan oleh guru pelatih


2) Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar.
3) Bermesyuarat kali kedua dengan guru-guru yang terlibat dan mengumumkan ahli
jawatankuasa induk dan ahli jawatankuasa kerja.
4) Menyediakan barangan keperluan.
5) Memulakan proses menghias tangga bahasa .
Refleksi :
1) Kekuatan Projek
Setelah selesai menjalankan projek tangga bahasa ini, kami mendapati kekuatan utama di
dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik. Salah satu daripada
kekuatan tersebut ialah komitmen mentor dan guru-guru bahasa Malaysia yang sangat baik
dalam membantu kami melaksanakan projek internship berkumpulan ini. Mereka banyak
membantu dalam membimbing kami terutamanya dalam hal-hal penyediaan bahan susun
atur dan reka letak.
.
2) Kelemahan Projek/ Aktiviti
Kelemahan yang pertama adalah dari aspek gangguan daripada murid-murid. Tangga
bahasa ini terletak di kawasan laluan utama murid-murid dan guru untuk pergi ke kantin.
1

Apabila kami selesai melekatkan bahan-bahan yang bersesuaian pada dinding tersebut,
keesokkan harinya kami mendapati bahan tersebut telah dicabut, dikoyakkan dan juga
dibuang ke lantai. Hal ini telah melemahkan semangat kami untuk meneruskan projek
menghuas tangga tersebut. Selain itu, kami juga menghadapi masalah pengurusan masa
semasa menjalankan projek ini sehingga projek ini seringkali tertangguh dan tidak dapat
siap pada tempoh yang telah ditetapkan. Namun begitu, kami tetap meneruskan projek ini
dan bertekad untuk menyiapkan projek ini sebelum tamat tempoh internship di sekolah ini.
Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah semua guru mengambil langkah proaktif
dalam memastikan murid-murid tidak menganggu bahan-bahan yang telah dilekatkan di
sudut tangga bahasa ini. Selain itu, dengan keadaan murid yang gemar mengganggu
tersebut, kami juga mungkin boleh menghias tangga tersebut dengan hanya menggunakan
cat dan warna pelaka tanpa menggunakan sebarang bahan yang ditampal. Hal ini bagi
memastikan info-info yang diletakkan di sudut tersebut kekal lama dan boleh digunakan
sampai bila-bila.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, projek ini berjaya dilaksanakan dengan teratur dengan bantuan
gurwu-guru khususnya guru bahasa Malaysia di Sk Sembulan. Diharapkan projek ini akan
memberikan manfaat khususnya untuk murid-murid Sk Sembulan.

Dokumentasi Pelaksanaan Projek Tangga Bahasa


Sebelum

Anda mungkin juga menyukai