Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN Muka

Surat

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ULASAN KRITIS

2.1 Penilaian dan perbincangan kekuatan 2


jurnal

2.2 Penilaian dan perbincangan kelemahan 4


jurnal

2.3 Bagaimana maklumat dan jurnal dapat 5


membantu guru dalam Pdp

3.0 KESIMPULAN 6
1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan jurnal yang kritis, saya telah memilih jurnal
yang bertajuk “ PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH
MENENGAH SEKITAR DAERAH SENTUL, KUALA LUMPUR” . Jurnal ini adalah sebuah kajian
penulis NorFatin Syuhada Binti Abu Bakar dan Tajul Ariffin Bin Muhamad dari Faculty of Education,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. Tujuan jurnal ini adalah
untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani di Sekolah Menengah Sekitar Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Pada masa yang sama untuk
melihat perbandingan faktor penghalangnya dari aspek kemudahan, interpersonal dan intrapersonal
dengan faktor jantina dan bangsa. Oleh itu, penulis telah mengunakan kaedah pendekatan
kuantitatif dimana data dikumpul melalui soal selidik yang telah mereka disediakan. Penulis
mengatakan bahawa kaedah ini dapat memudahkan untuk memberi penerangan secara sistematik
mengenai fakta yang dikaji secara tepat. Dalam jurnal ini, penulis telah memberi pengenalan
mengenai pendidikan jasmani, masalah yang dihadapi olehnya dan juga penjelasan untuk kajian
yang telah mereka dilaksanakan bagi mengenalpasti dan membendung masalah tersebut. Lebih-
lebih lagi, penulis juga telah memberi pendapat mereka bagi masalah tersebut dan cara
menaganinya. Saya sanggup mengatakan bahawa jurnal ini merupakan sebuah jurnal yang baik
dengan isi kandungan yang ada dalamnya. Pada pandangan saya, jurnal ini berpotensi tinggi
menjadi sumber rujukan yang baik bagi orang lain untuk mengetahui cara penulis menyediakan
jurnal dan cara yang telah dilaksanakan oleh mereka mengenai kajian yang terdapat dalam jurnal
ini.

1
2.0 ULASAN KRITIS

2.1 Penilaian dan perbincangan kekuatan jurnal

Pertama sekali, dalam jurnal ini penulis telah memberi penerangan yang sunguh baik
mengenai pendidikan jasmani di bahagian pengenalan. Penulis memberi penerangan yang lanjut
dan secara umum mengenai maksud pendidikan dahulu. Diikuti dengan penjelasan mengenai,
pendidikan jasmani di sekolah, cara pelaksanaan pendidikan jasmani di sekolah, aspek tiga utama
yang terdapat dalam pendidikan jasmani dan kebaikan pendidikan jasmani kepada pelajar. Secara
tidak langsung, saya dapat melihat cara penulis menghuraikan subjek topik utama jurnal mereka
iaitu pendidikan jasmani dengan menjelaskan semua perkara. Dimula dengan pengertian
pendidikan sehingga kepada kepentingan pendidikan jasmani. Cara penulisan pengenalan ini dapat
memberi penerangan yang sangat jelas kepada pembaca dan pada masa yang sama sebarang
pertanyaan yang berkemungkinan wujud dalam minda pembaca juga dapat dijawab dengan
menjelaskan secara luas sebagaimana penulis telah lakukan. Perkara ini menjadi salah satu faktor
kekuatan jurnal ini. Tambahan pula, penulis telah menyertakan beberapa nama tokoh mengenai
penerangan yang tertentu dalam pengenalan agar contoh yang diberi oleh penulis diklasifikasikan
sebagai perkara yang kukuh dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Penulis telah menunjukkan
kebijaksanaan mereka di bahagian pengenalan dalam jurnal ini bagi memudahkan pembaca faham
maksud pendidikan jasmani dan mendapat gambaran yang jelas mengenainya.

Kedua, dalam bahagian penyataan masalah, penulis telah memberi contoh masalah yang
banyak mengenai ketidakstabilan pendidikan jasmani akibat kekurangan penglibatan pelajar di
sekolah. Penulis juga memberi banyak lagi faktor yang mendorong penyataan masalah tersebut
dengan menyatakan nama tokoh yang telah memberi maklumat tersebut dari hasil kajian mereka.
Ini menunjukkan kesunguhan penulis untuk mencari sumber masalah yang telah dinyatakan oleh
orang lain dan juga alasan penulis berbuat demikan. Iaitu, menujukkan kesahihan maklumat yang
dikumpul oleh penulis dan memberi gambaran betapa seriusnya masalah yang sedang dihadapi
oleh pendidikan jasmani. Hal ini dapat memikat pembaca untuk mengetahui cara penulis analais
masalah tersebut dan pendapat yang telah penulis beri dalam bahagian seterunya di jurnal
tersebut. Dalam pada itu, penulis juga mengatakan objektif kajian mereka iaitu mengenalpasti
faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah dan Melihat perbandingan faktor penghalang (kemudahan, interpersonal dan
intrapersonal) dengan faktor jantina dan bangsa. Objektif dapat memberi gambaran yang jelas
kepada pembaca mengenai motif kajian yang dilaksnakan oleh penulis. Persoalan kajian juga turut
dinyatakan oleh penulis bagi memastikan pembaca dapat berfikir mengenai persoalan yang
dinyatakan dan memikat minat pembaca bagi mengetahui jawapan yang diberi oleh penulis dalam
kajian mereka di bahagian seterusnya dalam jurnal kajian mereka.

2
Selain itu, penulis telah membuat kajian literatur bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci dan sah mengenai semua penyataan di bahagian pengenalan dan penyataan masalah.
Contohnya, memberi lebih maklumat lanjut mengenai pengenalan terhadap pendidikan jasmani
dengan sertakan pendapat para tokoh mengenai perkara yang tertentu. Begitu juga dengan
masalah yang dihadapi oleh pendidikan jasmani. Penulis mengunakan kaedah yang sama bagi
memberi contoh penjelasan mengenai masalah-masalah tersebut. Seterusnya, penulis menyatakan
metodologi kajian. Hal ini bertujuan untuk memberitahu pembaca mengenai cara dan alasan
penggunaan kaedah melakukan kajian mereka. Pada bahagian ini, penulis mengatakan bahawa
kaedah yang mereka gunakan adalah soal selidik dan penggunaan borang soal selidik. Penulis juga
menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang respondan harus menjawab dan bahagian-
bahagian yang terkandung dalamnya. Perkara ini menujukkan kekuatan jurnal ini kerana penulis
memberi semua maklumat yang pembaca harus tahu ketika melakukan kajian dan memilih kaedah
yang digunakan oleh penulis untuk melakukan analisis kajian.

Seterusnya, penulis telah menyatakan analisis kajian. Di situ, penulis menjelaskan program
komputer yang digunakan untuk meproses data. Penjelasan bagi program tersebut iaitu program
SPSS juga diberitahu. Disertakan dengan kebolehannya dan cara nilai tahap data yang dihasilkan.
Perkara ini mampu memberi gambaran yang jelas kepada pembaca atas semua perkara yang perlu
dilakukan dan persediaan untuk menganalisis data kajian yang akan dikumpul. Dengan itu, pada
bahagian dapatan kajian, penulis telah menujukkan data-data yang dikumpul mengikut aspek yang
mereka kaji. Contohnya,taburan peratusan dan bilangan profit responden, peratus bidang sukan
yang diceburi oleh responden, faktor yang menghalang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani berdasarkan perbandingan min, ujian-t faktor struktur penghalang dalam
penglibatan aktiviti Pendidikan Jasmani berdasarkan jantina dan ringkasan ujian t faktor
penghalang berdasarkan bangsa. Penulis juga menujukkan gambar rajah analisis data yang
mereka kumpul bagi memudahkan pembaca mengetahui keputusan. Ia juga menolong penulis
untuk menentukan jawapan bagi persoalan yang awal dikemukakan di bahagian persoalan kajian
dan pada masa yang sama objektif penulis juga dapat dicapai pada bahagian ini. Akhr sekali, pada
bahagian rumusan dan kesimpulan, penulis imbas balik perkara yang disampaikan pada awal jurnal
dan kaitkanya dengan keputusan yang diperoleh dalam dapatan kajian. Contohnya, penulis
memberitahu bahawa ketiga-tiga faktor iaitu kemudahan, interpersonal dan itrapersonal menjadi
penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti pendidikan jasmani dan meneraskan bahawa
kemudahan merupakan faktor yang utama apabila rujuk kepada data yang diperoleh. Penulis juga
memberi konklusi keseluruhan berdasarkan data yang diperoleh dan pendapat mereka agar jurnal
ini mampu menjadi bahan yang penting bagi pihak pentadbiran sekolah mengenalpasti dan
mengatasi masalah tersebut. Cara mereka membuat kesimpulan memberi pandangan keseluruhan
dan kefahaman yang lebih mendalam kepada pembaca dan menjadi sesuatu yang membuatkan
mereka fikir untuk mengambil langkah seterusnya bagi tujuan penambahbaikan. Penulis juga
mengakhiri penulisan juranl dengan rujukan yang digunakan bagi mengumpul maklumat pada
bahagian terakhir jurnal ini.
2.2 Penilaian dan perbincangan kelemahan jurnal

Apabila kita rujuk kepada kelemahan jurnal, setakat penilaian saya, didapati bahawa pada
bahagian kajian leteratur, penulis telah memberi banyak maklumat tambahan mengenai
pengenalan dan penyataan masalah yang dialami oleh pendidikan jasmani. Saya berpendapat
bahawa, sebagai pembaca perkara tersebut tidak memberi impak yang besar kepada saya apabila
membaca kerana ia menjadi bahan bacaan yang biasa. Saya cadangkan agar penambahan
gambar berkaitan dapat meningkatkan lagi minat pembaca dan lebih memudahkan pembaca untuk
mengetahui klsifasi perkara yang dinyatakan oleh penulis. Seterusnya, di bahagian dapatan kajian,
jadual yang dilampirkan bersama oleh penulis kelihatan kurang menarik. Hali ini kerana, sebagai
seorang pembaca apabila saya membaca satu data, saya mengalami kesukaran untuk mengetahui
data yang ada pada garisan sama di sebelah jadual kerana tiada garisan yang menyambung.
Lebih-lebih lagi, penulis seharusnya mengunakan kaedah yang lain seperti pie chart dan bar chart
agar dapat memberi gambaran yang amat jelas dan memudahkan pembaca untuk memahami data
yang dikumpulkan. Pada masa yang sama pengunaan jadual yang seragam dapat memikat
pembaca untuk membaca data-data yang berkenaan.

Seterusnya, bahagian rumusan dan kesimpulan. Penulis telah memberi kesimpulan


mengenai data yang mereka dapat dari kajian dan keputusan analisis. Contohnya, faktor yang
mendapat keputusan tertinggi bagi menjadi penghalang kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti
Pendidikan Jasmani. Tetapi penulis tidak huraikan salah satu perkara yang penting selepas
memberi kesimpulan bagi semua maklumat yang dianalisis, iaitu cara penyelesaian dan cadangan
yang mampu menambahbaikan situasi ataupun menyelesaikan masalah yang dihadappi. Perkara
ini mampu menjadi panduan kepada pembaca terutama sekali pihak pentadbir sekolh agar dapat
menyelesaikan masalah ini. Hanya setakat memberitahu keputusan analis kajian tidak begitu
sesuai di bahagian kesimpulan. Disebalik itu, penulis harus memberi cadangan yang efektif bagi
penyelesian masalah agar dapat memberi kepuasan kepada pembaca. Hal ini kerena, ia
merupakan salah satu perkara yang penting dan wajib ada di bahagian rumusan dan kesimpulan.
Lebih-lebih lagi, kebiasaanya ramai pembaca akan mengharapkan perkara ini di bahagian
tersebut.Secara tutnas, hanya perkara-perkara ini yang menjadikan faktor kelemhan jurnal ini
berdasarkan penilaian saya sebagai pembaca.

3
2.3 Bagaimana maklumat dan jurnal dapat membantu
guru dalam Pdp
Jurnal ini berpotensi tinggi dalam aspek membantu guru dalam Pdp. Terutama sekali bagi
Guru Pendidikan Jasmani. Hali ini kerana, jurnal ini telah membuat analaisis kajian terhadap faktor
penglibatan pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Ada juga analisis kekerapan faktor yang menjadi
penghalang dan alasanya dari pelbagai aspek seperti kemudhan, interpersonal dan imtrapersonal.
Lebih-lebih lagi diklasifikasi dengan jantina dan bangsa. Perkara-perkara ini memberi jambaran
yang lebih jelas kepada Guru Pendidikan Jasmani bagi mendapatkan idea untuk menjalankan Pdp
mereka di sekolah secara lebih effektif.

Pertama sekali, penulis telah memberi penyataan masalah yang ada pada Pendidikan
Jasmani pada masa sekarang. Hal ini mampu mendorong Guru Pendidikan Jasmani untuk
memikirkan cara dan penyelesaian yang bersesuain bagi membendung masalah-masalah tersebut.
Tujuannya bagi mempermudahkan proses pelaksanaan Pdp di sekolah mereka. Pada masa yang
sama, guru dapat meminat para pelajar dengan mengetahui masalah sebenarnya. Berhubungan
dengan itu, analisis kajian dan dapatan kajian di jurnal ini boleh mendorong Guru Pendidikan
Jasmani agar dapat mengenalpasti solusi yang sesuai bagi masalah yang sedia ada dengan
mengetahui faktor yang dikaji dalam jurnal ini. Contohnya, faktor kemudahan dapat diperbaikan jika
ada soskongan modal dari pihak atasan. Kesanya, Pdp Pendidikan Jasmani dapat dilakukan
dengan lebih effektif dengan adanya minat para pelajar. Oleh itu, kesemua faktor yang dikatakan
oleh penulis dalam jurnal ini bermanfaat kepada Guru Pendidikan Jasmani dalam Pdp di sekolah.

Selain itu, metadologi kajian juga boleh menjadi panduan yang penting kepada Guru
Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana, pada bahagian tersebut penulis menjelaskan cara pengunaan
kaedah yang bersesuian bagi melaksanakan kajian mereka dan kelebihannya. Oleh itu, maklumat
tersebut memudahkan Guru sekiraya mereka ingin melaksanakan kajian yang sama di sekolah
mereka. Secara tidak langsung, jurnal ini mampu menjadi panduan yang terbaik bagi mereka.
Tambahan pula, pada bahagian kesimpulan penulis telah mengemukakaan kesimpulan dan
pendapat mereka terhadap kajian yang telah mereka lakuakan. Hal ini dapat menjadi panduan dan
sebuah maklumat yang penting bagi guru untuk lebih memahami situasi yand ada. Contohnya,
memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar dari aspek penglibatan dalam Pendidikan
Jasmani dan juga cara penyelesaian yang lebih berefektif bagi menaganinya. Secara
keseluruhanya, jurnal ini mempunyai ciri-ciri yang bagus bagi membantu Guru dalam Pdp di
sekolah seperti mana dimaklum di atas.

4
3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan oleh penulis jurnal ini, antara ketiga-tiga faktor
penyebab kekurangan penglibatan pelajar dalam Pendidikan Jasmani, diteraskan bahawa
kemudahan merupakan faktor yang utama apabila rujuk kepada data yang diperoleh. Secara
keseluruhannya, penulis telah melakukan sebuah kajian yang bermanfaat bagi semua pihak
terutama sekali pihak pentadbir sekolah. Banyak perkara yang dapat kita memanupulasikan dari
jurnal ini dan pada masa yang sama, pesoalan yang dikemukakan oleh penulis telah membuat kita
sebagai pembaca untuk berfikir ke tahap seterusnya. Lebih-lebih lagi pada bahagian rumusan dan
kesimpulan, penulis memberi pendapat mereka dan kesimpulan kajian mereka yang merupakan
salah satu perkara yang sangat penting pada masa sekarang untuk menstabilkan dan
meningkatkan penglibatan Pendidikan Jasmani di sekolah dan pada masa akan datang. Saya juga
setuju dengan kata penulis pada rumusan dan kesimpulan jurnal ini iaitu “Dengan adanya kajian ini
diharap akan dapat membantu pihak pentadbiran sekolah memperbaiki kelemahan dalam
pengurusan masa seperti membuat perubahan dari segi peruntukkan masa kelas Pendidikan
Jasmani supaya aktiviti Pendidikan Jasmani dapat dijalankan dengan efektif dan berkesan tanpa
adanya sebarang halangan”. Perkara tersebut tidak dapat dinafikan kerana kebanyakan unsur yang
ada pada jurnal ini berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh penulis merupakan panduan
yang berpotensi tinggi untuk menjadi contoh yang baik bagi sebarang penulisan jurnal yang lain.
Penulis telah memberi persembahan yang terbaik dalam jurnal ini dan ia perlu dihargai.

6
5

Anda mungkin juga menyukai