Anda di halaman 1dari 40

1.

0 DEFINISI

Terdapat pelbagai pendapat dikemukakan oleh para pengkaji atau ahli-ahli


psikologi sosial untuk menerangkan makna kajian tindakan. Walau bagaimanapun,
kebanyakan pendapat mereka menjurus kepada pemberian makna yang hampir sama.

Menurut Elliot & Adelman (1976) Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan
yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Kajian tindakan
merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti
amalan guru di bilik darjah.

McNiff (1988) pula menyatakan Kajian Tindakan merupakan satu pendedahan


untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis
terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini
memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-
guru lain secara kolaboratif.

Carr dan Kemmis (1986) juga telah memberikan definisi Kajian Tindakan sebagai
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers,
students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to
improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their
understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these
practices are carried out”.

Lomax (1994), Kajian Tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" (educational


research) dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" (research in education)
kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya
serta profesionnya.
Hanipah Hussin (2001) juga telah memberikan satu pengertian Kajian Tindakan
yang mana menurut beliau adalah satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan
berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan
langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan
kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki
amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam
profesion perguruan.

Daripada kesemua maksud kajian tindakan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji


psikologi sosial tersebut dapat disimpulkan bahawa Kajian Tindakan adalah rangka untuk
penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam Kajian Tindakan mementingkan
aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau mengubah amalan kendiri
dalam situasi sosial. Ini jelas menunjukkan pendekatan aspek kajian yang dijalankan
lebih menjurus untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru atau diri
sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran serta melibatkan proses pembelajaran dan
perkembangan ikhtisas guru melalui kritikan yang membina. Proses ini melibatkan guru-
guru membina teori-teori daripada amalan sebenar dan keutamaan diberi untuk
memahami dan memperbaiki amalan sendiri.
2.0 SEJARAH KAJIAN TINDAKAN

2.1 Sejarah Kajian Tindakan Di Luar Negara

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial
yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan
Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai
masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang penting iaitu
keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja. Kedua-dua idea ini
merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau
usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan
McTaggart, 1988).

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers
College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang
diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah. Manakala John Elliot (1976) dan rakan-
rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom
sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.
Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat
impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan
McTaggart, 1988).
2.2 SENARIO KAJIAN TINDAKAN DI MALAYSIA

Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan
Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan
Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation,
Excellence and Research (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada
tahun 1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada
guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek
Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya
dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas
dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains
untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian
Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di
bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah
dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).
Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan oleh
BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama di
kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru yang terlibat
diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding Seminar,
BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan


maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam
membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan
menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).
2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka lazimnya adalah dibahagikan kepada


empat peringkat. Peringkat pertama ialah sistem pendidikan sebelum kedatangan British
ke Tanah Melayu. Peringkat kedua ialah sistem pendidikan semasa penjajahan British,
bermula dari Francis Light memperoleh Pulau Pinang pada tahun 1786 hinga menjelang
Perang Dunia Kedua. Peringkat ketiga pula bermula dari tempoh pembentukan Malayan
Union pada tahun 1946 hingga Semenanjung Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Peringkat keempat ialah sistem pendidikan awal kemerdekaan, iaitu di antara
tempoh selepas kemerdekaan sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

2.3.1 Sebelum Merdeka ( 1900 – 1957 )

Sistem pendidikan vernakular Melayu di Tanah Melayu sebelum kedatangan


British merupakan pendidikan agama di mana kanak-kanak Melayu belajar kitab al-
Quran di bawah bimbingan tok guru di masjid, surau atau pondok. Sekolah vernakular
Melayu menegaskan pelajaran 3M, hanya diperkembangkan atas inisiatif kerajaan British
dalam pertengahan kurun ke-19. Kekurangan guru untuk mengajar di sekolah Melayu
merupakan masalah yang mendesak. Justeru itu, kerajaan British cuba mengatasi masalah
itu dengan menubuhkan beberapa buah pusat latihan guru. Di antara pusat-pusat latihan
itu ialah Maktab Perguruan Sultan Idris yang mula dibuka pada tahun 1922. Pada masa
itu maktab ini merupakan kolej latihan guru yang lebih sempurna. Di bawah pimpinan
pengetua, O.T. Dussek, maktab it bukan sahaja berjaya menghasilkan ramai guru Melayu
tetapi juga menerbitkan tidak kurang bilangan buku teks yang bermutu untuk digunakan
di sekolah Melayu dan maktab perguruan itu sendiri.

Bagi sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil, kerajaan British dalam kurun
ke-19, mengamalkan dasar tidak campur tangan. Bagaimanapun, pada tahun 1902
kerajaan mula memberi bantuan kewangan untuk mendirikan sekolah vernakular Tamil
serta menguatkuasakan suatu Kod Buruh yang mewajibkan majikan mereka menyediakan
pendidikan Tamil di ladang-ladang. Perubahan polisi ini adalah bertujuan menggalakkan
buruh-buruh dari India supaya bekerja di Tanah Melayu.

Dalam kurun ke 19, masyarakat Cina di Tanah Melayu bebas menubuhkan


sekolah-sekolah mereka berdasarkan sistem pendidikan di Negeri China. Pada awal
kurun ke 20, terdapat banyak sekolah Cina digunakan untuk menyebarkan ideologi
Kuomintang serta menenang pentadbiran British di Tanah Melayu. Kerajaan British mula
sedar betapa bahaya pengaruh Negeri China dalam sekolah-sekolah vernakular cina di
Tanah Melayu. Untuk menyekat perkembangan yang tidak diingini, pada tahun 1920,
kerajaan British telah meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah dengan memberi kuasa
kepada Jabatan Pelajaran supaya menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi syarat-
syarat yang ditetapkan dalam Enakmen itu.

Polisi kerajaan British terhadap sekolah Inggeris adalah berlainan. Sejak


penubuhan Penang Free School pada tahun 1816, kerajaan British mula melibatkan diri
dalam perkembangan sekolah Inggeris di negeri-negeri Selat dengan memberi bantuan
kewangan penuh kepada sekolah Inggeris kerajaan dan separa bantuan kepada sekolah
Inggeris kerajaan dan separa bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh. Tujuan kerajaan
British membantu sekolah Inggeris adalah untuk memberi pendidikan Inggeris kepada
kanak-kanak atasan yang mampu membayar yuran sekolah.

Semasa Jepun memerintah Tanah Melayu pula, di antara tahun 1942 sehingga
tahun 1945, semua jenis sekolah dipaksa tutup kecuali sebilangan kecilnya digunakan
untuk mengajar Bahasa Jepun. Selepas pembentukan Malayan Union pada tahun 1946,
kerajaan British cuba memperkenalkan polisi pendidikan baru dengan menerima Laporan
Cheesemen sebagai dasar pelaksanaan. Bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat
dilaksanakan kerana kerajaan pada ketika itu, terlalu sibuk dengan kerja pemulihan
sekolah yang banyak mengalami kerosakan dalam masa pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1949, selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan


Bristish menubuhkan Jawatankuasa Pusat Penasihat Pelajaran untuk menkaji polisi
pendidikan di bawah pentadbiran baru. Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan
Laporan Holgate dengan mencadangakan supaya Rancangan Cheeseman diterima sebagai
polisi pendidikan Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun cadangan tersebut ditolak
oleh Majlis Perundingan persekutuan kerana bantahan terhadap penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa penngantar yang tunggal bagi semua sekolah di dalam
Persekutuan.

Pada tahun 1951, Jawatankuasa Barnes mencadangkan rombakan segala sistem


pendidikan dengan menubuhkan dua jenis sekolah sahaja iaitu sekolah Melayu dan
sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja.
Oleh sebab bantahan rakyat Cina, satu Jawatankusa baru dilantik untuk menkaji
pendidikan Cina. Jawatankuasa itu kemudian mengemukakan laporannya, iaitu Laporan
Fenn-Wu, yang mencadangkan Bahasa Cina, di mana murid-murid boleh belajar tga
bahasa, termasuk bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam masa persekolahan mereka.

Oleh sebab perselisihan yang didapati di antara dua laporan tersebut, satu
Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menyelaraskan cadangan-cadangan dalam kedua-
dua laporan itu. Jawatankuasa Khas itu kemudian menerima cadangan-cadangan daripada
Laporan Barnes dengan alasan perpaduan rakyat berbilang kaum. Laporan Jawatankusa
Khas kemudian diluluskan dan dikuatkuasakan dalam Ordinan Pelajaran 1952.
bagaimanapun, rancangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kewangan.

Laporan Razak yang diumumkan pada tahun 1956 menetapkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan mengiktirafkan Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah mereka masing-masing.

Di antara tahun 1946 hingga 1957, beberapa jenis latihan guru diancangkan untuk
menampungkan keperluan sekolah. Selain dari guru Melayu di Maktab Perguruan Sultan
Idris dan Maktab Perguruan Perempuan di Melaka, Kelas Normal dibuka dalam beberapa
tempat untuk melatih guru bagi sekolah jenis aliran bahasa. Kerajaan meminjam Maktab
Perguruan Kirkby (1951) dan Maktab Perguruan Brinsford Lodge (1955) di Britain dan
membina Maktab Perguruan Kota Bharu (1954) d Kelantan untuk melatih guru sekolah
menengah rendah.

Dapat disimpulkan bahawa perubahan – perubahan yang berlaku sebelum


merdeka menunjukkan kajian – kajian tindakan telah mula dibuat meskipun ianya
dilaksanakan secara tidak lansung.

2.3.2 Awal Merdeka (1957-1963)

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu


dalam tempoh awal merdeka lazimnya dibahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama adalah Penubuhan Jawatankuasa mengkaji dan merancang iaitu


merupakan pelaksanaan Laporan Razak. Dalam peringkat ini, kita dapat menyaksikan:

1. Penggubalan satu sukatan matapelajaran yang sama untuk semua sekolah.


2. Penubuhan pusat latihan, terutama Maktab Perguruan Bahasa (1966), untuk
melatih guru yang berkelayakan.
3. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa yang ditugaskan di Maktab
Peguruan Bahasa dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (1956) untuk menghasilkan
buku teks supaya digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan.
4. Penubuhan cawangan Universiti Malaya pada tahun 1959 di Lembah Pantai,
Kuala lumpur.
5. Pembekalan tempatt belajar di sekolah rendah bai semua aliran bahasa, iaitu
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
6. Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah.

Peringkat kedua merupakan peringkat pengubahsuian daripada rancangan Laporan


Razak. Peringkat ini juga merupakan pelaksanaan rancangan Laporan Rahman Talib
(1960). Dalam tempoh ini, beberapa program pengubahsuaian diusahakan untuk
menggerakkan proses pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Perubahan-perubahan
utama yang berlaku atas Sistem Pendidikan Kebangsaan di bawah rancangan Laporan
Rahman Talib ialah:
1. Umur persekolahan murid dinaikkan kepada 15 tahun. Murid-murid boleh naik
darjah secara automatik hingga peringkat sekolah menengah rendah.
2. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk menampung murid-murid yang
gagal mendapat tempat belajar mereka di sekolah menengah akademik.
3. Menganjurkan peperiksaan awam dalam bahasa rasmi sahaja dan memansuhkan
peperiksaan yang bukan menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar.
4. Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran
Bahasa Melayu) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (aliran Bahasa
Inggeris). Di samping itu, menarik balik bantuan kepada sekolah menengah yang
tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.
5. Memberi tempat percuma kepada semua kepada semua murid yang sedang belajar
di sekolah rendah, tidak kira apa jenis aliran pun.
6. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional untuk
melatih murid-murid dalam berbagai-bagai bidang jurusan.

2.3.3 Selepas Pembentukan Malaysia (1963-1975)

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia di antara tahun 1963 hingga tahun


1975 boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Tahap Pertama (1963-1965), Tahap
Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975).

Tahap Pertama merupakan pelaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah


dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Dalam tempoh ini, banyak Sekolah Pelajaran
Lanjutan telah ditubuhkan untuk menampung murid-murid sekolah rendah yang gagal
memasuki Sekolah Menengah Akademik atau Sekolah Lanjutan Kampung. Pelajaran
Bahasa Malaysia diutamakan bukan sahaja di dalam semua peringkat persekolahan tetapi
juga di dalam semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem pendidikan
sekolah rendah yang menggunakan berbagai aliran bahasa terus diberi bantuan, manakala
banyak sekolah menengah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran
Bahasa Malaysia) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (aliran Bahasa Inggeris).
Peperiksaan umum dihadkan kepada penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
sahaja. Untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem persekolahan
dan kurikulumnya, satu kajian tlah dilaksanakan sehingga mewujudkan Sistem
Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan mulai tahun 1965 untuk menggantikan ketiga-
tiga sistem Sekolah Lanjutan Pelajaran, Sekolah Menengah Akademik dan Sekolah
Lanjutan Kampung. Semua murid sekolah rendah diberi tempat secara automatik di
bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan apabila Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah
dimansuhkan pada tahun 1964. Ramai guru yang diperlukan untuk mengajar di sekolah
menengah di bawah Sistem Pendidikan Aneka Jurusan ini, terutama guru-guru
vokasional, adalah dilatih melalui Pusat Latihan Daerah.

Tahap Kedua merupakan tahap pelaksanaan rancangan pendidikan di bawah


Rancangan Malaysia Pertama, yang digubal bertujuan menyelesaikan masalah-masalah
ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh itu. Oleh sebab perkembangan pendidikan
merupakan usaha utama yang boleh meningkatkan taraf ekonomi negara dan taraf hidup
rakyat, adalah wajarnya rancangan pendidikan negara bukan sahaja diorientasikan kepada
pembasmian buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlaat ekonomi negara. Dalam tahap
ini, beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional dalam
peringkat menegah atas untuk melatih murid dalam bidang Pertukangan, Pertanian, Sains
Rumahtangga dan Perdagangan mula ditubuhkan. Tujuan menubuhkan Sekolah
Menengah Teknik ini ialah untuk memberi peluang kepada sebahagian murid yang
berbakat dalam bidang-bidang vokasional ini supaya dapat meneruskan pendidikan
mereka di peringkat lebih tinggi. Sementara itu, Sabah dan Sarawak mula mengalami
proses perubahan dalam sistem pendidikan mereka. Untuk menyelaraskan sistem
pendidikan dengan Polisi Pendidikan Kebangsaan, sekolah-sekolah di dalam kedua-dua
negeri ini mula menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar secara
berperingkat-peringkat. Di samping itu, kebanyakan sekolah mula menggunakan
kurikulum dan buku-buku teks dari Semenanjung Malaysia serta menduduki peperiksaan-
peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Perkembangan sistem pendidikan dalam Tahap Ketiga merupakan pengubahsuaian
sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan
ekonomi serta mengeluarkan dengan lebih ramai pekerja yang mahir bagi pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru. Selain itu, sistem pendidikan dirancang supaya memberi
sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.
Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat daripada konflik perkauman
yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa menkaji semula matlamat-
matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang
lebih sesuai, dengan harapan yang boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan
dapat mengelakkan konflik perkauman tersebut berulang kembali. Sebagai hasil kajian,
objektif-objektif serta strategi-strategi baru telah dikenal pasti dan ditentukan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Perpaduan negara menjadi matlamat yang
penting sekali dalam rancangan ini. Untuk mencapai matlamat ini, semua rakyat terutama
rakyat yang miskin, akan diberi peluang-peluang pekerjaan yang mencukupi untuk
memenuhi kehendak-kehendak tenaga buruh negara. Oleh sebab itu, Dasar Ekonomi
Baru merupakan ideologi yang positif untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi
kemiskinan. Untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru yang menuju ke arah
perpaduan negara, tiap-tiap rakyat Malaysia harus mengamalkan dalam kehidupan
mereka terhadap kelima-lima Prinsip Rukun Negara.
2.4 Perkembangan Kajian Tindakan Pendidikan Di Malaysia Selepas 1957

Pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang
ditugaskan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini
mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pendidikan termasuklah kurikulumnya
untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Namun begitu,
lebih penting lagi adalah untuk memastikan bahawa sistem pendidikan dapat memenuhi
matlamat Negara ke arah pembentukkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.

Hasil daripada pelaksanan Kajian Tindakan, Jawatankuasa Kabinet telah


mengemukakan syor-syor perubahan mengenai struktur persekolahan, peperiksaan,
pentadbiran, sukatan pelajaran, buku teks, pendidikan agama, pendidikan moral, disiplin
dan kegiatan kokurikulum. Akibat daripada laporan tersebut, pada tahun 1982,
Kementerian Pendidikan telah pun melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) manakala pada tahun 1988 pula Kurikulum Baru Seolah Menengah (KBSM)
pula dilaksanakan sebagai permulaan peringkat percubaan.

2.4.1 Pendidikan Pra Sekolah

Pendidikan pra sekolah menjadi semakin penting dan berkembang dengan cepat
kerana ramai ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah tadika. Walaupun
kerajaan secara tidak langsung menyediakan kemudahan pendidikan peringkat pra
sekolah untuk kanak-kanak tetapi telah ada banyak sekolah tadika yang dikelolakan oleh
pihak swasta, pertubuhan awam dan agensi kerajaan dalam tahun 1980-an. Namun
begitu, pihak kerajaan bertanggungjawab ke atas merangkakan dasar untuk penyeliaan,
pengawalan, penyelarasan, latihan guru, perkembangan kurikulum dan meningkatkan
mutu pendidikan pra sekolah di Malaysia.
Secara amnya, kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 6 tahun menerima
pendidikan prs sekolah sebelum mereka masuk ke persekolahan sekolah rendah. Pada
tahun 1980, bilangan kanak-kanak menerima pendidikan pra sekolah berjumlah 17 100
dan anggaran ini telah meningkat ke 27 900 empat tahu berikutnya. Sehubungan dengan
itu, dengan terdapatnya peningkatan jumlah pelajar yang mendapatkan pendidikan di
sekolah tadika, maka penambahan sekolah tadika telah dilaksanakan daripada 2974 buah
tadika ke 5657 buah tadika. Kebanyakkan sekolah tadika yang wujud pada ketika itu
adalah sekolah tadika yang dikelolakan agensi-agensi kerajaan yang majoritinya terletak
di kawasan luar bandar.

2.4.2 Peringkat Pelaksanaan KBSR dan KBSM

Pada tahun 1982, selepas kandungan dan strategi pelaksanaan dirancangkan, KBSR mula
dilaksanakan secara terhad di 305 buah sekolah rendah dan KBSM pula mula
dilaksanakan dalam peringkat percubaan pada tahun 1988 dan pelaksanaan penuh
dijalankan secara berperingkat-peringkat. Pelaksanaan terhad dalam peringkat percubaan
bertujuan untuk membolehkan Kementerian Pendidikan mengesan dan mengenalpasti
kekurangan dalam perancangan dan pelaksanaan program KBSR dan KBSM melalui
proses penyeliaan dan penilaian. Dengan cara tersebut, pengubahsuaian dapat dilakukan
semasa peringkat pelaksanaan penuh.

Selepas tahun 1988, KBSR dikaji semula untuk mengesan kebaikan dan
kelemahannya. Daripada hasil kajian tersebut, beberapa reformasi mula dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat untuk membaiki kelemahan dan kekurangan yang didapati
dalam pelaksanaan Kurikulun Baru Sekolah Rendah. Selepas kajian kelemahan KBSR
diperbaiki, Jawatankuasa Kabinet memutuskan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
ditukarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah selaras dengan cita dan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Di antara perubahan-perubahan kurikulum sekolah rendah yang utama diberi


tumpuan adalah:
1. Menerapkan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah
2. Matlamat pendidikan di sekolah rendah bukan lagi menekankan penguasaan
kemahiran asas sahaja tetapi penggunaannya dengan secara betul jujur dan
bertanggungjawab dalam sebarang urusan seharian.
3. Kemahiran-kemahiran disusun semula daripada yang paling asas kepada yang
kompleks mengikut topik masing-masing. Aspek penyelesaian masalah yang
difikirkan sesuai diintegrasikan dalam setiap topik pelajaran.
4. Sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran disusun semula mengikut perubahan
dalam susunan kemahiran-kemahiran sekolah rendah. Sehubungan ini, draf Sukatan
Pelajaran Tahun 1 yang disediakan pada November 1992, dilaksanakan pada
Disember 1994.
5. Amalan perdagangan diserapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
topik-topik seperti wang, ukuran dan sukatan. Dengan itu, amalan perdagangan tidak
lagi menjadi satu topik yang diajarkan secara berasingan.
6. Mata pelajaran Alam dan Manusia dipecahkan kepada Sains dan Kajian Tempatan
mengikut Jadual Pelaksanaan seperti berikut:

Sesi Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


1994/ 1995 Sains dan Kajian Alam dan Manusia Alam dan Manusia
Tempatan

Sains dan Kajian Sains dan Kajian Alam dan Manusia


1996 Tempatan Tempatan

Sains dan Kajian Sains dan Kajian Sains dan Kajian


1997 Tempatan Tempatan Tempatan
2.4.3 Perubahan Sistem Pendidikan dalam Tahun 1990-an

Penggubalan semula kurikulum sekolah rendah adalah bersesuaian dengan


masanya. Pengubahsuaian dan perubahan kurikulum ini bukan sahaja dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam sukatan pelajaran yang lama.
Sehubungan itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengemaskini sistem pendidikan
negara dengan memperkenalkan beberapa perubahan pendidikan seperti berikut:

1. Memperkenalkan pendidikan pra sekolah termasuk dalam sekolah rendah mulai


tahun 1992.
2. Mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari enam tahun
ke lima tahun bagi pelajar-pelajar yang cerdas, bermula tahun 1997 dengan
memperkenalkan ujian PTS dalam Tahun 3 dan melanjutkan tahun persekolahan
ke tujuh tahun untuk pelajar-pelajar yang lambat.
3. Memberikan peluang pendidikan kepada semua pelajar dengan melanjutkan
tempoh pelajaran mereka dari sembilan hingga sebelas tahun iaitu sehingga
Tingkatan 5 di peringkat sekolah menengah.
4. Mengutamakan pendidikan teknologi dengan tujuan melahirkan pelajar yang
mahir dalam bidang seni perusahaan, perdagangan dan ekonomi rumahtangga.
5. Mengubah sistem peperiksaan SRP kepada Penilaian Menengah Rendah (PMR)
mulai pada tahun 1993.
6. Menghapuskan sistem pengaliran di peringkat sekolah menengah atas dan
menggantinya dengan sistem pendidikan umum.
7. Mengubah sistem peperiksaan SPM dan Penilaian Menengah Atas dan
menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.
8. Mengutamakan pendidikan Sains dan matematik dengan mengubahsuai KBSR
dan KBSM untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.
9. Meningkatkan kualiti pendidikan dengan melatih cukup tenaga pengajar yang
mahir dalam pelbagai jurusan pendidikan.
10. Menukar sistem persekolahan dengan menambah waktu pengajaran ses pagi
sehingga petang menjelang tahun 2000.
11. Memperkenalkan komputer sebagai alat pemgajaran-pembelajaran.
12. Memperkenalkan konsep Sekolah Bestari menjelang tahun 2000.
13. Memperkenalkan konsep sekolah wawasan pada awal dekad dalam kurun ke-21.
2.5 Perkembangan Kajian Tindakan Dalam Sistem Pendidikan Secara
Menyeluruh.

• Selepas tahun 1979, perubahan pendidikan telah mula bertumpu kepada pendidikan
prasekolah.
• Di mana, melalui hasil kajian-kajian pendidikan yang perolehi telah mengenalpasti
masalah kekurangan tadika di luar bandar.
• Kebanyakan golongan yang miskin tidak hantar anak-anak mereka ke tadika, kerana
di kawasan tempat tinggal mereka tiada penubuhan kelas prasekolah.
• Maka, pada tahun 1991 Kementerian Pendidikan telah melancarkan program
pendidikan prasekolah secara rasmi, khasnya di sekolah-sekolah rendah yang terletak
di luar bandar.

Peringkat Pelaksanan KBSR dan KBSM

• Melalui kajian-kajian tindakan dan kajian-kajian pendidikan, maka terhasilnya suatu


strategi perancangan - KBSR dan KBSM
• KBSR mula dilaksanakan pada tahun 1982
• KBSM dilaksanakan dalam peringkat percubaan pada tahun 1988.
• Pada tahun 1989, semua sekolah menengah Tingkatan 1 telah mempratikkan KBSM.

2.5.1 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 90-an

Hasil daripada kajian-kajian pendidikan dan kajian-kajian tindakan yang telah sekian
banyak, maka Malaysia telah mengambil langkah umtuk mengemaskini sistem
pendidikan pada tahun 90-an. Antara beberapa perubahan pendidikan adalah seperti
berikut:

• Memperkenalkan pendidikan prasekolah diserap dalam sistem sekolah rendah mulai


tahun 1992.
• Mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5
tahun bagi murid-murid cerdas, mulai tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS
dalam darjah 3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid
yang terkandas.
• Mengubah sistem peperiksaan SPM kepada Penilaian Menengah Atas dna
menjadikannya sebagai peperiksaan terbuka.

Dari ini, kajian-kajian tindakan yang dari tertumpu kepada pendidikan prasekolah telah
berkembang ke peringkat sekolah dan ke sekolah menengah juga. Setiap perubahan yang
wujud, adalah susulan dari kajian-kajian tindakan yang telah pihak kementerian
Pendidikan dan juga guru-guru di sekolah.

• Seterusnya pada tahun 1962, Kementerian Pendidikan telah mula memperkenalkan


pendidikan khas bagi murid-murid bermasalah penglihatan dan pendengaran serta
bermasalah pembalajaran.
• Pada bulan Julai, 1962 – suatu rancangan percantuman dengan pendekatan
pendidikan inklusif telah dilaksanakan.
• Di mana kajian ini, murid-murid yang bermasalah belajar bersama murid-murid
normal di dalam kelas yang sama. Mereka diajar oleh guru yang sama tetapi dibantu
oleh guru sumber yang terlatih dalam program pendidikan khas.
• Walaubagamanapun rancangan ini dibentikan beberapa tahun kemudian, kerana
kekangan masalah pembelajaran dalam kelas terutamanya yang bermasalah.
• Maka, banyak kajian-kajian telah dibuat untuk mengatasi kekangan ini.
• Dengan suka citanya, akhirnya rancangan ini telah disambungkan semula pada tahun
1997.
2.5.2 Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan telah mengalami penyusunan semula. Mulai


1hb Oktober 1995, Kementerian Pendidikan telah berkuatkuasa mewujudkan 6 jabatan
baru lagi. Antaranya ialah :
• Jabatan Prasekolah, Rendah dan Menengah
• Jabatan Pendidikan Teknikal
• Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
• Jabatan Pendidikan Swasta
• Jabatan Pendidikan Khas
• Jabatan Pendidikan Tinggi

Dengan wujudnya jabatan-jabatan baru ini, ia dapat melicinkan lagi kerja-kerja


pentadbiran. Semua ini, adalah hasil susulan kajian-kajian yang telah dilaksanakan.
Semakin banyak kita membuat kajian, semakin ke hadapan pendidikan Malaysia.

2.5.3 Lima Rang Undang-undang Pendidikan

Selepas Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan, Kementerian


Pendidikan telah menumpu kepada aspek Rang Undang-undang.
Kementerian Pendidikan telah merujuk kepada begitu banyak kajian-kajian tindakan dan
kajian pendidikan, dari setiap kajian telah mengenalpasti cara penyelesaiaan yang terbaik
dan juga mengenalpati kekangna undang-undang pendidikan yang sedia ada dan juga
pendekatan yang diperlukan pada era ini. Maka, pada tahun 1995, lima Rang Undang-
undang Pendidikan telah dibentangkan dan akhirnya telah diluluskan.

Antara Rang Undang-undang pendidikan ini adalah:


• Rang Undang-undang Pendidikan 1995
• Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
• Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995
• Rang Undanga-undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
• Rang Undang-undang Lembaga Akreditasi Negara 1996

Kelima-lima Rnag Undang-undang Pendidikan tesebut dirangka dengan tujuan untuk


memperkemaskan dan melengkapakan perundangan pendidikan di Malaysia supaya
memenuhi tuntutan semasa, khasnya sejajar dengan cita-cita Wawasan 2020 dan
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

Dengan kelima-lima Rang Undang-undang yang dikuatkuasakan, proses perkembangan


pendidikan di negeri ini akan dapat dipercepatkan ke arah mencapai matlamat pendidikan
yang dicitakan.
3.0 Jenis - Jenis Kajian Tindakan

Perkara yang selalu menjadi perhatian dalam sesuatu kajian tindakan ialah
perbezaan bagi setiap jenis kajian tindakan yang dilakukan, iaitu bergantung kepada
peserta yang terlibat dalam kajian tersebut. Didapati bahawa kajian tindakan tersebut
melibatkan beberapa penglibatan individu :

i. Seorang guru yang melakukan kajian dalam kelasnya sendiri.


ii. Sekumpulan guru-guru yang bekerjasama menyelesaikan yang sering berlaku di
sekolah.
iii. Satu kumpulan guru yang lebih ramai atau badan-badan yang berkaitan yang
dapat membantu melaksanakan kajian tindakan dalam sesebuah sekolah atau
dalam rangkuman kawaasan yang lebih lebar.

3.1 Kajian Perseorangan

Kajian jenis ini biasanya hanya melibatkan satu kes atau isu dalam sebuah bilik
darjah. Masalah yang mungkin menjadi perhatian ialah pengurusan bilik darjah, teknik-
teknik mengajar, bahan-bahan dan alat-alat untuk mengajar. Guru-guru yang menjalankan
tindakan secara individu ini boleh mendapatkan bantuan atau sokongan daripada
pengetua, penyelaras matapelajaran atau ibu bapa. Masalah yang berlaku biasanya adalah
sesuatu yang mudah dilihat dan boleh dinyatakan dengan jelas.

Oleh itu, guru yang terlibat dalam kajian ini boleh mengumpulkan data-data atau
melihat kepada pembabitan pelajar itu sendiri. Salah satu respon yang didapati melalui
kajian jenis perseorangan ini adalah berkemungkinan masalah tidak akan dikongsi
bersama orang lain, sehinggalah guru tersebut memilih untuk membentangkannya kepada
pihak fakulti, atau membuat persidangan dan menghantar bahan-bahan bertulis kepada
pihak yang berkenaan. Ini terjadi kerana guru-guru yang terlibat dengan permasalahan ini
tidak mempunyai pengalaman yang cukup.

3.2 Kajian Tindakan Secara Berkumpulan

Kajian tindakan secara berkumpulan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang


guru atau satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang guru dan juga pihak-pihak
yang berminat untuk mengenalpasti isu-isu yang dikaji dalam sesebuah bilik darjah atau
jabatan. Isi-isu yang dikaji adalah melibatkan sebuah bilik darjah atau lebih daripada
sebuah. Guru-guru yang terbabit pula memerlukan sokongan daripada inidividu-individu
diluar sekolah seperti pihak universiti atau komuniti yang dapat memberi bantuan.

3.3 Kajian Tindakan Menyeluruh dalam Kawasan Sekolah

Kajian jenis ini lebih memberi fokus kepada isi-isu yang sering berlaku kepada
semua pihak. Sebagai contoh, mungkin sesebuah sekolah itu lebih memberi perhatian
kepada kekurangan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dan
mencari jalan untuk mendapatkan lebih lagi penglibatan ibu bapa dengan cara yang lebih
berkesan. Mungkin juga sesebuah sekolah itu memberi penekanan kepada penubuhan
satu badan organisasi dalam membuat sesuatu keputusan.

Kumpulan-kumpulan daripada sekolah akan bekerjasama dalam membincangkan


persoalan atau permasalahan, menganalisis data, dan merancang tindakan untuk membuat
keputusan. Salah satu contoh yang boleh digunakan untuk sekolah ialah dengan
melakukan pemeriksaan atau ujian di sesebuah kawasan bagi mengenalpasti kawasan
yang mana memerlukan perubahan, kemudian membentuk satu pelan tindakan untuk
memperbaiki mutu atau kualiti para pelajar.

Kerja secara berkumpulan dan sumbangan individu secara menyeluruh amat


penting, dan ini boleh menjadi satu titik kepada sesuatu masalah jika kumpulan yang
dibentuk berusaha untuk membangunkan satu gerak kerja dan memberikan komitmen
yang sepenuhnya antara satu sama lain. Apabila masalah ini dapat diatasi, hasil daripada
usaha yang menyeluruh daripada pihak sekolah akan menjadi suatu perkara yang bolah
dibanggakan.
3.4 Kajian Tindakan Menyeluruh dalam Kawasan yang Lebih Luas

Kajian tindakan bagi kategori kawasan yang lebih lebar adalah lebih kompleks
dan memerlukan lebih banyak sumber atau bahan tetapi hasil yang akan diperolehi lebih
hebat. Isi-isu yang berbangkit selalunya melibatkan sesebuah organisasi, komuniti, badan
perlaksanaan atau proses dalam membuat sesuatu keputusan. Sesebuah kawasan itu boleh
memilih beberapa buah sekolah atau satu organisasi pengurusan bagi memantau
permasalahan yang biasa berlaku.

Jika diperhatikan dengan lebih mendalam, kajian jenis ini memerlukan suatu
dokumentasi yang dapat mengumpul semua yang terlibat serta berkebolehan untuk
menggerakkannya. Data-data yang dikumpul daripada staf-staf serta mereka yang terlibat
memerlukan komitmen yang tinggi dalam pembahagian tugas dan persetujuan dalam
menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan.

Di lihat dari sudut yang positif, perubahan dan pembaikan yang dilakukan oleh
sekolah adalah berdasarkan kepada permintaan dan kesefahaman. Penglibatan daripada
pelbagai lapisan kumpulan dapat memberi semangat dan kekuatan dalam melaksanakan
proses dan membentuk satu persekitaraan yang bijak dan pintar kepada mereka yang
melibatkan diri dalam sesebuah organisasi tersebut.
4.0 Kepentingan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan merupakan satu usaha untuk mempertingkatkan mutu


profesionalisme keguruan. Kajian Tindakan juga merupakan satu rangka untuk penilaian
kendiri samada terhadap guru, mata pelajaran, pelajar mahupun kakitangan, asalkan yang
melibatkan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendekatan dalam Kajian
Tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau
mengubah amalan kendiri dalam situasi sosial.

Kajian Tindakan amat penting dilaksanakan di kesemua institusi pendidikan di


Malaysia. Ini adalah kerana kajian tindakan merupakan salah satu instrumen yang dapat
menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku. Dengan adanya, kajian tindakan kita
dapat mengetahui apa sahaja masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan samada
yang melibatkan guru, pelajar, mata pelajaran dan sebagainya.

Selain itu, dengan kajian tindakan juga kita dapat membuat perancangan yang
lebih sistematik. Dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan, seseorang guru dapat
merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan serta amalan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efisyen terutama apabila kajian tindakan itu melibatkan sukatan
mata pelajaran. Bukan sahaja mengenai rancangan mengajar malahan pelbagai
permasalahan yang ditimbulkan dapat diselesaikan dengan adanya perancangan yang
teratur.

Kajian tindakan juga dapat meningkatkan mutu kualiti samada amalan


pengajaran dan pembelajaran atau sistem pentadbiran sesebuah sekolah. Melalui kajian
tindakan juga, kita dapat memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru,
penerimaan pelajar mahupun pentadbiran sekolah dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, kajian tindakan juga melibatkan proses pembelajaran dan
perkembangan ikhtisas guru melalui kritikan yang membina untuk memperbaiki lagi
mutu pengajaran seseorang tersebut.

Kajian tindakan penting untuk mendapatkan sumber atau maklumat penting


dalam memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid,
suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dengan ini, sesebuah sekolah itu dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan
penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif ke arah
mencapai objektif dan misi sesebuah sekolah tersebut.

Walaupun demikian, kajian tindakan juga dapat menyediakan guru sebagai penyelidik
yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya
membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Kebanyakkan kajian tindakan
di sekolah-sekolah, penyelidiknya adalah golongan pendidik atau guru itu sendiri. Ini
kerana hanya pendidik atau guru tersebut sahaja yang memahami dan mengetahui apakah
permasalahan yang berlaku dan mengetahui bagaimanakah permasalahan itu perlu
diselesaikan.

Sungguhpun demikian, kajian tindakan juga dapat membentuk budaya penyelidikan


sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan. Di samping dapat
merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara
kolaboratif iaitu dengan adanya kerjasama dari pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan
pelajar.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan adalah satu usaha membuat intervensi dan
langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan perubahan atau anjakan cara
berfikir dan kesedaran yang baru dalam sistem pendidikan. Ia dilaksanakan untuk
memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan
profesionalisma dalam profesion perguruan yang boleh atau dapat dilakukan serta
dilaksanakan.
4.1 Kebaikan perkembangan kajian tindakan dari permulaan hingga kini.

• Penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan “sense of


ownership” di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam penyelidikan
tersebut.
• Penyelidikan akan berkembang dalam kemasyarakatan, contohnya organisasi,
firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah
merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan
kemasyarakatan.
• Guru akan merealisasikan aspirasi negara dengan menjalankan penyelidikan
untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena
secara intrinsik.
• Perubahan amalan guru dari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective
rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan
profesional. Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-
action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan
ilmu profesional dan peningkatan profesional.
• Refleksi merupakan model alat yang kaiian penyelidikan yang berkesan untuk
menyedarkan guru-guru muda terhadap peranannya sebagai guru dan
akauntibilitinya. Ini jelasnya merupakan tunggak (citra agung) dalam menuju dan
membina profesion perguruan.
• Refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan
dan tindakan profesional. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri
tindakan. Perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.
• Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi
penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan
sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih
berkesan.

5.0 Contoh-contoh kajian tindakan yang telah dikaji oleh pengkaji dalam segi
akedemik.

• 1990an di Malaysia, EPRD kerjasama sekolah-sekolah, Projek PIER Kim


Paik Lah (1994), Hanipah Hussin (1999) menggunakan Kajian Tindakan
untuk meningkatkan tahap professionalisme guru pelatih.
• 1990an Australia, Eropah, dan Amerika, Kajian Tindakan digunakan sebagai
alat empirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi sekolah.
• 1976, Di Eropah John Elliot dan rakan menggunakan kaedah ini dalam Ford
Teaching Project sebagai pendekatan membantu guru menggabungkan usaha
inkuiri dalam Pengajaran & Pembelajaran di bilik darjah.
• 1953 Idea Lewin digunakan di Teachers College, Colombia University, New
York sebagai pendekatan penyelidikan di sekolah.
• 1946, Kurt Lewin seorang ahli psikologi sosial menegaskan usaha kolaboratif
untuk meningkatkan lagi mutu prestasi kerja di jabatannya (Kemmis dan Mc
Taggart), (1988).

Contoh-contoh kajian tindakan yang tersebut menegaskan beberapa unsur dalam


Model Konseptual Pendidikan Guru. Antara unsurnya ialah membangunkan kesedaran
diri sebagai guru dan peranan guru dalam bilik darjah serta masyarakat. Dalam hal ini
pengkaji menggunakan refleksi sebagai alat yang berkesan untuk menyedarkan guru-guru
muda terhadap peranannya sebagai guru dan akauntibilitinya terhadap guru dan tuhan. Ini
jelasnya merupakan tunggak (citra agung) dalam menuju dan membina profesion
perguruan.

Selain itu, ia juga mengambilkira ramalan-ramalan dan perubahan dalam


pendidikan masa depan iaitu yang menegaskan pengetahuan guru-guru yang
berpengetahuan, inovatif dan mementingkan kaedah penemuan dalam proses pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah. Kesedaran ini telah membawa pengkaji menyambung
usaha Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru melaksanakan Model
Refleksi dan Amalan Reflektif di bilik darjah.

6.0 Pencapaian yang telah dicapai dari permulaan kajian tindakan sehingga
masa kini.

Perkembangan kajian tindakan dari permulaan hingga kini telah membawa


banyak perubahan yang ketara kepada kajian pendidikan. Sejajar dengan perubahan
tersebut banyak pencapaian yang telah dicapai.

Antara pencapaian yang dicapai ialah dari segi pengeluaran buku-buku, artikel-
artikel dalam jurnal, kertas pembentangan, dan sehinggalah tersebar luas dalam laman
web site pada hari ini.

Antara buku rujukan yang utama ialah dari hasilan Kurt Lewin selaku pengasas
konsep kajian tindakan yang bermula pada 1946. Melalui catatan, beliau telah
menghasilkan 20 buah buku, 14 jurnal artikel dan 1 kertas pembentangan.

Antaranya buku hasilan yang termuka ialah :

Resolving Social Conflicts: And, Field Theory


in Social Science

The Complete Social Scientist


The Complet The Complete Social Scientist e Social Scientist

Selain daripada Kurt Lewin, tokoh-tokoh lain seperti Stephen Corey, John Elliot,
Kemmis dan McTaggart juga telah mengembangkan lagi konsep kajian tindakan sebagai:
• Pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah
• Pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah
• Alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah.

Sebenarnya, pencapaian dari dari hasilan buku-buku, journal artikel dan kertas
pembentangan hanya sekadar hasilan yang dalam bentuk berjilid. Pencapaian utama bagi
hasilan kajian tindakan adalah tidak terkira. Sasaran utama yang memperolehi manfaat
utama ialah pihak guru-guru dan guru pelatih. Contohnya :

• Meningkatkan paras kecekapan guru-guru pelatih dalam sesi pengajaran dan


pembelajaran
• Meningkatkan kesedaran guru-guru lagi selaku pendidik
• Melahirkan guru-guru yang mampu berfikir dan bertindak proaktif tanpa perlu diarah
dalam meningkatkan profesion mereka.
• Melahirkan guru-guru yang inovatif, bebas berfikir dalam usaha meningkatkan
kemahiran meneroka kekuatan dan kelemahan diri sebagai guru.
• Guru dapat mengimplementasikan amalan refleksi di sekolah.
• Guru berupaya menghasilan penulisan jurnal yang bermanfaatkan masyarakat.
• Membantu guru-guru mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi mereka
di bilik darjah
Di Malaysia, pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan (Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan) telah memulakan inisiatif untuk membudayakan
Kajian Tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan
Pendidikan di bawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation,
Excellence and Research (PIER)'.

Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari 1993 sehingga
1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepada guru-guru di seluruh
Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek Kajian Tindakan di
sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakan telah berjaya dilaksanakan oleh
guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah: 1998).

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas
dari Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sains
untuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek Kajian
Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruh negara di
bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak 20 kursus telah
dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini (Madzniyah: 2000).

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakan


oleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan,
terutama di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orang guru
yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka (Prosiding
Seminar, BPPDP: 2000).

Selain daripada usaha BPPDP/EPRD, terdapat universiti-universiti tempatan dan


maktab-maktab perguruan di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang terlibat dalam
membantu dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam usaha mereka mengkaji dan
menyelidik isu dan masalah di dalam bilik darjah dan sekolah. Di antaranya ialah Pusat
Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (Kim Phaik Lah: 1994) dan
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Hanipah Hussin:1999).

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan telah melibatkan diri dengan


giatnya dalam kajian tindakan. Pada tahun 1992, sebanyak 5 kajian berkaitan dengan
kajian tindakan dalam bidang pendidikan telah dibuat (Rujuk lampiran 1). Pada tahun
1993 pula, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan telah menghasilkan 8
kajian (Rujuk lampiran 2). Pada tahun 1994, 12 kajian telah dihasilkan (Rujuk lampiran
3). Seterusnya, pada tahun 1995, 16 kajian telah dibuat (Rujuk lampiran 4).

Dari tahun 1992 hingga 1995, dalam tempoh 4 tahun, sebanyak 31 kajian telah
dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Di jangka kemungkinan
lebih banyak kajian telah dibuat oleh guru-guru lagi.

Sejajar dengan galakan kementerian pendidikan, banyak kajian penyelidikan dalam


pendidikan telah dibuat. Antaranya:

Jurnal penyelidikan di sekolah-sekolah:

1. Penguasaan sifir di kalangan murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kompleks


mengabang Telipot, Kuala Terengganu
2. Masalah penguasaan kemahiran asas membaca murid tahun enam Sekolah
Kebangsaan Maras, 21030 Kuala Terengganu : satu kajian kes.
3. Keberkesanan Tariqah Noor di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal
Abidin Kuala Terengganu
4. Hubungan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi murid tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Ayer terjun, Jertih, Terengganu.
5. Pengabungjalinan dan kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam pengajaran
sesuatu subjek.
6. Keberkesanan kaedah pengajaran gabungan antara pendidikan jasmani dan
muzik secara kolaboratif ke atas murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan
mengabang Telipot Kuala Terengganu.
7. Kajian tentang kaedah penyelesaian masalah dalam pendidikan Matematik
di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Sehubungan dengan ini, banyak buku-buku dan jurnal hasilan tempatan telah ditulis.
Antaranya ialah:
• Abdul Fatah Hassan. (1998). Pemikiran keseluruhan otak: Dalam pendidikan dan
kaitannya dengan kecerdasan emosi (Emotional Intelligent-EQ). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors SND.BHD.
• Dawilah Al-Edrus (1992). Islamic epistemology: An introduction to the theory
ofknowledge in Al-Qur’an. In Islamic Academy. (44-49). Penang: University Sains
Malaysia.
• Hanipah Hussin (2000) Reflective Practice and Action Research. Paper presented in
Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. 8-11 November 2000, Langkawi,
Malaysia.
• Hanipah Hussin. (2001). Membangunkan unsur K-Ekonomi melalui pemikiran
reflektif di-kalangan usahawan. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar
Usahawan Jabatan Kerja Raya Malaysia. 22 March 2001. Batu Pahat, Johor.
• Sha’ban Muftah Ismail (1995). Towards an accomplished theory: Islamic and
western perspectives. Journal Penpendidiksan Pendidikan Institut Aminuddin
Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia, 4(2), 47-69.
LAMPIRAN 1

TAJUK KAJIAN TAHUN 1992

• Kajian Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah di Malaysia oleh


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1992.
• Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah
Menengah di Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kuala Lumpur: BPPP, Mac 1992.
• Kajian Penilaian Pelaksanaan Mata Pelajaran Matematik di Sekolah Rendah oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Julai
1992.
• Kajian Trend Perkembangan Pendidikan Islam Sekolah-Sekolah Agama di
Malaysia oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: BPPP, Mei 1992.
• Kajian Tugas Guru Besar, Penolong Kanan I, Penolong Kanan II, Penolong
Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru-guru Sekolah Rendah oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Jun
1992.
LAMPIRAN 2

TAJUK KAJIAN TAHUN 1993

• Kajian Beban Beg Buku Murid Sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1993.
• Kajian Keupayaan Guru-Guru Sekolah Menengah Menjalankan Kajian Tindakan
di Sekolah-Sekolah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.
Kuala Lumpur: BPPP, 1993.
• Kajian Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Islam di
Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.
Kuala Lumpur: BPPP, Jun 1993.
• Kajian Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Guru-Guru Pendidikan Islam
Sekolah Rendah oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: BPPP, Jun 1993.
• Kajian Program Diploma Pendidikan dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah
(KPLI) oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
BPPP, September 1993
• Kajian Status Sekolah-Sekolah di dalam Kem Tentera oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1993.
• Kajian Tinjauan Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sains Tambahan di Kalangan
Pelajar Tingkatan 5 oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.
Kuala Lumpur: BPPP, 1993.
• Pelaksanaan KBSM: Penyertaan Pelajar Tingkatan 4 (1993) dalam Mata Pelajaran
Elektif Sains - Satu Tinjauan Awal di Negeri Perak oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Ogos 1993.
LAMPIRAN 3

TAJUK KAJIAN TAHUN 1994

• Drop-out and Low Achievement: Case Studies in Selected Primary Schools in


Malaysia by Educational Planning and Research Division (with the co-operation
of the United Nations Children's Fund). Kuala Lumpur : EPRD, August 1994.
Tajuk Terjemahan: Keciciran dan Pencapaian Rendah: Kajian Kes di Sekolah-
Sekolah Rendah Terpilih di Malaysia
• Kajian Analisis Item SRP 1992 dalam Enam Mata Pelajaran KBSM dan Analisis
Item Data Ujian Tingkatan I, II dan III dalam Lapan Mata Pelajaran KBSM oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Jun
1994.
• Kajian Kemudahan Asrama Sekolah Kurang Murid (SKM) oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP,
November 1994.
• Kajian Kesesuaian Lokasi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Bandaraya-
Bandaraya dan Kawasan Metropolitan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1994.
• Kajian Mengenai Pekerja-Pekerja di bawah Umur 25 Tahun dan Taksiran
Keperluan untuk Pendidikan Tidak Formal (Nonformal Education) oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember
1994.
• Kajian Pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Ogos 1994.
• Kajian Pengurusan Kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember 1994.
• Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,
1994.
• Kajian Tugas dan Tanggungjawab Guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
di Negeri Selangor Darul Ehsan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1994.
• Laporan Kajian Keberkesanan Sekolah Kurang Murid oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1994.
• Laporan Kajian Penggunaan Bantuan Per Kapita Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah Biasa oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: BPPP, Mei 1994.
• Pelaksanaan KBSM: Penyertaan Pelajar Tingkatan 4 (1993) dalam Mata Pelajaran
Elektif KBSM oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: BPPP, 1993.
LAMPIRAN 4

TAJUK KAJIAN TAHUN 1995

• Cadangan Intervensi Berdasarkan Penyelidikan bagi Meningkatkan Prestasi


Akademik Sekolah-Sekolah di Rancangan FELDA oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.
• Kajian Amalan-Amalan ke Arah Perpaduan Kaum di Enam Buah Sekolah Kes
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,
Januari 1995.
• Kajian Keperluan Rumah Guru oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Disember 1995.
• Kajian Penilaian ke atas Kebergunaan Pusat Kegiatan Guru oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.
• Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan :
Laporan Kajian Survey Guru oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.
• Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan:
Laporan Kajian Survey Ibu Bapa oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.
• Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal di Sekolah Projek Percubaan:
Laporan Kajian Survey Murid/Pelajar oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.
• Kajian Penilaian Program Asrama Desa Kementerian Pendidikan (PPRT). oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.
• Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua): Ibu Bapa/Penjaga
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kuala Lumpur: BPPP,
Ogos 1995.
• Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua) : Pelajar Menengah
Atas oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
BPPP, Julai 1995
• Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua) : Pengetua oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kuala Lumpur: BPPP,
Februari 1995.
• Kajian Penilaian Program KBSM Survey Sekolah (Fasa Dua): Penolong Kanan 1
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP,
April 1995.
• Laporan Kajian Mewujudkan 'Education Belt' di Bandaraya/ Bandar Besar oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Mei
1995.
• Laporan Kajian Penilaian Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal : Kajian Kes di
Sekolah Projek Percubaan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, September 1995.
• Laporan Kajian Penilaian Prestasi Sekolah Berasrama Penuh oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, Januari 1995.
• Pengurusan Bantuan Per Kapita di Sekolah Menengah oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPP, 1995.
ISI KANDUNGAN

1.0 Definisi

2.0 Sejarah Kajian Tindakan


2.1 Sejarah Kajian Tindakan Di Luar Negara
2.2 Senario Kajian Tindakan Di Malaysia
2.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
2.3.1 Sebelum Merdeka ( 1900 – 1957 )
2.3.2 Awal Merdeka ( 1957 – 1963 )
2.3.3 Selepas Pembentukan Malaysia ( 1963 – 1975 )
2.4 Perkembangan Kajian Tindakan Di Malaysia Selepas 1957
2.4.1 Pendidikan Pra Sekolah
2.4.2 Peringkat Pelaksanaan KBSR dan KBSM
2.4.3 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 1990 – an
2.5 Perkembangan Kajian Tindakan Dalam Sistem Pendidikan Secara
Menyeluruh
2.5.1 Perubahan Sistem Pendidikan Dalam Tahun 90-an
2.5.2 Penyusunan Semula Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan
2.5.3 Lima Rang Undang – Undang Pendidikan

3.0 Jenis – Jenis Kajian Tindakan


3.1 Kajian Perseorangan
3.2 Kajian Tindakan Secara Berkumpulan
3.3 Kajian Tindakan Menyeluruh Dalam Kawasan Sekolah
3.4 Kajian Tindakan Menyeluruh Dalam Kawasan Yang Lebih Luas

4.0 Kepentingan Kajian Tindakan


4.1 Kebaikan Perkembangan Kajian Tindakan dari Permulaan Hingga Kini
5.0 Contoh – Contoh Kajian Tindakan Yang Telah Dikaji Oleh Pengkaji Dalam
Segi Akademik

6.0 Pencapaian Yang Telah Dicapai Dari Permulaan Kajian Tindakan Sehingga
Kini