Anda di halaman 1dari 38

Kajian Tindakan DBK 1053

1. PENGENALAN

Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


(P&P) dalam kelas masing-masing, mereka akan menggunakan segala pengetahuan yang
telah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau universiti. Maka
dalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa
sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula,
amalan duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti
dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, kajian
tindakan adalah salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan
pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh
digunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatan
ini dalam menyelesaikan permasalahan dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini
perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang
pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan
kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut
Mcniff (1988):

“Action research implies adopting a deliberate openess to new experiences and


processess, and, as such, demands that the action of educational research is itself
educational research is itself education. By consciouslay engaging in their own education
development, teachers gain both profesionally and personally; and it is thispersonal
commitment that counts in the process of human enquiry”

Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk
mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian kajian
mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu

1
Kajian Tindakan DBK 1053

proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan
terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar. Melalui penerangan ini dapatlah
dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami
suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam P&P dengan tujuan untuk memperbaiki
atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru adalah
penting kerana ia merupakan salah satu kunci kepada kejayaan dalam meningkatkan lagi
kualiti P&P peribadi khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya. Maka, elemen
pembelajaran melalui pengalaman adalah diaplikasikan dalam proses perubahan yang
terlibat.

Dalam perkembanganya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan mempunyai


sejarahnya yang tersendiri. Kajian tindakan ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1945), iaitu
seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan oleh Stpehen Corey di
Teacher’s College, Columbia University, New York pada tahun 1956. Beliau
menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan
dalam pendidikan di sekolah-sekolah. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-
rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru
menggabungkan proses inkuiri dalam P&P di bilik darjah.

Masa-masa seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin


meluas di kalangan pendidik di luar negara. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga
telah digunakan dalam usaha untuk mengubah dan meningkatkan impak P&P di sekolah-
sekolah. Di Malaysia pula, kaedah kajian tindakan ini telah dipelopori oleh Bahagian
Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) di bawah Programme for
Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. Program ini adalah
biayaan Bank Dunia. Pihak BPPDP kemudiannya telah bekerjasama dengan universiti-
universiti tempatan, maktab-maktab perguruan dan seterusnya sekolah-sekolah untuk
melaksanakan dan memperkembangkan lagi penggunaan kajian tindakan.

2
Kajian Tindakan DBK 1053

3. TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai
beberapa kebaikan, antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya


pengajaran dalam bilik darjah.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi


terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses


penemuan kendiri.

d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka
kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-
pendekatan pengajaran yang difikirkan sesuai dan dapat membantu
pembelajaran murid.

e. Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran membolehkan guru mengubahsuai


amalan pengajaran. Ini seterusnya akan meletakkan guru tersebut dalam satu
perubahan budaya lama dan perubahan sikap. Ini penting untuk melahirkan
warga pendidik yang berkualiti.

f. Jika dilakukan secara berpasukan, pelaksanaan kajian tindakan dapat memupuk


semangat kekitaan dan permuafakatan di kalangan guru-guru. Selain daripada
wujudnya perkongsian idea, sebarang masalah semasa pelaksaan kajian juga
dapat diselesaikan bersama-sama.

3
Kajian Tindakan DBK 1053

4. PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan adalah kajian berasaskan bilik darjah. Ia dilakukan secara sistematik
untuk memudahkan kerja guru yang juga bertindak sebagai penyelidik. Kajian ini
dilakukan dalam skala kecil iaitu di antara guru/penyelidik dengan pelajar dalam konteks
mata pelajaran dan kelas yang diajarnya.

Kajian ini boleh dilakukan secara bersendirian tetapi lebih baik jika dilakukan secara
berkumpulan. Kajian ini melibatkan penyelidik sendiri kerana pada akhirnya, dialah yang
akan mengalami perubahan amalan pengajaran. Cara terbaik untuk memulakan kajian
tindakan dalam bilik darjah adalah dengan mengenal pasti permasalahan kecil yang
dihadapi seharian. Perlu dipastikan juga agar penyelesaian kepada permasalahan itu kelak
mestilah di bawah kawalan guru sendiri (direct authority) dan boleh ditangani. Secara
tidak langsung, pembelajaran melalui pengalaman telah diwujudkan iaitu belajar melalui
apa yang kita lalui. Ini kerana hasil suatu kajian tindakan tidak akan memberikan faedah
kepada guru jika pihak ketiga yang akan mengambil tindakan sebagai langkah kepada
penyelesaian permasalahan tadi. Misalnya, dalam suatu kelas guru mendapati bahawa
kebanyakan murid tidak mendapat markah yang baik bagi mata pelajaran Matematik
dalam ujian bulanan. Setelah dikaji, didapati bahawa murid lemah dalam aspek sifir.
Dalam menyelesaikan masalah murid tidak menguasai kemahiran sifir ini, guru tentu saja
boleh mencuba pelbagai kaedah dan ia adalah di bawah kawalannya untuk mencuba
pelbagai kaedah sehinggalah masalah ini dapat diatasi. Bagaimanapun sekiranya
penyelesaian kepada permasalahan ini adalah memerlukan guru lain mengadakan klinik
Matematik maka kajian ini tidak sesuai.

Kajian tindakan mempunyai konsep dan teknik pendekatan yang tersendiri. Objektif
utama kajian tindakan adalah untuk memperbaiki amalan pengajaran guru dan pada masa
yang sama menyelesaikan masalah seharian yang dihadapi oleh guru dalam bilik darjah.

4
Kajian Tindakan DBK 1053

Kajian ini akan membolehkan guru membentuk teori-teori peribadi yang praktikal
tentang suatu permasalahan pengajaran yang dihadapi.

Bagi format atau reka bentuk kajian tindakan pula tidak ada yang rigid tetapi boleh
diubahsuai berdasarkan kepada situasi sebenar dalam persekitaran bilik darjah.
Bagaimanapun, empat unsur utama kjaian tindakan mesti ada, iaitu perancangan,
pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi (Rajah 1).

Responden atau subjek kajian tindakan bukan sahaja pelajar tetapi guru yang juga
merupakan penyelidik. Melalui cara ini, semua maklumat diperolehi secara langsung
daripada responden kajian. Penglibatan penyelidik, iaitu guru, dalam kajian tindakan
amat penting kerana melalui cara ini penyelidik dapat mengubah amalan pengajarannya.

Reka bentuk kajian tindakan adalah mudah kerana kebanyakan daripada data yang
digunakan adalah bersifat kualitatif. Oleh itu, analisis data yang digunakan lebih kepada
teknik deskriptif naratif. Antara teknik analisis data yang digunakan adalah teknik
trangulasi. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, data-data berbentuk kuantitatif ada
juga digunakan terutama apabila melibatkan markah-markah pelajar. Dalam hal ini,
analisis biasa yang akan digunakan adalah dalam bentuk peratus, kekerapan dan nilai
mutlak sahaja. Perkara yang perlu dijelaskan di sini bahawa pelaporan hasil suatu kajian
tindakan haruslah dilakukan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami bukan
sahaja oleh guru itu sendiri tetapi juga oleh guru-guru yang lain. Laporan yang tidak
berbentuk teknikal ini penting untuk memudahkan penyebaran dan perkongsian idea dan
maklumat di kalangan warga sekolah.

5. GURU SEBAGAI PENYELIDIK


Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Kajian tindakan sebagai salah satu teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran. Selain daripada dapat menyelesaikan
permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian, penggunaan pendekatan

5
Kajian Tindakan DBK 1053

kajian tindakan ini juga dapat membantu guru untuk mengubah amalan pengajaran
kepada satu corak baru yang lebih berkesan.

Amalan penyelidikan yang dilakukan oleh guru membolehkannya melaksanakan refleksi


terhadap sebarang tindakannya sebagai menyelesaikan suatu situasi masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Proses ini juga akan membolehkan guru menilai
keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran murid daripada pelbagai perspektif. Maka
dengan itu, pendekatan baru akan dapat ditemui bagi menyelesaikan permasalahan
tersebut. Kebolehan memberikan reflektif, respon serta penilaian kualiti diri dan amalan
inilah sebenarnya menjadi satu pemangkin ke arah pengajaran yang berkesan dan
berkualiti. Ini adalah matlamat akhir kajian tindakan yang mana guru belajar melalui
pengalaman bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi dalam proses P & P yang lebih
berkesan.

Guru-guru sebenarnya sangat kaya dengan pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan
dengan bilik darjah. Bagaimanapun maklumat-maklumat yang diketahui oleh guru-guru
ini kurang dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Sebenarnya segala maklumat ini boleh
dijadikan sebagai panduan untuk menentukan langkah-langkah pengajaran yang berkesan
di bilik darjah. Melalui kajian tindakan, maklumat-maklumat yang ada pada guru bukan
digunakan untuk mengenal pasti punca suatu masalah dalam pembelajaran murid tetapi
juga dapat digunakan sebagai input untuk menyelesaikan suatu masalah dalam
pembelajaran murid. Seterusnya daripada analisis kajian tindakan yang telah dilakukan,
maka satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti akan
dapat diperolehi. Selain daripada membantu guru untuk memahami proses pembelajaran
murid, ia juga dapat mengubah amalan pengajaran guru ke araf lebih efektif lagi.

Kajian tindakan sebenarnya memberikan ruang kepada guru untuk mengembangkan lagi
potensi dan kemampuan sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan amalan pedagogi. Jika
selama ini seseorang guru mengamalkan amalan pedagogi yang ditemui oleh orang lain
maka sudah tiba masanya untuk seseorang guru menemui amalannya sendiri yang paling
sesuai dengan bilik darjah masing-masing. Penggunaan amalan pedagogi yang ditemui
oleh orang lain memangnya tidak dapat dielakkan kerana guru telah diterapkan dengan

6
Kajian Tindakan DBK 1053

amalan-amalan ini semasa dalam latihan perguruan. Kajian tindakan memerlukan guru
untuk mengkaji amalan pengajarannya sendiri dengan hubungannya dengan
keberkesanan pengajarannya. Atas keperluan ini, guru perlu menangani sendiri masalah-
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

6. GAYA PEMBELAJARAN

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu kaedah
mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan
aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar dengan berkesan.

Ada tiga gaya pembelajaran pelajar:


1. Gaya pembelajaran visual: pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan
melihat :
a) huruf atau perkataan
b) benda, gambar atau gambarajah
c) demonstrasi, tindakan dan lakonan.
2. Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan
mendengar atau bercakap seperti:
a) Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau
pelajar lain
b) Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau
menghuraikan
3. Gaya Pembelajaran Kinestatik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar
dengan membuat atau melakukan sesuatu, seperti:
a) Menulis atau melukis sesuatu
b) Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau
projek.
Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus
menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya tersebut.
Berdasarkan penyelidikan ada beberapa model yang boleh digunakan sebagai panduan.

7
Kajian Tindakan DBK 1053

7. EXPERIENTIAL LEARNING

Pembelajaran eksperential kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan


isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on. Teori Pembelajaran Eksperential menumpukan kepada
kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat
kerja atau kehidupan harian.

Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran


yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal
atau psikologi untuk mendapatkan hasilpembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan
kontekstual merupakan suatu kaedahpengajaran dan pembelajaran yang mencabar,
berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan
penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

Pembelajaran secara Eksperential dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat
memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Eksperential juga
membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah
dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Eksperential dapat
membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan
negara di peringkat dunia.
27

21

8
Kajian Tindakan DBK 1053

8. PEMBELAJARAN & PENGAJARAN MELALUI PENGALAMAN –


STUDENT-CENTERED

1. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar:

• soal jawab • pembelajaran koperatif atau


• latih tubi kerja kumpulan
• bercerita • main peranan
• membuat latihan • lakonan
• penerangan, penjelasan, • simulasi
huraian • membuat nota sendiri
• perbincangan • lawatan
• inkuiri • pengajaran berprogram
• penemuan • pembelajaran berbantu
• bacaan komputer
• sumbang saran • Pembelajaran Akses Kendiri
• demonstrasi oleh pelajar (Self Access Learning)
• kerja amali
• eksperimen
• projek
• kuiz
• penyelesaian masalah
• reka cipta

9. HUBUNG KAIT ANTARA PEMBELAJARAN BERASAKAN


PENGALAMAN DAN KAJIAN

Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah proses pembelajaran melalui pengalaman.


Justeru itu, gaya pembelajaran ini yang melibatkan proses amali memerlukan kemhiran
dan skil pelajar yang tinggi. Selain itu, proses pembelajaran ini yang pelbagai dan
pendedahan awal pelajar terhadap asas teori penting dalam menentukan kualiti tangan
pelajar yang bakal diterapkan ke dalam sesi amali.

Kajian tindakan dalam pembelajaran berasaskan pengalaman penting dalam


meningkatkan kualiti P&P yang dijalankan. Permasalahan yang timbul hasil daripada

9
Kajian Tindakan DBK 1053

proses pembelajaran berasaskan pengalaman dapat dikaji melalui kajian tindakan.


Sebagai contoh, penggunaan psikomotor memrlukan tenaga fizikal yang lebih dan aspek
ini dikaji dari segi jantina. Adakah pelajar perempuan mengalami masalah sewaktu proses
amali kerana perempuan mempunyai tenaga yang kurang dari pada lelaki. Justeru
daripada permasalahan ini maka wujudlah satu kajian yang dijalankan untuk mengkaji
aspek ini agar pelajar perempuan dapat melalui proses ini dengan baik walaupun
mempunyai tenaga fizikal yang kurang daripada lelaki.

Kajian tindakan juga melibatkan pengumpulan data yang bersifat kuantitatif.


Dengan adanya proses amali sebenarnya ia memudahkan lagi proses pengumpulan data.
Sebagai contoh, pengkaji dapat melihat dan mengumpul data dengan berdasarkan
pemerhatian. Pengkaji dapat melihat gelagat dan aktiviti yang dijalankan secara nyata
(real time). Pengkaji dapat melakukan pelbagai kaedah dalam mendapatkan data mentah
(raw data) iaitu dengan menjalankan soal selidik, temu bual dan juga pemerhatian secara
langsung.

Perlu diingat bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman bukan sahaja


berasaskan amali dan penggunaan fizikal tetapi juga melibatkan pengalaman pelajar
melihat dan mengalami kehidupan seharian. Pelajar yang biasa melihat pekedai mengira
dan memasukkan maklumat ke dalam buku lejer sebenarnya sudah melalui pembelajaran
secara tidak langsung. Daripada pembelajaran pengalaman secara tidak langsung juga
dapat dihasilkan kajian tindakan.

Kajian tindakan itu sendiri dapat mengenal pasti kelemahan yang ada pada
pembelajaran berasaskan pengalaman. Dengan pengenal pastian kelemahan ini dapat
dijalankan kaedah mengatasi masalah yang timbul. Kajian tindakan dapat menganalisis
sesuatu permasalahan yang dikaji dan dilihat kelemahan yang ada.

10
Kajian Tindakan DBK 1053

Kajian tindakan juga merupakan satu tool yang digunakan untuk meningkatkan
dan menguji keboleh keberkesanan sesuatu pembelajaran berasaskan pengalaman.
Sebagai contoh, sejauh manakah proses memasang batu-bata oleh sekumpulan pelajar
kejuruteraan awam dalam meningkatkan kefahaman membina sesuatu bangunan. Data
dikumpul dan dibandingkan dengan pelajar yang belajar secara konvensional. Sekiranya
data menyebelahi pembelajaran berasaskan pengalaman, makan telah dapat dibuktikan
bahawa kaedah pelajar memasang batu-bata dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Apa jua bentuk pembelajaran yang melibatkan pengalaman boleh dikaji dengan
menggunakankajian tindakan. Kajian tindakan dilihat sebagai penentukur keberkesanan
dan penjejakan masalah serta kelemahan yang ada. Kajian tindakan juga dilakukan untuk
mencari kaedah pembelajaran berasaskna pengalaman yang baru. Sebagai contoh,
sekiranya terdapat teknologi dan kaedah baru dalam proses pendebungaan pokok, maka
kajian dilakukan untuk melihat sejauh manakah teknik baru ini dapat diterapkan ke dalam
silibus pembelajaran pelajar.

Guru juga perlu menjalankan kajian ke atas dirinya sendiri. Ini adalah salah satu
cara untuk mengetahui sejauh manakah keberkesanan pembelajarannya di bilik darjah.
Ini menunjukkan bahawa kajian tindakan juga boleh di praktikkan kepada tenaga
pengajar dan bukannya kepada pelajar sahaja. Kajian tindakan dapat memberi isyarat
kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau perlu dibaiki.

10. KEPENTINGAN EXPERIENTIAL LEARNING DALAM KAJIAN


TINDAKAN

Kepentingan ini terbahagi kepada 3 golongan iaitu:

i) murid
ii) guru

11
Kajian Tindakan DBK 1053

iii) industri

i) kepentingan kepada murid

Experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada murid. Ia penting


kerana melalui experential learning inilah murid dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan. Sebagai contoh, apa yang dibelajar di dalam mata pejaran
Kemahiran Hidup Teknikal boleh diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya
apabila seorang pelajar menghadapi masalah tangki air dirumahnya melimpah, pelajar
tersebut boleh mengaplikasikan apa yang beliau telah belajar di dalam subjek Kemahiran
Hidup Teknikal di dalam masalah tersebut iaitu menggantikan injap bebola yang rosak.
Bagi peringkat pendidikan yang lebih tinggi pula, seperti diploma dan ijazah misalnya,
seseorang pelajar itu boleh mengaplikasikan experiential learning ini ke alam
pekerjaannya. Sebagai contoh, pelajar tersebut boleh mempraktikkan cara mengukur
tanah semasa belajar dalam bidang berkenaan di alam pekerjaannya pula sekiranya beliau
memilih pekerjaan dalam bidang yang sama.
Selain itu juga, experiential learning begitu penting kepada murid kerana ianya
membolehkan murid tersebut mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sehari-hari.
Contoh yang paling mudah ialah operasi didalam mata pelajaran matematik yang
dibelajar disekolah iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi akan dipraktikkan dalam
kehidupan sehari-hari murid tersebut. Murid juga dapat memindahkan kemahiran yang
dibelajar apabila beliau berada dalam alam pekerjaan. Bagi kepentingan jenis ini kita
sering mengaitkannya dengan murid dari aliran kemahiran seperti pelajar lepasan
sekolah-sekolah vokasional.
Selain itu, pelajar juga boleh meneroka sesuatu itu untuk mendapatkan bukti
apabila adanya pembelajaran secara hands on ini. Sebagai contoh, pelajar boleh
membuktikan bahawa arus elektrik boleh terbentuk apabila medan magnet dipotong yang
dibelajarnya secara teori. Ini hanya dapat dibuktikan apabila pelajar terbabit membuat
eksperimen dan akhirnya pelajar tersebut akan mendapat bukti yang ternyata benar.

12
Kajian Tindakan DBK 1053

ii) kepentingan kepada guru

Bagi seorang guru, experiential learning ini sebenarnya begitu bermakna kepada mereka.
Ini kerana seorang guru dapat mengaplikasikan segala pengalaman yang beliau miliki
didalam sesi pengajarannya. Sebagai contoh, seorang guru yang akan membuat amali di
dalam makmal perlu terlebih dahulu menguasai sesuatu benda yang akan diajar itu.
Katakan seorang guru mata pelajaran Kemahiran Hidup akan mengajar para pelajarnya
cara untuk memasang lampu kalimantang kepada murid-muridnya. Maka cara terbaik dan
berkesan untuk mengajar anak-anak muridnya ialah dengan cara guru tersebut mencuba
terlebih dahulu memasang lampu yang berkenaan sehingga berjaya.
Selain itu, kepentingan experiential learning kepada guru ialah mengaitkan
prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Berbalik kepada contoh operasi
matematik sebelum ini, seorang guru boleh mendedahkan kepentingan subjek berkenaan
kepada murid-muridnya untuk diaplikasikan di alam pekerjaan kelak. Contoh pekerjaan
yang memerlukan operasi matematik ini secara meluas ialah akauntan, jurutera dan
usahawan.
Guru juga boleh bertindak sebagai penghubung atau platform pelajar-pelajarnya
dengan sektor industri. Seorang guru boleh menilai kesemua kemampuan dan kelemahan
murid-muridnya. Jadi, guru tersebut boleh mencadangkan kepada murid-muridnya
tentang alam pekerjaan yang sesuai mengikut kelebihan ataupun kemampuan pelajar-
pelajarnya dalam bidang masing-masing.

iii) kepentingan kepada sektor industri

Experiential learning ini juga sebenarnya mempunyai kepentingannya kepada sektor


industri. Sebenarnya sektor pendidikan dan sektor industri mempunyai hubungan yang
win win situation antara satu sama lain. Sektor pendidikan akan membekalkan tenaga
kerja kepada sektor industri, manakala sektor industri akan membekalkan dana kepada
sektor pendidikan dan dana ini akan digunakan oleh sektor pendidikan untuk

13
Kajian Tindakan DBK 1053

menjalankan kajian dan penyelidikan yang seterusnya akan digunakan semula oleh sektor
industri untuk proses pengeluaran outputnya.
Dengan adanya experiential learning inilah tenaga kerja yang dibekalkan oleh
sektor pendidikan kepada sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang betul-betul
mantap dan mampu berdaya maju. Ini kerana, tenaga kerja yang dibekalkan kepada
sektor industri adalah merupakan tenaga kerja yang bukan sahaja tahu secara teorinya
sahaja malahan juga secara praktikalnya.

11. PROJECT-BASED LEARNING (PBL)

PBL adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang aktif. Ia merupakan satu
model pembelajaran yang sangat berbeza dengan apa yang berlaku dalam bilik darjah
sekarang ini. Dalam situasi pembelajaran biasa dalam bilik darjah, ia lebih tertumpu
kepada pengajaran guru, mengikut jadual yang rigid. Dalam PBL, pembelajaran lebih
menekankan kepada pembelajaran berbentuk aktiviti yang panjang, merentasi kurikulum,
tertumpu kepada pelajar dan paling penting adalah ia mengintegrasikan pembelajaran
dengan dunia sebenar.

Melalui PBL, guru dalam bilik darjah bertindak sebagai fasilitator, jurulatih dan juga
mungkin sebagai co-learner. Hasil pembelajaran PBL adalah berbentuk produk atau
artifek seperti pelan, borsur, laman web, buku, pameran, ceramah dan sebagainya. Satu
keistimewaan PBL yang unik adalah sifatnya yang memerlukan pelajar membuat projek
dan mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk. Sifat PBL yang memerlukan pelajar
berinteraksi dengan dunia sebenar juga merupakan satu keistimewaan teknik pengajaran
dan pembelajaran ini.

Sebenarnya dalam sistem pendidikan sekarang ini pun, telah ada unsur-unsur penggunaan
konsep ini. Ia dapat dilihat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan Rekacipta. Cuma
mungkin yang kurang ialah daripada segi pengintegrasian mata pelajaran. Contohnya
Kajian Tempatan, menemubual pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung untuk
mengetahui asal-usul suatu tempat. Mereka seterusnya menghasilkan laporan bertulis

14
Kajian Tindakan DBK 1053

dalam bentuk pertfolio. Ini sebenarnya adalah teknik pembelajaran ala PBL. Namun
untuk melaksanakan PBL secara sepenuhnya, banyak perkara yang perlu dilakukan yang
sudah tentunya melibatkan dasar. Walaupun begitu, teknik ini boleh diselitkan secara
berkala dalam pengajaran dan pembelajaran..

Dalam pelaksanaan penggunaan teknik PBL di sekolah-sekolah di Sabah, terdapat guru


sedang membuat projek rintis penggunaan teknik PBL di tujuh buah sekolah menengah di
Kota Kinabalu.

12. KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid
dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja
untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif ialah:

a) saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


b) saling berinteraksi secara bersemuka,
c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d) kemahiran koperatif, dan
e) pemprosesan kumpulan.

Saling pergantungan positif. Saling pergantungan positif ialah persepsi bahawa nasib
ahli-ahli sekumpulan adalah serupa dan mereka adalah saling bergantung di antara satu
sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Semua ahli kumpulan perlu
mengambil berat tentang pembelajaran diri sendiri dan juga pembelajaran rakan-rakan
sekumpulan. Ini bermakna semua ahli mesti berjaya sebelum kumpulan boleh dianggap
sudah berjaya.

lnteraksi bersemuka. Ahli-ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di


antara satu sama lain secara bersemuka. Sebanyak mungkin peluang dan masa perlu
diberikan kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka

15
Kajian Tindakan DBK 1053

dapatmembantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain
untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.

Akauntabiliti individu. Setiap orang ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk


belajar. Kumpulan koperatif bukanlah hanya digunakan untuk mencapai matlamat
kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap orang ahli kumpulan
akan menjadi individu yang lebih berkebolehan. Ini bermakna setelah menyiapkan
sesuatu tugasan kumpulan secara berkoperatif, setiap orang ahli kumpulan mesti
berupaya menyiapkan tugasan yang serupa secara bersendirian.

Kemahiran koperatif. Manusia tidak dilahirkan dengan naluri untuk berinteraksisecara


berkesan dengan orang lain (Johnson, Johnson & Holubec, 1990). Justeru itu, kemahiran-
kemahiran koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan orang lain tidak akan wujud
secara automatis apabila ia diperlukan. Pelajar-pelajar mesti diajar dan juga didorong
untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk mewujudkan
kumpulan yang produktif. Kemahiran-kemahiran seperti ini dapat menggalakkan
komunikasi, mewujudkan kepercayaan, memperbaiki proses membuat keputusan, dan
melicinkan pengurusan konflik dalam kumpulan.

Pemprosesan kumpulan. Pemprosesan kumpulan ialah penilaian ke atas pencapaian


kumpulan yang dilakukan oleh kumpulan itu sendiri. Ini boleh dilakukan dengan
meminta ahli-ahli kumpulan berbincang sejauh manakah kumpulan mereka telah
mencapai matlamatnya dan juga setakat manakah hubungan baik untuk bekerjasama telah
dikekalkan ke arah mencapai matlamat itu. Semasa pemprosesan kumpulan dijalankan,
ahli-ahli kumpulan akan menghuraikan tingkah laku yang telah membantu dan juga
tingkah laku yang tidak membantu kumpulan mencapai matlamatnya. Seterusnya, mereka
akan membuat keputusan tentang tingkah laku apakah yang perlu dikekalkan dan tingkah
laku apa pula yang perlu diubah. Ini bermakna masa khas perlu diberikan kepada
kumpulan untuk merenung kembali dan menilai tingkah laku setiap orang ahli dan juga
pencapaian kumpulan.

16
Kajian Tindakan DBK 1053

Kelemahan utama pendekatan prinsip ini ialah lima unsur asas itu adalah agak abstrak
untuk difahami sekiranya tidak disertai dengan contoh-contoh pelajaran yang lebih
konkrit dan spesifik. Walau bagaimanapun, bagi seseorang yang benar-benar memahami
unsur-unsur asas itu secara mendalam, beliau bukan sahaja boleh menghasilkan pelajaran
pembelajaran koperatif, malahan juga berupaya untuk mencipta teknik baru dalam
pembelajaran koperatif.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan
digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-
tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students
Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.
Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap
murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil
sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli
kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk
menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan
yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar
bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan
semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif


dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam
suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Pembelajaran
koperatif ini dapat menggalakkan percampuran idea dikalangan pelajar kerana mereka
akan saling menyumbang idea dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

17
Kajian Tindakan DBK 1053

Pembelajaran ini dapat dilaksanakan dalam tugasan seperti eksperimen makmal dan
penghasilan projek. Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa pembelajaran
koperatif dapat menggalakkan pemerolehan maklumat-maklumat terbaru dan juga suatu
tahap kemahiran berfikir yang tinggi, keupayaan interpersonal, kemahiran komunikasi
dan meningkatkan keyakinan diri.

Pembelajaran Koperatif dan teknologi


Perubahan teknologi yang pesat membolehkan pembelajaran kaedah koperatif
dapat mengatasi batasan masa dan jarak. Pada masa kini, penggunaan teknologi seperti
internet telah menggalakkan lagi halangan-halangan dalam pembelajaran secara
kolaboratif. Kemudahan media berasaskan komputer telah menjadikan pembelajaran
secara koperatif menjadi lebih mudah, pelajar boleh berinteraksi dengan kumpulan secara
tanpa mengira jarak dan batasan masa.

Kumpulan
Pembelajaran kaedah koperatif ini menggunakan kumpulan, dalam aktiviti
kumpulan tiga aspek harus dikenalpasti dan diberi perhatian oleh guru iaitu kumpulan
sama dan pelbagai (heterogeneous dan homogeneous), faedah dari kerjasama kumpulan,
dan pembinaan kumpulan yang lebih baik.

Dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai pelajar terutamanya percampuran


jantina iaitu setiap kumpulan mempunyai ahli lelaki dan perempuan interaksi diantara
kumpulan adalah lebih baik. Tetapi apabila kumpulan yang terdiri daripada semua lelaki
dan perempuan, interaksi diantara kumpulan yang terdiri daripada perempuan adalah
lebih baik berbanding kumpulan yang semua lelaki.

Faedah dalam kerja berkumpulan ialah dapat meningkatkan kecekapan individu


dan meningkatkan motivasi. Kerja berkumpulan dapat menghasilkan hasil kumpulan
yang berlainan iaitu bergantung kepada matlamat kumpulan. Pembahagian tugasan yang
berasingan kepada setiap ahli kumpulan dapat mengelakkan pertindihan tugasan, setiap

18
Kajian Tindakan DBK 1053

ahli diseimbangkan tugasnya. Tugasan kumpulan dapat mengurangkan tugasan yang


terlalu kompleks ditanggung oleh individu.

Perbandingan antara pembelajaran kaedah kolaboratif dengan koperatif


menunjukkan kaedah koperatif dapat mengagihkan tugasan dengan lebih banyak. Selain
itu terdapat juga perbezaan ketara diantara pembelajaran koperatif dengan kompetitif
iaitu dalam koperatif kejayaan adalah hasil daripada kejayaan kumpulan, namun dalam
pembelajaran kaedah persaingan kejayaan akan dicapai dan terdapat kumpulan lain yang
gagal.

12.1 Pembelajaran klinikal (The Learning Clinic)


Pembelajaran dalam kaedah klinikal adalah suatu bentuk pembelajaran yang
mengabungkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan oleh pelajar dalam satu tempoh
tertentu. Pelajar-pelajar akan dapat mengikuti dan mengaplikasikan pelbagai kemahiran
yang telah dirangka oleh pihak penganjur berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Selain
daripada aktiviti pembelajaran berbentuk akademik, pelajar juga didedahkan kepada
aktiviti bersukan dalam tempoh tersebut. Pengurusan masa dalam aktiviti pembelajaran
klinikal sangat dititkberatkan. Kaedah ini boleh melibatkan bersama ibubapa dan
keluarga pelajar dan meningkatkan kerjasama serta interaksi dikalangan mereka. Selain
itu, pelajar juga dapat didedahkan dengan kerja-kerja sosial dan kerjasama dengan
pelbagai pihak. Sesuatu program yang dirangka itu telah merangkumi banyak aspek yang
membolehkan pelajar meningkatkan daya ketahanan diri dan keyakinan dalam
menghadapi cabaran sepanjang tempoh pelajar mengikuti pembelajaran klinikal.

Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult
education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang
dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasa
secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam
pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran. Siapa itu Pelajar Dewasa? Pelajar dewasa
adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampu membezakan
perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka adalah lebih

19
Kajian Tindakan DBK 1053

matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang bernas dan
memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yang dihasilkan
memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal yang dapat
dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau dalam erti
kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka juga
bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza. Antara ciri utama
yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering mempelajari sesuatu
melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga sering mengaitkan pengajaran
baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan cara ini mereka dapat
meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut mempelajari bidang
informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba mengaitkan dengan
pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkan bakat serta inginkan
penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan mereka juga
kadangkala bergantung kepada orang lain. Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa
Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaran
orang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui
keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teori-
teori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada
beberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama. Teori behaviouris Antara para
sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov, Watson, Guthrie,
Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkah laku ini,
pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah perubahan
kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian tingkah laku,
kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah latihan dan
pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnya lebih kepada
perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran pembelajaran. Teori
kognitif Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka,
Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia
mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan
semula pengalaman mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan
menggunakan perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan

20
Kajian Tindakan DBK 1053

pemikiran seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun
segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental
dalaman. Teori humanisis Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori
humanisis. Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan
pembangunan kendiri serta perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat
kemanusiaan yang mana pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka,
bekerjasama dan melibatkan perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau
perbincangan secara berpasukan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli. Teori
pembelajaran sosial Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori
pembelajaran sosial. Menurut Rotter, “Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait
rapat dengan persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain”.
Menurut teori pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan
pemantauan terhadap orang lain dari segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi
antara manusia, persekitaran dan tingkah laku. Di atas hanyalah beberapa teori sahaja
yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih banyak lagi teori yang wujud seperti
teori progresif dan liberal.

Klinik pembelajaran merupakan wadah untuk guru melakukan perbincangan atau


kegiatan refleksi, penemuan masalah melalui guru-guru lain yang bertujuan untuk
meningkatkan ketrampilan dalam mengelola proses pengajaran dan pembelajaran.
Klinik pembelajaran merupakan milik bersama oleh para guru, maka tempat sebegini
adalah dapat digunakan dengan beba untuk berbincang, melakukan refleksi atau
merenung tentang proses pembelajaran yang telah dijalankan. Misalnya, bagaimana cara
mengajarkan suatu konsep, teori dan amali dengan menyenangkan dan memudahkan
pelajar memahami, akan dibuat catatan bersama-sama dengan teman sejawat. Di sini,
para penyelia dalam klinik pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam
melakukan pelbagai kegiatan atau perbincangan yang membina di kalangan para guru.
Penyelia tersebut akan melakukan segala aktiviti sama ada dalam berbentuk individu
ataupun berkelompok. Perbincangan, melakukan refleksi, merumuskan permasalahan,
merencanakan perbaikan pembelajaran dan menilai kegiatan pembelajaran di kelas oleh

21
Kajian Tindakan DBK 1053

seseorang guru agar dapat memberikan input atau pendekatan yang lebih baik untuk
meningkatkan kemahiran mengajar dalam kelas.
Di sini, peranan klinik pembelajaran ini meyerupai jabatan nazir di sekolah yang
memainkan peranan meningkatkan profesionlisme guru. Guru dapat menilai dan mereflek
cara pengajaran yang digunakan dan secara tidak langsung guru mempelajari dan
membaiki apa-apa yang kurang sesuai diamalkan. Maka pengalaman yang terkumpul
memberi manfaat kepada guru. Guru yang membuat kajian tindakan dapat menjadikan
klinik pembelajaran sebagai sumber memberi mekanisme pengajaran yang baik di
samping refleksi kendiri dalam sesuatu perbincangan kajian tindakan.

12.2 Pembelajaran Orang Dewasa

Pendahuluan

Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur
bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak boleh
membuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu.
Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya.

Ramai juga yang masih keliru dalam membezakan antara makna pembelajaran dan
pendidikan. Semua pendidikan adalah membabitkan proses pembelajaran tetapi tidak
semua proses pembelajaran itu adalah berkaitan dengan pendidikan.

Orang dewasa sering kali ditakrifkan berdasarkan faktor umur mereka. Namun, umur
bukanlah menjadi ukuran bagi seseorang itu untuk belajar. Oleh itu, kita tidak boleh
membuat paradigma sendiri seseorang individu itu dewasa pada umur yang tertentu.
Sesungguhnya selagi ilmu itu ada sesiapapun boleh mempelajarinya.

Menurut Knowles (1981), orang dewasa juga mempunyai keinginan untuk bertindak ke
arah kendiri apabila mereka semakin matang walaupun ada kalanya mereka bergantung
pada orang lain. Mereka juga berusaha untuk cuba menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran untuk disesuaikan dengan kehidupannya.

Menurut Gordon G. Darkkenwald dan Sharan B. Merriam (1982) dalam bukunya Adult
education foundations of practice, pembelajaran dewasa adalah suatu proses yang
dilakukan oleh manusia yang mana dikelaskan dewasa ataupun mempunyai status dewasa
secara sistematik ataupun sebaliknya yang seterusnya akan membawa perubahan dalam
pengetahuan, sikap, nilai atau kemahiran.

22
Kajian Tindakan DBK 1053

Siapa itu Pelajar Dewasa?

Pelajar dewasa adalah individu yang mampu berfikir secara waras. Mereka juga mampu
membezakan perkara yang baik mahupun buruk. Selain itu, corak pemikiran mereka
adalah lebih matang berbanding dengan remaja sekali gus melahirkan idea-idea yang
bernas dan memberi keuntungan pada mereka. Di samping itu, setiap keputusan yang
dihasilkan memberi manfaat pada dirinya, masyarakat dan juga institusi. Ciri-ciri fizikal
yang dapat dilihat pada pelajar dewasa ini adalah keperluan spiritual dan biologikal atau
dalam erti kata lain struktur badan mereka lebih menonjolkan kematangan. Minat mereka
juga bersifat tetap dan mempunyai corak pembelajaran yang berbeza-beza.

Antara ciri utama yang dapat dilihat tentang pelajar dewasa ini adalah mereka sering
mempelajari sesuatu melalui pengalaman yang mereka lalui. Mereka juga sering
mengaitkan pengajaran baru dengan pengalaman yang sedia ada pada mereka. Dengan
cara ini mereka dapat meningkatkan status ilmu mereka. Sebagai contoh mereka turut
mempelajari bidang informasi teknologi dan secara tidak langsung mereka akan cuba
mengaitkan dengan pengalaman yang sedia ada. Mereka juga lebih gemar menonjolkan
bakat serta inginkan penghormatan daripada masyarakat. Namun begitu tidak dinafikan
mereka juga kadangkala bergantung kepada orang lain.

Teori-teori Pembelajaran Orang Dewasa

Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan dengan pembelajaran
orang dewasa. Teori-teori yang di-kemukakan ini membolehkan kita mengetahui
keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang dapat mengubah seseorang itu. Teori-
teori yang dikemukakan terlalu banyak. Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada
beberapa teori pembelajaran orang dewasa yang utama.

Teori behaviouris

Antara para sarjana yang memberikan idea dalam teori ini adalah Thorndike, Pavlov,
Watson, Guthrie, Hull, Tolman dan Skinner. Menurut teori yang berorientasikan tingkah
laku ini, pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh menyokong ke arah
perubahan kendiri. Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas, pengubahsuaian
tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran penuh dalam sesuatu pembelajaran. Kaedah
latihan dan pengukuhan dipraktikkan dalam pembelajaran tersebut. Teori ini sebenarnya
lebih kepada perubahan tingkah laku seseorang itu dalam membentuk persekitaran
pembelajaran.

Teori kognitif

Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori ini adalah Koffka, Kohler,
Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Gagne. Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai
keupayaan mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan semula pengalaman
mereka. Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan menggunakan
perbandingan analogi dan aplikasi. Teori ini lebih kepada penggunaan pemikiran

23
Kajian Tindakan DBK 1053

seseorang bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan menyusun segala
pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Ia adalah suatu proses mental dalaman.

Teori humanisis

Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori humanisis. Menurut mereka
pembelajaran adalah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan kendiri serta
perkembangan dan penyempurnaan kendiri. Teori ini bersifat kemanusiaan yang mana
pembelajaran mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama dan melibatkan
perasaan. Kaedah seperti tugasan kumpulan atau perbincangan secara berpasukan
bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli.

Teori pembelajaran sosial

Bandura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam teori pembelajaran sosial.
Menurut Rotter, “Kebanyakan tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan
persekitaran yang penting dan berinteraksi sosial dengan orang lain”. Menurut teori
pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran adalah secara berinteraksi dan pemantauan
terhadap orang lain daripada segi sosial. Selain itu, pembelajaran adalah interaksi antara
manusia, persekitaran dan tingkah laku.

Di atas hanyalah beberapa teori sahaja yang sering diperkatakan oleh para sarjana. Masih
banyak lagi teori yang wujud seperti teori progresif dan liberal.

Kenapa Orang Dewasa Belajar?

Setiap individu mempunyai tujuan atau matlamat tertentu dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Matlamat utamanya adalah untuk mendapat sesuatu ganjaran seperti mana
yang dikehendaki oleh diri masing-masing. Walaupun begitu, ia terpulanglah kepada diri
individu masing-masing sama ada baik ataupun buruk niat hati mereka. Akan tetapi bagi
orang dewasa, mereka meneruskan pelajarannya mungkin untuk kepentingan dirinya,
keluarganya, masyarakat ataupun negaranya. Walaupun demikian, hakikatnya terdapat
banyak sebab yang mendorong orang dewasa ingin belajar semula seperti yang
dinyatakan di bawah.

Sebagai tuntutan

‘Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad’ adalah salah satu mutiara kata yang menuntut
setiap insan yang hidup di dunia supaya mencari ilmu sebanyak mungkin. Ia
menunjukkan ilmu pengetahuan itu sangat penting kepada setiap individu. Dalam erti
kata lain, menuntut ilmu itu adalah satu proses berterusan yang dituntut oleh agama.
Setiap orang perlu mencarinya sendiri kerana ilmu itu luas ibarat sebuah lautan.

24
Kajian Tindakan DBK 1053

Keperluan

Orang dewasa belajar kerana hendak memenuhi keperluan hidup masing-masing. Dengan
adanya ilmu pengetahuan, ia dapat membantu seseorang itu mencapai matlamat
sebagaimana yang mereka inginkan. Sebagai contoh, seseorang memerlukan ilmu bagi
mendapatkan sesuatu pekerjaan.

Menonjolkan bakat

Pada umumnya, orang dewasa terdiri daripada individu yang sudah bekerja dan terlibat
dengan aktiviti bermasyarakat. Ia memudahkan mereka menonjolkan bakat masing-
masing dan memainkan peranan sosial dalam masyarakat sekali gus mendapat
pengiktirafan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung,
mereka dapat menjadi contoh dalam keluarga mahupun komuniti.

Menguasai ilmu

Seseorang individu belajar untuk menguasai ilmu termasuklah orang dewasa. Ilmu yang
dikuasai kemudiannya diamalkan dalam kehidupan seharian selaras dengan
perkembangan teknologi yang pesat agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

Untuk kualiti hidup

Seseorang akan berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan sekiranya mereka
mempunyai ilmu pengetahuan atau pelajaran terutamanya apabila dikelilingi oleh orang
ramai. Mereka juga tidak mudah berasa rendah diri apabila berinteraksi dengan orang
ramai. Dengan sifat sebegini, hidup mereka sentiasa dalam kegembiraan tanpa sebarang
masalah dan lebih berkualiti.

Menyelesaikan masalah

Seorang dewasa yang menuntut ilmu percaya bahawa penguasaan ilmu dapat membantu
mereka menyelesaikan sebarang masalah dalam kehidupan seharian. Contohnya, masalah
yang berkaitan dengan pekerjaan mereka seperti masalah untuk mengendalikan sesuatu
mesin dapat diatasi dengan adanya ilmu pengetahuan tentang penggunaannya berserta
dengan latihan praktikal yang telah dilaksanakan.

Kesukarelaan diri sendiri

Setiap individu termasuk orang dewasa mempunyai kesedaran akan kepentingan


menuntut ilmu. Mereka belajar atas kehendak diri sendiri tanpa sebarang paksaan bagi
memenuhi matlamat kehendak diri mereka masing-masing.

25
Kajian Tindakan DBK 1053

Mengubah pencapaian dan memotivasikan diri

Seseorang individu tidak akan mencapai kepuasan dengan tahap pendidikan yang rendah.
Begitu juga dengan pelajar dewasa, mereka masih mempunyai banyak masa dan ruang
untuk mencapai kemajuan atau kejayaan. Mereka juga ingin mendapatkan pendidikan di
peringkat yang lebih tinggi supaya mereka dapat menjalankan pekerjaan dan kehidupan
seharian dengan lebih yakin. Secara tidak langsung, ilmu yang diperoleh dapat
menimbulkan semangat untuk berubah ke arah tingkah laku yang baik dan positif.

Memudahkan pekerjaan dan tanggungjawab

Ilmu yang diperoleh akan membantu melicinkan tugas dan tanggungjawab seseorang
dalam apa jua perkara yang dilakukan tanpa mengira masa dan tempat.

Suatu persaingan yang sihat

Dalam menuntut ilmu, pelajar dewasa dapat membuktikan kebolehan diri masing-masing
seterusnya dapat mewujudkan persaingan yang sihat. Contohnya, dalam bidang
perniagaan, ahli perniagaan akan bersaing untuk mencapai kemajuan dengan
menunjukkan kebolehan dan keupayaan masing-masing.

Bagaimana Orang Dewasa Belajar?

Setiap pembelajaran orang dewasa mestilah disesuaikan dengan keperluan orang dewasa.
Sebagai pengajar, mereka juga perlu tahu peringkat pembelajaran dan perlu
bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tertentu seperti kemampuan, keperluan cara
belajar yang terbaik dan seterusnya dapat menyesuaikannya dengan penggunaan bahan
pengajaran kepada setiap pelajar. Di bawah ini ditunjukkan sembilan proses pembelajaran
orang dewasa.

Motivasi

Pelajar dewasa memerlukan sokongan bagi meneruskan pelajaran dan mereka lebih
bersemangat hendak meneruskan pelajaran apabila diberikan ganjaran dan sokongan
yang dapat memotivasikan mereka terutama daripada ahli keluarganya.

Perhatian

Pelajar dewasa perlu mengambil perhatian dan tumpuan khusus terhadap penerangan atau
demonstrasi daripada tenaga pengajar supaya mereka cepat memahami pelajarannya.

Jangkaan

Prestasi pelajar dewasa perlu diberitahu terlebih dahulu supaya mereka dapat
memperbaiki kekurangan diri dan mungkin akan berasa lebih bersemangat dan bersedia
menghadapi apa jua bentuk keadaan.

26
Kajian Tindakan DBK 1053

Perolehan ingatan kembali

Pelajar dewasa menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membantu mereka memahami
konsep yang baru dipelajari dengan mudah dan cepat tanpa sebarang masalah.

Pemilihan persepsi

Pelajar dewasa perlu membuat pilihan sesuatu perkara atau rangsangan. Ia lebih merujuk
kepada tindakan seseorang untuk membezakan perkara atau rangsangan sama ada ia
penting dan relevan ataupun kurang penting.

Mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang

Pelajar dewasa seterusnya perlu membuat kod terhadap maklumat yang diterima untuk
disimpan ke dalam sistem saraf pusat. Ini dilakukan bagi memastikan maklumat tersebut
lebih mudah diingati dan dapat digunakan pada masa-masa akan datang.

Gerak balas atau prestasi

Pembelajaran orang dewasa berlaku apabila segala maklumat yang dikodkan dan
disimpan dapat dilaksanakan oleh mereka dengan membuktikannya dengan tindakan dan
perubahan tingkah laku berserta peningkatan prestasinya.

Maklum balas dan peneguhan

Ia mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberitahu perkara yang seharusnya dibuat dan
motivasi yang mendorong individu meningkatkan atau memperbaiki prestasi mereka.

Generalisasi atau pemindahan pembelajaran

Generalisasi merupakan pemindahan pembelajaran dari satu situasi kepada situasi yang
lain. Kebolehan ini akan bertambah jika mempraktikkan kemahiran baru dalam pelbagai
situasi.

Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman

Salah satu kaedah pembelajaran orang dewasa yang utama adalah berdasarkan
pengalaman. Kaedah pembelajaran ini merupakan satu proses secara berperingkat-
peringkat. Sebenarnya proses ini bukan sahaja dilalui oleh orang dewasa, malah ia adalah
satu proses umum yang mana setiap individu perlu melaluinya untuk menjadikan
pembelajaran mereka lebih efektif serta mendapat kepuasan hati supaya lebih cemerlang.
Begitu juga dengan orang dewasa, mereka perlu melalui proses tersebut untuk mendapat
kepuasan pembelajaran. Namun begitu orang dewasa juga kadangkala mempunyai
kaedah yang tersendiri yang bergantung pada individu itu sendiri.

27
Kajian Tindakan DBK 1053

Mereka lebih gemar belajar dalam suasana yang tidak dikongkong oleh mana-mana
peraturan yang membuatkan mereka sukar untuk belajar sesuatu topik. Justeru seorang
pengajar perlu memahami diri dan tahap pemikiran orang dewasa.

Tidak dapat dinafikan orang dewasa memang banyak belajar berdasarkan pengalaman. Di
samping itu, pembelajaran yang hendak dipelajari perlu sesuai dengan minat dan
kesukaan mereka. Bagi mereka, pembelajaran melalui pengalaman membolehkan mereka
bertukar idea atau pendapat yang mana membuatkan mereka akan dapat melihat sesuatu
yang bermakna daripada apa yang dipelajari. Mereka juga sering menghubungkan
pelajaran baru dengan pengalaman mereka yang sedia ada. Selain itu, proses
pembelajaran ini dapat membantu mereka untuk mengeratkan hubungan dan secara tidak
langsung menjadikan pembelajaran lebih aktif.

Dalam satu situasi lain pula, mereka lebih gemar berdialog atau berada dalam satu
kumpulan. Dengan cara ini, mereka dapat mengutarakan pendapat yang pelbagai dan
dapat meluaskan pandangan serta pengetahuan. Mereka akan menunjukkan kebolehan
dan kepimpinan mereka dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Keadaan ini
membolehkan mereka bebas memberikan pendapat mereka. Dalam erti kata lain, mereka
lebih suka berada dalam situasi yang tidak formal seperti tiada peperiksaan. Ini kerana,
apa yang dipelajari lebih baik diamalkan daripada mengingat atau menghafal.
Kemungkinan mereka merasakan ia satu beban bagi mereka. Nyatalah orang dewasa
bukan seperti pelajar yang perlu diperintah supaya melakukan sesuatu perkara. Orang
dewasa lebih gemar melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan keinginan mereka
supaya apa yang dipelajari memberi kesan kepada mereka untuk masa kini dan hari
muka.

Kesimpulan Pembelajaran Orang Dewasa

Dalam menuju era yang serba moden ini, penguasaan ilmu amatlah penting dalam
kehidupan kita supaya kita tidak menjadi seorang yang boleh dilabelkan sebagai ‘katak di
bawah tempurung’. Apabila dikaitkan dengan penguasaan ilmu pastinya terlintas di
fikiran suatu perkara yang berkaitan dengannya iaitu ‘pembelajaran’. Penguasaan ilmu
bukan hanya tertumpu kepada remaja tetapi juga kepada pelajar dewasa.

Namun begitu, pelajar dewasa ini belajar kerana beberapa sebab yang lebih menjurus ke
arah penglibatan peranan sosial dan kepentingan masyarakat, institusi dan juga untuk
kepentingan diri sendiri. Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah mereka lebih
gemar belajar dalam keadaan yang tidak formal dan lebih banyak menggunakan
pengalaman mereka. Mereka lebih suka bertukar pendapat serta berdialog dalam satu
kumpulan secara tidak langsung boleh membuatkan pemikiran yang lebih meluas.

Proses pembelajaran pula melibatkan beberapa fasa. Menurut Gagne, proses


pembelajaran terdiri daripada motivasi, perhatian, jangkaan, ingatan kembali, pemilihan
persepsi, mengekodkan dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas atau prestasi,
maklum balas dan peneguhan serta generalisasi atau pemindahan pembelajaran. Pelajar

28
Kajian Tindakan DBK 1053

dewasa akan memperoleh banyak faedah daripada penyertaan yang aktif dalam proses
pembelajaran.

13. KEPENTINGAN PENGALAMAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan telah membuka pengalaman dan proses yang luas di mana keperluan-
keperluan dalam kajian pendidikan tersebut merupakan sebagai pendidikan itu sendiri.
Secara disedari penglibatan tersebut dapat meningkatkan kemajuan profesion guru dan ini
juga merupakan satu komitmen yang membantu proses penemuan seorang pengkaji. Di
sini dapat kita lihat, dengan mengamalkan Kajian tindakan para guru dapat meningkatkan
martabat diri dalam profesion perguruan selain menambahkan sikap diri yang kreatif dan
inovatif berbanding profesion lain. Terdapat banyak kelebihan atau faedah yang akan
diperolehi melalui pengalaman kajian Tindakan dalam proses pendidikan. BPPDP
(1995:8) misalnya telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh
guru-guru dengan melaksanakan kajian tindakan iaitu:
Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya. Dapat
merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan. Dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat
memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. Meningkatkan penggunaan
bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Dapat menyediakan guru
sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan
dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Membentuk
budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan
dan merapatkan tali siraturrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara
kolaboratif.
Memandangkan pada masa sekarang, begitu hangat diperkatakan soal usaha
melaksanakan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dan mendapatkan pengiktirafan
ISO 9002 di sekolah-sekolah, maka perlaksanaan kajian tindakan adalah merupakan
sebahagian daripada langkah-langkah ke arah itu. Jika kita tinjau dalam perlaksanaan
TQM itu sendiri ia menekankan kepada model penyelesaian masalah bagi usaha
pembaikan yang berterusan di samping ia menekankan kepada proses. MAMPU (1990)

29
Kajian Tindakan DBK 1053

menyebutkan bahawa penyelesaian masalah merupakan satu komponen yang penting


dalam usaha peningkatan kualiti. Proses penyelesaian masalah itu melibatkan enam
langkah:
Pengenalpastian masalah
Penganalisisan masalah
Alternatif-alternatif penyelesaian bagi menyelesaikan masalah
Pemilihan alternatif penyelesaian dan tindakan pembetulan
Pelaksanaan tindakan-tindakan pembetulan.
Pengukuran dan penilaian tindakan-tindakan pembetulan.
Sesungguhnya, kajian tindakan bukan sahaja dirasai signifikannya kepada guru sebagai
penyelidik, namun ia telah dapat mempengaruhi suasana pembelajaran pelajar-pelajar
dalam bilik darjah. Ini jelas berdasarkan kajian Jaafar Sidek et. Al (1997 : 40) yang
mendapati sikap pelajar terhadap program kajian tindakan yang telah dijalankan adalah
sangat positif. Pelajar mempunyai motivasi yang tinggi selepas mengikuti program ini.
Dalam kajian tindakan yang dijalankan, penilaian dan refleksi yang dibuat ialah pelajar
berminat mengikuti program kajian tindakan. Pelajar mendapat perhatian yang lebih
daripada guru-guru. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana guru
bekerjasama memikirkan kaedah yang sesuai dan menyediakan bahan-bahan pengajaran
yang menarik.

14. TEORI- TEORI DALAM EXPERIENTIAL LEARNING

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman

Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah satu topik yang sering diperkatakan


kerana manusia akan melalui setiap pengalaman dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat
perbezaan diantara pembelajaran berasaskan teori di dalam bilik darjah dengan
pembelajaran yang berasaskan “hands on” yang membolehkan pelajar belajar melalui
pengalaman dengan penggunaan deria yang lebih dan berasaskan pengalaman.

30
Kajian Tindakan DBK 1053

Terdapat 2 jenis pembelajaran melalui pengalaman yang dijelaskan oleh Stephen


Brookfield(1983:16) di dalam bukunya iaitu :
(i) pembelajaran di mana pelajar di asuh atau diajar oleh sesebuah institusi untuk
mengalami pengalaman pembelajaran tersebut (pembelajaran secara formal)
(ii) pembelajaran secara tak formal di mana pelajar mengalami pembelajaran
melalui pengalamannya di persekitaran hidupnya sehari-hari.

A) Kurt Lewin

Kurt lewin adalah seorang ahli psikologi yang mengasaskan kajian tindakan dan beliau
menyatakan kajian tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan untuk perlakuan social
atau untuk menyifatkannya sebagai pengurusan social atau kejuruteraan social. Ianya
adalah kajian perbandingan ke atas keadaan atau kesan terhadap pelbagai bentuk tindakan
social. Dalam pendekatan atau model Kurt Lewin, ianya melibatkan satu rangkaian
langkah dan setiap langkah tersebut merangkumi perancangan, tindakan dan pencarian
fakta ke atas sesuatu tindakan. Kitaran model Lewin secara asasnya meliputi perkara
seperti berikut:

Mengenalpasti idea yang umum Peninjauan atau pencarian fakta

Mengambil tindakan pertama Merancang

Menilai Pengubahsuaian perancangan

Mengambil tindakan kedua

Dalam langkah pertama, idea itu diuji dengan berhati-hati dan biasanya ianya lebih
kepada pencarian fakta mengenai situasi tertentu. Jikalau langkah pertama ini berjaya

31
Kajian Tindakan DBK 1053

ddijalankan, maka rancangan keseluruhan untuk mencapai objektif dan keputusan untuk
langkah pertama akan dicapai. Pada kebiasaannya, perancangan ini akan mengubah idea
yang asli.

Seterusnya, lanhkah peninjauan, pelaksanaan yang bertujuan untuk menilai keputusan


akan dijalankan. Pengubahsuaian perancangan mungkin akan berlaku. Di sini, kita boleh
dapati bahawa langkah yang diambil untuk kajian adalah lebih kepada penyelesaian
masalah dan pembentukan organisasi. Dan konsep ini, ianya adalah selari dengan konsep
Dewey iaitu belajar melalui pengalaman.

Dalam konteks pembelajaran terutamanya apabila clientele merupakan orang dewasa,


kebanyakan ahli psikologi bersetuju bahawa dalam sesuatu usaha latihan yang dijalankan,
sedikit sebanyak satu `perubahan' pasti berlaku kepada individu yang dilatih .
Umpamanya, mengikut pandangan Kurt Lewin, terdapat 4 jenis perubahan boleh berlaku
semasa individu melalui proses pembelajaran iaitu:-
(a) Perubahan dari segi kognitif – peningkatan kefahaman kepada kekaburan terhadap
ilmu yang ada dan penemuan ilmu yang baru;
(b) Perubahan dari segi dorongan dan keinginan - kebolehan memilih atau membenci;
(c) Perubahan dari segi pemikiran (ideology) dan kepercayaan;
(d) Perubahan dari segi kebolehan mengawal pergerakan pancaindera dalam melakukan
sesuatu atau kemahiran - (Achieving control of body musculature as one does in learning
a skill – Psychomotor development) .

B) Teori David a. Kolb (bersama Roger Fries)

David a. Kold iaitu seorang pensyarah yang memegang


ijazah doktor falsafah Universiti Harvard. Beliau bertugas sebagai
pensyarah di Faculty of Organizational Behavior di Weatheread
School of Management. Beliau telah memperkenalkan satu model
yang terkenal dalam bidang pembelajaran berasaskan pengalaman
yang merangkumi 4 elemen iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian dan refleksi,

32
Kajian Tindakan DBK 1053

mengenalpasti konsep abstrak, dan mengadaptasi/mencuba di situasi baru. Keempat-


empat elemen ini adalah merupakan satu kitaran pembelajaran berasaskan pengalaman
bagi seseorang pelajar itu sendiri. Rajah menunjukkan kitaran model tersebut :

Kolb dan Fry(1975) mempertikaikan bahawa kitaran pembejaran sedia ada ketika
era itu yang boleh bermula di mana-mana titik elemen tersebut sama ada di elemen satu,
dua, tiga atau empat, dan ia boleh berulang-ulang. Mereka mencadangkan bahawa ia
haruslah bermula dengan pelajar atau individu itu sendiri melalui aktiviti pembelajaran
dan melihat kesan atau hasil dari aktiviti tersebut.

Seterusnya langkah kedua ialah pelajar yang melalui pengalaman itu akan
mengenal pasti, mengkaji dan melihat tindak balas hasil dari aktiviti itu. Pelajar akan
mengkaji apakah hasil aktiviti itu berjaya mengubah tingkah laku, emosinya dari segi
pembelajaran sama ada berkesan.

Langkah ketiga pula ialah memahami prinsip-prinsip hasil daripada situasi


pembelajaran itu sendiri. Setelah berlakunya langkah kedua iaitu mengkaji dan mengenal
pasti hasil perubahan tingkah laku, langkah ketiga ialah membina dan mengenal pasti
prinsip-prinsip yang wujud hasil dari aktiviti pembelajaran tersebut.

33
Kajian Tindakan DBK 1053

Langkah terakhir pula ialah menerapkan atau menggunakan pengalaman itu pada
situasi baru. Situasi baru hendaklah relevan dengan situasi sebelumnya dan diterima
pakai. Sebagai contoh, adalah tidak relevan situasi pengalaman Makcik Milah
menggoreng ikan hendak diaplikasikan kepada situasi memasang komputer.

Kaedah Pembelajaran David a. Kolb

David Kolb and Roger Fry (1975: 35-6) telah menyatakan bahawa terdapat empat
kebolehan yang berbeza iaitu kebolehan pengalaman berkonkrit, kebolehan pemerhatian
reflektif, kebolehan konsepsual dan kebolehan eksperimentasi aktif. Kebolehan-
kebolehan ini adalah ditunjukkan seperti jadual di bawah:

Gaya pembelajaran David Kolb and Roger Fry


Gaya pembelajaran Karakter pembelajaran Keterangan

Menumpu (Konverger) Konsepsualisasi abstrak · berupaya dalam


+ eksperimentasi aktif menjana idea dan
mengaplikasi.

· berupaya membuat
pertimbangan
mengenai
permasalahan spesifik

· tidak beremosi

· minat dan teliti

Mencapah (Diverger) Pengalaman konkrit + · keupayaan imaginasi


pemerhatian reflektif yang tinggi

· baik dalam menjana


idea dan melihat
sesuatu dalam

34
Kajian Tindakan DBK 1053

perspektif yang berbeza

· minat

· kreatif
(minat/pemikiran yang
meluas)

Penyerapan Konsepsualisasi abstrak · keupayaan yang tinggi


(Assimilator) + pemerhatian reflektif dalam membina
pemodelan dan teori

· berkeupayaan tinggi
dalam membuat
keputusan berinduksi
(inductive reasoning)

· penumpuan terhadap
konsep abstrak

Penyesuaian Pengalaman konkrit + · Kebolehan


(Accommodator) eksperimentasi aktif mengaplikasi (hand’s
on)

· suka menyahut cabaran


(berisiko)

· baik dalam
membuat/bertindak
keputusan dengan
segera

· berupaya
menyelesaikan masalah
dengan gerak hati
(intuisi)

35
Kajian Tindakan DBK 1053

C) Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Jarvis

Jarvis (1987, 1995) telah berjaya menghasilkan satu diagram mengenai situasi
yang berlaku di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman. Jarvis telah
menghasilkan diagram dan menjalankan ujian ke atas sekumpulan manusia. Jarvis telah
berjaya menghasilkan diagram yang menunjukkan beberapa laluan/keadaan yang berlaku
sewaktu proses pembelajaran berasaskan pengalaman. Diagram di bawah menunjukkan
diagram kemungkinan yang berlaku sewaktu proses pembelajaran berasaskan
pengalaman :

Terdapat pelbagai kemungkinan yang berlaku di dalam diagram ini seperti situasi
pembelajaran berasaskan pengalaman tidak berlaku (1-4), keadaan tidak reflektif (1-3 ke
6 ke sama ada 4 atau 9 ), keadaan reflektif pembelajaran berasaskan pembelajaran
berlaku (1-3 ke 7 ke 5 ke 7 ke 8 ke 6 ke 9).

36
Kajian Tindakan DBK 1053

15. SUMBANGAN/ KESAN PEMBELAJARAN EKSPERIENTIAL

PELAJAR

• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan


Melalui cara ini iaitu dengan merasai sendiri pengalaman sesuatu kerja atau tugasan akan
memudahkan pelajar mengadaptasikan pelajaran atau ilmu yang diajar dengan keadaan
suasana kerja yang akan mempengaruhi kehidupan mereka. Pengetahuan secara teknikal
lebih mudah dipelajari degan cara ini.

• Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian


Pengalaman tidak semestinya dari institusi formal tetapi boleh berlaku dalam kehidupan
individu itu seharian iaitu perhubungannya dengan ibu bapa, guru- guru, kawan- kawan
dan sebagainya. Ini juga merupakan pengalaman yang dapat dipelajari oleh pelajar
samaada melalui pemerhatian atau merasainya sendiri.

• Boleh memindahkan kemahiran


Melalui kaedah ini, kemahiran yang hendak diajar akan mudah dibelajar dan difahami
sendiri oleh pelajar dan pelajar juga boleh membuat suatu yang baru mengikut kreativiti
mereka sendiri. Contohnya kemahiran menggunakan mesin pemotong paip.

• Boleh meneroka dan mendapatkan bukti


Pelajar akan dapat meneroka sendiri perkara yang hendak dipelajari secara mendalam dan
menyelesaikan segala tugasan dan masalah dengan mudah serta dapat membuat kerja
yang menghasilkan keputusan di akhir pangajaran. Ini dapat membuktikan hasil kerja
yang diberikan oleh guru dan membantu memberi keputusan yang baik kepada hasil
kerja.

• Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit


Melalui cara ini pelajar akan dapat mengusai pelajaran dengan mudah terutama dalam
perkara yang susah difahami jika diterangkan secara teori sahaja. Dengan cara yang
konkrit ini akan dapat mengusai perkara yang abstrak dengan senang.

• Dapat belajar secara kerjasama


Di samping itu pelajar juga dapat menjalankan aktiviti secara berkumpulan yang
melahirkan hasil verja yang lebih bermutu dan tidak menimbulkan soal kebosanan dalam
membuat verja.Pelajar boleh berkongsi pendapat dan pengalaman dalam meningkatkan

37
Kajian Tindakan DBK 1053

mutu kerja. Perbezaan pemikiran akan mewujudkan hasil kerja yang baik dan mempunyai
kreativiti yang tinggi.

GURU

• Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.


-Ini kerana pelajar lebih mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar

• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.


- Pelajar melakukan amali secara “hand on” dan ini berguna apabila mereka bekerja
nanti.

• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri
- melalui kaedah ini pihak akademik dan industri akan saling bekerjasama dan membantu
antara satu sama lain.

INDUSTRI

• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut keperluan

Untuk memenuhi keperluan tenaga mahir yang terlatih pelajar perlu dilatih mengikut
keperluan semasa dan ia amat berguna untuk neagra pada masa hadapan

• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat
memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga
membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah
dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk
menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

38